IKTIBAR KEPUTUSAN PRN, ANWAR HARUS SEGERA LAKUKAN PERUBAHAN DAN ROMBAKAN

 


PRN enam negeri sudah pun berakhir dan semua orang setuju bahawa keputusannya tidak cukup ampuh untuk menggugat kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


Ini bermakna, Anwar boleh mempertahankan kerajaan perpaduan yang sedang diterajuinya kini hingga PRU16 akan datang.


Tetapi, berdasarkan keputusan PRN di enam negeri itu, apakah jangkaan paling mudah untuk masa depan Anwar seterusnya?


Secara mudah, kalau kita bertanya kepada 10 orang, hampir semuanya sepakat mengatakan keputusan PRN itu meletakkan masa depan Anwar dalam bahaya.


Untuk mudah difahami lagi, daripada 10 orang yang ditanya itu, paling minima enam daripadanya pasti dengan berani mengatakan Anwar dan kerajaan perpaduan akan tamat riwayatnya pada PRU16 nanti.


Apa yang nyata, keputusan PRN lepas menunjukkan PH gagal mendapat sokongan pengundi Melayu yang memadai atau mencukupi untuk memenangi lebih banyak kerusi di enam-enam negeri terbabit.


Kemenangan kerusi PH lebih banyak disumbangkan oleh kesatuan sokongan daripada pengundi bukan Melayu semata-mata.


Dalam keadaan sedemikian, lebih malang lagi kerana UMNO yang merupakan rakan kongsi PH dan diharapkan dapat menambah sokongan, hampir secara total ditolak oleh pengundi-pengundi Melayu sendiri.


Dengan pengundi Melayu lebih memilih PN, khususnya Pas, terbentang kini ialah keberadaan UMNO tidak memberi nilai tambah dan tidak juga memberi tambah nilai kepada PH serta kerajaan perpaduan.


Apakah sekarang ini Anwar, pimpinan PH, BN dan kerajaan perpaduan turut menyedari hakikat yang sedang ditunjukkan Tuhan di depan mata sebelum tibanya PRU16?


Apakah plan B PH untuk menambah sokongan pengundi Melayu melalui kekuatan mereka sendiri atau berasakan sudah cukup dengan sokongan pengundi bukan Melayu saja?


Kalau benar-benar disedari, mengapa setelah hampir seminggu sejak keputusan PRN diumumkan, masih tiada apa-apa tindakbalas bimbang yang kedengaran ditunjukkan?


Kenapa semua senyap sunyi dan tiada sebarang mesyuarat khas parti diadakan?


Bila lagi Anwar hendak melakukan perubahan, rombakan dan menukar mana-mana pemegang jawatan dalam kerajaan, termasuk menteri, yang sejak lapan bulan lalu didapati gagal berfungsi dengan baik?


Bilakah juga mahu menggerakkan perancangan untuk menambah baik komunikasi, penyebaran maklumat, menjawab, menangkis serta melakukan serangan terhadap fitnah-fitnah yang berleluasa di media sosial terhadap kerajaan perpaduan?


Apakah agensi tertentu dan mereka yang terkait dengan komunikasi dan penyampaian maklumat kepada rakyat, di mana sebahagian besarnya dicop gagal oleh kalangan yang dekat dengan PH, PKR dan Anwar sendiri, masih mahu dikekalkan bergentayangan dengan jawatan masing-masing selepas keputusan PRN yang sepatutnya memberi pengajaran?


Atau masing-masing yang berada dalam kerajaan sudah berpuas hati dengan keputusan PRN itu iaitu Anwar selaku Perdana Menteri akhirnya tidak tergugat dan kerajaan perpaduan masih mampu bertahan selama empat tahun lagi?


Ataukah semua orang tidak peduli lagi apa nak jadi pada PRU seterusnya lantaran berasa sudah memadai dapat kekal bertahan hingga PRU16 di mana masing-masing sudah merasa jadi menteri, timbalan menteri, nikmat mendapat pelbagai jawatan dan kemudian tersedia pula pencen lumayan?


Ingatlah, jika semua masih ada rasa cinta untuk mempertahankan kerajaan perpaduan ini, tempoh kira-kira empat tahun lagi sebelum tibanya PRU16 bukanlah jangka masa yang lama.


Pejam celik pejam celik, menerpalah detik itu di depan mata kita semua.


Tidak segera melakukan sesuatu samalah seperti seorang yang sakit yang hanya menunggu detik kematian dengan berbaring di katil saja sepanjang masa.


Kepada PKR dan PH, apakah mereka juga mahu Anwar jadi Perdana Menteri selama sepenggal saja?


Selepas Anwar, tidak mahukah mereka melihat pemimpin PKR lain turut berpeluang jadi Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 17/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



AHLI DAP YANG DIPECAT BUAT POSTING MENGARUT

 







MOHAMAD SAFIRI BAHAROM


Saya buat carian dari mana timbulnya idea yang begitu mengarut ini..

Idea dan cadangan AGAR MB Selangor dilantik daripada ahli parlimen DAP yg bernama Jamaliah, YB Bandar Utama.

Ok. Mula² siapa pengeluar idea ini?

Dia adalah bekas Ahli Parlimen.

Wee Choo Keong ini adalah bekas ahli DAP yg dipecat pada tahun 1998.

Ya dia sudah lama dipecat oleh DAP.

Kemudian karier politik nya berkembang dengan Cacamarba.

Menerima sesuatu berita itu, tanggungjawab dan tugas seorang MUSLIM adalah TABAYYUN.

Tuan Puan. Allah suruh Tabayyun dan Iqra'.

Selangor ini negeri berdaulat.

Di bawah kepimpinan Sultan Selangor.

Logik lah sikit. Kalau Sultan Selangor nak terima idea ni..

Aduhai.. Sedih mikir orang Melayu begini sekali mudah ditakutkan...

Sikap mudah percaya dan terus terima telah mencetuskan ketakutan di kalangan orang Melayu dan melagakan antara kaum.

Kemudian disebarkan dengan begitu meluas untuk menakutkan bangsa Melayu. Termasuk keluarga dan saudara sahabat kenalan saya..

Allah telah memilih Negara dan negeri ini untuk menjadi tempat tinggal berbilang kaum.

Dah begitu takdir tanah bertuah ini.

Hiduplah dengan harmoni.

Bertakwa lah kepada Allah.

Cerita Benda Benar.

Jangan sebar naratif jahat.

Kredit FB KakMa Abdullah

 

Perkhidmatan air: Tanggungjawab siapa?






NIK HASYUDEEN


Adalah penting untuk kita memahami sejarah penstrukturan industri air di Malaysia supaya kita faham berbezaan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri.

Sebelum tahun 2005, tanggungjawab ke atas perkhidmatan air adalah di bawah kerajaan negeri sepenuhnya kerana ianya termaktub di dalam jadual kuasa negeri di dalam perlembagaan persekutuan. Kerajaan persekutuan memberikan pinjaman kepada kerajaan negeri untuk menguruskan industri air masing-masing.

Walau bagaimana pun ini menjadi cabaran besar negeri-negeri kerana kos infrastruktur air yang tinggi. Paip-paip lama perlu diganti dan loji-loji rawatan air baharu kena dibina. Ada negeri yang mengswastakan perkhidmatan air dan ada yang mengurusnya sendiri:

Oleh kerana perkara ini sudah sampai satu tahap kritikal, kerajaan persekutuan telah masuk campur dan membawa formula baharu.

Di dalam tahun 2005, perlembagaan persekutuan dipinda menjadikan air dimasukkan ke dalam jadual kuasa bersama. Di dalam tahun 2006 Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Akta Perkhidmatan Industri Air (WASIA) diwujudkan.

Mengikut model baharu ini, kerajaan pusat melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan memiliki aset-aset air manakala negeri akan terus menguruskan sumber-sumber air. Negeri juga akan menjalankan perkhidmatan air kepada rakyat melalui pengkorporatan entiti-entiti air negeri. Syarikat-syarikat air ini akan memajak aset dari PAAB.

Ada beberapa negeri lagi yang belum menyelesaikan proses penstrukturan ini.

Berdasarkan kaedah ini, perbelanjaan modal yang sebelum ini ditanggung oleh negeri menjadi perbelanjaan mengurus dan dipadankan dengan kutipan bayaran air yang dipunggut. Walau bagaimana pun, pengurusan syarikat-syarikat air kena bijak dan cekap supaya mereka boleh membayar bayaran pajakan kepada PAAB. Pembayaran ini akan membolehkan PAAB membayar balik pinjaman yang dibuatnya untuk membiayai kos pembelian/pembangunan aset-aset air.

SPAN adalah agensi kawal selia yang mempastikan polisi dan pelaksanaan penstrukturan ini berjaya.

Oleh kerana kos penstrukturan ini memakan jumlah dana yang besar, secepat mana aset-aset air baharu boleh dibangunkan dipengaruhi juga oleh kedudukan kewangan kerajaan persekutuan. Walaupun PAAB menerbitkan bon/sukuk, ianya tetap berkait dengan sokongan kewangan kerajaan persekutuan (boleh rujuk laporan penarafan sukuk PAAB). Apabila hutang kerajaan persekutuan sudah mencecah RM 1.5 trilion, ianya akan memberi kesan ke atas penerbitan sukuk seterusnya.

Bagi menambah aset-aset air di negeri-negeri, cadangannya kepada kerajaan persekutuan bukan sahaja kena tepat dari segi teknikal tetapi kena mencadangkan model kewangan yang munasabah. Ianya bukan jalan mudah untuk melepaskan tanggungjwab menjalankan operasi syarikat air negeri dengan berdaya maju supaya kosnya ditanggung oleh kerajaan persekutuan.

Rajah yang dikongsikan hanyalah untuk memberikan gambaran kasar penstrukturan semula ini. Banyak perkara yang lebih terperinci tidak diambil kira. Jika terlalu terperinci, susah nak faham pula. Faham?

 

MUHYIDDIN PATUT LETAK JAWATAN GAGAL TAWAB 2 NEGERI




Pengerusi PN Mahiaddin Yassin masih meroyan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 11 apabila meminta Pengerusi Kerajaan Perpaduan serta Pengerusi BN meletak jawatan selepas prestasi Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri yang kurang memberangsangkan semalam.

Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, Mahiaddin sebaliknya harus bermuhasabah kelemahan dirinya sendiri kerana beliau juga gagal mengotakan janji PN sapu bersih 5 negeri sebagaimana kempen pilihanraya.

“Saya melihat kenyataan Mahiaddin dalam hal ini sebagai sangat gopoh, malah dalam sidang media beliau yang diadakan semalam beliau seolah-olah telah memenangi majoriti Parlimen di Malaysia, sama seperti yang beliau buat selepas PRU-15 lalu.

“Adakah Muhyiddin terlalu laparkan kedudukan sebagai Perdana Menteri?

“Muhyiddin sendiri gagal merampas Selangor, Pulau Pinang atau Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional, adakah beliau berani mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan?” tanyanya dalam satu kenyataan.

Tegas Razeef, Mahiaddin lebih baik bersedia untuk menunggu 4 tahun lagi sebelum berangan angan sekali lagi untuk menjadi PM.

Sebelum itu, katanya, sebaik baiknya beliau mengumumkan kepada partinya, Bersatu strategi untuk mendapatkan negeri pertama untuk parti itu.

“Mahiaddin boleh terus bermimpi untuk menjadi PM kerana kempen dengan memainkan sentimen perkauman dan agama yang sebelum ini mereka gunakan tidak selamanya boleh ditunggang oleh beliau.

“Adalah lebih baik beliau mencari jalan bagaimana seorang Menteri Besar dari parti beliau, Bersatu wujud. Kerana di semua negeri tidak ada seorang pun Menteri Besar mahupun Ketua Menteri dari Bersatu.

“Mungkin beliau boleh fokus untuk mengangkat seorang Menteri Besar dari Bersatu di Kedah memandangkan Pas memimpin Terengganu, Kelantan dan Perlis. Kasihan melihat Bersatu terus ditunggang Pas tanpa diberi tempat sewajarnya,” katanya lagi.

Strategi kempen PN pada PRN lalu adalah merampas Selangor dan Negeri Sembilan.

Dengan cara itu Ahli ahli Parlimen sekutu PH akan ketakutan berdepan survival mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke 16.
Ketakutan itu diharap menyebabkan beberapa parti meninggalkan Kerajaan Perpaduan.

Dengan kukuhnya Negeri Sembilan dan Selangor di tangan PH – BN maka strategi PN bolehlah dianggap gagal.


[viral] KAKI FITNAH HARUS DIKENAKAN TINDAKAN! SAMAN WALAUPUN SUDAH MEMIN...



Laporan Polis berhubung kenyataan Fitnah terhadap Pemilik Akaun Facebook Zamri Mohd! KAKI FITNAH HARUS DIKENAKAN TINDAKAN! SAMAN WALAUPUN SUDAH MEMINTA MAAF!



[gempak] PMX JAWAB MUHYIDDIN TUMPU KES! JANGAN FIKIR HENDAK TEBUK & RAMP...


Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas seteru politiknya Muhyiddin Yassin kerana mendesak dirinya supaya berundur susulan prestasi buruk Pakatan Harapan-BN pada pilihan raya negeri Sabtu lalu. Bercakap kepada pemberita pagi ini, Anwar mempersoalkan logik di sebalik desakan pengerusi Perikatan Nasional itu, dan berkata gabungan PH-BN masih menguasai majoriti di parlimen. “Dia buat perkiraan apa? Kita kekal kemenangan (di) tiga (negeri) , kita masih dapat majoriti dua pertiga ahli parlimen.




KAMI KEKAL TIGA NEGERI & MAJORITI DUA PERTIGA TAK BERUBAH – LOGIK APA SURUH SAYA BERHENTI, ANWAR TEMPELAK MAHIADDIN

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas seteru politiknya Muhyiddin Yassin kerana mendesak dirinya supaya berundur susulan prestasi buruk Pakatan Harapan-BN pada pilihan raya negeri Sabtu lalu.

Bercakap kepada pemberita pagi ini, Anwar mempersoalkan logik di sebalik desakan pengerusi Perikatan Nasional itu, dan berkata gabungan PH-BN masih menguasai majoriti di parlimen.

“Dia buat perkiraan apa? Kita kekal kemenangan (di) tiga (negeri) , kita masih dapat majoriti dua pertiga ahli parlimen.

“Saya nasihatkan dia tumpu kes di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik Sungai Besi di Kuala Lumpur hari ini. 

Sehari selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, Muhyiddin berkata kemenangan besar gabungan PN yang diterajui oleh PAS dan Bersatu adalah tanda rakyat menolak kerajaan perpaduan yang dipimpin Anwar dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, katanya, mereka perlu meletak jawatan dengan serta-merta.

Pada PRN 12 Ogos itu, PH-BN kekal di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan manakala PN juga terus berkuasa di Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu, Anwar juga tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak yang menyalahkan orang Melayu susulan prestasi buruk Pakatan Harapan-BN dalam enam pilihan raya negeri yang berakhir Sabtu lalu.

Katanya, keputusan tersebut – yang menyaksikan gabungan itu tewas di banyak kerusi majoriti Melayu – sebaliknya harus dijadikan sebagai cabaran oleh PH dan BN untuk menyantuni rakyat supaya memahami konsep Madani.

“Ia mengambil masa, saya tak setuju sesetengah pihak menyalahkan orang Melayu, menyalahkan (kononnya) kefahaman mereka bahawa mereka itu mudah terpengaruh dengan hasutan kaum dan agama, menakut-nakutkan Cina dan DAP.

“Saya tak setuju, ini satu cabaran dan kita cuba menyantuni dan jelaskan pada mereka,” katanya lagi.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/676001




BILA MUDAH BERKATA KATA- DUIT KEDEKUT DAN BERKIRA- PROBONO BUAT KERJA BILA KALAH MERATA.ITU PUN TAK DIAMBIL KIRA.

 

Perlu kerja kuat menangi pertempuran media sosial - Najwan




Kekalahan mengejut calon Pakatan Harapan (PH) di DUN DUN Selangor yang dipertahankan biar pun mereka berprestasi tinggi dan telah melakukan tugas dengan baik memerlukan Kerajaan Negeri menumpukan perhatian kepada penerangan di media sosial.


Bagi Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi, arus media sosial yang mempengaruhi generasi muda pada waktu ini kelihatan amat aneh kerana mereka tidak memikirkan mengenai program ekonomi, sosial atau peluang pekerjaan sebaliknya percaya kepada tohmahan di Tiktok yang tidak sahih malah tidak masuk akal.


"Zaman sekarang zaman digital, zaman informasi. Penting cara mana kita parti politik mengawal atau menguasai kaedah serta teknik penyampaian komunikasi ini


"Sekarang kalau kita ikut Tiktok macam macam informasi ada. Informasi separuh masak. Informasi tidak betul pun ada. Anak muda yang mengikuti media sosial itu lebih mudah terdedah kepada informasi.


"Kalau satu pihak beri informasi A salah. Bila tak ada pihak yang counter, jadi mereka menganggap pendapat (A salah) itu betul


"Itu saya rasa penting untuk PH atau Kerajaan Perpaduan untuk mula bekerja kuat memenangi perang di media sosial," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Najwan lagi, selagi penyampaian maklumat tidak sampai ke bawah masalah menarik pengundi khususnya dalam kalangan generasi muda akan berlaku, tidak kira bagaimana hebatnya skim bantuan atau prestasi khidmat ADN kepada rakyat.


"Bagi saya dari segi jentera komunikasi itu perlu kita tambah baik, penyampaian maklumat. Banyak dasar dasar kerajaan yang bagus dilaksana untuk rkayat, tetapi dari segi penyampaian maklumat ia tak sampai ke bawah


"Hal ini mempengaruhi pola pengundian (12 Ogos lalu) khususnya pengundi muda," katanya.


Di antara ADN yang dianggap melakukan tugas dengan baik tetapi tewas dalam PRN lalu adalah Exco Selangor Khairuddin Othman dan Zawawi Mughni yang dikalahkan oleh undi anak muda biar pun telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di kawasan yang dipertahankan.