Zunar Cartoonist Fan Club.
TEGURAN DENGAN BERHEMAH. BUKAN MACAM LEBAI TEGUR MACAM ORANG TAK MENGAJI ...
Cuba tengok video Azhar Idrus ni. Komentar tentang satu konsert di Kelantan. Aku tak pasti konsert yang mana tapi rasanya bukan Loy Krathong. Sebab konsert ni di Kota Bharu. Loy Krathong di Bachok tak silap aku.
Lagi pun, katanya dalam konsert tu peserta atau artis yang buat persembahan tak buat perkara mungkar. Tapi yang Loy Krathong tu lebih daripada mungkar aku tengok. Jadi rasanya ini ulasan konsert yang lain.
Tapi yang aku nak tekankan, cuba tengok cara Azhar ni ulas. Lembut dan sopan. Tak salahkan kerajaan sebab ini anjuran NGO atau swasta. Kerajaan negeri dah beri garis panduan. Dah elok dah kerajaan negeri uruskan..
Sebenarnya sama je dengan konsert Coldplay. Konsert tu pun bukan kerajaan pusat yang anjurkan. Ia anjuran syarikat swasta. Kerajaan beri garis panduan. Siap ada Killswitch lagi. Coldplay buat tak elok, terus stop. Yang ini rasanya konsert di Kota Bharu tak ada.
Perbuatan mungkar pun tak ada. Kumpulan Coldplay pun pakai seluar panjang. Tutup aurat tau! Penonton pun elok je. Tu yang walaun terpaksa main isu mata satu tu. Dikatanya dajjal walaupun Nabi saw ajar dajjal tu matanya dua. Sebab dah takde isu.
Jadi sepatutnya lebai dan walaun kena belajar dengan Azhar Idrus. Cara macamana nak menegur. Lembut je. Tak ada pun caci maki, siap doa minta bala bencana datang. Tak ada doa stadium runtuh. Kan elok begitu.
Kalau begini cara bercakap, pada semua perkara la, bukan yang terkait kerajaan PAS je, rasanya tak adalah orang nak bising sangat tentang konsert Coldplay tu. Orang bukan bising sebab bela Coldplay. Tapi sebab nampak jelas hipokrasi lebai. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KES BANJIR DITANGGANI DENGAN BAIK DIBAWAH ZAHID HAMIDI
Mohammad Jamalee
Pagi tadi ambil masa sekejap baca akhbar untuk update keadaan semasa. Dah beberapa bulan dok busy kerja, dengan eventnya lagi, isu-isu semasa semua cedok dari apa yang lalu di newsfeed saja.
Apa yang menarik perhatian saya ialah perihal banjir.
Kalau anda perasan, dari hujung tahun lepas sampailah ke hujung tahun ni, ada saja negeri dilanda banjir. Kedah, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri lain. Lepas satu negeri ke satu negeri.
Tapi kalau anda perasan juga, berita banjir ni tak meletup di media sosial seperti tahun-tahun sebelumnya yang sarat dengan pelbagai isu.
Dia macam muncul sekejap pasal hal banjir, kemudian sepi. So saya korek-korek lah sikit apa sebabnya.
Jumpalah artikel pada 21 November lepas, tentang bagaimana berkesannya NADMA dan agensi-agensi kerajaan lain dalam bertindak menguruskan perihal banjir.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/11/21/terenganu-mb-praises-nadma-other-govt-agencies-for-efficient-flood-victim-management/103255
Daripada persediaan sebelum banjir, tindakan semasa bajir dan bantuan selepas banjir, semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Agensi yang namanya selalu naik perihal banjir ni, NADMA dan KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) akan sentiasa muncul, dan nama pemimpin yang bawa 2 agensi ini, sebagai pengerusi dan juga menteri, tak lain tak bukan, DSs Zahid Hamidi.
Politik letak tepi, kita ada pelbagai pandangan terhadap beliau. Tapi dari aspek menguruskan dan mengkoordinasi agensi, saya tabik DS Zahid.
Keputusan beliau pada Disember tahun lepas untuk mengekalkan NADMA sebuah keputusan tepat dan kita dapat lihat hasilnya selepas setahun.
Taip sahaja "KKDW banjir" atau "NADMA banjir" atau "Zahid Hamidi banjir" di enjin carian Google, kita boleh nampak bagaimana mereka bergerak tanpa henti sepanjang tahun ini.
Dari persiapan pusat sementara, kepada pembinaan tebatan banjir, kepada sistem amaran awal banjir, kepada koordinasi menyelamat dan memindahkan mangsa, kepada pemberian bantuan, pembinaan jambatan dan rumah sementara, kelihatan efektif dan sangat teratur.
Tahniah dan terima kasih kepada semua agensi terlibat, juga kepada DS Zahid Hamidi atas usaha yang cemerlang.
#SetahunMadani
#SetahunKKDW
*Den kritik kuat KKDW ni tentang pembangunan luar bandar. Lepas baca pasal banjir ni, nanti den korek lagi pasal KKDW.
πππ¨π‘ π£ππ¦ πππ₯π§ππ π§ππππ π£ππ§π¨π§ π¦ππππ₯ πππ πππ₯ ππ¨πππ
πKIBAT TAK ADA IDEA, ISU KELUCAHAN JADI MODAL POLITIK. LEMAH ...
1. Sebagai Bapa kepada ramai anak, saya sangat marah dengan Adun PAS Ustaz Redhuan Mohd Noor yang sebar gambar dan simbol lucah.
2. Bimbang kerana generasi anak2 saya terpaksa membesar dengan hal ini malah dikongsi oleh ADUN PAS berjubah agamawan.
3. Laporan polis patut dibuat kerana tularkan gambar lelaki berciuman yang berlaku diluar negara.
4. Saya bukan pengamal undang2 tapi saya rasa ini mungkin berkait Kelucahan Melampau atau merangsang perbuatan kelucahan melampau 377E Penal Code.
5. Terdesak sangat kah pembangkang hingga ADUN dan Ustaz PAS gunakan hal ini bermain politik?.
6. Pembangkang tak mampu lagi mainkan isu polisi kerajaan Madani kerana kita dalam halatuju yang baik. Alhamdulillah.
7. Banyak buku2 Tarbiyyah PAS yang ditulis dan dijual ADUN PAS ni. Untungnya dapat, tapi seperti tiada pengajaran yang diambil.
8. Mengekang isu seks songsang jadi makin sukar kerana ianya telah jadi senjata politik dan akan terus dihidupkan. Politik gaya Khawarij.
9. Kerajaan berusaha menutup hal seperti ini malah insiden yang berlaku di konsert The 1975 tempoh hari akibatkan penganjur alami kerugian sangat besar kerana dihukum oleh Kerajaan.
10. Tapi heran seorang Ustaz PAS yang dari muda sampai tua bercakap soal tarbiyyah tapi jadi penyebar dan tukang promosi.
11. Fikirkanlah soal anak2 kita. Hentikan share simbol dan gambar2 lucah untuk tujuan politik. Jangan kerana kejar untung yang sedikit, anak2 kita jadi mangsa.
12. Saya sokong jika kerajaan jadikan perbuatan berkongsi simbol2 songsang ini satu jenayah.
Ahmad Mursi
KAH..KAH.KAH
Lobai2 PAS buat hutang cetak harakah dia pandai...
Lobai2 PAS bayar hutang cetak harakah dia tak pandai...
Menateyyyy..!!
πππππ
MOKTAR SENIK POPULAR LAK TIBA TIBA..
Lobai2 PAS buat hutang cetak harakah dia pandai...
Lobai2 PAS bayar hutang cetak harakah dia tak pandai...
Menateyyyy..!!
πππππ
DAKWA JA LAH
DAH susah payah polis KUTIP utk siasatan. Bila dah lengkap dan diserahkan pd AG tu kita harap berlakulah pendakwaan. Jangan dah bebas jenis PNghasut ni, habis camtu je? Apadia? π€
MIMPI HANG TAK LEH PAKAI.
W.Faudzin
Tak kisah la ustaz nak mimpi apa pun. Memang lebai suka bermimpi...mimpi nak buat hudud la..mimpi nak buat RUU 355 la...mimpi cukup jumloh laa...mimpi bukan kena bayar kan? Jgn mimpi Fikah atau Leena dah le...tak pasal2 kena mandi wajib, ustaz. ehehh..
KABINET PM10 YANG TERENDAH BiLANGAN HANYA 60 MENTERI/TIMB MENTERI BERBANDING 74 zaman PN (MENTERI/TIMBALAN MENTERI/DUTAKHAS).Q
➡️BERJAYA MENJIMATKAN WANG πΈRAKYAT.
➡️MENTERI KEKAL DITOLAK GAJI 20%.
➡️PMX SATU²NYA PM DI MALAYSIA YG SANGGUP MENOLAK DIBYR GAJI.
➡️KADAR PERLABURAN YG PALING TINGGI DLM NEGAR DALAM HANYA MASA SETAHUN.
➡️NEGARA YG MENUJU KE SIFAR RASUAH.
Kabinet yang size nya agak besar tapi fungsional lebih baik dari kabinet yang terlalu besar tapi menghabiskan beras tanpa apa apa keberhasilan utama sepertimana contoh ditunjukkan era kerajaan PN terdahulu.
Macam macam jawatan diwujud..Penasihat itu ini...Duta Khas Pantai Timur la...oops Duta Khas Timur Tengah dan banyak jawatan bertaraf scheme of things..
Tapi apa hasilnya..?
Elek...pocik..karapoley ..kuah taruh atas juga..
PMX DAN MAJLIS EKONOMI DIGITAL.
Hari ini, saya telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang ke-2 bagi tahun 2023.
Ia juga dihadiri Menteri-menteri Pengerusi Kluster dan inisiatif.
ekonomi digital serta ahli lantikan yang terdiri dari wakil sektor swasta, industri, akademik, kumpulan pemikir dan pertubuhan masyarakat sivil.
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Pelan Tindakan KL20 yang menyasarkan Malaysia berada pada kedudukan 20 teratas ekosistem syarikat pemula Global pada tahun 2030. Pelan ini turut menggariskan usaha membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat pemula dan digital serantau.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai kedudukan ekosistem pembiayaan modal teroka yang merangkumi pembiayaan daripada sektor awam dan sektor swasta. Dalam hubungan ini, penyedia dan pengurus dana modal teroka telah diminta untuk berganding tenaga dalam mengenal pasti usaha dan inisiatif untuk mengukuhkan ekosistem pembiayaan modal teroka untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan. Ini adalah penting untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital dan ekosistem inovasi di Malaysia.
#MalaysiaMADANI
TAK PATUT TIADA PEMIMPIN INDIA DALAM KABINET, SUSAH SANGATKAH UNTUK ANWAR WUJUDKAN SATU LAGI KEMENTERIAN BARU?
Beberapa pemimpin masyarakat India daripada pelbagai parti dilihat tidak senang dengan rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Selasa lalu.
Ini berikutan selepas rombakan tersebut, tiada pemimpin India diletakkan sebagai menteri.
Sebelum rombakan, satu-satunya pemimpin India yang berada dalam kabinet ialah V Sivakumar daripada DAP dengan memegang portfolio sebagai Menteri Sumber Manusia.
Tetapi dalam rombakan yang dilakukan Anwar, V Sivakumar telah digugurkan dan Menteri Sumber Manusia yang baru ialah Steven Sim, Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam.
Bersekali dengan pengguguran V Sivakumar dan disusuli Steven Sim dinaikkan pangkat daripada Timbalan Menteri Kewangan menjadi Menteri Sumber Manusia, seorang lagi pemimpin DAP turut dilantik sebagai menteri iaitu Gobind Singh Deo yang diberikan amanah sebagai Menteri Digital.
Masalahnya di sini, meskipun DAP diberi tambahan satu lagi kerusi menteri selepas V Sivakumar digugurkan, tetapi Gobind Singh Deo yang dilantik bukan seorang India.
Beliau sebaliknya adalah berketurunan Benggali iaitu anak kepada mendiang Karpal Singh.
Bermakna, V Sivakumar yang digugurkan dan kedudukannya yang sebelum ini dikira mewakili kaum India tidak diganti dengan sesiapa daripada pemimpin India.
Memandangkan amalan politik berdasarkan kaum dan bangsa masih menjadi pegangan di negara kita, kekecewaan masyarakat India berhubung ketiadaan wakil mereka sebagai menteri itu tentu saja mudah untuk difahami.
Jika kita berbangsa India, kita pun pasti kecewa dan kecil hati dengan perkara ini.
Lebih-lebih lagi kaum India agak ramai juga jumlahnya yang menyokong PH sejak dulu lagi, baik melalui DAP mahu pun PKR.
Bahkan, MIC sebuah komponen BN juga sudah berada dalam blok kerajaan sekarang ini.
Dalam keadaan ini, maka amatlah tidak wajar wakil kaum India disisihkan dalam kabinet yang sekaligus seolah-olah menggambarkan tidak inklusifnya Kerajaan Madani yang ada ini.
Dalam hal ini, sebelum kekecewaan masyarakat India berlarutan, ada baiknya jika Anwar segera menambah satu lagi kementerian dalam kerajaan.
Jika Kementerian Komunikasi dan Digital serta Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim boleh dipecahkan, maka tiada masalah sebenarnya Kementerian Sumber Manusia turut dipecahkan menjadi dua.
Satu sebagai Kementerian Sumber Manusia dan satu lagi untuk mengurus pekerja asing dan ia boleh diberi nama Kementerian Tenaga Kerja Asing.
Berdasarkan jumlah pekerja asing – yang sah dan tidak sah – dianggarkan lebih 5 juta di negara ini, amat perlu sebenarnya sebuah kementerian khusus diwujudkan untuk menanganinya.
Dan kementerian tersebut bolehlah diserahkan kepada mana-mana pemimpin masyarakat India sebagai menterinya.
Atau boleh juga diwujudkan apa-apa kementerian lain yang bersesuaian dengan keperluan semasa negara.
Demi kestabilan politik, keadilan dan sama-sama merasa kepada semua kaum, susah sangatkah untuk Anwar menambah satu lagi kementerian?
Lagi pula, selepas rombakan dilakukan Selasa lalu, jumlah menteri telah meningkat daripada 28 orang sebelumnya menjadi 31 orang
Takkan tak boleh tambah seorang lagi? – ShahbudinHusin15/12/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/12/15/tak-patut-tiada-pemimpin-india-dalam-kabinet-susah-sangatkah-untuk-anwar-tambah-satu-lagi-kementerian-baru.html
PMX TERUS BERPEGANG PADA JANJI UNTUK MEWUJUDKAN KABINET YANG JAUH LEBIH KECIL DARI KERAJAAN TERDAHULU
Meskipun PMX merombak kabinet baru2 ini dengan beberapa perlantikan menteri baru dan kementerian yang dipecahkan, namun kabinet baru ini masih paling kecil saiznya berbanding di era PN.
Maksudnya, PMX tetap menunaikan janjinya untuk tidak mewujudkan kabinet yang besar dan ini bertentangan dengan apa yang MB Kedah, Sanusi perkatakan. Faktanya, mari kita lihat jumlah kekuatan kabinet di era PN (tebuk atap) berbanding di era PMX.
Kabinet PM8 (Muhyidin - Tebuk atap)
32 Menteri
38 Timbalan Menteri
4 Duta bertaraf Menteri
Jumlah: 74
Kabinet PM9 (Ismail Sabri - Tebuk atap)
32 Menteri
38 Timbalan Menteri
Jumlah: 70
Kabinet PMX (Anwar IIbrahim - Demokrasi)
31 Menteri
29 Timbalan Menteri
Jumlah: 60
WFAUZDIN NS
YBM = YANG BAKAR MENTERI
Satu ancaman terbesar kepada usaha negara kita ialah berleluasanya budaya menyebarkan pembodohan yang kini diperturunkan kepada rakyat biasa yang meletakkan diri mereka sebagai pempengaruh.
Dengan adanya platform media sosial (terutamanya Tiktok), mereka berleluasa menyebarkan fitnah dan pembohongan. Mereka akan memainkan sentimen demi sentimen yang tidak memberikan gambaran dan perspektif sebenar, yang akhirnya memesongkan kefahaman rakyat mengenai satu-satu perkara.
Apabila ditanya di Parlimen, pemimpin politik mereka sendiri tidak boleh menjawab. Saya selalu bertanya kepada ahli-ahli Parlimen PN tentang ukuran ekonomi yang mereka gunakan sebagai bukti kepada dakwaan mereka ekonomi telah merudum. Mereka tergagap-gagap dan tersipu-sipu seperti kerengga yang lari bertempiaran.
Satu perkara yang tidak disedari ialah budaya menyebarkan pembohongan sewenang-wenangnya seperti ini sebenarnya mendedahkan ramai rakyat Malaysia kepada tindakan undang-undang.
Sesiapa yang menyebarkan perkara fitnah sebegitu, boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan jika ada laporan polis dibuat. Mereka juga boleh disaman secara sivil.
Lebih berbahaya, netizen yang membuat komen kepada kandungan-kandungan pempengaruh ini, yang menambah lagi pembohongan dan kebencian, juga boleh diambil tindakan undang-undang.
Akhirnya, seperti lazimnya, ramai walaun-walaun yang terdedah mati katak dalam perjuangan sedangkan pimpinan mereka kaya-raya dengan kereta besar, pangkat dan pencen mereka.
Budaya ini berbahaya dan ramai pempengaruh ini merasakan mereka boleh berselindung menggunakan nama samaran. Contohnya, seorang yang kerjanya mencarut dan memaki hamun saban hari di Tiktok tetapi menganggap dirinya wakil rakyat. Namanya YB Viral.
Saya berpandangan budaya ini perlu ditangani. Cara menanganinya adalah supaya pimpinan politik seperti saya berdepan sendiri dengan rakyat dalam satu sesi untuk menjawab dan bertanya. Rakyat tanya saya jawab, saya tanya kepada rakyat (untuk berkongsi pemahaman), maka wajarlah rakyat jawab.
Tetapi dengan syarat janganlah berselindung di belakang identiti digital yang disalahguna untuk mencipta pembohongan. Bila berdepan dengan identiti sendiri, bersedialah untuk disaman dan diambil tindakan undang-undang jika ada fitnah yang dibuat.
Eksperimen pertama ialah kepada seorang pempengaruh PN iaitu YB Viral.
Pejabat saya telah menghantar surat dan dia juga boleh baca surat ini dengan terbuka. Jika dia berani tampil dengan mengisi borang maklumat peribadinya dan mengembalikan borang ke pejabat saya, Insya-Allah saya bagi ruang seluasnya untuk dia bakar saya dan buktikan saya menteri paling bodoh, seperti yang dijerit-jeritnya selama ini.
Netizen boleh semak surat jemputan kepada YB Viral di sini: https://bit.ly/YangBakarMenteri
SIDANG MEDIA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Merujuk kepada beberapa laporan yang disiarkan selepas sidang media sempena Perhimpunan Bulanan KKM pagi tadi, saya mendapati ada berlaku salah tafsir berhubung kenyataan saya yang keluarkan.
Saya ingin mengulangi penegasan saya sekali lagi kenyataan yang diberikan sewaktu sidang akbar pagi ini iaitu:
"Dos penggalak vaksin covid disarankan bagi golongan berisiko tinggi 'high risk', termasuk warga emas dan golongan yang mempunyai ko-morbiditi.
Saranan ini hanya untuk kumpulan yang saya sebutkan di atas dan BUKAN merangkumi masyarakat umum keseluruhannya."
Saya sangat hargai ketulusan lapor bicara rakan-rakan media terutama berkait isu kesihatan semasa yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan masyarakat.
DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
14 DISEMBER 2023
πππ‘ π£ππ‘ππ : ππ¨πππ‘ π¨π§π π¦ππ π¨π
πππ‘ π£ππ‘ππ : ππ¨πππ‘ π¨π§π π¦ππ π¨π
MenKes sahkan Booster ke 3 TIDAK dikenakan kpd setiap individu atau kpd SEMUA org. Hanya utk warga emas dan golongan rentan dgn comorbidities.
Apapun, ada le yg akan cepat berpindah alam dari golongan berkenaan yg dicocok. Walaun & untit digalakkan ambil berdas2 takpe supaya species ini pupus cepat sbb hidup tak berguna kpd masyarakat dan menyusahkan Rakyat dan Negara shj.
Wallahualam.
- Zus Din
14122023
https://newswav.com/A2312_9FaoUk?s=A_y69IbRp&language=en
APA PUNYA BENGGONG. KALAU KAU LANGGAR ORANG MACAMANA CERITA NI. ???
Henry D Banten
Kereta Ustaz Dusuki tak ada insuran & roadtax syarikat insuran mana boleh bagi claim insuran.? Kecuali tabung jihad dari walaun.