KISAH GAJAH NAIK MINYAK IN MEMBUNUH PENAGA YANG ZALIM




 Hari ini 121 tahun yang lalu, Topsy si gajah dibunuh dengan renjatan elektrik, antara kes pembunuhan haiwan paling menyayat hati dalam sejarah.


Topsy adalah seekor gajah Asia betina yang lahir di hutan pada sekitar 1875 di Asia Tenggara, namun ditangkap ketika masih kecil oleh pedagang gajah & diseludup senyap-senyap ke Amerika oleh Adam Forepaugh, pemilik Forepaugh Circus.


Untuk bertahun Topsy menjadi gajah yang patuh, namun layanan buruk diterimanya saban hari membuatkan dia mula bertindak ganas sehingga mendapat reputasi sebagai gajah jahat. Kemuncaknya apabila dia membunuh James F. Blount di Brooklyn, NY pada 1902.


Blount dikatakan mabuk & melilau ke khemah di mana Topsy ditempatkan, melempar pasir & mencucuh gajah itu dengan bara cerutnya. Lantas Topsy menghumban Blount ke lantai dengan belalainya lalu dihenyaknya sehingga mati.


Disebabkan itu, Topsy dijual kepada Luna Park di Pulau Coney. Di sana dia juga menderita di bawah kendalian William “Whitey” Alt, yang dalam satu insiden mencucuknya berkali-kali dengan serampang hingga tubuhnya bercucuran darah.


Whitey ditahan polis & selepas beberapa insiden serupa, dia dipecat. Namun media melaporkan tindakan kejam adalah patut kepada gajah ganas itu. Enggan menguruskannya lagi, akhirnya pengurusan taman tema sepakat untuk menamatkan riwayat Topsy.


Mulanya mereka mahu menggantung Topsy di hadapan khalayak, namun selepas ditentang kumpulan hak asasi haiwan, cara renjatan elektrik dipilih. Maka pada 4 Januari 1903, Topsy dibawa ke tempat renjatan di satu tapak di taman tema itu.


Namun tatkala tiba di jambatan menuju ke lokasi, Topsy berhenti. Dicucuk & ditarik supaya teruskan langkah tetapi dia tetap pegun. Maka mereka menarik wayar tempat di mana Topsy berdiri & memasang sandal tembaga pada kakinya.


Topsy kemudian diberi makan lobak disadur racun sianida sebelum arus elektrik 6,600 voltan dihidupkan. Setelah rebah, mereka menjerut lehernya selama 10 minit untuk memastikan gajah malang itu benar-benar mati.


Lalu, kejahatan siapakah sebenarnya yang menjadi punca peristiwa seperti ini?


Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat ke-41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".


Sumber: All That Interesting


#PeristiwaHariIni