CABARAN PENIAGA BAZAR AIDILFITRI.

 

Asyraff Jeffery



Saya rasa siapa yang sewa hanya gali lubang kubur. Tahun lepas,saya masuk 7 bazar dan semuanya kiok. Mula-mula ingat saya seorang yang kiok tapi ramai lagi.

.


Kawan saya buka kiosk baju di salah satu bazar besar di Selangor,dapat balik kos sewa tapak tapi stock tidak habis. Mesej seorang demi seorang minta tolong habiskan stock.

.


Brand Baju Melayu yang besar itu pun sakit pada tahun lepas.

.


Peniaga-peniaga kena tahu yang untuk barangan fasyen, orang sudah berpindah kepada online purchase. Barang bawah RM500, dengan mudanya boleh dijual di sana. Baju Melayu percuma samping dan butang RM70 sahaja.

.


Peniaga Online tidak kisah untung RM10 pun kerana overhead mereka tidak besar. Bahkan,dengan kos sewa tapak bazar sedemikian, mereka boleh lantik ramai pekerja untuk buat Live berjalan tanpa henti 10 jam, 5 akaun berbeza. Pasti untungnya lebih besar.

.


Berhati-hatilah bila buat keputusan. 

Semoga dipermudahkan.