TAK KETAHUAN DAH...

 






Entah mana hala Mahathir ni.


Suruh semua orang terima ini negara Melayu dan mahu hapuskan sekolah vernakular. Ok fine. Tapi baru berapa hari lepas dia nak matapelajaran sains dan matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.


Kalau sekolah vernakular dihapuskan dan hanya ada sekolah kebangsaan, tapi Bahasa Melayu pula dikesampingkan dalam pembelajaran subjek sains dan matematik, apa maknanya? Sama saja.


Yang sebenarnya, Mahathir ni bila bercakap, demi kepentingan kepentingan politik dirinya saja. Dia tak ada perjuangan bangsa pun dalam hatinya. Sebab itu nadanya sentiasa berubah-ubah.


Bila nak pikat orang yang berfikiran barat, dia akan bercakap begini. Kemudian nak pikat orang Melayu, cakapnya begini pula. Mungkin ini petanda yang dia kini sudah semakin nyanyuk. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.