𝗗𝗨𝗔 𝗙𝗜𝗥𝗠𝗔 𝗚𝗨𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗦𝗣𝗥𝗠 𝗨𝗧𝗞 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜𝗔𝗡 𝟭𝗠𝗗𝗕




Nampaknya sukar SPRM nak dapatkan dokumen pun utk siasatan kes rasuah terkait penyelesaian 1MDB. Tidak mudah utk dapatkan dokumen dari peguam-peguam terkait Abah Coww Middin.


Cuma saya terfikir, andai kata saman oleh SPRM gagal maka dokumen berkenaan terus disimpan rapi oleh peguam2 berkenaan tanpa boleh disemak pihak berkuasa maka ia akan jadi satu "precedent" bahaya.


Apa "precedent" nya? Adakah apa shj jenayah kewangan boleh dibuat dgn melantik peguam kemudian siasatan tidak boleh dibuat jika peguam itu enggan bekerjasama atau beri dokumen utk siasatan 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗶𝘃𝗮𝗰𝘆 𝗽𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻? Buatnya mahkamah pula ambil keputusan SPRM tak boleh dapat dokumen itu, parah le undang2 kita.


Harus diingat, apa rahsia sekalipun, 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗠𝗘𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗜 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛. Tapi kenapa begitu sukar nak bagi dokumen utk SPRM siasat? Apa yg rahsia sangat? KANTOI. Nampaknya ada sesuatu yg tak diceritakan.


Apapun... kita doakan SPRM berjaya dalam usaha mereka memerangi rasuah.


- Zus Din 

16102023

*************

SPRM saman 2 firma guaman tuntut dokumen berkait penyelesaian USD6.5 bilion bon 1MDB


SPRM memfailkan dua tuntutan berasingan terhadap Rosli Dahlan Saravana Partnership dan Chetan Jethwani & Co untuk mendapatkan dokumen tersebut.


FMT Reporters - 16 Oct 2023, 9:30am


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk mendesak peguam Rosli Dahlan dan Chetan Jethwani serta firma guaman mereka menyerahkan beberapa dokumen berkait siasatan penyelesaian antara Goldman Sachs dan kerajaan berkenaan isu bon 1MDB bernilai USD6.5 bilion.


Agensi itu mengemukakan dua permohonan berasingan terhadap peguam dan firma guaman mereka pada minggu lalu.


SPRM berkata kedua-dua peguam tersebut enggan membenarkan pegawai-pegawainya menjalankan operasi penyitaan dan serbuan ke atas dokumen di bawah seksyen 31(1) Akta SPRM apabila lawatan dibuat pada 6 Oktober.


Dalam saman yang dilihat oleh FMT, SPRM berkata kedua-dua peguam itu berpendapat bahawa dokumen-dokumen tersebut merupakan komunikasi sulit antara anak guam dan peguam.


Mereka juga mendakwa bahawa SPRM perlu memperoleh perintah dari Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 46(2) Akta SPRM, dibaca bersama dengan Seksyen 126(1) Akta Keterangan, untuk mendapatkan dokumen.


Bagaimanapun, SPRM menafikan peruntukan-peruntukan tersebut dalam keadaan kes ini.


Surat tuntutan itu diserahkan kepada peguam dan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership, serta Chetan & Co, pada Jumaat lepas.


Permohonan SPRM terhadap firma Chetan ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Jamil Hussin pada pagi ini.


Permohonan terhadap firma Rosli pula ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim K Muniandy esok.


Dalam afidavit berasingan yang dikemukakan untuk menyokong setiap permohonan, pegawai SPRM Sabri Latif, berkata siasatan agensi tersebut berkait rapat dengan penyelesaian yang dibuat antara kerajaan dan Goldman Sachs berkenaan isu 1MDB.


Katanya, Rosli Dahlan Saravana Partnership dilantik sebagai penasihat guaman kepada 1MDB dan terlibat dalam rundingan yang membawa kepada perjanjian penyelesaian yang didakwa dijalin dengan Goldman Sachs pada 18 Ogos 2020.


Tambahnya, Chetan & Co juga adalah peguam bagi Goldman Sachs.


Pada minggu lepas, Bloomberg melaporkan bank pelaburan Amerika Syarikat itu mengheret Malaysia ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London berhubung pertikaian perjanjian penyelesaian yang dipersetujui ketika bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkuasa, bagi menyelesaikan isu bond 1MDB bernilai USD6.5 bilion.


Pada Jumaat, Presiden Majlis Peguam Malaysia Karen Cheah mengeluarkan kenyataan mengatakan SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak diberi kuasa oleh undang-undang untuk merampas dokumen di firma guaman.


Katanya, baik seksyen 31(1) Akta SPRM atau seksyen 80 Akta Cukai Pendapatan tidak memberikan kuasa kepada kedua-dua agensi tersebut untuk mendapatkan “bahan dan maklumat yang dilindungi”.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/16/sprm-saman-2-firma-guaman-tuntut-dokumen-berkait-penyelesaian-usd6-5-bilion-bon-1mdb/



NAK LAWAN TAPI MALAS DATANG DEWAN



 Aku musykil. Nak lawan DS Anwar tempatnya di parlimen. Waktunya pula ketika pilihanraya umum. Sebenarnya tak perlukan dana kecuali  perbelanjaan pilihanraya. 


Kalau lawan di parlimen lagilah tak perlu dana. Siap dapat duit elaun pula kalau hadir. Tapi kebanyakan MP pembangkang suka ponteng sidang. Nak lawan DS Anwar macamana?


Itu yang aku musykil kalau sampai kutip dana. Apa dia nak buat? Aku rasa PDRM kena siasat. Bukan apa, kita bimbang kalau sampai libatkan kumpulan pengganas. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TAK PAYAH LA NAK BERJUANG KALAU NAK KUTIP DUIT. MALU KE ANAK ANAK MUDA.

 


Aku nak bagi tau Dayang Ku Intan nak lawan Anwar sampai minta derma. Reformis lawan Mahathir dulu ada yang kena tukar tempat kerja..sebab ramai macai. Termasuk yang kena tangkap dan dibuang kerja.

 Nak bagitahu  reformis 25 tahun lwn Mahathir, Najib, Muhyiddin semua keluar duit sendiri malah buat akhbar haram sendiri, website sendiri,blog sendiri...

 Takat hang punya nak lawan...aku nak pesan satu saja...baik jaga keluarga.

 Itu baru nama perjuangan. Ini baru setahun jagung dah nak minta duit. Nak tanya kalau pitih dah habis nanti stop lawan Anwar? Org berpolitik dia pun sibuk nak berpolitik… pergi nyanyi sudah la.



KENA PADA BALASUNDRAMANIAM OK...

 



Zulkifli Bin Shaari


Dalam suasana ramai membicarakan hal Belanjawan yang dibentangkan oleh PM DSAI, terbaca juga posting tentang Ucaptama oleh YB Senator Balasubramaniam sempena Konvensyen DHPP PAS yang disiarkan oleh Harakahdaily ...


Paling menarik dalam muka surat 6 dan 7....

Helok jer dia buat ucaptama gitu.... Kalau lah keluar dari mulut non muslim parti lain siang malam berjemaah walaunta walauntit dok meroyan bagai... Yg ini elok pulak walaunta walauntit tak berbunyi yerrr.... 😆 😆 😆 😆


Takdirrrr!!!!!



Perang Israel - Palestin: PM bincang dengan negara Islam cari penyelesaian




 Oleh: Abdullah Zaid



Serangan tanpa henti tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza akan dibincangkan segera oleh negara negara Islam termasuk Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) memberintahu Dewan Rakyat pagi tadi bahawa beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin negara Islam lain mengenai konflik Palestin-Israel di Riyadh, Arab Saudi pada Khamis.

Katanya, perbincangan itu antara lain bagi menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel.

Pada masa sama, Anwar turut mengkritik pendirian Barat yang secara terbuka menyokong keganasan itu.

"Saya akan berangkat ke Riyadh bagi persidangan GCC (Majlis Kerjasama Teluk Timur Tengah) dan ASEAN serta Putera Arab Saudi, Mohammed bin Salman menghubungi saya untuk mengadakan perbincangan (Palestin-Israel) bersama negara lain termasuk UAE, Qatar, Mesir dan Turkiye.

"Langkah segera mesti dilakukan (ekoran) Barat dan Eropah yang bersikap hipokrasi membuat tindakan keras terhadap Rusia (konflik Ukraine) tetapi mengizinkan kezaliman (terhadap Palestin) terus berlaku," katanya ketika menyampaikan penerangan di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri menyatakan pendirian Malaysia untuk terus mengiktiraf Hamas sebagai suara rakyat Palestin.

Hal itu katanya, sebab organisasi pembebasan itu diberi mandat melalui proses pilihanraya pihak berkuasa Palestin.


"Dari segi dasar, Malaysia ada hubungan dengan Hamas kerana mereka juga menang di Gaza melalui pilihanraya bebas," katanya lagi.

Perang yang diisytihar Israel ke atas Gaza dan memasuki hari ke-10 telah mengorbankan 1,500 rakyat Palestin sehingga kini manakala korban di pihak Israel pula sekitar 1,200 nyawa.

 

Peningkatan gaji sektor awam, isyarat kepada sektor swasta - PM


 Oleh: Abdullah Zaid


Tekad kerajaan meningkatkan kadar upah atau gaji yang lebih bermaruah kepada penjawat awam perlu dijadikan satu isyarat kepada sektor swasta untuk melakukan langkah yang sama.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat-syarikat besar misalnya yang mencatat keuntungan dan produktiviti tinggi digesa untuk meningkatkan gaji pekerja sebagai timbal balik kepada usaha mereka.


"Saya juga minta sektor swasta, ada yang complaint (mengadu) syarikat untung hingga RM400 juta setahun, tapi upah pekerja tak meningkat langsung.


"Jadi saya harap signal yang diberikan oleh (kajian meningkatkan upah) penjawat awam juga disambut sektor swasta yang mencatatkan keuntungan baik," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini.


Sementara itu, Perdana Menteri turut optimis semangat yang ditunjukkan oleh kementerian dan penjawat awam dalam menyelesaikan masalah berbangkit sejak Kerajaan Perpaduan mengambilalih pemerintahan negara mampu meletakkan Malaysia di landasan yang terbaik.


Hal itu katanya, masalah yang berbangkit sejak puluhan tahun lalu kini telah mampu diselesaikan oleh kerajaan dalam beberapa bulan sahaja.


"Sebagai contoh, isu 8,600 tandas dapat diselesaikan dalam masa lima bulan. Bermakna jika ada komitmen, tekad dan ikhlas, perkara itu boleh dibuat.


"Oleh itu, dengan pengalaman lama saya dalam kerajaan, jika bawa semangat dalam pimpinan dan penjawat awam, kita boleh cipta sejarah baharu," ujarnya lagi.

[bongkar] SPRM SAMAN 2 FIRMA GUAMAN TUNTUTAN USD6.5 BILLION 1MDB ERA PN!



Pada minggu lepas, Bloomberg melaporkan bank pelaburan Amerika Syarikat itu mengheret Malaysia ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London berhubung pertikaian perjanjian penyelesaian yang dipersetujui ketika bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkuasa, bagi menyelesaikan isu bond 1MDB bernilai USD6.5 bilion Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk mendesak peguam Rosli Dahlan dan Chetan Jethwani serta firma guaman mereka menyerahkan beberapa dokumen berkait siasatan penyelesaian antara Goldman Sachs dan kerajaan berkenaan isu bon 1MDB bernilai USD6.5 bilion.



BERSAMA MANTAN MENTERI PENDIDIKAN INDONESIA

 











Menerima kunjungan hormat mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Anies Rasyid Baswedan di Putrajaya pagi tadi. 


Pak Anies berada di Malaysia atas jemputan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) serta Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 


Dalam pertemuan ini, kami sempat bicara pelbagai isu antaranya melibatkan Malaysia dan Indonesia. 


Kami juga senada bahawa wujud keperluan untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara meliputi pelbagai kerjasama. 


Saya turut berkongsi kisah mengenai kewibawaan Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan negara Islam di rantau ini.


#MalaysiaMADANI



PMX BERSAMA WARGA JPM.

 






Saya hadir dalam pertemuan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta beberapa pimpinan lain.


Dalam amanat hari ini yang terkait Belanjawan 2024, saya nyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan yang terbuka mendengar pelbagai ulasan dan pandangan usai pembentangan di Dewan Rakyat Jumaat lalu dan sedia membuat penambahbaikan berdasarkan cadangan yang dilontarkan.


Intipati belanjawan ini perlu ditelaah semua pihak, antaranya sektor swasta yang perlu menyambut isyarat daripada kerajaan dengan melaksanakan agihan keuntungan yang lebih adil kepada kakitangan menerusi peningkatan upah dan ganjaran, khususnya syarikat dan konglomerat yang mencatat untung jutaan ringgit setiap tahun.


Pada masa sama, saya turut menyatakan hasrat supaya amalan berjimat-cermat menjadi budaya dalam kalangan penjawat awam bagi menghentikan ketirisan dan pembaziran, sama ada dalam skala besar atau sekecil urusan harian di pejabat.


Saya turut menzahirkan kekecewaan terhadap isu penindasan serta kekejaman terhadap rakyat Palestin yang masih berterusan sehingga saat ini.


Ketidakadilan ini amat mengesankan hati nurani saya, bahkan membingungkan apabila ia dibiarkan oleh kelompok kuasa-kuasa besar Barat yang menggelarkan diri mereka sebagai pelopor demokrasi, kebebasan dan liberalisme.


#MalaysiaMADANI



PAS SUDAH ADA TUN MAHATHIR, JANGAN BUANG MASA NAK BAWANYA SERTAI KERAJAAN



Tidak kira siapa yang memulakan bicara, sebarang usaha untuk membawa masuk Pas ke dalam kerajaan adalah suatu langkah yang sia-sia serta membuang masa.


Tidak lama sebelum ini, veteran DAP, Lim Kit Siang pernah mencadangkan agar Pas dibawa menyertai kerajaan perpaduan dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.


Dalam interbiu dengan sebuah majalah asing baru-baru ini, Anwar Ibrahim pula mendedahkan bahawa bellau pernah mempelawa Pas menyertai kerajaan perpaduan.


Perdana Menteri turut mengatakan beliau tidak menolak Pas akan menyertai kerajaan pada masa depan, bergantung kepada jika parti itu sanggup menerima beberapa dasar utama serta menghormati Malaysia adalah negara berbilang kaum serta agama.


Soalnya, kenapa kita begitu mudah teruja dengan Pas?


Apakah Kit Siang dan Anwar tidak mengambil iktibar daripada pelbagai onar yang ditimbulkan Pas ketika bersama Pakatan Rakyat dahulu?


Kemudian, tidakkah mereka juga meneliti bagaimana Pas adalah parti yang tidak setia ketika bekerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional sebelum ini di mana secara diam-diam mereka menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Mahiaddon Md Yasin?


Seterusnya, ketika bersama PN sekarang ini, Pas secara senyap-senyap berbaik dan kerap pula mengadakan perbincangan dengan Tun Mahathir Mohamad, di sebalik Bersatu diketahui umum tidaklah begitu mesra dengan bekas Perdana Menteri itu.


Apakah semua perangai Pas itu tidak memberi iktibar bahawa parti itu lebih patut dijauhi daripada didekati?


Apa faedahnya parti yang tidak setia dan berpendirian tidak stabil begitu yang mahu dibawa ke dalam kerajaan?


Sekurang-kurangnya selagi Pas dipimpinan Hadi Awang, tiada faedah sama sekali untuk berbaik dan membawa mereka ke dalam kerajaan.


Selain itu, ketika Pas berada dalam kerajaan sewaktu era Mahiaddin dan Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, turut terbukti pimpinannya tidak menpunyai paras keupayaan yang baik, jauh sekali memuaskan, sama ada sebagai menteri atau timbalan menteri.


Mudah kata, pimpinan Pas, hanya sesuai jadi penceramah dan menjadi pembangkang, bukan pentadbir.


Sebab itu, Hadi Awang amat sesuai jadi duta bertaraf menteri yang tidak perlu masuk pejabat, sebaliknya hanya pergi berceramah, memberi kuliah dan selebihnya hanya duduk di rumah.


Kepada Anwar yang sudah sedia memiliki majoriti dua pertiga, lebih baiklah lupakan saja sebarang niat untuk berbaik dengan Pas dan jangan lagi bercakap untuk membawa mereka ke dalam kerajaan.


Kalau pun beliau ingin mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan atau mahu memecahkan blok pembangkang, jauh lebih berfaedah jika mendekati Bersatu berbanding Pas.


Setidak-tidaknya, tidak banyak parti dalam kerajaan perpaduan yang tidak boleh menerima Bersatu berbanding hampir semua parti dalam kerajaan sekarang secara umum diketahui menolak Pas.


Menimbul-nimbulkan hasrat untuk membawa Pas ke dalam kerajaan hanya akan membuatkan parti-parti yang bersama dalam kerajaan jadi curiga.


Tetapi, yang lebih penting mengapa Pas perlu dijauhi ialah kerana parti itu sudah ada Tun Mahathir yang mereka lantik sebagai penasihat kepada empat negeri yang ditadbirnya.


Jadi, biarkan saja Pas kekal sebagai pembangkang serta timbul dan tenggelam bersama sosok yang suka khianat dan tidak berpegang kepada janji itu. – ShahbudinHusin 16/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/16/pas-sudah-ada-tun-mahathir-jangan-buang-masa-nak-bawanya-sertai-kerajaan.html



MUDAH SUNGGUH PAS HUKUM "BERCANGGAH DENGAN ISLAM




Ahmad Mursi.


1. Macam Pak Mertua dia jugak (Hj Hadi). Mudah sungguh label "bercanggah dengan Islam".. GST dan SST. Alasan hukum "jadi kos dan pembeli miskin kena bayar".


2. Saya dah komen di wallnya. Tapi banyak juga komen2 yang dipadam.


3. Masa PAS jadi kerajaan, kenapa tak dihapuskan semua bentuk cukai GST dan SST kalau benar bercanggah dengan Islam?


4. Kerajaan perlu hasil untuk belanja pengurusan dan pembangunan negara. Selain menghukum haram, apa cadangan PAS untuk tambah pendapatan?


5. Apa sistem cukai yang PAS nak perkenal?


6. Atau PAS rasa menambah hutang negara lebih baik?


7. Masa PAS jadi kerajaan pusat budget defisit juga.


8. Kenapa tak dihapus cukai2 di 4 negeri PAS? Cukai pintu, cukai tanah, cukai kepala bakul. Itu semua tambah kos dan orang miskin pun kena bayar.


9. Ulamak2 PAS ni bila jadi pembangkang, teori ekonomi hebat2.. bila jadi kerajaan, tak ada apa pun. Makan gaji buta pun ada.


10. Ini bekas ahli majlis syura PAS. Cara PAS keluarkan hukum sangat meragukan.. terlalu boros dan simplistik.


Ahmad Mursi 



Sumber ps

Zaharudin Muhammad



MELAHIRKAN GENERASI ISLAM BERILMU DUNIA AKHIRAT.




Kerajaan Perpaduan serius dalam memartabatkan pembangunan syiar Islam di Malaysia.


Insya-Allah dengan peruntukan ini kita juga dapat melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi.


#Belanjawan2024

#MalaysiaMADANI



HA..HA...HATI BUSUK MACAM TANDAS JUGAK.

 Isu tandas, isu semua.




1. Tak tahulah apa yang dengki sangat.


2. Hal tandas ni hal semua. Tak ada manusia Tak ke tandas.


3. Yang bezakan dia ni pembersih atau pengotor.


4. Sedih saya bila dengar cerita budak darjah 1 terkencing dalam seluar sebab tahan nak kencing sebab geli guna tandas.


5. Tahan kencing, berak ni pun boleh jadi punca masalah kesihatan. 


6. Bila diperiksa profil si pengomen, oo orang PN...patut dengki sangat gayanya.


7. Ada juga komen kata Anwar cakna bab tandas sebab kes masuk penjara.


8. Silap tu. Boleh tengok Filem Anwar the untold story,  dalam tu pun ada komen bab tandas.


9. Rakan-rakan pelajar Kolej YA pun cakap Anwar memang cakna bab tandas. Belum lagi kira arahan Anwar agar pelajar bersihkan tandas semasa beliau jawat jawatan Menteri Pendidikan. 


10. Tandas bersih adalah lambang jati diri dan iman kita. Harap semua sokonglah benda baik. Nampak sangat busuk hati tu, sebab hati busuk melahirkan kelakuan dan kata-kata yang busuk. 




Akhir sekali surat Maryam tu tulin. Saya kenal mak nya, orang Sungai Buloh Selangor.



TAK PAYAH BELAJAR AGAMA..ANUGERAH DARI PAS SAJA.


Idi.

 Hu..takpayah b"lajar agama tinggi Pon boleh DPT ustazah..syarat join ngn Pas utk jdi ustazah... klau mak lampir ini ustazah ape iye.. ustazah lompat katak ke🤔😂😂😂😂




Kos institusi awam disakau.Ini zaman JKOM banyak sangat peruntukan.

 

Kos institusi awam disakau





Nik Hasyudeen


Di dalam mendidik rakyat berkenaan bertapa perlunya menstrukturkan semula subsidi, JKom telah menerbitkan satu poster menarik.


Untuk kira-kira RM 60 bilion yang merupakan peruntukan subsidi tahun 2023, kerajaan boleh membina:


1.  110 buah hospital pada kos RM 550 juta sebuah

2. 700 buah sekolah pada kos RM 87 juta sebuah

3. 242,000 buah rumah mampu milik pada kos RM 250,000 sebuah


Untuk meringkan kesusahan jangka pendek, kita merisikokan masa hadapan dengan infrastruktur keperluan rakyat yang tidak cukup.


Saya ada kongsikan video berkenaan ulasan saya terhadap penstrukturan semula subsidi 👇


Apa yang menarik perhatian saya ialah tanggungan kerajaan kerana nak menyelamatkan institusi-institusi rakyat kerana pelbagai masalah yang dihadapi oleh institusi-institusi berkenaan termasuk kerana disakau:


1. Tabung Haji RM 20 bilion

2. Felda RM 10 bilion

3. LTAT RM 2 bilion


Pinjaman yang dibuat di atas jaminan atau komitmen jaminan kerajaan ini bukan sahaja menyebabkan kerajaan tidak berupaya untuk menambahkan infrastruktur rakyat seperti di dalam poster Jkom itu tetapi kena membayar kos hutang-hutang berkenaan. 


Jika kosnya 3% sahaja pun, untuk RM 32 bilion (jumlah tanggungan di atas), ianya sudah berjumlah RM 960 juta setahun. Tu dah boleh bina sabuah hospital dan 4 buah sakolah. Kalau dikira pokoknya, bertambah sedihlah kita. Untuk Tabung Haji, kos sukuk yang ditanggung oleh UJSB ialah lebih dari 4% setahun. Jumlah di atas tidak termasuk kerugian dari LCS, rasanya.


Kita boleh rasa nilai sekiranya seekor ayam dicuri. Namun, apabila institusi kerajaan dan awam disakau, ramai dari kita tidak mampu menjiwai kerosakan dari jenayah berkenaan. Malah, pengakau pula dianggap hero sehingga ke hari ini oleh sebahagian dari ahli masyarakat. 


Marilah kita menghafal sifir Jkom ini agar ianya memudahkan kita mengira bala ke atas masyarakat jika harta kerajaan dan institusi awam disakau lagi. 


Inilah penting untuk kita melihat sesuatu berdasarkan prinsipnya. JKom nak ajar kita kira kos subsidi, kita gunakan formula berkenaan untuk mengira kos sakau pulak 👌



ESOK MENANG BIASISWA DAN PTPTN HAPUS


Bob Kelanang.


 Esok Menang Minyak Turun 

Bila dia janji nak turunkan harga minyak... 😅😅😅


SAMPAH PUN TAK TERURUS.JENUH JUAL TANAK TANAM MUSANG KING BAGI KE ORANG.





HIKMAH PENYASARAN SEMULA SUBSIDI

 



PMX


Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).


Kerajaan juga memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700,000 penerima STR.


#Belanjawan2024

#MalaysiaMADANI



NAK TEBUK ATAP LA NI ISU TAK JALAN. BUAT BERITA PALESU. APA PUNYA KONGKIAK.





[ADMIN] Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin menarik perhatian semua bahawa poster yang sedang diviralkan ketika ini adalah fitnah dan tidak betul.


Pihak Pejabat Menteri telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.


Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


10 Oktober 2023

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan