JADI KHADAM PENJAJAH TAPI MENINGGALKAN SEDIKIT SEBANYAK CERITA SEJARAH. JANGAN JADI KHADAM MAHATHIR....MATI KATAK NGAN MATI SYAHID PUN TAK TAU BEZA




Jamzuri Ardani


 Bukan sekadar orang yang hidup sahaja dituduh 'khadam', orang yang sudah meninggal dunia pun dituduh khadam. 


Menang benar dikalangan cendikiawan Melayu, Munsyi Abdullah adalah tokoh yang kontroversial.  Ada yang menyanjung dan ramai juga yang mengkritik. 


Pun begitu, Islam mengajar kita untuk tidak mencela seorang muslim yang telah meninggal dunia. 


Istilah 'khadam' adalah kasar dan tidak beradap. Itu bahasa orang yang mulutnya celupar.  Kalau orang macam saya guna istilah 'khadam' mungkin kesannya tidak seberapa. Tetapi kalau seorang yang punya puluhan ribu pentaksub menuturkan bicara sebegitu, ia boleh merosakkan akhlak bangsa.