𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗛 𝗡𝗚𝗘𝗛 𝗞𝗢𝗢 𝗛𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗣






1) 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 Dato' Setia Dr. Naim Menteri Agama dengan kenyataan tegas menyanggah cadangan MP Bruas dari DAP. DAP tidak sepatutnya campurtangan dalam mana-mana pengurusan dan pentadbiran Islam termasuklah undang-undang Syariah.


2) 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔, pemimpin dari era Dinasti Lim patut berhenti membuat kenyataan yg mengguris hati orang-orang Melayu Islam. Tak habis lagi ke nak beri peluru kpd PA$ PPBM PNyakau Nasional memburuk-burukkan DAP dan Kerajaan Perpaduan MADANI? 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝗶𝗺𝗯𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂-𝗶𝘀𝘂 𝘆𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗞𝗘𝗚𝗘𝗟𝗜𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺? Apa motifnya?


3) Bermula dari isu BUKAN Melayu boleh jadi PM, kemudian pilihanraya PBT skrg nak campurtangan dalam 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗝𝗜 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡𝗦𝗜 𝗗𝗨𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗕𝗔𝗟 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠. Tak perlu pun kepakaran ahli DAP, JK itu mempunya pakar yg cukup dari kalangan org Islam. 


4) YB Anthony Loke dan DAP secara rasmi 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗽𝘂𝗻 membuat kenyataan-kenyataan seperti ni kenapa bekas-bekas pemimpin utama yg 𝗱𝗮𝗵 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗢𝗕𝗦𝗘𝗟𝗘𝗧𝗘 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗗𝗶𝗻𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗟𝗶𝗺 perlu keluarkan kenyataan seperti ini? Adakah ini bertujuan menggugat DAP di bawah 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗬𝗕 𝗔𝗻𝘁𝗵𝗼𝗻𝘆 𝗟𝗼𝗸𝗲 𝘆𝗴 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗣𝗥𝗔𝗚𝗠𝗔𝗧𝗜𝗞, 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗔𝗡𝗦𝗨𝗥, 𝗕𝗘𝗛𝗔𝗩𝗘, 𝗥𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗖𝗛𝗔𝗨𝗩𝗜𝗡𝗜𝗦𝗧, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗥𝗔𝗦𝗜𝗦, 𝗠𝗢𝗗𝗘𝗥𝗔𝗧𝗘 𝗱𝗮𝗻 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 dengan pemimpin dan masyarakat Melayu berbanding era DAP yg terdahulu terutama ketika mula-mula mendapatkan kuasa Kerajaan Persekutuan di bawah Atok SAKA Tua? 


5) Ketika berkuasa DAP tahun 2018-2020, pemimpin mereka sendiri telah membuatkan ramai org Melayu termasuk dalam PH sendiri jadi menyampah kerana melihat 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗔𝗥𝗥𝗢𝗚𝗔𝗡𝗧 𝗼𝗳 𝗣𝗢𝗪𝗘𝗥. Mereka tidak boleh "𝗯𝗲𝗵𝗮𝘃𝗲" seperti di era Pakatan Rakyat sewaktu ATGNA masih hidup. Syukurlah Allah jatuhkan Atok dan PH 1.0 ketika itu. Ada hikmahnya.


6) KINI, jangan kata penyokong UMNO BN, 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗞, 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗣𝗔𝗛 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗟𝗨𝗔𝗧 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗿𝗼𝘃𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗣 yg kerap mengeluarkan kenyataan yg boleh membuatkan org Melayu marah kpd DAP, Pakatan Harapan, terhadap PMX seterusnya terhadap Kerajaan Perpaduan MADANI. 𝗗𝗔𝗣 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗗𝗔𝗣 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗼𝗰𝗮𝗸 𝗮𝗶𝗿 𝘆𝗴 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. TOLONG jangan ganggu pentadbiran PMX. Kamu nak PA$ & PPBM BERKUASA SEMULA ke? Apa nasib DAP jika itu berlaku?


7) JIKA benar tidak berpuashati dengan kepimpinan YB Anthony Loke pun, 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗷𝗮𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗗𝗔𝗣 dan jangan melibatkan PH-BN dan dimangsakan emosi org Melayu Islam. 𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽𝟮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗮𝗸 "𝗢𝗟𝗗 𝗧𝗜𝗠𝗘𝗥" 𝗻𝗶 𝗱𝗼𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗰𝗼𝗵. YB Anthony Loke patut memikirkan 𝗳𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗹 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 bagi memastikan kestabilan pentadbiran PMX dan jangan terlalu baik, terlalu hormat sehingga berdiam diri. 𝗧𝗢𝗟𝗢𝗡𝗚 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 "𝗧𝗥𝗜𝗚𝗚𝗘𝗥" 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 dari penyokong PH sendiri ke arah DAP kerana ia 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝘁𝗮 𝘆𝗴 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 sbb akan jadi modal PA$ PPBM PNyakau Nasional.


Wallahualam.


- Zus Din 

29122023

*************

'𝗖𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗼 𝗛𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶' - 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗡𝗮'𝗶𝗺

Oleh AISYAH BASARUDDIN

29 Disember 2023 04:20pm


SHAH ALAM - Cadangan dikemukakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkaitan pelantikan pakar bukan beragama Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam dilihat tidak berasas sama sekali.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, ia kerana perkara berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam termasuk isu-isu dasar perundangan dan kehakiman syariah perlu dirujuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) serta pihak berkuasa negeri terlebih dahulu.


Menurutnya, jawatankuasa khas itu ditubuhkan bertujuan mengkaji isu berkenaan dengan kompetensi DUN dan bidang kuasa mahkamah syariah sepertimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai II-Senarai Negeri serta Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.


“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa merujuk kepada MKI yang dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.



Langkah Dubai



Zaki Abd Mani


Bagi saya cubaan terakhir sebelum pertukaran Agong...

Sejarah telah terpahat

Apa yg pernah Berlaku antara Muhyiddin, mahathir dan Istana Johor dan Raja2 Melayu. 

 

Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat daripada tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri,dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja.Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini.


Siapa Pm waktu itu?

Mahathir

Siapa Menteri Besar Johor waktu Itu?

Muhyiddin Yassin.


2024 Siapa Pula Agong?

Siapa Agong Yg mencadangkan agar Semua salah laku Rasuah dan Sprm di letak kan di bawah pemerhatian Istana Negara?


Mantan Menteri kewangan zaman Siapa kah yg sekarang sedang di siasat oleh Sprm? 

Siapa kah pemilik Menara Ilham yg di sita?

Kenapa akaun Di beku?


Kenapa PN

Muhyiddin dan Mahatir

Tergesa2 mahu menukar kerajaan yg Kini telah ada sokongan lebih 2/3?


Kenapa Perikatan Nasional tidak mahu menghormati Mandat Rakyat?


P/S

Ada khabar angin

Mengatakan ada cubaan membeli Ahli Parlimen BN yg tidak puas hati dengan Rombakan Kabinet (pro Broker) dan MP dari Serawak dengan nilai Rm 600 juta...

Jawatan PM sangup di berikan kepada MP dari serawak

TPM pula di berikan kepada MP Umno pro broker.

Ermmm.. Jika ini benar

Dan langkah Dubai ini menjadi kenyataan

Nampak nya Pergolak kan politik di negara ini yg di cetuskan oleh Perikatan Nasional bakal memusnah kan ekonomi Negara.

Rakyat pasti akan terus di heret ke kancah ketidak stabilan politik..

Akibat ketamakan kuasa segelintir Ahli Politik yg takut kepada dosa2 masa silam Mereka.


Mari kita sama2 berdoa kepada Allah

Agar cubaan jahat grombolan ahli Politik yg Terus menerus mahu memusnahkan negara ini tidak berjaya..

Dan Negara kita yg Tercinta ini Terus di Limpahi Rahmat Allah s.w.t


Bila Polong kembali berbicara


#bilapolongberbicara



TAKKAN JA NAK SOH ORANG RAMAI JAGA ADAB..NU PAK PAK LEBAI DOK MAKI HAMUN MACAMANA ?


Wang Xiang 


UMMAH diminta menjaga adab dengan alim ulamak.

Betullah tu. Sangat tepat.

Tapi bagaimana pula dengan ulamak yang tidak menjaga adab dengan orang awam?

Boleh ke mudah-mudah membodohkan orang lain, malah menjatuhkan hukum sesat pada orang lain?



SHAIDAN KASSIM BUAT APA ? KALAU HARAP PADA PAS..MAMPOIH LA HANGPA NGANGA....CONTOH BANYAK DAH..TAK SERIK LAGI..

 



Tahukah anda tahun 1973 Tun Abdul Razak telah mecadangkan kawasan Kg Setia Jaya, juga beberapa kawasan sekitar Setapak & Wangsa Maju diteroka & dijadikan penempatan veteran tentera sama seperti Kg Congo di Bandar Tun Razak.


Sebab tu majoriti peneroka asal Kg Setia Jaya adalah veteran tentera.


Datang tahun 1991, tanah Kg Setia Jaya diberi kpd TARC Education Foundation.


PM tahun 1991 dgn Chairman TARC tahun 1991 macam abang dengan adik la kalau nak tau.


Ok situ duduknya.


Feb 2022, lawyer TARC hantar notis pada penduduk Kg Setia Jaya dakwa mereka ceroboh tanah persendirian.


Siap masuk paper lagi TARC minta 7 hari utk mereka keluar dari situ.


Masa ni PAS jadi Kerajaan, tapi satu apa pun mereka tak buat.


Penduduk minta jumpa Menteri Wilayah Shahidan Kassim, dapat jumpa 2 minit je. 


Tapi hari ni tetiba PAS jadi pejuang isu Kg Setia Jaya.


Harakahdaily siap buat live hari ni. 🤣


✅ Kes Kg Setia Jaya

✅ Kes Nik Elin

✅ Cukai LVG


3 perkara ni terjadi waktu PAS dalam kerajaan tapi mereka tidur waktu ada kuasa!


Siap kata jangan sampai Kg Setia Jaya jadi macam Gaza.


Eceiii walhal penduduk dapat notis pengusiran waktu dia jadi Kerajaan. 🤣



BAGI YANG DIBAYAR MEMPERTAHANKAN KERAJAAN. INILAH MASANYA MEMPERTAHANKAN BETUL BETUL. JANGAN DIAM KERANA MEREKA TIDAK DUDUK DIAM.




Mohd fairul Al Qasas


 Ketika Langkah Sheraton,  Anwar Ibrahim tenang di majlis ilmu di rumahnya.


Ketika ada cubaan untuk undi belah bahagi, PMX tenang di majlis ilmu bersama ilmuan luar negara di Seri Perdana.


Ketika Langkah Dubai, PMX meneruskan tanggungjawab nya dengan tenang membantu yang memerlukan walaupun kawasan tersebut sangat kuat menolak dan menghina nya.


Itu lah PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim.



HEBAT AYAQ KAT LANGKAWI


Amazing Nara




 Mungkin dia pakai air semula jadi dari gunung tak ada bahan campuran langsung.



Banyak rupanya masjid di Penang ni


Penang Elok Dah...




Maybe dah bertambah from so many years ago


Tapi paling dipuji ialah kebersihan bandarnya. Jalan2 cari street art dia langsung takde bau dari longkang, bersih plak tu. Minima sangat sampah sarap.


Nak jalan kaki pun selesa maybe sebab takde pencemaran bau, cuaca panas pun ok 


Keep it up Penang 👍🏼


Xoxo



DI AKHIR ZAMANG INI


Memosa Pudica





•'Taksub'lah pada KEBENARANG walaupung si penutur itu musuh kamu.


•JANGANG taksub pada individu kerana lebai sanjungang kita itu ada kalanya khilaf, atau melazimi dlm menyesatkang org.


Pahang dop?





SUDAH TIGA KALI CETUS KONTROVERSI, APAKAH DAP MAHU SABOTAJ ANWAR?


Hanya dalam tempoh yang cukup singkat sebelum berakhirnya tahun 2023 ini, sudah tiga kontroversi dicetuskan oleh DAP berkaitan Melayu dan Islam di negara ini.


Pertama, tentang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri yang ditimbulkan oleh veteran DAP, Lim Kit Siang.


Kedua, gesaan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai agar pilihanraya PBT dimulakan perlaksanaannya di Kuala Lumpur bagi merakyatkan lagi sistem pentadbiran di ibu kota berasaskan semangat demokrasi.


Ketiga dan yang terbaru, permintaan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham agar pakar perundangan bukan Islam turut sama dibawa menganggotai jawatankuasa mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah.


Bermula awal tahun 2024 nanti, agaknya entah apa-apa lagi akan dibangkitkan oleh pemimpin DAP yang lain pula berkaitan Melayu dan Islam.


Kenapa DAP tak habis-habis cuba mencetuskan kontroversi?


Bagi isu terbaru yang dicadangkan oleh Ngeh, ia memang sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali, bahkan perlu ditentang keras oleh semua umat Islam.


Untuk apa urusan orang Islam dalam Mahkamah Syariah mahu dicampuri oleh bukan Islam sebagaimana diminta DAP itu?


Selain pakar perundangan Islam sendiri diyakini mampu menguruskan hal-hal berkaitan kepentingan umat Islam, bukan Islam khususnya DAP tiada hak untuk campurtangan dalam hal ini.


Takkan hal pertikaian nikah kahwin, cerai berai, pembahagian harta dan penjagaan anak yang melibatkan orang Islam dalam Mahkamah Syariah mahu diambil tahu oleh DAP juga?


Hal orang Islam, biar orang Islam sendiri menguruskannya.


Apakah DAP sejak berada dalam kerajaan sudah mahu tunjuk belang ingin campurtangan dalam semua perkara di negara ini, termasuk yang eksklusif untuk orang Islam?


Sebagaimana dua saranan DAP sebelum ini mendapat bantahan keras daripada rakan-rakan dalam kerajaan, khususnya UMNO, kali ini juga ia dibantah keras oleh parti Melayu itu.


Parti lain dalam kerajaan nampaknya masih senyap dan tersembunyi lagi suara mereka.


Oleh kerana sudah dikira relatif kerap DAP mencetuskan kontroversi melibatkan orang Melayu dan Islam di negara ini, sebagaimana saya telah sarankan sebelum ini dalam isu Perdana Menteri bukan Melayu dan pilihanraya PBT, sekali lagi saya ingin menggesa Anwar Ibrahim agar segera memberi nasihat dan menegur parti tersebut.


Sikap DAP ini tidak boleh dibiarkan kerana ia menjejaskan keharmonian dalam negara dan menjadikan kedudukan kerajaan tidak elok dipandang rakyat.


Sepatutnya setelah berada dalam kerajaan, lebih-lebih lagi kerana terbinanya kerajaan perpaduan ini atas sokongan UMNO, DAP lebih sedar diri dan tahu membawa diri.


Jika begini berterusan sikap mereka, tidak mungkin orang Melayu boleh gembira dalam tempoh yang lebih lama dengan keberadaan DAP dalam kerajaan perpaduan ini.


Di waktu yang sama, jika berterusan begini juga, tidak mungkin UMNO pun boleh bertahan lama dalam kerajaan perpaduan pimpinan yang ada DAP ini.


Pokoknya, kalau begini karenah DAP, bagaimana Anwar mampu bertahan lebih lama lagi sebagai Perdana Menteri?


Melepasi setahun pun tercungap-cungap, kenapa mahu ditambah lagi dengan isu yang tidak perlu?


Dan memandang jauh ke hadapan sikit, dengan karenah yang sama oleh DAP ini, bagaimana boleh diyakini Anwar mampu meraih sokongan pengundi Melayu dalam PRU16 akan datang, seterusnya tidak sekadar mampu bertahan sepenggal saja sebagai Perdana Menteri?


Kadang-kadang terdetik di hati, apakah DAP mahu sabotaj Anwar? – ShahbudinHusin 29/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/29/sudah-tiga-kali-cetus-kontroversi-apakah-dap-mahu-sabotaj-anwar.html



PADI ORGANIK



Hisam Musa.


 Penuaian padi organik.. Padi organik tanpa baja dan racun yang boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita


Tanah juga lebih subur dan sihat.. ikan, belut, siput dan lain-lain juga hidup sebagai satu kitaran ekosistem yang baik.. Kita akan komersialkan agar mandaatnya lebih besar dan meluas untuk negara.. Aameen.


(ADMIN)




MALAYSIA TRULY ASIA. PATI DITAHAN DI PAHANG.

 













Seorang pondan warga Indonesia yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan dicekup oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang setelah berkejaran hampir 200 meter dalam satu serbuan operasi di Kuantan pada awal pagi 28 Disember 2023.


Pemeriksaan lanjut mendapati beliau telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi masa setelah pas lawatan sosial yang dikeluarkan kepadanya tamat sejak Jun lalu.


Terdahulu dalam siri Op Kutip, Selera dan Sapu itu juga seramai 24 orang warga asing ditangkap di 4 premis berbeza melibatkan premis kedai makan, kedai aksesori kereta, tapak pembinaan dan rumah kediaman.


Keseluruhan 7 orang warga Thailand, 7 Bangladesh, 6 Indonesia dan 5 Myanmar ditangkap selepas dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.


Operasi dengan kekuatan 14 pegawai itu berakhir pada jam 1 pagi dan semua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut.


Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang



MALAYSIA LAIN..ISLE DIA TULIN..HANYA YANG JADI PARTI AGAMA SAJA BOLEH UCAP..SELAIN DARI TU TAK BOLEH...MUNG PAHANG KE DOK ? KALAU DOK MUNG BODO..

 




Mufti Negara Ustaz Dr Nazirudin Nasir mengutuskan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada seluruh masyarakat Katolik Kristian di Singapura sempena perayaan itu pada Ahad (25 Dis) bagi pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Pusat Harmoni.


Ia disampaikan menerusi sepucuk surat kepada Ketua Biskop Gereja Roman Katolik William Goh.


Perinciannya: https://berita.mediacorp.sg/singapura/mufti-dr-nazirudin-nasir-utus-ucapan-krismas-kepada-masyarakat-kristian-katolik-seru-junjung-nilai-keharmonian-keamanan-811566




TERDESAK SANGAT KOT...ISU LAIN TAK ADA KAH ?

 

Punya la terdesak puak puak walaun ni nak menfitnah...Artikel lama pun direcycle nya 🤦🤦




PEMBINAAN PLBS


Husam Musa



 📍 Banjir: Kerajaan lulus projek bina benteng sementara bagi PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta


📍 Kerajaan Kelantan bersetuju segerakan proses pengambilan tanah bagi projek PLSB Sungai Golok Fasa 2


📍 Proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta dimulakan tahun depan


Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2257846


Sumber: Perdana Menteri Anwar Ibrahim



Ini bukan pemujaan melampau. Ini sarkasm atau sindiran.


Mohd Fairul Al Qasas



Ini juga sengaja menjadi batu api dan menambah-nambah cerita. Mungkin nak menambah huduh UAI, saya tak setuju sikap begini.


Fokus saya cuma satu, kalau boleh UAI tidak membodohkan,  menyesatkan dan menkafirkan orang.


Itu aja. Nampak kecil. Tapi sebenarnya tanpa sedar ramai ikut ulang benda sama.


Soal ilmu dalam kain, ada keperluan nya. Tapi dimana ya hilang nilai adab kita dalam bertanya soal begitu dalam majlis umum?


Kena ada mekanisma untuk bertanya dan menjawab terutamanya perkara yang sensitif. 


Jangan kita halalkan semua perkara jelek hanya kerana kita minat dan sokong seseorang itu.



RUNDINGAN RUMAH KPG SETIA JAYA...

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mengadakan perjumpaan bersama wakil daripada TAR Education Foundation. 

Hasil pertemuan, pemilik membenarkan Penduduk Kg Setia Jaya tinggal sementara isu diselesaikan. Penggantian rumah dalam rundingan.




CUMA ADA DUA TUN SAJA...SATU TUN SEBAT SATU TUN MUSIBAT- TUN LAIN TAK TERLIBAT.LIHAT VIDEO DALAM KISAH ANWAR UNTOLD STORY





’Tiada Tun lain perlu disiasat’

Sinar Premium
Keratan Sinar Harian 28 Disember 2023. (Gambar kiri: Mustapha)
Keratan Sinar Harian 28 Disember 2023. (Gambar kiri: Mustapha)

SHAH ALAM - Tiada individu lain bergelar Tun yang perlu disiasat pihak berkuasa kecuali bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu tidak perlu lari tajuk dengan menuding kepada individu lain untuk me ...

BELAJAR DI AL AZHAR KA BELAJAR DENGAN AZHAR . MESTI KAKI PEMALAS KENA MAKI NIM.



 Ada pelajar yang belajar dakwa gelaran anak keldai dan anak anjing tu biasa dia sana. Tapi saudara ni kata dia tak pernah dengar. Dia tak kena tak bererti tak ada.


Mungkin sebab dia ni rajin, baik, cerdik, maka sebab tu dia tak pernah kena gelar anak keldai atau anak anjing oleh pensyarahnya di al-Azhar.


Tapi geng yang dakwa gelaran begitu biasa, mungkin dia pemalas, degil dan terlalu benak sebab tu dia biasa kena. Mungkin la. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SIKAP GHULUW.

 

Che Ibrahim


Antara sikap melampau @ ghuluw puak Kristian dan Yahudi ialah pemujaan yang berlebihan ke atas padri dan pendeta mereka (kalau kita gat pemujaan yang melampau lampau ke atas ulama/tok guru mereka).



MELAYU SEKARANG DAH PANDAI MENIAGA. MENIPU PUN PUNYA RAMAI. SCAMMER.,MASUK RM50 JADI JUTAWANG....MACAM MACAM TIPU SKIM CEPAT KAYA...SAMPAI TIPU MAKAN PUN ADA.

 

Burhanuddin Rabbani





KATERER TAK DATANG 🙁


Saya mewakili keluarga Ust Shukor memohon ribuan kemaafan andai yang hadir ke majlis perkahwinan adik saya harini hanya dapat menjamu juadah sekadarnya sahaja. 


Untuk makluman semua, kami telah menjadi mangsa penipuan. Katerer ARC Catering  yang ditempah oleh adik kami tidak hadir. Banyak kali kami cuba call tapi tak respon. 

Total tempahan yang dah dibuat untuk 1000pax. Pening kami nak fikir. 


Last kami tunggu malam tadi sampai pukul 9 malam memang takde respon, so kami decide adik beradik untuk masak sendiri. Hanya kemampuan kami untuk siapkan dalam anggaran 400pax makanan. Itupun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman. 


Maka berpecahlah kami beberapa kumpulan semalam. Ade yang cari set meja dan kerusi, ade yang cari periuk-periuk besar, ade yang cari barang-barang untuk masak. Syukur semua Allah mudahkan. 


Malam tu juga kami susun meja kerusi mana yang dapat, malam tu jugak kami cuba dapatkan ayam. Basuh semua siap-siap. Blend bahan-bahan untuk masak gulai ayam. Esok lepas subuh kami terus masak ramai-ramai adik beradik ipar duai. Syukur sebelum pukul 11 pagi semua dah siap hantar ke dewan. 


Maka, kami harungi hari besar adik kami dengan sebaiknya. Kami setup semua sendiri. Dalam kesedihan kami atasi semuanya dengan semangat. Kami yakin kami boleh buat semua ni. 


Alhamdulillah. Harini semuanya berjalan dengan baik. Walaupun hanya ada 1 lauk. Ade yang datang sponsor apam balik, popcorn, kuih muih. Semua datang dan buat dengan penuh kasih sayang. 


Allah Maha Kaya, sampai habis majlis lauk2 masih ada. Tak habis pon. Syukur semuanya cukupp..


Terima kasih semu yang hadir harini. Allah beri kami ujian sesuai kemampuan kami. Allah uji kami sebab Allah sayang kami. 


Apa pon, report polis dah dibuat oleh pengantin. Semoga ada sinar untuk dapat semula 13k yang dah lesap. Dia simpan duit untuk majlis kahwin bukan sebulan dua. Lama dia simpan,.akhirnya kena tipu macam tu je. 


Allah Maha adil. Allah Maha Pengasih. 

Terima kasih permudahkan urusan kami walaupun semuanya kami terpaksa buat last minit. 


Tahniah Pengantin baru adikku sayang Raudhah Sakinah dan Syahid Khalid . Moga dengan ujian ini menguatkan ikatan perkahwinan yang terbina. Moga Allah berkati kita semua. 


Saya letak page katerer scammer di bahagian komen.





TAHUN BILA CUKAI LVG NI DI LULUSKAN ? YB DALAM KABINET KAN MASA TU ?






ADRIAN LIM CHEE ANN


 YB (Yang Berpengalaman) DUDUK DALAM KABINET


Saya menonton video YB (Yang Berpengalaman) Duduk Dalam Kabinet tentang cukai LVG. Beliau berpandangan...


1. Cukai LVG harus ditangguh kerana keadaan ekonomi

2. Cukai GST terbaik untuk mengganti Cukai LVG


Masalahnya, yang tidak disebut oleh YB (Yang Berpengalaman) Duduk Dalam Kabinet ialah...


Cukai LVG diluluskan sebulat suara dalam Parlimen pada bulan Ogos 2022.


1. YB (Yang Berpengalaman) Duduk Dalam Kabinet tidak membantah cukai LVG pada ketika itu.


2. YB (Yang Berpengalaman) Duduk Dalam Kabinet juga tidak membuat video TikTok mencadang cukai GST bagi mengganti cukai LVG pada ketika itu.


Kerajaan YB (Yang Berpengalaman) Menjadi Menteri mencadangkan cukai LVG ✅️

Kerajaan YB (Yang Berpengalaman) Menjadi Menteri meluluskan cukai LVG pada tahun 2022 ✅️

Kerajaan YB (Yang Berpengalaman) Menjadi Menteri menjadual pelaksanaan cukai LVG pada tahun 2022 ✅️


Yang menangguhkan pelaksanaan cukai LVG dari tahun 2023 ke tahun 2024 ialah kerajaan sekarang yang mana Wee tidak lagi menjadi anggota Kabinet.



SIAPA LANTIK MEREKA ULAMA?

 

Maiden Muna


Ingat juga Pesanan Imam Ghazali 'fitnah akhir zaman bermula daripada ulama'.



TUN DAIM TAK DIAM- ELOK LAH YANG BERBAYAR TRY HARD TO DEFEND KERAJAAN MADANI NI

 

TUN DAIM TIDAK DIAM - SAYA AKAN BERTINDAK SEWAJARNYA DALAM MASA TERDEKAT INI 


Berikut adalah kenyataan media Tun Daim Zainuddin yang diterjemahkan daripada versi asal Bahasa Inggeris berkaitan siasatan dan penyitaan Menara Ilham miliknya oleh SPRM, minggu lalu.


Saya merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengenai siasatan yang dikatakan terhadap diri saya dan ahli keluarga saya.


Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang perbuatan rasuah atau salah laku dalam apa jua bentuk oleh saya atau keluarga saya. Siasatan ini tidak lain merupakan penganiayaan politik (political witch-hunt) yang menyasarkan kami.


Sehingga hari ini saya tidak pernah dimaklumkan tentang kesalahan yang didakwa saya telah lakukan walaupun saya telah berulang kali bertanya secara bertulis kepada SPRM. 


Saya boleh mendedahkan bahawa kami menerima surat yang ditandatangani oleh Azam Baki sendiri yang menolak secara langsung untuk memberitahu saya apa kesalahannya. Namun, terdapat usaha terancang untuk memburukkan saya dengan mengeluarkan maklumat salah dan sindiran tidak berasas terhadap saya.


Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim atas sebab-sebab yang paling diketahuinya sendiri menganggap saya sebagai ancaman politik dan musuh yang mesti dihina.


Adalah sia-sia dan tidak jujur baginya untuk menafikan perkara ini. Ia juga merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa di bawah Akta SPRM 2009, Ketua Pesuruhjaya bergantung kepada perdana menteri untuk pelantikan atau lanjutan tempoh perkhidmatan.


Kecaman terbaru Anwar terhadap saya pada 22.12.2023, mangatakan “dia rahsia umum, seorang yang menggondol kekayaan begitu besar“, adalah satu sindiran melulu dan tidak berasas bahawa saya bersalah atas beberapa kesalahan yang tidak dinyatakan. Ini cukup menunjukkan kebenciannya terhadap saya. 


Ia juga amat tidak wajar dan menyalahgunakan kuasa bagi seorang perdana menteri untuk campur tangan atau mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan dengan membuat sindiran terang-terangan tentang rasa bersalah secara terbuka. 


Saya telah berunding dengan peguam saya mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat.


Berkenaan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, dia telah membuat pelbagai komen prejudis terhadap saya di khalayak ramai sementara siasatan masih dijalankan.


Ia suatu yang tidak boleh diterima, tidak profesional dan mencurigakan.


Sebagai ketua organisasi, Azam Baki juga mesti bertanggungjawab atas banyak kebocoran berita “sumber” mengenai penyiasatan yang dikatakan. Apa yang dipanggil “sumber” ini hanya boleh datang dari dalam SPRM kerana ia bertujuan untuk mendedahkan butiran siasatan tersebut. 


Tujuan kebocoran itu jelas adalah untuk mewajarkan tindakan melampau mereka terhadap saya dan untuk menggambarkan diri saya sebagai seorang yang korup dan pesalah. Tidak diberitahu tentang kesalahan terhadap saya, saya tidak dalam kedudukan untuk menjawabnya atau membela diri.


Saya telah, sejak awal penyiasatan ini, memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dan kerap berkomunikasi dengan mereka melalui peguam saya. Oleh itu, adalah kesalahan nyata bagi “sumber” SPRM untuk mendakwa bahawa saya tidak membuat pendedahan yang betul mengenai butiran kewangan yang dituntut oleh SPRM. 


Saya mengulangi bahawa semua yang diminta secara bertulis oleh SPRM telah didedahkan dan mengikut undang-undang.


Sebagai bekas anggota kanan kerajaan dan kerana menghormati proses penyiasatan, saya berdiam diri sehingga kini. 


Bagaimanapun, perdana menteri dan SPRM tidak menunjukkan rasa hormat yang sama terhadap proses itu dengan komen dan kenyataan mereka yang tidak wajar yang berterusan menyebabkan saya tiada pilihan selain bertindak balas demi menjaga reputasi dan nama baik saya.


Tetapi bukan itu sahaja yang membimbangkan saya. Saya amat mengambil berat tentang keadilan dan integriti institusi kita. Institusi mesti dilindungi demi kepentingan negara. 


Ia adalah demi kepentingan awam tertinggi bahawa proses penyiasatan dan pendakwaan tidak dicemari dan dijatuhkan oleh keadaan berat sebelah, tidak adil atau bermotifkan politik. Ini akan menjejaskan setiap rakyat Malaysia.


Dalam mengenang sumpah jawatan yang diikrarkan oleh mereka berdua, Anwar Ibrahim dan Azam Baki mesti menghormati kedaulatan undang-undang dan proses yang sewajarnya serta bertindak dengan sewajarnya.


Tun Daim Zainuddin


https://shahbudindotcom.net/2023/12/28/tun-daim-saya-akan-bertindak-sewajarnya-dalam-masa-terdekat-ini.html




NI PATUT BAGI KE AZHAR IDRIS. DIA SAHIH MAKI KAPIR BODO BAGAI. TAPINLA NI DAK DAH KOT SEBAB PUJAAN HADI AWANG



 Koleksi kata-kata Mahathir, orang yang ada walaun dakwa sebagai wali Allah, yang menghina Islam.


Aku paling terkesan ayat yang pertama. Kalau rejam batu nanti habis batu di Kelantan. Mahathir juga kata nanti habis orang Melayu kudung kalau buat hudud. Nak makan sup tangan, boleh pergi Kelantan.


Aku terkesan sebab satu hari tu, bila aku balik rumah mak dan ayah aku ulang ayat yang sama. Marah muka aku masa tu. Walaupun waktu tu aku UMNO, aku tak boleh terima ada orang cakap begitu.


Tapi Alhamdulillah mak dan ayah aku boleh dengar teguran aku. Geram aku dengan Mahathir. Cakap dia boleh sebabkan ramai pengikutnya yang gugur iman.


Kalau nak kata dia negarawan, aku tak larang. Walau boleh didebatkan soal integritinya. Tapi kalau nak kait dia dengan apa-apa berkaitan Islam, aku takkan boleh terima.


Kalau nak tuduh sesorang itu liberal dalam beragama, maka Mahathir paling sesuai dilekatkan label begitu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.