MUKA TARAK TAU MALU PUNYA

 Senjata Makan Tuan...Dengan Muka Tak tahu malu, nak kaji semula bila tak menguntungkan kamu...poodah




SEMENTARA ITU, 2 HARI LEPAS NAIB PRESIDEN CHINA TIBA DI MALAYSIA.









 Menerima kunjungan hormat Naib Presiden China Han Zheng di pejabat saya hari ini seraya diapit Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Diraja Zambry Kadir.


Dalam pertemuan ini, kami bertukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.


Platform ini juga saya gunakan bagi menyampai hasrat kepada China untuk bersama-sama memastikan konflik Palestin-Israel segera diselesaikan dan bantuan kemanusian disalurkan tanpa halangan.


Kami berdua turut menyentuh keperluan mengeratkan hubungan Malaysia dan China serta merancakkan pelaburan selain kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk industri halal.


#MalaysiaMADANI



PMX SAMPAI DI SAUDI HADIRI SIDANG TERGEMPAR OIC

 




Pesawat rasmi yang membawa saya dan Azizah ke Arab Saudi telah selamat mendarat di Riyadh pada 11:20 pagi (waktu tempatan) Sabtu, 11 November bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan kemelut kemanusiaan yang merundung warga Palestin, terutamanya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. 


Ketibaan saya disambut oleh Timbalan Gabenor Riyadh, Putera Muhammad bin Abdulrahman bin Abdul Aziz. 


Sidang Kemuncak Tergempar OIC ini berlangsung di King Abdulaziz Convention Centre pada jam 2:30 petang waktu Arab Saudi. 


Saya yakin perbincangan ini bakal mencetuskan satu penyelesaian yang kukuh serta tegas dalam menangani konflik di Gaza yang telah mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa. Pembantaian etnik ini mesti segera dihentikan demi kemanusiaan dan keamanan sejagat. 


#MalaysiaMADANI



KRONOLOGI SYED SADDIQ





 

Szalee Zainirdin


KRONOLOGI  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman MENYELEWENG DUIT YANG PERLU KITA TAHU.


Walaun oii aku bagi hang baca nah.. len kali kalau kurang ilmu jangan buat-buat hang reti.. malu kat orang...


welcome to KLUSTER MAHKAMAH ✅



TERUK RAKYAT MALAYSIA....NAK MAKAN PUN SUSAH

 



Rakyat tengah susah. Barangan keperluan semua naik harga. Rakyat nak makan pun bercatu. Hidup hari ni memang keras. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CRINGE






Saya cringe terbaca satu posting seorang retis. Dia persoalkan hukuman kes Syed Saddiq. 


Terlalu banyak kesalahan fakta retis ni buat. Yang paling win, dia kata kalau pun SS tu salah, jangan la hukum dia. Dia muda lagi. Tarik je balik “pangkat Menteri” dia 🤦🏻‍♀️ Gamaknya, dia masih hidup di zaman Kerajaan 22 bulan. 


Siap dibodohkan Hakim. Katanya Hakim tak lepas criminal law ke jatuhkan hukuman sebegitu. 


Aiyooo… macam ni la sis, pohon saya tunjukkan criminal law yang mana ya? 


SS ni kena dakwa bawah Kanun Keseksaan. Kes pecah amanah. Memang hukuman dalam seksyen 404 dan seksyen 406 itu hukumannya wajib ada sebatan. Itu yang termaktub. Pohon rujuk perkataan “DAN” bukan “ATAU”. Saya letakkan intipati seksyen di bawah. 


Sebelum ini ada Pemandu, Amil dan Guard kena sebatan juga kesalahan yang sama. Takkan lah sebab politikus yang kena, kita bagi can pulak. Nak tanya, sis lepas criminal law di Timbaktu ka?


Sebab kes ni, sis nak ajak orang coup d’etat. Ni datang celah mana? Yang buat dakwaan kes ni zaman Kerajaan terdahulu. Depa yang frame charges bawah seksyen tu. Tapi sis ajak orang gulingkan Kerajaan sekarang. Mana relevan nya di situ? 


Yang kenot brain, sis bercakap seolah2 pakar undang2. Tapi separation of power between the branches pun sis tak hadam. Mahkamah yang buat keputusan, tapi sis suruh rakyat jatuhkan Kerajaan?Sesungguhnya, Mahkamah dan Kerajaan dua cabang berlainan. 


Errr… Sis betul ke ada law degree? First time saya jumpa orang terpaling loyar sebegini.  


~LM~



SOKONG PM TIDAK AKAN HILANG KERUSI

 

Bersatu cadang pinda Akta lompat Parti


Saya menduduki Jawatankuasa ini semasa di gubal, mewakili PH bersama Gobind Deo dan Hanipa Maidin.


Pendirian PH tindakan MP bertindak bertentangan keputusan whip parti di dalam dewan (dalam perkara seperti undian bajet, usul undi tidak percaya dan apa-apa ruu yang memberi kesan kepada kedudukan kerajaan) adalah dikira hilang kerusi dan pilihanraya kecil diadakan.


Juga MP yang dipecat oleh parti kerana melanggar disiplin dan perlembagaan parti, dikira hilang kerusi.


PN masa itu diwakili Hamzah dan Takiyuddin. PN tidak setuju dengan cadangan PH di atas.


Wan Junaidi Tunku Jafar sebagai pengerusi mengusulkan hanya cadangan yang mendapat konsensus semua parti yang akan dimasukkan. 


Akhirnya keadaan bagaimana yang dikira MP hilang kerusi? Istihar masuk parti lain. Istihar jadi MP bebas.


Istihar sokong Perdana Menteri? 

Tidak hilang kerusi. Sekian.


-Saifuddin Nasution.



Kesian SS kena sebat?




Memang kesian. Tapi kesian kan orang lain sekali.


Sian sebab dia Muda.

Sebab muda lah kena sebat, malah dia presiden muda he3.

Dah tua memang tak boleh sebat.


Kes AMLA je kot..kenapa kena sebat?


Sebenarnya SS dijatuhkan hukum atas kesalahan

Subahat pecah amanah 

Salah guna harta

Pengubahan wang haram (AMLA)


Pecah amanah tu yang kena sebat. Itu peruntukan dalam akta.



APA LA HANG MAHIADDIN



Kihkihkih... Mahiaddin cakap soal mandat rakyat la. Masa buat Pangkah Sheraton dulu tak bunyi pulak pasal mandat rakyat, kan?


MP Bersatu tu bukan keluar parti bukan. Bukannya macam MP BN dan PH yang Bersatu borang dulu tu. Mereka kekal ahli Bersatu.


Maknanya, jumlah kerusi PN masih sama. Tak luak pun. Dah tu apa nak kecohnya? Kerajaan sekarang dah cukup kuat. Tak perlu MP Bersatu pun. Jadi tak payahlah nak buat cerita sedih.


Mungkin Mahiaddin kena dengar rakaman audio dia sendiri bercakap soal scheme of things. Dia ni lupa apa yang si pernah buat dulu.


Mahiaddin mengaku anak ulama. Takkan la sebagai anak ulama tak tahu kifarah tu apa? Dari meroyan begini, lagi baik pergi buat solat sunat taubat. Insafi pengkhianatan yang dia pernah buat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

PARTI LOYAR BURUK JANGAN DI LAYAN.


 PN mahukan Akta Anti Lompat Parti dikaji semula. Mereka mahu MP yang sokong RUU yang boleh jejaskan kerajaan dan yang dipecat daripada parti dikira kehilangan kerusi.


Penjelasan Saifuddin Nasution, memang itu yang PH mahu ketika akta itu digubal. Tapi ketika itu PN tak setuju. Akhirnya hanya perkara yang mendapat konsensus semua parti dimasukkan.


Pada masa itu, Mahiaddin dan PN jangka mereka boleh guna perkara ini untuk kelebihan mereka. Ada rancangan nak tarik MP PH dan BN sokong mereka tanpa keluar parti la tu.


Mungkin Mahiaddin rancang biar MP BN khususnya lawan Zahid hingga dipecat. Kemudian dia boleh gunakan sokongan MP tu untuk membolehkan dia dilantik sebagai PM. Sebab itu PN menentang.


Sekali yang terjadi jelas bertentangan. Sekarang ini MP PN berebut nak sokong kerajaan. Baru otak PN berfungsi. Tapi dah terlambat. Sekarang terimalah akibatnya hasil ketamakan yang dahulu. Memang ini kifarah buat mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BEZA DANA SENDIRI DITUDUH DAN DUIT PARTI KAU REMBAT

 

Semalam masa ambil anak aku dari kolejnya, dia bercerita teman-temannya ramai yang bising bila Saddiq didapati bersalah. Ada yang berkata "kalau orang muda cepat je salah". Aku tanya apa maksud mereka? Macam dijangka, dikaitkan isu Zahid.


Aku bawa anak aku makan dulu. Di kedai makan, aku jelaskan apa beza antara kes Zahid dengan kes Saddiq.


Pertama, kes Zahid ni, dia didapati salah guna dana Yayasan Akal Budi. Siapa pemilik yayasan tu? Zahid sendiri. Kes Saddiq pula, dia seleweng dana parti. Dialihkan dari akaun parti masuk ke akaun sendiri. Siap ada jejak wang atau money trail. Siapa pemilik dana tu? Parti Bersatu, bukan dia sendiri.


Antara kes Zahid, dia dituduh bayar hutang credit card gunakan wang yayasan. Tapi dibuktikan yang pembantunya telah tersalah gunakan cek yayasan. Tandatangan Zahid pada cek pula menggunakan cop, bukan Zahid sendiri tandatangan guna pen.


Antara kes lain, Zahid meminjamkan wang kepada seseorang yang mahu masuk tender dan perlukan wang sebanyak RM10 juta dalam akaun. Wang itu dikembalikan selepas orang itu kalah tender. Zahid dikatakan salah guna dana tersebut sebab tujuan penubuhan YAB bukan pinjamkan wang.


Jauh beza dengan kes Saddiq. Duit yang dia ambil dari akaun parti tak masuk balik ke akaun parti pun. Sebab itu yang melaporkan penyelewengan Saddiq ni orang Bersatu sendiri. Bukannya aktivis parti lain.


Dia macam ni. Umpamakan ada sebuah buku atas meja. Zahid ambil buku, bawa ke tempat duduknya dan baca. Lepas baca dia pulangkan balik. Saddiq pula, ambil buku dan bawa balik rumah, letak dalam rak bukunya macam hak sendiri. Kan jauh beza.


Kes AMLA, penggubahan wang haram ni, memang susah nak lepas. Sebab ada money trail. Tanyalah Najib. Najib sangkut sebab tak dapat nak jelaskan macamana duit RM42 juta (tak salah aku) masuk ke akaunnya. Itu sampai ada yang kata orang dengki Najib masukkan duit tu dalam akaun dia sebab nak tohmah dia.


Hakikat sebenar, bukan sebab Saddiq orang muda. Tapi sebab dia bersama Mahathir dan Mahiaddin. Maksud aku, bukannya dia bersalah sebab sokong Mahathir dan Mahiaddin. Tapi sebab dia bersama kaki sakau. Jadi sedikit sebanyak dia pasti terikut perangai sakau mereka.


Nabi saw berpesan. Pilihlah kawan yang elok. Kalau berkawan dengan penjual kasturi, kita boleh dapat bau wanginya. Kalau berkawan dengan tukang besi, paling tidak pun asap pedih akan masuk mata. Dah Saddiq pilih bersama penyakau professional, maka beginilah jadinya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

WOIII PELAKON. BELAJAR TAK HABIS....RASUAH TAK KENAL TUA MUD.

 

Dia punya pening ni kalau tanya siapa menteri wanita dia jawab rina harun, siapa menteri kdn dia jawab hamzah.



APABILA ISU PALESTINE DIPOLITIKKAN OLEH KETUA DEWAN ULAMAK PAS


1. Ketika seluruh dunia bersatu untuk membela isu Palestine dan rakyat bangkit menentang wa imma kerajaannya sendiri seperti US dan Britain, politik pembangkang di Malaysia dan Ketua Dewan Ulamak Pas mengeksploitasikan isu Palestine untuk meraih sokongan murahan.


2. Kita mendengar pembangkang menjadikan isu Minggu Solidariti sebagai bahan dengan mengheret rakyat isu tiada doa qunut, dilarang takbir dan berbagai lagi isu semasa program ini dilangsungkan di sekolah-sekolah. Walhal semua itu tidak ada asasnya apabila diminta untuk membuktikan arahan mana dan sekolah mana yang melarangnya? 


3. Terkini pembangkang khususnya Ketua Dewan Ulamak PAS memainkan isu Palestine dengan mengaitkan PM kononnya tidak tegas dan kenyataan PM telah diberi 'amaran' oleh Amerika turut diperlekehkan sebagi satu spin. Kenyataan-kenyataan dari pimpinan politik bukan Islam yang bukan menjadi sikap resmi Kerajaan Madani dimainkan kononnya kerajaan hari ini tunduk kepada desakan bukan Islam yang tidak setuju dengan minggu solidariti Palestine di mana Menteri Pendidikan menjadi mangsa fitnah. Malah gambar PMX dilatari bendera Israel turut dimuatkan dalam Harakah Daily lidah resmi PAS.


5. Isu Palestine adalah peluang untuk menyatukan suara rakyat Malaysia yang bangkit menentang genocide Israel ke atas rakyat di Gaza. Ia peluang menyatakan sikap Malaysia tentang dasar apartheid yang menyiksa rakyat Palestine dan menafikan mereka dari hak asasi paling asas. Isu kemanusiaan dan pembunuhan beramai2 rakyat Palestine di Gaza adalah isu kita bersama. Malangnya PAS mengheret rakyat Malaysia untuk membuktikan mereka lebih hebat pertahan Palestine dengan melekehkan orang lain walaupun sikap Kerajaan Malaysia sangat tegas dan jelas bersolidariti dengan Gaza dan Palestine.


6. Malangnya PAS dan pembangkang terlalu mempolitikkan keadaan sehingga mereka telah mendedahkan wajah sempit mereka dalam isu Palestine. Benarlah PAS khususnya menunggang isu Palestine untuk kepentingan politik dan sanggup memperlekehkan sikap tegas yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dengan mempolitikkan isu Solidariti Bersama Palestine dan yang berkaitan. PAS sentiasa merasakan dia 'lebih Islam' dari mana-mana pihak walaupun sikap itu akhirnya memakan dirinya sendiri ketika PMX menggesa seluruh rakyat bersolidariti bersama perjuangan Palestine.


YB Sen. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Amanah Negara

Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI)


8 Nov 2023


#AmanahProgresifPeduli #MalaysiaMADANI #KerajaanPerpaduan #MalaysiaBersamaPalestin



SUDAH-SUDAHLAH HANNAH YEOH...




SUDAH2LAH Hannah Yeoh, tak perlu dok tunjuk simpati dgn org mcm si bdk SS tu. Hanya buatkan penyokong PH marah. Buat apa sokong atau simpati dgn org yg jelas khianat pd DSAI dan PH??


Dulu pun sama. Despite Atok khianati DSAI dan PH si Hannah Yeoh ni kemain sokong Atok. Budak tu "FIGHTER" apanya? Dia naik jd Menteri dia fight apa?? Ada dia hadap kesukaran berpuluh tahun mcm Nurul Izzah Anwar atau Rafizi Ramli?? 


Budak tu jilat Atok je dpt jwtan dlm parti, menang hasil GELOMBANG pengaruh PH yg dibina berpuluh tahun sejak 1998 lalu dia jd Menteri. "Fighter" kepala bapak apa?? Dah dapat jawatan dia setuju Atok jangan serah jawatan PM pd DSAI. Tak khianat ke?


Si bdk SS tu kena pendakwaan terpilih ke? Bukti palsu ke? Kena aniaya mcm DSAI ke? Abis, dok kesian kat dia dah kenapa?? Sedar ke tidak yg dia CONVICTED, bukan VICTIM.


Kalau kira simpati, saya cadangkan Hannah Yeoh lebih bersimpati kpd DS Najib Razak sbb usia sudah hampir 70 thn, terpaksa meringkuk dlm penjara selepas dihukum oleh mahkamah. Ia mungkin lebih wajar ketimbang simpati pd budak tu yg masih muda dan logiknya mampu TAHAN PUNGKOQ utk diSEBAT. 


Sefaham saya banduan usia melebihi 50 thn tidak lagi boleh disebat. Mungkin boleh buat semakan utk confirm.


Wallahualam.


- Zus Din

10112023



KESIAN HARAKAH. DULU DI BAWAH MAHFUZ SAMA SAMA SEIRINGAN DENGAN SUARA KEADILAN

 



 Kerajaan tarik balik pas perakuan media Harakah, bermaksud lidah rasmi PAS itu tak lagi dibenarkan membuat liputan di sebarang bangunan kerajaan. Laju je kesatuan wartawan NUJM dan Geramm beri respon kerajaan tutup hak kebebasan bersuara.


Tapi ketika Harakah jadi lidah syaitan memfitnah, mencipta persepsi buruk dan mereka naratif palsu, apa yang kesatuan wartawan ini buat? Ada mereka tegur agar Harakah menjaga etika kewartawanan?


Kebebasan bersuara itu betul. Tapi memfitnah tak wajar dibenarkan atas nama kebebasan bersuara. Apakah kerana kebebasan bersuara, maka kerajaan tak bebas lagi melindungi maruah pemimpin?


Bukannya sekali Harakah timbulkan persepsi jahat. Bukan juga sesekali. Tapi selalu sangat. Malah dah sampai tahap rutin. Hinggakan kalau Harakah tulis perkara benar, rasa macam dunia dah nak kiamat.


Lagipun Harakah cuma tak dapat buat liputan di bangunan kerajaan je. Bukannya ditarik balik permit sampai kena tutup terus.


Harakah masih lagi boleh buat liputan cerita walaun bergaduh berebut pelanggan, berita lebai berucap di pentas antarabangsa atau paling tidak pun berita Hadi pergi candat sotong atau hadir majlis tahnik.


Kalau NUJM dan Geramm risaukan nasib wartawan tu, NUJM dan Geramm juga kena risaukan etika kewartawanan yang semakin membusuk dan jatuh merudum sehingga tahap memperbodohkan rakyat.


Kebebasan bersuara bukan bererti kebebasan untuk memfitnah. NUJM dan Geramm jaga dulu etika ahli mereka sebelum nak bercerita tentang kebebasan bersuara. Jangan ikut perangai Sanusi. Salah orang nampak, salah sendiri buat tak reti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KERAJAAN PMX DAH CUKUP JOMMLAH


W.Faudzidin


 Hang ingat orang lain macam hang dulu ke? Kerajaan perpaduan dah lebih jumlohhh...bodo lah kalau sogok puak-puak hang...




BUAT APA PUJUK HANG...TAK GUNA SEDUIT

 

Ahli Parlimen Ketereh kata dia tetap setia kepada Bersatu. Katanya lagi tak ada broker yang berjumpa dengannya bagi memujuk dia menyertai kerajaan. Ini, menurutnya, mungkin kerana dia pesara tentera jadi orang TAK BERANI nak jumpa dengannya.


Aku tak pastilah kalau dia nak umum kesetiaannya ataupun dia pelawa untuk orang datang pujuk dia. Tapi hakikatnya, tak ada broker pun. Empat orang MP tu semua beralih sokongan sebab sedar PN tak mampu bela nasib rakyat. Bukan dapat offer pun.


Tapi, kalau betul ada yang memujuk pun (KALAU!), dia tak dijemput bukan sebab orang takut dengan dia. Tapi sebab tak ada guna pun dapat sokongan dia. Hujah pun mengarut. Tak habis ulang dia bekas tentera je. Siapa nak orang perangai macam dia tu? Tak usah perasan la. Guane boh?


 

Raja Gelap II


BENARKAH ENAKMEN JENAYAH SYARIAH SEDANG DIGUGAT??



Che Ibrahim


Sebenarnya Nik Elin Nik Rashid bukan orang pertama yang saman/mencabar keabsahan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sebelum ini sudah ada kes yang sama, namun kerana kebijaksanaan kepimpinan ketika itu, kes ini berjaya diselesaikan dengan hormoni.


Kisahnya pada tahun 1993 (atau 1992 ambo tak berapa ingat dah), 2 ADUN dari parti S46 telah melompat ke UMNO, lalu kerajaan Kelantan menggubal satu Enakmen Anti Lompat Parti yang dikuatkuasa kebelakangan sehingga dua PRK terpaksa diadakan kesan dari Enakmen Lompat Parti itu. Akhirnya kes ini sampai di mahkamah dan mahkamah mengisytiharkan enakmen itu tidak sah dan terbatal.


Kesannya 2 Adun yang baru dipilih melalui PRK itu telah dibatalkan kemenangannya dan jawatan tersebut dikembalikan kepada penyandang asal yang telah melompat ke parti UMNO/BN, lalu dalam satu khutbah jumaat di Masjid Muhammadi, khatib yang berkhutbah jumaat pada hari itu telah menggelarkan 2 adun itu sebagai Adun Mahkamah. 


Adun berkenaan telah membuat report polis ke atas kandungan khutbah tersebut kerana didakwa telah menghinanya sebagai adun yang sah. Kerajaan Kelantan pula bertindakbalas dengan mendakwa Adun berkenaan di bawah Kanun Jenayah Syariah Kelantan kerana menghina pegawai masjid/pegawai agama.


Akibat pendakwaan ini, Adun berkenaan memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan memohon pengisytiharan bahawa peruntukkan tersebut (Menghina Pegawai Masjid/Pegawai Agama) adalah tidak sah dan perlu dibatalkan.


Akhirnya atas perundingan kedua dua pihak bersetuju untuk membuat satu penyelesaian.... Pendakwa Syarie melepas dan membebaskan Adun tersebut (DNAA) dari tuduhan Menghina Pegawai Agama, manakala Adun tersebut menarik semula permohonannya di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keabsahan peruntukkan Menghina Pegawai Agama dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan. 


Budak budak baru dlm Pas lo ni sah tak tahu kisah ini. Ambo rasa kalau saman adun tersebut diteruskan, kemungkinan besar peruntukkan tersebut boleh dibatalkan dan dianggap tidak sah.



DULU HANGPA JUAI ROTI CANAI REGA EMAS...HOTEL MACAM NAK DUDUK BILIK SUIT DI BANGKOK....LA HANGPA HADAP ...RAKYAT PULAU TERUS....


 Kenapa Langkawi sepi dan kenapa ramai rakyat Malays ke Hatyai?


Dia macam ni la. Siapa nak beli nasi lemak ikan bilis dengan telur potong lapan kalau boleh dapat nasi lemak sambal ayam dengan harga yang sama atau sedikit lebih mahal?


Nak ramai pengunjung, turunkan kos. Nak naikkan kos, jangan marah kalau jumlah pengunjung turun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HAI MASTURA..SEMOGA TABAH MEMBAYAR SAMAN NANTI YA

 

Selepas tempoh masa 48 jam diberi telah tamat tetap berdegil mempertahankan FAKTA sepupu.




SYED SADDIQ ‘HABIS’, MUDA PUN ‘HABIS’…


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam dihukum tujuh tahun penjara, dua sebatan rotan dan denda RM10 juta selepas Mahkamah Tinggi KL mendapatinya bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram melibatkan dana Pemuda Bersatu (Armada) berjumlah RM1.12 juta.


Jika gagal membayar denda RM10 juta yang dikenakan itu, Syed Saddiq akan dihukum penjara empat tahun lagi sebagai gantinya.


Mahkamah membenarkan semua hukuman ditangguhkan sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan.


Meskipun sudah ramai ahli politik di negara ini dihukum kerana kesalahan rasuah dan pecah amanah, tetapi Syed Saddiq mencipta sejarah sebagai Ahli Parlimen pertama dihukum sebat.


Jika sebelum ini beliau mencipta sejarah sebagai pemimpin termuda dilantik sebagai menteri penuh, kini satu lagi sejarah diciptanya.


Seiring dengan hukuman yang diterimanya, bekas Menteri Belia dan Sukan itu segera mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Presiden Muda.


Tindakan Syed Saddiq itu sekurang-kurangnya harus diberi pujian kerana beliau tidak menjadikannya kedudukannya sebagai ketua parti untuk perisai bagi dirinya daripada sabitan bersalah yang diputuskan mahkamah terhadapnya.


Bagaimanapun, dua persoalan yang ada di hadapan selepas ini ialah apakah nasib Muda dan apakah Syed Saddiq masih ada masa depan dalam politik negara ini?


Imej dan pengaruh Muda, kalau pun tidak seratus peratus, tetapi sebahagian besarnya adalah kerana Syed Saddiq.


Tanpa beliau mengemudi parti itu, ia tidak mungkin mampu ke mana-mana.


Apatah lagi, pemimpin yang mengambil alih jawatan Syed Saddiq ialah Amira Aisya Abdul Aziz, Timbalan Presiden Muda sekarang ini.


Amira Aisya tidak cukup dikenali, tidak cukup wibawa, bahkan hampir tiada aura seperti Syed Saddiq.


Dengan pengunduran Syed Saddiq, Muda akan menjadi parti yang tiada lagi masa depan dan akan “habis” begitu saja.


Berkaitan Syed Saddiq pula, walaupun beliau akan membuat rayuan, tetapi berdasarkan fakta mahkamah, kes beliau adalah adalah kes yang jelas, mudah dan “straighforward”.


Untuk lebih mudah memahaminya, ia hampir sama dengan kes SRC International yang dihadapi Najib Razak.


Jika dalam kes Najib, sejumlah wang didapati dimasukkan ke akaun bank peribadinya, dalam kes Syed Saddiq pula, sejumlah wang dipindahkan ke akaun simpanan ASB miliknya.


Dengan demikian, kebarangkalian untuk Syed Saddiq dilepaskan di Mahkamah Rayuan oleh hakim-hakim yang bijaksana adalah amat tipis sekali.


Begitu juga, dalam rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan nanti.


Dalam erti kata lain, teramat sukar bagi Syed Saddiq untuk mengelak penjara sebagai destinasi dalam laluan kehidupannya.


Beberapa tahun dihukum dipenjara, disebat dan didenda berjuta-juta, Syed Saddiq akhirnya akan kehilangan upaya untuk terus menggilap masa depan dalam dunia politik selepas ini.


Senang cerita, Syed Saddiq akan “habis” dan Muda juga akan sama “habis”. – ShahbudinHusin 10/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/10/syed-saddiq-habis-muda-pun-habis.html