Tagih sumbangan RM26,100 untuk pejabat ADUN tapi duit masuk dalam akaun Pas

 

Tagih sumbangan RM26,100 untuk pejabat ADUN tapi duit masuk dalam akaun Pas

Bukan hanya seorang wakil rakyat dari Pas yang selamba minta tolong rakyat untuk operasi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tular poster sumbangan Pusat Khidmat DUN Sungai Bakap di Pulau Pinang yang menyenaraikan perincian kos peralatan pejabat yang diperlukan.

Sejumlah RM26,100 ditagih merangkumi enam jenis perbelanjaan dengan kira-kira separuh hasil sumbangan itu nanti bagi tujuan menyiapkan partition.

Sumbangan juga diperlukan untuk kelengkapan penyaman udara, meja dan kerusi, signboard berserta spotlights dan set sofa untuk tetamu.

Paling menjadi bahan senda warganet ialah vest petugas Skuad Prihatin  pejabat ADUN itu yang menelan kos RM2,200.

Nor Zamri Latiff

Dalam masa sama, orang ramai mempertikai sumbangan yang disalurkan terang-terang masuk ke dalam akaun bank Pas Kawasan Nibong Tebal.

“Tu dia… terbaiklah ADUN Sungai Bakap. Bukan nak bantu rakyat, dia minta rakyat bantu dia. Sumbangan pulak masuk ke akaun Pas.

“Laaa.. ingatkan undi dapat ADUN, rupanya dapat NGO.

“Dia ni bukan ka tauke roti Arab?” demikian antara komen warganet.

Sungai Bakap antara tujuh kerusi DUN dimenangi Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang bulan lalu.

Nor Zamri Latiff memenangi DUN N20 itu dengan majoriti 1,563 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Nurhidayah Che Ros.

Dia yang dipanggil ‘Abang Zam’ berusia sekitar 50-an dianggap oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Riduan Mohamad Nor sebagai “ligat mencari dana awam untuk menyantuni masyarakat”.



JADI WAKIL RAKYAT LEBIH KURANG MACAM BERBINI DUA,TIGA DAN EMPAT. YANG TAK MAMPU JANGAN CUBA-CUBA



Sejak semalam kecoh di media sosial dengan sebuah poster mengenai seorang Adun yang baru menang di Selangor yang cuba memohon derma secara terbuka daripada rakyat jelata untuk pusat khidmat masyarakat yang mahu diwujudkannya.


Bantuan atau derma yang diperlukannya ialah set komputer, printer, perabot pejabat, peti ais, signboard, whiteboard, set sofa dan kenudahan internet unifi.


Selain sedia menerima bantuan atau derma dalam bentuk barangan yang diperlukan, beliau juga bersikap terbuka untuk menerima derma dalam bentuk wang tunai.


Bagi tujuan itu, turut disertakan dalam poster memohon derma itu ialah satu akaun bank yang dipercayai milik seorang guru besar.


Soal bagaimana dan kenapa guru besar yang masih berkhidmat itu sedia membenarkan akaun banknya digunakan, rasanya biarlah ia disiasat dan diselesaikan oleh Kementerian Pendidikan.


Apa yang mahu diperkatakan di sini ialah tentang perbuatan wakil rakyat berkenaan memohon bantuan secara terbuka daripada rakyat jelata.


Sepanjang saya hidup, inilah pertama kali saya melihat ada wakil rakyat berbuat demikian.


Tidak pernah saya mendengar ia berlaku sebelum ini kerana mana-mana wakil rakyat biasanya akan menggunakan kemampuan sendiri untuk membuka pejabat atau pusat khidmat mereka.


Sebelum menjadi wakil rakyat lagi, seseorang itu secara umumnya sedar itulah keperluan yang harus disediakan jika setelah menang dan terpilih sebagai wakil rakyat.


Bagaimana menyediakannya, pandai-pandai merekalah berusaha, kalau perlu mengguna wang simpanan, jual kereta, gadai rumah atau meminjam di mana-mana, mahu tak mahu, ia adalah sesuatu yang terpaksa dilakukan demi tanggungjawab yang diamanahkan.


Ini belum apa-apa lagi sudah nak minta tolong daripada rakyat bagi mewujudkan pusat khidmat, siapa yang menolong siapa – wakil rakyat tolong rakyat atau rakyat tolong wakil rakyat?


Seperti suatu trend pula, satu dua wakil rakyat lain juga dikesan meminta bantuan secara terbuka bagi mewujudkan pusat khidmat mereka.


Untuk itu, sebelum sedia atau beria-ia mahu jadi wakil rakyat, seseorang itu perlu ukur baju di badan sendiri dan lihat kemampuan diri terlebih dahulu.


Jadi wakil rakyat ini memerlukan banyak belanja dan pengorbanan, ia lebih kurang sama macam nak berbini dua.


Kalau cermin diri dan rasa tak mampu, lebih baiklah jangan cuba-cuba dan jaga saja isteri serta rumahtangga sedia ada.


Kalau nak berbini dua perlu kemampuan zahir dan batin, untuk jadi wakil rakyat pun perlu ada kemampuan sama – kemampuan wang ringgit dan mampu tanpa mengira masa melayan masalah rakyat.


Jika rasa tak mampu, elakkanlah menawar diri atau beria melobi hendak jadi wakil rakyat, sebaliknya lebih baik buat saja apa-apa pekerjaan yang sedia ada.


Menolong dan membantu rakyat merangkumi banyak perkara, kadang-kadang bini bersalin, anak nak masuk sekolah, bil letrik tertunggak, malah bil cetak kad nama perniagaan pun ada yang minta bantuan dengan wakil rakyat juga.


Kalau kita bukan jenis yang berkemampuan, ditambah sedikit kedekut – macam mana nak jadi wakil rakyat yang baik dan disukai?


Lebih-lebih lagi jika nak sediakan pusat khidmat pun minta tolong dengan rakyat, bagaimana pula mereka nak menolong rakyat?


Sebab itu, kepada semua parti politik selepas ini, ukuran kemampuan hendaklah diambil kira sebelum memilih seseorang itu sebagai calon.


Jangan pilih secara tangkap muat saja, nanti buat rosak nama parti saja dibuatnya.


Kalau ia pun nak minta bantuan atau pertolongan, barangkali tidak menjadi sesuatu yang janggal jika ia dilakukan secara tertutup dengan meninta daripada kawan-kawan, saudara mara atau ahli pernigaan yang dikenalinya untuk semua kemudahan yang diperlukannya itu.


Janganlah orang kawin dua, kita pun gatal nak lahwin dua juga; orang jadi wakil rakyat, kita pun sibuk sama nak jadi wakil rakyat.


Tak mampu jadi wakil rakyat, jadi rakyat sudahlah!! – ShahbudinHusin 02/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/



OWHHH DAH HABIS DAH ANGAN ANGAN NI..TUNGGU LA 2027...

 






Berangan tak salah. Tapi kalau berlebihan mengejek orang tu yang tak kena. Apa lagi kalau yang diangan tu langsung tak jadi kenyataan.


Pertamanya dia berangan PN menang besar, sapu habis semua enam negeri dalam PRN. Rupanya tak jadi kenyataan. Status quo je.


Kedua, dia begitu yakin kerajaan persekutuan akan bertukar dalam bulan Ogos. Siap ucap bye-bye lagi. Sama juga, tiada yang berubah. Sekarang dah bulan September. Ogos tahun bila dia maksudkan tu?


Sekarang ni siapa yang nak kata bye-bye? Degil sangat. Orang dah kata sekarang ada akta lompat parti. Tak boleh buat macam dulu.


Tapi tak nak percaya. Yang kesiannya walau yang percaya. Sampai terpaksa bercerai dengan isteri yang dah dinikahi lebih 20 tahun. Itu la. Siapa suruh percaya ke lebai scammer. Guane boh?


 

Raja Gelap 


PS: Mana pergi Shahidan ni ek? Belum bangun dari mimpi ke? Ke dah bertapa dalam gua?


.


NAK AJAR AGAMA ATAU NAK JUAL AGAMA TAR SENIK ?

 





Alolo ciannya lah hai so-called ustaz PAS ni. Sedih dia ustaz dihalang mengajar. Hahaha... Tapi yang sebenarnya bukan dihalang tapi tak cukup syarat. Isunya tak ada tauliah. Jadi pergilah mohon. Kalau cukup syarat, InsyaAllah akan diberi tauliah.


Tapi yang tak seronok dia cakap "jangan sampai tok guru kita jadi pemandu Grab atau menjaja di pasar minggu". So? Apa salahnya jadi pemandu Grab atau menjaja di pasar minggu? Hina sangat ke buat kerja begitu? Rezekinya tetap halal kan?


Malah menjadi pemandu Grab dan menjaja di pasar minggu itu berpuluh kali lebih mulia dan lebih halal pendapatannya daripada so-called asatizah yang menyebarkan fitnah dan hasutan kebencian ketika kononnya 'mengajar' di masjid.


Takkan hilang bisa ular menyusur akar. Khalifah Abu Bakr Ash-Shiddiq dulu pun meniaga di pasar juga. Beliau berhenti selepas dilantik jadi khalifah. Itu pun seleoas dinasihatkan oleh sahabat kerana beliau perlu tumpu kepada permasalahan rakyat.


Baginda Nabi saw pun seorang peniaga sebelum diangkat menjadi nabi. Tak ada salahnya memandu Grab atau menjaja. Kalau siang pandu Grab, malam mengajar pun boleh. Tak hina pun. Boleh mengajar tanpa bayaran. Lebih besar pahalanya. Tapi kalau dah kesempitan sangat, jual Vellfire tu. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


TAK KETAHUAN DAH...

 






Entah mana hala Mahathir ni.


Suruh semua orang terima ini negara Melayu dan mahu hapuskan sekolah vernakular. Ok fine. Tapi baru berapa hari lepas dia nak matapelajaran sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.


Kalau sekolah vernakular dihapuskan dan hanya ada sekolah kebangsaan, tapi Bahasa Melayu pula dikesampingkan dalam pembelajaran subjek sains dan matematik, apa maknanya? Sama saja.


Yang sebenarnya, Mahathir ni bila bercakap, demi kepentingan kepentingan politik dirinya saja. Dia tak ada perjuangan bangsa pun dalam hatinya. Sebab itu nadanya sentiasa berubah-ubah.


Bila nak pikat orang yang berfikiran barat, dia akan bercakap begini. Kemudian nak pikat orang Melayu, cakapnya begini pula. Mungkin ini petanda yang dia kini sudah semakin nyanyuk. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


SAYANG BINI.

 

Henry de Bantin


Kasihnya seorang bapa.. Katanya masa sampai kat kampung di Besut, air tangki warna kuning 🙂


Story lanjut 👇




((LIVE)) Dulu Saya Ayam Sabung Pas - Mat Sabu #SkopMG



Siapa tak kenal Mohamad Sabu. Lantang tapi adakalanya kelakar. Jatuh bangun dalam politik menjadikan Mohamad Sabu pemimpin tegar dan lali daripada fitnah. Ikuti Skop Eksklusif Bersama Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah!





SLOGAN PN. KAMI MOHON DERMA UNTUK KAMI.



Slogan YB PN..."RAKYAT BANTU YB... YB GOYANG KAKI"..SUMBANG SUNGGUH...






BANYAK YANG AKHIR KENA SCAM BAHAWA PERMAINAN PERSEPSI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.

 


Adrian Lim




Berjuta views di TikTok menghentam kerajaan. Tapi rupa-rupanya...


1. Tiada kena mengena dengan KFC ataupun PMX ataupun Kerajaan

2. Seorang ahli perniagaan Cina Andrie Ung Han Xiang telah membawa 700 anak-anak yatim daripada 22 buah rumah anak yatim ke konsert terbabit

3. Di antaranya kanak-kanak Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya yang terletak di TTDI Jaya

4. Kanak-kanak yang diviralkan itu anak-anak pelarian Rohingya yang tidak reti berbahasa Melayu

5. Akhirnya PN ambil video sekerat-kerat, viralkan dan menuduh PMX memesongkan akidah umat Islam


Misi PN menyalahkan PMX selesai.

Misi PN meraih sokongan politik selesai.


Tabayyun ❌️

Tibaiyyun ✅️


Update: Andrie Ung ialah anak kepada ahli perniagaan popular di Kelantan, Datuk Seri Sunny Ung. Cuba korang Google atau Scrut atau tanya-tanya siapa Sunny Ung.



ADAKAH KEJAYAAN KELANTAN KEDAH TERENGGANU BOLEH DIJADIKAN MODEL ?BERIKAN CONTOH.

 



Keceluparan pimpinan PAS menuduh Rakyat Johor kurang kesedaran politik Islam. 

Jika Kelantan benar-benar memerintah mengikut acuan politik Islam yang benar dan murni, 

mengapa Kelantan masih gagal membangunkan negeri setelah berkuasa lebih 30 tahun? 

Mana-mana  tamadun yang membangun bersama Islam kesemuanya maju. Ia telah dibuktikan sejarah. 

Namun PAS gagal kerana PAS bukanya membawa Islam, Namun PAS membawa politik usang 

iaitu politik adu domba dan fitnah. 

Cakap banyak Namun gerak kerja teruk. 


#mm



BERANINYA PENJAWAT AWAM SEKARANG MENENTANG KERAJAAN?





BUKAN SETAKAT INI SAHAJA. ADA GURU BESAR SIAP BERKEMPEN UNTUK KAKITANGAN KHASNYA GURU. KERAJAAN MADANI MEMANG BAIK SUNGGUH KERANA MENGAMALKAN KEBEBASAN POLITIK. 


JIKA IANYA BERLAKU DI ZAMAN MAHATHIR, GURU BESAR DAN KETUA JABATA. LAIN NYA ADA KAKITANGAN UMNO. NAYA LAH GURU BERKENAAN.


Awal hari ini tersebar di media sosial berkenaan sebuah poster melibatkan Adun PN kawasan Ijok, Jefri Mejan yang memohon infaq atau sumbangan bagi penubuhan pusat khidmat masyarakat atas kedudukannya sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.


Antara lain, infaq atau sumbangan itu diperlukan bagi membeli set komputer, printer, perabot pejabat, peti ais, signboard, whiteboard, set sofa dan internet.


Bagaimanapun, akaun bank yang digunakan bagi tujuan itu menggunakan nama Bakar Mat Jidi, yang kemudian dikenalpasti seorang guru besar sekolah kebangsaan.


Ramai netizen mengecam tindakan pengumpulan derma itu kerana kata mereka, wakil rakyat sepatutnya menolong rakyat, bukannya memohon pertolongan daripada rakyat.


Lebih menjadi perhatian ialah kerana akuan bank yang digunakan bagi tujuan mendapatkan sumbangan itu melibatkan seorang penjawat awam iaitu seorang guru besar.


Beraninya seorang penjawat awam menunjukkan sokongan secara terbuka kepada blok pembangkang?


Kejadian ini dengan sendirinya mengesahkan dapatan sebuah kajian baru-baru ini yang mendapati majoriti penjawat awam di enam negeri yang mengadakan PRN tidak memberi sokongan kepada calon-calon kerajaan perpaduan.


Sehingga kini belum ada respon daripada Adun Ijok atau guru besar terbabit dalam isu ini.


Secara prinsipnya, penjawat awam atau kakitangan kerajaan mestilah memberi sokongan kepada kerajaan semasa.


Meskipun undi adalah rahsia, tetapi menunjukkah wajah sokongan kepada wakil rakyat pembangkang secara terbuka, malah membenarkan akaun banknya digunakan bagi tujuan pengumpulan dana wakil rakyat berkenaan, barangkali suatu tindakan yang keterlaluan, bahkan mencabar kerajaan.


Maksudnya, terlalu berani penjawat awam berkenaan memperlihatkan pendirian politiknya.


Sehubungan itu, Setiuasaha Politik Menteri Pendidikan, ‘Atiqah Syairah Shaharuddin dengan segera menulis surat kepada Ketua Unit Intergriti Kementerian Pendidikan, Puan Siti Zakiah Che Man agar melakukan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.


Katanya, beliau telah menerima aduan melalui media sosial dan beberapa saluran lain berkenaan isu tersebut yang melibatkan seorang guru besar yang menggunakan akaun bank peribadinya sebagai saluran bagi pengumpulan dana politik.


Menurutnya lagi, partisipasi atau penglibatan penjawat awam dalam politik kepartian telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa dan juga komuniti.


“Penglibatan pentadbir sekolah juga dilihat akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pembangunan dan pengurusan sekolah,” katanya dalam surat tersebut.


Seterusnya, tegas ‘Atiqah Syairah, “besar harapan saya agar pihak puan dapat memastikan tindakan dan siasatan dijalankan mengikut laras perundangan dan aturan profesionalisme penjawat awam.”


Menggesa siasatan dan seterusnya memastikan tindakan diambil dengan segera terhadap guru besar terbabit tentunya sesuatu yang wajar kerana haruslah difahami, tiada kerajaan dalam dunia ini yang hanya tersenyum saja bila ada kakitangan awamnya tidak menyokong kerajaan yang sedang berkuasa.


Sebagaimana disebut di atas tadi, kakitangan awam mesti bersama dengan kerajaan semasa, walaupun undi ketika pilihan raya adalah rahsia.


Untuk memastikan kerajaan perpaduan ini lebih berwibawa, isu seperti ini haruslah ditangani dengan segera dan tidak harus dibiarkan terus berleluasa.


Membiarkannya tanpa tindakan lebih memungkinankan kerajaan disabotaj dalam segala programnya dan seterusnya akan kalah bila nanti pilihan raya tiba.


Anwar Ibrahim mesti melihat perkara ini dengan serius dan wajib berbuat sesuatu di semua kementerian dan sektor penjawat awam.


Jika tidak ditangani, bersedialah ditimpa kekalahan dalam PRU16 nanti. – ShahbudinHusin 01/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/



KISAH TEBUK ATAP GAGAL LAGI. WALAUN KENA LAGI

 

Hari ini dah 33 Ogos 2023. Monyet yg duduk atas atap dah kena tembak sekoq2. Hat mana yg sempat lari, dah terkena racun furadan. Lama kelamaan, pasti akan pupus. 


Tak buleh di biar tebuk atap tu maharajalela, kena ajar dgn cara teknik laila majnun. Tapi sebelum ajar, kita beri dia umpan makan makjun dulu. 


Dulu teknik ni dah berjaya, apa salahnya kami ulang balik...kan 50 Ogos belum habis lg.


Haaa...ha!!! 😎



HINA LEBAI BEEKOPIAH TAPI MEMFITNAH

 



Bukanlah suruh orang pergi konsert tapi moshing tu semua. Cuma peringatan jangan suka pandang rendah dan hina orang, apatah lagi anggap diri sendiri je yang suci. Kalau jumpa pendosa, beri nasihat bukan menghujat. Guane boh?


 

Raja Gelap 





Iskandar Azaman

Aku kalau gi concert ada aja moshing. 


Aku dah pergi Pantera. Ada mamat ni lompat depan aku suruh aku tumbuk dia. Blur kejap, tapi dia mintak lagi sekali … so aku tumbuk lah dia.


Masa pergi Ozzfest, Pantera masuk aku cuba kedepan tapi puluh ribu orang pushing, Mat Salleh pun semua lagi besar dari aku memang hampir suffocate. So give up pergi belakang baring kat atas tanah kat belakang. 


Pergi Iron Maiden kat Singapore memang orang Singapore kurang sikit lah … Deorang diri goyang kaki sikit2. Tapi geng ex-pat ada moshing. So aku join aje. Ada lah pening sikit lepas kena tolak2.


Marilyn Manson aku gi sorang2 duk depan tapi tak mosh. Tapi depan betul sampai kena peluh Marilyn Manson. 


Megadeth kat KL aku tak mosh jugak. Sebab food poisoning. Takleh lompat2.


Metallica ada headbanging tapi takdelah moshing sangat. 


Dah banyak concert aku pergi. Metal, Pop, Rock, BTS semua aku dah pergi …


Tapi kat university aku dapat First Class Honours. Aku kerja Kerajaan dalam bidang forensik dah dekat 20 tahun. Aku jadi saksi pakar lebih 100 kali hadir kat Mahkamah seluruh Malaysia. Alhamdulillah umur 40 aku dah pergi menunaikan Haji. Financially aku dah takde hutang dah. Rumah & kereta fully paid for. Setiap malam aku makan kat rumah mak aku. Aku jugak baru2 ni jadi AJK PIBG kat sekolah anak aku (sekolah aku jugak dulu). 


So bila orang cerita macam moshing dan pergi concert ni hina sangat aku nak jugak tengok pencapaian korang.


Sebab pada pendapat aku, orang pakai kopiah yang berkali2 kalah saman fitnah tapi masih disanjung tu lagi lah hina.







.