Nampaknya sukar SPRM nak dapatkan dokumen pun utk siasatan kes rasuah terkait penyelesaian 1MDB. Tidak mudah utk dapatkan dokumen dari peguam-peguam terkait Abah Coww Middin.
Cuma saya terfikir, andai kata saman oleh SPRM gagal maka dokumen berkenaan terus disimpan rapi oleh peguam2 berkenaan tanpa boleh disemak pihak berkuasa maka ia akan jadi satu "precedent" bahaya.
Apa "precedent" nya? Adakah apa shj jenayah kewangan boleh dibuat dgn melantik peguam kemudian siasatan tidak boleh dibuat jika peguam itu enggan bekerjasama atau beri dokumen utk siasatan 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗶𝘃𝗮𝗰𝘆 𝗽𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻? Buatnya mahkamah pula ambil keputusan SPRM tak boleh dapat dokumen itu, parah le undang2 kita.
Harus diingat, apa rahsia sekalipun, 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗥𝗨𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗠𝗘𝗟𝗜𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚𝗜 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛. Tapi kenapa begitu sukar nak bagi dokumen utk SPRM siasat? Apa yg rahsia sangat? KANTOI. Nampaknya ada sesuatu yg tak diceritakan.
Apapun... kita doakan SPRM berjaya dalam usaha mereka memerangi rasuah.
- Zus Din
16102023
*************
SPRM saman 2 firma guaman tuntut dokumen berkait penyelesaian USD6.5 bilion bon 1MDB
SPRM memfailkan dua tuntutan berasingan terhadap Rosli Dahlan Saravana Partnership dan Chetan Jethwani & Co untuk mendapatkan dokumen tersebut.
FMT Reporters - 16 Oct 2023, 9:30am
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk mendesak peguam Rosli Dahlan dan Chetan Jethwani serta firma guaman mereka menyerahkan beberapa dokumen berkait siasatan penyelesaian antara Goldman Sachs dan kerajaan berkenaan isu bon 1MDB bernilai USD6.5 bilion.
Agensi itu mengemukakan dua permohonan berasingan terhadap peguam dan firma guaman mereka pada minggu lalu.
SPRM berkata kedua-dua peguam tersebut enggan membenarkan pegawai-pegawainya menjalankan operasi penyitaan dan serbuan ke atas dokumen di bawah seksyen 31(1) Akta SPRM apabila lawatan dibuat pada 6 Oktober.
Dalam saman yang dilihat oleh FMT, SPRM berkata kedua-dua peguam itu berpendapat bahawa dokumen-dokumen tersebut merupakan komunikasi sulit antara anak guam dan peguam.
Mereka juga mendakwa bahawa SPRM perlu memperoleh perintah dari Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 46(2) Akta SPRM, dibaca bersama dengan Seksyen 126(1) Akta Keterangan, untuk mendapatkan dokumen.
Bagaimanapun, SPRM menafikan peruntukan-peruntukan tersebut dalam keadaan kes ini.
Surat tuntutan itu diserahkan kepada peguam dan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership, serta Chetan & Co, pada Jumaat lepas.
Permohonan SPRM terhadap firma Chetan ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Jamil Hussin pada pagi ini.
Permohonan terhadap firma Rosli pula ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim K Muniandy esok.
Dalam afidavit berasingan yang dikemukakan untuk menyokong setiap permohonan, pegawai SPRM Sabri Latif, berkata siasatan agensi tersebut berkait rapat dengan penyelesaian yang dibuat antara kerajaan dan Goldman Sachs berkenaan isu 1MDB.
Katanya, Rosli Dahlan Saravana Partnership dilantik sebagai penasihat guaman kepada 1MDB dan terlibat dalam rundingan yang membawa kepada perjanjian penyelesaian yang didakwa dijalin dengan Goldman Sachs pada 18 Ogos 2020.
Tambahnya, Chetan & Co juga adalah peguam bagi Goldman Sachs.
Pada minggu lepas, Bloomberg melaporkan bank pelaburan Amerika Syarikat itu mengheret Malaysia ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London berhubung pertikaian perjanjian penyelesaian yang dipersetujui ketika bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkuasa, bagi menyelesaikan isu bond 1MDB bernilai USD6.5 bilion.
Pada Jumaat, Presiden Majlis Peguam Malaysia Karen Cheah mengeluarkan kenyataan mengatakan SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak diberi kuasa oleh undang-undang untuk merampas dokumen di firma guaman.
Katanya, baik seksyen 31(1) Akta SPRM atau seksyen 80 Akta Cukai Pendapatan tidak memberikan kuasa kepada kedua-dua agensi tersebut untuk mendapatkan “bahan dan maklumat yang dilindungi”.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/16/sprm-saman-2-firma-guaman-tuntut-dokumen-berkait-penyelesaian-usd6-5-bilion-bon-1mdb/