Kerajaan Gagal


Tak sudah walaun ulang ayat tu. Alasan dia kerajaan gagal, ringgit jatuh, saham jatuh, barang naik harga. Itu je yang mampu dia senaraikan.


Boleh nak kata kerajaan ni gagal kalau itu dijadikan kayu ukur. Tapi kalau kerajaan ini gagal, bermakna PN dulu terlebih lagi gagal.


Ringgit dan pasaran saham ada turun naik. Masa PN dulu pun duit turun sampai paras terendah. Malahan lebih rendah dari sekarang. Bermakna PN dulu lebih lagi gagal. Kan?


Baru beberapa hari lepas saham dan ringgit naik. Jadi masa tu kerajaan berjaya la. Hari ini gagal. Esok kalau ringgit dan saham naik balik, maka kerajaan berjaya. Begitu?


Kemudian diungkit harga barang naik. Harga apa yang naik banyak sangat tu? Harga ayam, minyak masak, telur semua lebih murah dari zaman PN.


Eh... Beras tempatan, makanan ruji rakyat tak ada, kata walaun. Pembetulan. Beras tempatan baru-baru ni je jadi makan ruji rakyat.


Sebelum ni beras import yang laku. Beras tempatan tak laku pun. Sebab tu produksi beras tempatan tak banyak. Sebab tak laku.


Bila India sekat eksport dan harga beras import naik, barulah rakyat sibuk cari beras tempatan. Tapi dah memang produksi kurang sebelum ni, macamana tiba-tiba nak jadi banyak?


Beras tempatan kurang pun, ada sebab yang jelas. Sebab India sekat eksport. Tapi masa PN, ayam dan telur hilang dalam pasaran, apa alasannya?


Minyak masak bersubsidi pun hilang. Rupanya anak menteri yang sorok. Beras tak bersubsidi naik sampai RM50 sebotol 5kg berbanding sekarang tak sampai RM40. Jadi PN lebih lagi gagal, kan?


Harga makanan siap mahal? Itu luar kawalan kerajaan. Tanggungjawab kerajaan pastikan harga barangan mentah terkawal dan itu telah pun dibuat.


Tapi kena ingat, harga makanan siap ni naik masa PN dulu lagi. Sebab masa tu harga ayam, telur, minyak masak, lada dan bahan mentah lain melambung.


Dah naik, jangan harap la nak turun. Tapi itu pun KPDN rajin buat operasi. Banyak dah restoran serta kedai makan yang dikompaun sebab jual harga melampau.


Sekarang pun ada usaha banteras sorok beras, minyak masak bersubsidi, seludup diesel dan macam-macam lagi. Selalu buat operasi.


Masa PN dulu ada dengar tindakan diambil? Yang ada, tubuh JK Jihad. Tapi habuk pun tak ada. Madani ada juga usaha kurangkan beban rakyat dengan perkenal Menu Rahmah.


Tak ada masalah kalau walaun nak kata kerajaan ini gagal. Cuma ingat, kalau Madani gagal, maka kerajaan PN dulu berpuluh kali ganda gagal.


Tak ada satu pun keadaan di zaman PN yang lebih baik dari keadaan di zaman Madani sekarang. Kalau ada pun cuma tak kerja tapi dapat gaji. Sebab kena kurung, tak dibenarkan keluar rumah. Cuma pemimpin je dapat keluar. Siap test drive kereta lagi.


Walaun rasa zaman PN yang serba serbi mahal, rakyat sampai kibar bendera putih tu lebih baik dari kerajaan sekarang. Betul-betul otak terbalik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.