KENAPA TIDAK ISHAM JALIL SAJA YANG CADANGKAN SUPAYA UMNO BERPISAH DENGAN DAP?

 


Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil, sambil membidas bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua kerana menggelar BN sebagai ‘pakatan korup’, turut mencadangkan agar DAP segera meninggalkan UMNO.

Menurutnya, Tony Pua dalam hal ini boleh memberi cadangan kepada pemimpin parti DAP supaya meninggalkan UMNO daripada kerajaan perpaduan sekiranya parti itu dilihat terlalu korup.

“Jika UMNO ini korup dan kotor sangat, tidak perlu tunggu PRU16.

“Sekarang pun kamu boleh cadang kepada pemimpin DAP untuk tinggalkan UMNO daripada kerajaan perpaduan.

“Saya ‘ok’ sahaja jadi pembangkang. Jika tidak kerana titah Yang di-Pertuan Agong dahulu, UMNO dan BN memang bersedia untuk jadi pembangkang selepas PRU15 tempoh hari.

“Kamu sedia jadi pembangkang?” tanyanya kepada Tony Pua.

Berita penuh di sini – https://pru.sinarharian.com.my/info-berita/8700/bn-sedia-jadi-pembangkang-dap-boleh-tinggalkan-umno—isham

Apalah punya pemikiran pemimpin UMNO yang seorang ini?

Kalau benar kamu ok jadi pembangkang, kenapa mesti menyarankan agar DAP yang meninggalkan UMNO?

Bukankah kamu salah seorang ahli MT UMNO, kenapa tidak cadangkan saja kepada UMNO agar keluar daripada kerajaan perpaduan dan memisahkan diri daripada DAP jika terguris hati dengan teguran Tony Pua itu?

Mengapa pula mesti Tony Pua yang mencadangkan kepada DAP agar meninggalkan UMNO?

Lagi pun, Tony Pua bukan berada dalam barisan kepimpinan tertinggi DAP, jadi tiada saluran untuk dia berbuat demikian.

Kamu yang ada saluran, buatlah jika benar-benar sedia sangat mahu jadi pembangkang.

Dan jangan tanya DAP sama ada ok atau tidak jadi pembangkang, parti itu sudah sekian lama pun memang jadi pembangkang pun.

Tapi tanya UMNO dan Zahid Hamidi dulu, benar-benar ok atau tidak jadi pembangkang? – ShahbudinHusin 25/06/2023.


SALAHKAN PMX BERGURAU MINTA NOMBOR TELEFON?

 

Menjadi bualan ramai di alam maya dan alam nyata sejak semalam tentang gurauan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kepada seorang pelajar perempuan dalam program “Temu Anwar” di Nilai, Negeri Sembilan.

Ramai juga rakan dan kenalan menghubungi saya untuk bertanyakan perkara yang sama.

Dalam gurauannya selepas pelajar berkenaan, yang dikenali sebagai Adriana yang dengan petah bertanyakan soalan kepadanya, Anwar berkata – “Jika saya lebih muda, saya akan meminta nombor telefon anda.”

Anwar kemudian berkata, beliau hanya bergurau sambil memberitahu isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menonton siaran langsung tersebut.

Salahkah Anwar bergurau demikian?

Bergurau sedemikian dalam acara sosial di depan dua tiga kenalan barangkali masih boleh diterima dan difahami sekadar suka-suka serta modal untuk ketawa, tetapi melakukannya di depan ribuan hadirin, di pentas terbuka yang disiarkan secara langsung dan pelakunya pula seorang Perdana Menteri, ia memang tidak wajar dan tidak manis sama sekali.

Seorang Perdana Menteri adalah ketua kerajaan dan dalam acara sedemikian, Anwar harus menunjukkan watak seorang pemimpin yang serius terhadap tugas serta tanggungjawabnya dan menjawab soalan yang ditanyakan tanpa melencong kepada apa juga maksud lain.


Beliau boleh bergurau, tetapi hendaklah bergurau dengan matang dan tidak bersifat seksis atau seperti ada keinginan lain dalam jiwa yang ingin dipenuhinya.

Perdana Menteri mesti fokus dan serius kerana yang hadir hanya ingin mendengar jawapan, idea dan wawasannya tentang negara ini.

Seorang orang politik pula berkata, dalam keadaan OPR naik, ringgit jatuh teruk dan rakyat mengeluh macam-macam, bagaimana Anwar masih boleh bergurau seperti itu?

Lagi pula, dalam usia melebihi 76 tahun dan anak-anak muda yang hadir dalam program “Temu Anwar” itu lebih umpama anak serta cucunya, gurauan yang memperlihatkan kegatalan lebih menampakkan kejengkelan daripada untuk menghiburkan.

Yang berada dalam program itu pun hadir bukan untuk mendengar Perdana Menteri melakukan gurauan, tetapi mahu mendengar idea dan pemikiran daripadanya.

Kalau mahu ketawa dan berhibur, sudah tentu pilihan mereka ialah menonton lawak jenaka Sepahtu atau sitcom komedi yang lain.

Najib Razak dan Ismail Sabri Yaakob ketika menjadi Perdana Menteri, usia kedua-duanya jauh lebih muda daripada Anwar, namun tidak pernah kita mendengar atau melihat mereka bergurau seperti itu kepada kaum wanita di mana-mana program sekali pun.

Apa yang tidak manis lagi ialah ini bukan kali pertama Anwar cuba bergurau seperti itu dalam acara bersama anak-anak muda.

Dalam program bersama anak-anak muda yang dihostkan oleh artis Amelia Henderson di KLCC tidak lama sebelum ini, Anwar juga didapati melakukan gurauan yang hampir sama maksudnya.

Sebaik Amelia yang cantik manis itu bertanyakan soalan kepadanya, Anwar berkata – “Bila Amelia tanya soalan, saya perhati dia, saya lupa soalan”.

Anwar kemudian berkata, bellau hanya bergurau dan memaklumkan Dr Wan Azizah sedang menonton program berkenaan.

Adakah setelah dua kali bergurau dengan memperlihatkan kecenderungan yang sama, Anwar boleh dinilai benar-benar bergurau?

Selain itu, Anwar juga dikenali sebagai tokoh pejuang Islam yang dikenali di dalam dan luar negara sejak sekian lama, dengan cop paling melekat di kepala setiap kita ialah sebagai bekas Presiden Abim.

Kerana ketokohannya juga, beberapa ulama dan tokoh Islam besar dunia telah datang ke negara ini, antaranya Habib Umar, Dr Ali Juma’ah dan ramai lagi.

Malah, jika Yusof Al-Qardawi masih hidup ketika ini, sudah pasti beliau menjadi ulama besar yang pertama datang ke Malaysia untuk meraikan menjadinya Anwar sebagai Perdana Menteri.

Maknanya, Anwar adalah seorang yang hebat serta tiada tandingan dari segi pengaruh, ketokohan dan kenalannya di kalangan ulama dan ilmuan Islam di seluruh dunia.

Bak kata orang Indonesia – tidak pantas begitu Pak perilaku seorang tokoh Islam yang dikenali seantero dunia.

Tulisan ini bukanlah suatu kritikan atau serangan yang bermaksud tidak baik kepada Anwar, tetapi lebih berupa teguran membina kepadanya agar di lain masa lebih berhati-hati jika ingin mengusik dan bergurau senda, terutama kepada golongan wanita.

Lebih-lebih lagi sebagai Perdana Menteri yang ada imej Islam melekat kukuh pada dirinya, sikap berhati-hati itu sepatutnya menjadi pendinding utama kepada Anwar ketika ini. – ShahbudinHusin 26/06/2023.






Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim Di Majlis Pelancaran Rakan Muda Nafas Baha...


𝗨𝗰𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗣𝗠𝗫 - 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗗𝗶 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗡𝗮𝗳𝗮𝘀 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 #YakinBoleh


Cuba dengar respon anak-anak muda terhadap ucapan PMX. Sememangnya mereka sangat teruja bertemu PMX "face to face". Ini ke yg dituduh oleh lebai, walaun & untit PA$ KUNUNnya PMX sangat dibenci oleh Rakyat terutama anak muda? KUNUNnya anak muda bersama PNyakau? Kita tunggu.

Apapun...memg bijak PMX menyatukan anak muda dari semua kaum, semua latarbelakang dan beliau sentiasa mendapat sambutan dari anak muda di mana-mana.

Tonton dan dengar ucapan beliau yg memberikan semangat kepada generasi muda. Generasi PELAPIS yang akan disediakan bagi memimpin Malaysia MADANI yg akan datang.

PMX mahu anak muda bangkit memastikan Malaysia menjadi negara

terbaik

di rantau ini. Dengar juga pesanan dan nasihat beliau kepada anak-anak muda.

InsyaAllah.

- Zus Din

25062023

 



24.6.23 Zuraida di arah bayar 10 juta. Azmin bagaimana?



24.6.23 Kenyataan Hadi kalau fitnah pun tak pe? Zuraida di arah bayar 10 juta. apa akan jadi kepada 11 pengkhianat lain? Polis siasat poster Teresa kok.



ADA TAPI MACAM TAK WUJUD




Ehhh... Rupanya Putra dalam PN jugak. Tak perasan langsung. Selama ini ingat cuma PAS, Bersatu dan Gerakan je dalam PN. Rupanya ada lagi satu parti Melayu. Tapi macam tak dopandang je.

Kesian la parti Melayu ni. Nampak gaya parti Cina Gerakan lebih dominan daripada parti Melayu yang satu ni. Tak patut tau PAS dan Bersatu buat parti orang Melayu ni terkesamping.

Inilah bukti Melayu dan Islam bukan agenda dalam PN pun. Kalau ya, tentulah Putra dapat tempat lebih daripada Gerakan. Tapi mereka utamakan Gerakan kerana nak tawan undi bukan Melayu.

Putra parti Melayu jadi Putra takkan dapat bantu PN merebut undi bukan Melayu. Sebab itulah PN beri layanan lebih istimewa buat Gerakan berbanding Putra. Lebih berguna untuk mereka.

Tapi Ibrahim Ali mana reti malu. Dulu menang PRU guna logo PAS, kemudian dia hentam TG Nik Aziz. Jadi kali ni PN layan dia macam pengemis pun tak jadi masalah baginya. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

Masa Azmin MB pelaburan RM7 bilion, selepas itu RM18 bilion setahun


 

Serangan Pengerusi Perikatan Nasional Selangor, Azmin Ali terhadap Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) tiada hala tuju dijawab malam tadi.



MB Amirudin yang berucap pada majlis Pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) Selangor mempertikaikan hujah Azmin bahawa pentadbirannya tidak bijak bekerja kerana katanya, ketika Azmin menjawat MB nilai pelaburan yang mengalir ke Selangor tidaklah besar.



Sebaliknya menurut Amirudin, pelaburan ke Selangor pernah mencecah RM18 bilion pada 2018 selepas Azmin dilantik sebagai menteri pusat.



"Lepas kamu tak jadi Menteri Besar Selangor, pencapaian pelaburan terbaik kita RM18 bilion. Saya pun sedih dia (Mohamed Azmin) jaga kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tapi tak tahu pelaburan macam mana.



"Masa dia jadi Menteri Besar pernah (nilai pelaburan) antara RM5 bilion hingga RM7 bilion sahaja," katanya di Dataran Kemerdekaan, malam tadi.



Selain itu, MB juga menolak kata kata angkuh Azmin bahawa beliaulah yang berjasa sehingga Amirudin dilantik sebagai orang nombor satu dalam kerajaan Selangor.



Menyifatkan hal itu telah berlalu dan rakyat kini menilai siapakah yang menunjukkan prestasi lebih baik, Amirudin membandingkan rekod kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu termasuk di DUN Bukit Antarabangsa yang dipertahankan Azmin sebagai sandaran menuju Pilihan Raya Negeri.



"Kau jangan lupa Min (Mohamed Azmin), aku yang kalahkan kamu enam bulan lalu," katanya sambil mendapat sorakan penyokong PH.



Untuk rekod, pada PRU lalu Amirudin merampas kerusi parlimen disandang Azmin selama tiga penggal dengan majoriti 12,729 undi.

 

Menipu itu dibenarkan ke menurut agama PAS?

 



Yang dia dok kata admin dia yang post, masa tu dia tengah tidur, rupanya page dia takde admin. Zaman IT ni jangan la nak menipu sangat.

Lagi satu dia kata kena hack. Tapi student IT kata mustahil akaun yang kena hack boleh dapat balik dalam 15 minit dan delete post!

Kalau ko buta IT, jangan ingat semua orang lain pun sama buta IT. At least dapatkan nasihat pakar dulu. Dalam PAS kan ada ramai pakar.

Ulama yang sebenar, di hujung lidah mereka adanya al-Quran dan hadits. Ulama su' pula, di hujung lidah mereka yang ada hanya fitnah. Guane boh?

Raja Gelap

 

PMX MELAWAK MACAM ANAK ANAK JA ....ISU TU PUN HANGPA NAK KECOH

 

Ada walaun buat isu DS Anwar bergurau minta nombor telefon daripada pelajar tingkatan 6 yang bertanyakan soalan tentang ekonomi dan nilai matawang tu.

Ibarat orang yang dah kehausan di padang pasir yang tandus dan gersang, akan sanggup minum air kencing sendiri, begitulah juga walaun. Dah tiada isu, gurau pun dia isukan.

Memang jelaslah bergurau. DS Anwar cakap depan ribuan hadirin kot. Bukan macam sorang ulama PAS yang bermessenger senyap-senyap sambil hantar gambar kemaluan.

Bodohlah kalau DS Anwar memang niat jahat tapi buat depan-depan. Kalau beliau betul nak jahat, beliau minta nombor senyap-senyap macam yang ulama PAS tu buat.

Dah kenapa nak bergurau begitu? Sebab itu sidang anak muda. Minta nombor telefon tu cara anak muda mengusik. DS Anwar bercakap isu suasana.

Bukan macam ulama PAS. Majlis selawat pun dia sulam dengan doa politik. Kuliyah agama pun dia selit politik. Langsung tak hormat rumah Allah dan arahan Sultan.

Pelajar tu pun tahu itu gurauan. Seluruh hadirin pun sama tahu itu gurauan. Sebab tu semua gelak. Tapi walaun saja yang buat isu sebab hati mereka hitam.

Tapi bila serangan PN lebih banyak fitnah dan lebih kepada hal peribadi, itu petanda baik. Maknanya tak ada soal dasar yang boleh mereka serang. Kerajaan ini berada di landasan yang tepat. Guane boh?

Raja Gelap

.