Setahun berlalu dengan cepat.


 


Amanah yang dipikul oleh Kerajaan MADANI adalah amanah yang begitu berat. Selama setahun menerajui Kementerian Ekonomi, saya telah mengutamakan fokus kepada menyelesaikan masalah struktur untuk proses pemulihan ekonomi negara pada kadar yang segera.


Walaupun usaha menstrukturkan semula ekonomi negara akan mengambil masa dan kesannya dirasai pada jangka masa sederhana dan panjang, ada juga usaha-usaha setakat ini yang telah mula membuahkan hasil sedikit demi sedikit. Negara mengekalkan pertumbuhan ekonomi tiga suku berturut-turut pada kadar yang lebih tinggi setiap suku, di samping mencapai kadar pengangguran dan kadar inflasi yang terendah.


Masa setahun adalah masa yang baik untuk menyemak kembali perkara yang dilakukan dengan betul dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Insya Allah saya berpeluang untuk berkongsi pandangan dan mendengar maklum balas sahabat-sahabat bersempena dengan Karnival Setahun Bersama Kerajaan MADANI.


Bagi mereka yang berkesempatan, saya jemput untuk bersama-sama dalam program Sembang Santai Ekonomi yang akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 8 Disember 2023 (Jumaat)

Masa : 12-12.40 tengah hari

Tempat : Pentas Utama, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Orang ramai juga boleh layari https://setahun.ekonomi.gov.my untuk mendaftar penyertaan bagi sesi tersebut. Pencapaian dan misi untuk tahun 2024 juga ada dipamerkan di laman web tersebut. 


Pohon sebarkan kepada orang ramai.







KISAH SEDIH EWALLET

 



Sebak pulak aku baca kisah ni. Allahuakbar. Memang RM100 tu kecil sangat pada sesetengah daripada kita. Tapi pada sesetengah yang lain, besar maknanya.


Mungkinlah ada yang gila nak berpolitik masa jadikan ini isu politik. Tapi menghasut sampai menakutkan orang sekali gus menjadikan orang itu rugi, memang perbuatan yang tidak bertanggungjawab.


Apa pun, isu ID Digital dan e-Madani ni suatu indikasi betapa terdapat jurang pendidikan terutama dari hal teknologi di kalangan rakyat. Sesuatu yang kerajaan perlu fikirkan dan perbetulkan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Setelah menang 32-0, mereka tunjukkan belang sebenar mereka.







Mohd Fairul Al Qasas


Sewa pasar naik.

Cukai pintu ingin diperkenalkan semula.

Parkir kereta kena bayar.

Pelancong boleh berbikini.


Rakyat rasa tertipu. Akhirnya Rakyat jadi pengganas, rosak dan bakar pondok parkir.


Zalim? Anda tentukan.



KES AMAN PALESTIN



Saya tengok kes Aman Palestin (AP) ni dah jadi different level. Dibuat propaganda politik dan bahan politik agama yang sempit. Tambahan orang belakang Aman Palestin kita semua tahu ialah geng Ultras. Mereka ada media team sendiri. 


Propaganda dibuat kononnya, ni Kerajaan punya angkara. Nak halang mereka bagi derma pada Hamas. Dipropanya juga ini agenda Yahudi. 


Hello… 


Orang pertama yang dedah isu Palestin ini ialah Mufti Perlis. Sejak tahun lepas lagi beliau keluarkan arahan derma Palestin jangan disalurkan kepada AP. Sebab beliau banyak terima aduan penyelewengan. 


Dalam masa yang sama, Duta Palestin juga kata duit derma tak pernah disampaikan dan diuruskan oleh Kedutaan Palestin. Dia pun tak tahu dermanya ke mana.


Jadi, macam mana pulak isu ni depa spin salahkan Kerajaan. Yang whistle blower pun Mufti satu kolam. 


Lepas SPRM ambil tindakan sita harta mereka, peguam mereka macam gangster cakap itu hak mereka nak buat pelaburan. Dalam jongkong emas atau bangunan. Tanah atau kereta. Suka hati mereka lah. Mereka letak pulak atas nama pengarah dan rakan kongsi. 


Pada saya, angkuhnya! 


Sebagai salah seorang yang pernah menderma, saya dok sangka duit saya dah sampai la ke sana. Rupanya mereka melabur membiak harta benda. Diletaknya harta atas nama kroni mereka pula 🀦🏻‍♀️


Punyalah susah orang Palestin. Hospital dan masjid binasa, kat sini duit kita depa pergi beli emas dan tanah 🀦🏻‍♀️ awat tak terus buat masjid dan sekolah di sana. Bagi pada Kerajaan depa ka. 


Tu sebab saya skeptikal sikit dengan geng Ultra ni. Dalam sejarah dunia, tunjukkan mereka yang banyak drama. Terpaling hero antara kita, tapi belakang2 hampeh jua. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki




π—‘π—”π—‘π—šπ—žπ—” π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—•π—’π—Ÿπ—˜π—› π— π—”π—¦π—¨π—ž π—–π—›π—œπ—‘π—” 𝗗𝗔𝗛...




Dah 20 tahun usaha nak bawak masuk nangka ke pasaran China ni, tahun ni baru berjaya. Alhamdulillah.


Boleh pakat menanam la lepas ni. Cipta peluang kerja untuk anak2 tempatan.


21 Pencapaian & Inisiatif Mat Sabu selepas Setahun tengok sini

https://www.facebook.com/amanahnegara/posts/906917060782288



π—›π—”π—¦π—œπ—Ÿ π—§π—˜π—₯π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ 𝗠𝗔𝗗𝗔 π—£π—˜π—₯𝗑𝗔𝗛 π—–π—”π—£π—”π—œ π—¦π—˜π—π—”π—ž 𝟯𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑



Bang Mat Sabu nak perluas Model Pesawah Sekinchan. Percubaan di Kg Lat1000 Perlis berjaya produce 10.45 Metrik Tan tertinggi di MADA sejak 30 tahun. Biasa 7 Metrik Tan je. Bang Mat usaha juga buat padi 5 musim dua tahun banding sekarang 2 musim setahun. Sabah Sarawak pula diusahakan jadi negeri Jelapang Padi.


Kerajaan Madani usaha dengan andaian 10thn lagi tak ada negara nak jual padi pada kita. So Malaysia kena lah ready.


21 Pencapaian & Inisiatif Mat Sabu selepas Setahun tengok sini:

https://www.facebook.com/amanahnegara/posts/906917060782288




APA ? NAK MINTA HUTANG ?


Zunar Cartoonist Fan Club.


 Apa, datang minta hutang?

Tak patut betul.



AHLI PAS MAMPU TOLONG HARAKAH.





Mohd Fairul Al Qasas


 Ciri-ciri buruk penghutang ialah apabila kes terpaksa bawa ke mahkamah untuk dapatkan semula bayaran hutang.


Muslim yang baik ialah yang bertakwa.

Hutang tak perlu diminta, sebaliknya bayar.

Mudahkan orang. Barulah dikatakan Islam.


Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa menghilangkan suatu kesusahan Muslim daripada kesusahan dunia, nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan akhirat. Dan sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang mu'sir (kesulitan membayar hutang), nescaya Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba berkenaan menolong saudaranya." (HR Muslim)


Saya cadangkan 6500 ahli pas yang dapat e-madani boleh guna untuk bantu bayar hutang ni.



ERTINYA SELAGI ZAHID HAMIDI ADA, USAH MIMPILAH PAS NAK BEKERJASAMA SEMULA DENGAN UMNO



Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemimpin PAS sebagai ‘gila talak’ apabila masih menyuarakan hasrat untuk kembali bekerjasama dengan UMNO menerusi platform Perikatan Nasional (PN).


Justeru, beliau menggesa PAS berhenti bermimpi di siang hari, selain menasihati parti Islam itu berdoa supaya berhenti ‘menipu’ UMNO sekali lagi.


“Setakat ini tiada khabar angin sampai kepada UMNO, mungkin ada pihak telah kegilaan talak sebab mereka pernah ada dalam kerajaan dahulu.


“Alangkah sakitnya apabila ada jumlah kerusi yang banyak tetapi berada di pihak pembangkang.


“Jadi saya berharap mereka terus berdoa untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ (menipu) sekali lagi kepada UMNO, menyebabkan UMNO tidak langsung membuka jalan itu (jalin kerjasama semula) setakat ini.


“Setakat ini Allah tak buka lagi hati untuk melakukan kerjasama dengan mereka.


“Kami minta mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkan,” katanya.


Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi penegasan demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak menolak kemungkinan partinya bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ kedua-dua parti sebelum ini.


Ertinya, berdasarkan kenyataan Zahid Hamidi itu, UMNO tidak ingin dan tidak mungkin membuka ruang untuk bekerjasama semula dengan Pas, setidak-tidaknya selagi beliau masih memimpin parti Melayu itu.


Hanya jika berlaku pertukaran kepimpinan UMNO, barulah barangkali ada kemungkinan perkara itu boleh berlaku.


Tetapi, siapa yang boleh kalahkan Zahid Hamidi daripada menerajui UMNO?


Dengan itu, usahlah ada pemimpin Pas bermimpi lagi dan kalau boleh, elakkan juga tidur di siang hari agar tidak terus bermimpi perkara-perkara yang jauh daripada realiti. – ShahbudinHusin 06/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/06/mudah-cerita-selagi-zahid-hamidi-ada-pas-usah-mimpilah-nak-bekerjasama-semula-dengan-umno.html



Pengkhianatan Langkah Sheraton & Covld

 Pengkhianatan Langkah Sheraton & Covld


Kalau ada ahli keluarga anda yang me

















ninggal kerana covld.


Kalau ada keluarga anda yang bunvh diri kerana covld


Kalau ada yang bankrap 


Kalau ada yang hilang pekerjaan 


Kalau ada jatuh miskin


Kalau anak anda bodoh sebab covld..


Ini antara insan keparat punca berlakunya perkara tersebut.


Ketika covld mula melanda, YB Dr Zul sentiasa bekerja keras. Setiap hari ada sidang media yang diketuai beliau sendiri.


Beliau bekerja walaupun kerajaan telah jatuh.


Sehingga tiada lagi kes baru.


Kemudian naik pengkianat yang hanya tahu merampas kuasa.


Biarkan negara tanpa kemudi. Siap pergi main golf.


Akhirnya kes memuncak. Berlaku lah apa yang berlaku. 


Inilah mereka. Konon pergi bincang hal royalti,  tapi tidak, mereka dari awal dah bincang nak jatuhkan kerajaan. 


Sebab itu banyak perkara pelik berlaku luar kawalan contohnya kes Arwah Adib.


Semua dirancang untuk pusatkan kebencian kepada PH dan halang Anwar Ibrahim jadi PM8.



Ya Allah, hukum lah mereka, hina lah mereka atas kejahatan mereka.



DAKWAAN MELESET WALAUN DAN LEBAI TENTANG BAJET TERENGGANU








Abu Mishkat


 Kalau rujuk Bajet Terengganu 2019-2024 dakwaan kerajaan pusat tak bagi peruntukan termasuk royalti itu adalah dakwaan bohong. Kalau pusat tak bagi sungguh, Terengganu tu tak lepas bayar gaji kaki tangan. 


Pendapatan hasil cukai dan hasil bukan cukai Terengganu paling tinggi cuma tahun 2019 iaitu RM270juta sahaja, sdgkan bajet negeri tahun 2019 sebanyak RM2.015bilion. 


Dari mana datang duit kalau bukan kerajaan pusat beri? Nak harap pemimpin Pas pandai cari duit utk urus negeri menghampakan! 


Tahun demi tahun pendapatan negeri semakin berkurang. Kecuali utk tahun 2024 unjurannya sekitar hampir RM250juta. 


Ingat tok guru, angka tak menipu.



Ingat lagi kes ni ?



Bekas pekerja IT d dapati bersalah menyebabkan kematian Syed Danial.


Pada 22 Ogos 2019, Yew didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, yang merupakan pengurus bank di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara-Selatan, dari 1 petang hingga 2 petang pada 10 Ogos 2019. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


p/s The most recent epidemiological data, published in 2015 by the Malaysian Ministry of Health, identified that the prevalence of mental disorders among adults was 29% (95% CI 27.9–30.5).



DIA SAKIT HATI GAYANYA

 



Lama tak nampak Isham ni. Senyap je. Ingatkan pergi mana. Dalam gua rupanya. Lama dia bertapa sampai dia tak tahu perkembangan terkini.


Apa Isham kata ni sebenarnya lebih kepada pendapat peribadi je. Itu yang dia rasa. Dia yang sakit hati lihat keakraban pemimpin kerajaan Perpaduan.


Hakikatnya rakyat terbanyak sendiri dah tak ada sebut sangat soal kerjasama dengan DAP ni. Buktinya, lebai dan walaun pun dah tak buat isu dah.


Kepimpinan DAP sekarang lebih faham situasi politik negara kita. Jadi tindakan mereka lebih berhati-hati. Tak macam dulu selalu timbulkan kontroversi.


Isham masih nak cerita tentang penyatuan parti-parti Melayu. Sayangnya orang terpelajar macam Isham ni masih ada minda pra-kemerdekaan.


Negara kita berbilang kaum. Kita dah setuju dengan syarat itu masa tuntut kemerdekaan dulu. Pemimpin UMNO juga yang setuju masa tu.


Hari ni dah terlambat kita nak cerita soal itu. Hari ni kita kena akui untuk negara ini terus maju, kita kena bersama dengan kaum-kaum lain.


Kenapa nak bersatu dengan puak yang assobiyah dan mengamalkan pecah belah dan perintah? Ke manakah hala tuju negara kalau itu jadi perjuangan?


Nampaknya, kalau Isham terus nak berfikiran sebegini, Isham lebih sesuai bersama PAS. Mungkin dah boleh beri dia borang PAS. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Masa tengah bicara, PAS kata, nak tunggu keputusan mahkamah.


Syarikat Melayu cetak akhbar parti pun kena tipu. Walaun dibawah mau tak kena mohong.


Hazlee Zainordin





Hari ni mahkamah dah buat keputusan, jelas ada bukti nyata, memang PAS berhutang sungguh kpd syarikat Naj Resoucers.. dan mahkamah mengarahkan Pas bayar kpd syarikat tersebut.


Tiba2 lawyer Pas kata, kami tak mau bayarπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.. nk buat rayuan ke Mahkamah Tinggi duluπŸ™„πŸ™„πŸ™„


Pulakkkkk...


Lps ni. ...nak tunggu bicara di Mahkamah Padang Mahsyar pulak... Mahkamah dunia ni guna undang2 liberal...


πŸ₯±πŸ₯±πŸ₯±πŸ₯±πŸ₯±πŸ₯±



BERHIJRAH NAK SAMAKAN DENGAN NABI- AUNN PERCAYA DIA NI.

 

Nabi berhijrah untuk berdakwah dan sebarkan islam..kau Raja Petra berhijrah sebarkan fitnah jangan disamakan dengan nabi... bangkai...



KENAIKAN GAJI TIDAK SETARA KOS SARA HIDUP

 

Rafizi Ramli


Kenaikan gaji yang tidak setara dengan kenaikan kos sara hidup adalah isu utama di negara ini. 


Nisbah gaji pekerja (Compensation of Employees, CE) Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar bagi tahun 2019 adalah 35.9%, lebih rendah daripada negara-negara maju. 


Gaji penengah (median) l


muda berumur 20-24 tahun adalah serendah RM1,682 iaitu hanya RM182 melebihi kadar gaji minimum. Ini adalah salah satu sebab anak muda pada hari ini terbeban dengan masalah kewangan. 


Pelaksanaan projek rintis Dasar Gaji Progresif juga akan ditumpukan kepada syarikat tempatan, terutamanya dalam kalangan PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana). 1.15 juta syarikat di Malaysia adalah syarikat PMKS dan menggajikan 48% pekerja. 


Tumpuan DGP kepada pekerja dari syarikat PMKS membolehkan usaha meningkatkan gaji disasarkan kepada kumpulan pekerja PMKS yang lebih sukar mendapatkan kenaikan gaji (berbanding syarikat MNC). 


Pada masa yang sama, tangga gaji yang lebih tinggi yang ditawarkan PMKS diharap akan menarik lebih ramai bakat untuk bekerja di PMKS dan tidak tertumpu di syarikat-syarikat besar semata-mata.