ADRIAN LIM CHEE AN
AHMAD seorang penjawat awam.
Bekerja 30 tahun.
Bergaji RM4k sebulan.
Takde KWSP.
Tapi ada pencen.
Ah Chong seorang pekerja swasta.
Pun bekerja 30 tahun.
Pun bergaji RM4k sebulan.
Ada KWSP.
Tapi takde pencen.
Di antara Ahmad dan Ah Chong, tempoh bekerja mereka sama, gaji
mereka pun sama. Yang berbeza cuma cara penyimpanan wang untuk masa bersara.
Ahmad mengambil pencen kerajaan, manakala Ah Chong menyimpan
dalam KWSP.
Tetapi masa bersara pada umur 60 tahun, Ahmad lebih miskin
daripada Ah Chong. Kenapa?
———
A. AHMAD
Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ahmad menerima pencen
sebanyak RM2,400 sebulan (kadar maksima 3/5 gaji terakhir Ahmad), tetapi tidak
mempunyai durian runtuh.
RM2,400 X 12 bulan X 20 tahun = RM576,000
-> Ahmad mempunyai peluang menerima durian runtuh sebanyak
RM576,000, tapi tu lah, kene tunggu 20 tahun sampailah cecah usia 80 tahun.
Sebab pencen diberi secara bulanan. Itupun kalau setiap sen daripada pencen
Ahmad tidak disentuh selama 20 tahun lah.
B. AH CHONG
Selepas bersara pada umur 60 tahun, Ah Chong tidak mempunyai
pencen sebanyak RM2,400 sebulan, tetapi mempunyai durian runtuh RM765,375 dalam
KWSP. Boleh ambil keluar terus.
RM4,000 X 24% (11% + 13%) X 30 tahun = RM765,375
!! < Ambil kira Formula P(1 + r/n)nt untuk mengira
compounding interest >
-> Ah Chong masa pencen mempunyai “durian runtuh” RM765,375,
tak perlu tunggu 20 tahun seperti Ahmad.
———————
Kedua-dua individu tersebut berkerja 30 tahun, kedua-dua
individu tersebut menerima gaji yang sama, tetapi akhirnya mempunyai nasib yang
berbeza semasa bersara, gara-gara skim bersara yang berbeza.
Ah Chong dapat durian runtuh RM765,000 sejurus selepas bersara.
Ah Chong ada duit untuk melancong, ada modal untuk membuat investment kat
tempat lain, ada modal untuk membuka perniagaan sendiri, suka hati dialah nak
buat apa.
Yang penting, AH CHONG ADA CASH SEBANYAK RM765 RIBU. HAMPIR
SEJUTA RINGGIT CASH!
Ahmad pula, takde duit melancong, takde modal melabur, takde
modal berniaga. Ahmad setiap hari mengharap hujung bulan tiba secepat mungkin,
supaya dapatlah pencen bulanan sebanyak RM2,400.
Kenapa begitu? Sebabnya “compounding interest”.
———————
Ah Chong ada hampir sejuta ringgit cash semasa bersara kerana
kuasa “compounding interest” dalam bab pengurusan kewangan.
Compounding interest ini bukan biashe-biashe.
Bank buat untung sebab kelewatan membayar kad kredit, bank buat
untung daripada loan rumah, semuanya berdasarkan matematik “compounding
interest”, iaitu faedah atas faedah.
“Compounding interest” dalam dua contoh di atas memihak kepada
bank di mana bank menerima “compounding interest” daripada rakyat.
Tetapi “compounding interest” ini sebenarnya boleh juga
diaplikasikan untuk menguntungkan pengguna, di mana si penerima “compounding
interest” adalah rakyat dan si pembayar “compounding interest” adalah KWSP.
Faham bab “compounding interest”, faham lah kurang kenapa orang
kaya suka memerap duit kat dalam KWSP ataupun skim-skim pelaburan yang
mempunyai “compounding interest”.
COVID-19
Masa Covid-19, kaum yang paling enggan mengeluarkan KWSP
walaupun dibenarkan, ialah orang Cina. Ini fakta. Statistik KWSP dan
Kementerian Kewangan membuktikannya.
Ini kerana masyarakat Cina tahu, sekali usik KWSP, “compounding
interest” akan terkesan. Jadi KWSP takkan disentuh sampailah usia bersara. Biar
duit yang duduk kat dalam KWSP itu menumbuhkan duit je.
Maka dalam keadaan sekarang, pelan kerajaan untuk menukar skim
pencen penjawat kepada KWSP bukanlah sesuatu yg buruk.
Ia boleh menguntungkan penjawat awam di masa bersara, selain
memastikan sumber kewangan sedia ada boleh diguna sebaik mungkin.
Mudah kata. Ahmad pun boleh jadi seperti Ah Chong.