ANTARA BUGHAH DAN QAZAF


Che Ibrahim





Sahabat ambo Fahmy Yusoff minta ambo ulas bab bughah Dan qazaf. Kebetulannya ambo dok saja, isteri takdak rumah sebab kena jaga anak masuk wad di HUSM. 


Qazaf ialah menuduh seorang muslim yang baik dengan tuduhan zina atau liwat atau menafikan nasabnya tanpa mengemukakan 4 orang saksi yang adil yang melihat dengan mata sendiri perbuatan tersebut. Dalam istilah kitab kitab lama dia sebut seperti kita lihat batang celak masuk dalam bekas celak, atau orang tua tua kata serupa kamu lihat alu lesung masuk ke dalam lesung. Itulah beban pembuktian Kes Zina atau liwat mengikut Islam.


Adapun jika seorang itu telah disabit dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas kesalahan Zina atau liwat tanpa melalui beban pembuktian yang telah ditetapkan oleh syariah, maka ianya tetap dianggap qazaf. Mu taksir pakai tu hak mung, tapi hukum syaraknya kata gitu. 


Bughah pula satu perbuatan menentang kerajaan secara kekerasan dengan menggunakan senjata. Jika selepas berunding mereka masih ingkar, maka mereka adalah bughah di sisi Islam, wajib diperangi, ditangkap dan dibunuh.


Adapun jika seseorang itu sekadar tidak setuju dengan dasar, keputusan atau apa apa tindakan kerajaan, menentang keputusan kerajaan atau badan badan lain yang ada kaitan dengan kerajaan, mereka tidak boleh dihukum bughah selagi mereka tidak angkat senjata melawan kerajaan. Orang panggil lawan mulut jah, tak dianggap bughah.