Rafizi Ramli
Kenaikan gaji yang tidak setara dengan kenaikan kos sara hidup adalah isu utama di negara ini.
Nisbah gaji pekerja (Compensation of Employees, CE) Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar bagi tahun 2019 adalah 35.9%, lebih rendah daripada negara-negara maju.
Gaji penengah (median) l
muda berumur 20-24 tahun adalah serendah RM1,682 iaitu hanya RM182 melebihi kadar gaji minimum. Ini adalah salah satu sebab anak muda pada hari ini terbeban dengan masalah kewangan.
Pelaksanaan projek rintis Dasar Gaji Progresif juga akan ditumpukan kepada syarikat tempatan, terutamanya dalam kalangan PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana). 1.15 juta syarikat di Malaysia adalah syarikat PMKS dan menggajikan 48% pekerja.
Tumpuan DGP kepada pekerja dari syarikat PMKS membolehkan usaha meningkatkan gaji disasarkan kepada kumpulan pekerja PMKS yang lebih sukar mendapatkan kenaikan gaji (berbanding syarikat MNC).
Pada masa yang sama, tangga gaji yang lebih tinggi yang ditawarkan PMKS diharap akan menarik lebih ramai bakat untuk bekerja di PMKS dan tidak tertumpu di syarikat-syarikat besar semata-mata.