APABILA ISU PALESTINE DIPOLITIKKAN OLEH KETUA DEWAN ULAMAK PAS


1. Ketika seluruh dunia bersatu untuk membela isu Palestine dan rakyat bangkit menentang wa imma kerajaannya sendiri seperti US dan Britain, politik pembangkang di Malaysia dan Ketua Dewan Ulamak Pas mengeksploitasikan isu Palestine untuk meraih sokongan murahan.


2. Kita mendengar pembangkang menjadikan isu Minggu Solidariti sebagai bahan dengan mengheret rakyat isu tiada doa qunut, dilarang takbir dan berbagai lagi isu semasa program ini dilangsungkan di sekolah-sekolah. Walhal semua itu tidak ada asasnya apabila diminta untuk membuktikan arahan mana dan sekolah mana yang melarangnya? 


3. Terkini pembangkang khususnya Ketua Dewan Ulamak PAS memainkan isu Palestine dengan mengaitkan PM kononnya tidak tegas dan kenyataan PM telah diberi 'amaran' oleh Amerika turut diperlekehkan sebagi satu spin. Kenyataan-kenyataan dari pimpinan politik bukan Islam yang bukan menjadi sikap resmi Kerajaan Madani dimainkan kononnya kerajaan hari ini tunduk kepada desakan bukan Islam yang tidak setuju dengan minggu solidariti Palestine di mana Menteri Pendidikan menjadi mangsa fitnah. Malah gambar PMX dilatari bendera Israel turut dimuatkan dalam Harakah Daily lidah resmi PAS.


5. Isu Palestine adalah peluang untuk menyatukan suara rakyat Malaysia yang bangkit menentang genocide Israel ke atas rakyat di Gaza. Ia peluang menyatakan sikap Malaysia tentang dasar apartheid yang menyiksa rakyat Palestine dan menafikan mereka dari hak asasi paling asas. Isu kemanusiaan dan pembunuhan beramai2 rakyat Palestine di Gaza adalah isu kita bersama. Malangnya PAS mengheret rakyat Malaysia untuk membuktikan mereka lebih hebat pertahan Palestine dengan melekehkan orang lain walaupun sikap Kerajaan Malaysia sangat tegas dan jelas bersolidariti dengan Gaza dan Palestine.


6. Malangnya PAS dan pembangkang terlalu mempolitikkan keadaan sehingga mereka telah mendedahkan wajah sempit mereka dalam isu Palestine. Benarlah PAS khususnya menunggang isu Palestine untuk kepentingan politik dan sanggup memperlekehkan sikap tegas yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dengan mempolitikkan isu Solidariti Bersama Palestine dan yang berkaitan. PAS sentiasa merasakan dia 'lebih Islam' dari mana-mana pihak walaupun sikap itu akhirnya memakan dirinya sendiri ketika PMX menggesa seluruh rakyat bersolidariti bersama perjuangan Palestine.


YB Sen. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Amanah Negara

Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI)


8 Nov 2023


#AmanahProgresifPeduli #MalaysiaMADANI #KerajaanPerpaduan #MalaysiaBersamaPalestin