MOHD SAYUTI OMAR
NOTA MALAM
PDRM dan SPRM menafikan
dakwaan Mahathir Mohamad yang dibuat ketika mengadakan sidang akhbar dalam
episod untuk membela anak-anaknya semalam, yang mendakwa polis dan SPRM
melakukannya sebagai penjenayah semasa menyoal siasatanya dan memburukkan SPRM
tidak melaksanakan tanggungjawab.
Beliau disiasat selama
satu jam ekoran laporan 16 polis berhubung kenyataanya mempertikaikan kesetiaan
kaum India ke atas negara ini. Kenyataan Mahathir itu tidak disenang kaum India
sehingga beberapa orang pemimpin bangsa itu mempertikaikannya.
Menurut PDRM kenyataan
itu diambil di pejabatnya di Yayasan Perdana seperti mana dikehendak Mahathir
bukan di Bukit Aman.
Dalam sidang media itu
juga beliau membangkitkan isu fitnah kononnya Anwar Ibrahim memiliki
kekayaan sebanyak RM3 billion dan mempunyai akaun simpanan berlainan tetapi ia
tidak disiasat oleh SPRM.
Dalam satu kenyataan
dikeluarkan SPRM hari menjelaskan pihak suruhanjaya itu telah menyiasat dakwaan
dibuat bekas penolong Bank Negara Abdul Murad Khalid Oktober
1999 itu dengan membuka enam kertas siasatan tetapi tidak menemui apa-apa bukti
terhadap tuduhan itu.
Kata kenyataan itu
siasatan dilakukan ketika Mahathir menjadi perdana menteri.
Penolong Bank Negara
Abdul Murad Khlid telah membuat akuan berkanun pada Oktober 1999 mendakwa Anwar
memiliki kekayaan sebanyak RM3 billion disamping mempunyai 120 akaun
bersendirian dimana Murad mengakui dia yang uruskan akaun berkenaan.
Merujuk kepada dakwaan
Murad itu Mahathir cuba menyalahkan dengan menempelak SPRM kenapa Anwar tidak
disiasat.
Anwar sendiri semasa
berbahas dalam satu sidang parlimen ketika menjadi ketua pembangkang mencabar
ahli parlimen BN yang membangkit perkara itu untuk bangun berhadapan dengannya
secara gentelmen. Malangnya seorang pun ahli parlimen BN tidak berani menyahut
cabarannya hanya berani melalak di luar dewan saja.
Dengan penafian PDRM dan
SPRM itu menyebabkan bekas PM dua kali itu kantoi dalam masa 48 jam untuk
kesekian kalinya dalam usaha ke akhir hayatnya memburuk-buruk Anwar Ibrahim.
Sebagai rekod, akhirnya
bekas penolong Gebenur Bank Negara itu mengakui sumpah berkanun (SD) yang
dibuat itu adalah atas arahan SPRM ketika itu dimana perdana menteri Mahathir
Mohamad yang giat membina naratif menipu rakyat untuk menghalalkan tindaknnya
memecat dan membuang Anwar dari Umno dan jawatan timbalan perdana menteri,
tanggal 3 September 1998. [wm. 8.12 pm 24/01/2024]