Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
‘NAK PERINTAH KEDAH, PROGRAM AIDILADHA PUN KELAM KABUT’
‘Nak perintah Kedah, program Aidiladha pun kelam kabut’
on:
Rakyat Kedah yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini digalakkan menilai prestasi kerajaan Pas-PN Kedah yang ketika ini kelam kabut dalam menyusun program sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu hadapan.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar, kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini telah merancang program Sayangi Kedah Sejahtera pada 22 Jun – 28 Jun, namun kemudian diumumkan program lain pula mengisi slot waktu sama diadakan tanpa sebarang penjelasan.
“Pada 22 Jun ada satu program yang mulanya dicanang sebagai Festival Sayangi Kedah Sejahtera.
“Bermula 22 hingga 28 Jun, menjelang sehari sebelum Raya Haji. Bermakna dia akan berakhir pada hari wukuf. Hari ke sembilan Zulhijah di Malaysia.
“Program itu akan ada forum perdana, akan ada program berkaitan anak muda dan sebagainya.
“Tiba tiba sekarang keluar satu lagi program, pada tarikh sama, tempat sama iaitu di perkarangan Stadium Darul Aman, program berkaitan Ekspo Produk Halal Malaysia Negeri Kedah, Edisi Khas Aidiladha.
“Ini satu yang sangat mengejutkan kita semua. Tarikhnya sama iaitu 22 – 28 Jun,” katanya dalam satu siaran media.
Mahfuz yang juga Pengerusi Bersama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Kedah itu berkata, pertindihan program tersebut menunjukkan betapa kelam kabutnya Perikatan Nasional Kedah melihat kebangkitan rakyat dan cuba mengadakan program yang bersesuaian dengan rentak kempen PRN menjelang bulan Julai.
“Bagi saya hal ini menggambarkan bagaimana nak merancang program sebegini pun kita lihat kelam kabut kepimpinan kerajaan Kedah.
“Forum orang yang sama berkaitan produk halal, sama dengan cadangan asalnya forum Sayangi Kedah Sejahtera dengan program tak berubah daripada cadangan awal dan terkemudian.
“Jadi saya fikir rakyat boleh menilai betapa tiada perancangan yang rapi dalam nak melaksanakan program (oleh kerajaan Pas Kedah),” katanya.
Kelam kabut itu, menurut Mahfuz perlu difikirkan secara matang oleh pengundi sebelum membuang undi pada PRN.
Katanya, jika untuk membuat program seminggu pun pentadbiran Sanusi menghadapi masalah apatah lagi jika diundi semula dan mentadbir negeri untuk 5 tahun ke hadapan.
“Kepada rakyat negeri Kedah peristiwa ini melihat betapa kelam kabutnya Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Sanusi Mohd Nor.
“Untuk buat program seminggu saja pun kelam kabut, macam mana nak rancang (pembangunan) Kedah untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.
Tegas Mahfuz, rakyat perlu teguh berpegang kepada cogankata ‘Kalih Bagi Sama’ Kerajaan Perpaduan menjelang hari mengundi bagi mengelakkan kelemahan berterusan kerajaan PN menghantui Kedah untuk 5 tahun akan datang.
PEMIMPIN PN-PAS FIKIRAN SEMPIT, SUKAR PERINTAH MALAYSIA
Pemimpin PN-Pas fikiran sempit, sukar perintah Malaysia
Pemikiran pemimpin Perikatan Nasional (PN), khususnya Pas begitu ekstrem dalam menyisihkan umat Islam yang tidak sepuak dengan mereka sehingga mewujudkan dua paksi masyarakat yang berbeza di Malaysia.
Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Pas dengan mudahnya telah menolak wasatiyah dan keharmonian antara kaum dalam gerakan politik mereka.
Malah katanya, parti itu mengindoktrinasikan para ahlinya bahawa gerakan politik mereka berpandukan Islam sebenar dan sesiapa yang menyanggah bermakna menolak Islam.
Sedangkan, ujar Dr Mujahid, fahaman seperti itu tidak pernah wujud dalam syariat Islam.
“Saya rasa ada locus standi bercakap (tentang fahaman ekstrem) kerana saya datang dari parti itu. Saya dibentuk dalam parti itu.
“Arwah ayah saya adalah mantan Mursyidul Am Pas dan mantan Presiden Pas, tetapi setahu saya zaman itu tidak berlaku begitu. Masa arwah ayah dan ust Fadzil (mantan Presiden Pas) tidak begini, malah mereka menegur.
“Saya ingat berlakunya isu kafir mengkafir begitu dahsyat di Terengganu dan Kelantan, dia (Yusof Rawa) kata ini tidak mewakili Pas, Pas tidak begitu. Pas ambil sikap hormat undang undang.
“Bila datang kepimpinan seterusnya, dan kita masih ingat ucapan Presiden Pas hari ini di Banggol Peradong yang berkata tentang Amanat Hj Hadi, hingga ke saat ini tidak ditarik balik, dan itu sehingga kini membentuk pemikiran orang muda Pas, bahawa Islam itu dia (Pas) dan dia itu Islam,” katanya dalam forum “Islam Melayu Terbela” terbitan Media Perpaduan, malam tadi.
Oleh itu, kata Dr Mujahid, beliau pernah menulis bahawa fahaman ekstrem Pas tersebut menyamai fahaman golongan khawarij pada era kekhalifahan sahabat Rasullullah s.a.w dahulu.
Katanya, pemimpin Pas seolah olah tidak melihat mereka berada dalam negara majmuk yang perlukan toleransi.
“Misalnya (hujah) Malaysia dikuasai orang bukan Islam (dinyatakan) secara umum, tak ada bukti. Kedua, orang Islam hari ini tidak beriman. Bagi saya ini sangat bahaya
“Pemikiran ini terpisah daripada realiti. Dia bercakap begitu, bagaimana dia hidup dalam negara pelbagai kaum? Adakah semua bukan Islam jahat? Ancaman di mana? Kalau kembali kepada syariat, kita dilarang menghukum orang secara umum.
“Di sini saya lihat Pas tak ada kerangka kenegaraan,” ujarnya.
Mengulas mengenai Kerajaan Perpaduan pula, Dr Mujahid berkata pembentukannya adalah kesempatan bagi umat Melayu untuk melupakan sengketa puluhan tahun lamanya dan membina negara yang lebih sederhana serta saling hormat menghormati.
“Pada saya ada ruang untuk cipta Malaysia yang lebih aman dan stabil, tetapi masing masing perlu berkorban.
“Amanah ada cerita, DAP ada cerita, Umno pun sama. Kita pernah berperang No DAP, No Anwar. Pada penghujungnya apa kita nak buat? Jadi perpaduan itu satu pengorbanan. Agong pun titah buat Kerajaan Perpaduan. Maka PH dan BN ambil sikap.
“Apakah PN tidak diberi peluang? Mereka diberi peluang (oleh Agong) tetapi mereka jawab tidak. Itu pilihan kamu. Jadi bila dah bentuk Kerajaan Perpaduan, ada konsensus (kata sepakat) yang kita perlu cari,” katanya lagi.
ANWAR UMUM KURANG 25% CUKAI TAKSIRAN RUMAH MAMPU MILIK WILAYAH
Anwar umum kurang 25% cukai taksiran rumah mampu milik Wilayah
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengurangan cukai taksiran bagi kediaman mampu milik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 25%.
Pengurangan cukai itu adalah bagi kategori rumah kediaman mampu milik yang telah siap selepas tahun 2014 sehingga kini.
“Cukai taksiran yang dikenakan ke atas rumah kediaman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agak membebankan warga kota terutamanya pemilik kediaman rumah mampu milik.
“Sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dan eleman ihsan yang menekankan kepada aspek peduli, kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberikan pengurangan cukai taksiran sebanyak 25% bermula penggal kedua tahun 2023 iaitu Julai hingga Disember 2023, sehingga penilaian semula dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut PM pengurangan cukai taksiran tersebut memberikan manfaat kepada 25,677 pemilik rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan melibatkan pengurangan hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebanyak RM2.067 juta.
“Kategori pemilik rumah mampu milik yang layak bagi inisiatif ini adalah RUMAWIP, PRIMA, PPAM dan Residensi Wilayah di Kuala Lumpur.
“Pengurangan cukai taksiran kediaman rumah mampu milik diharap dapat mengurangkan beban kos sara hidup warga B40 dan M40 di Wilayah Persekutuan,” katanya lagi.
MULA MULA SALAH ADMIN- KEMUDIAN KATA AKAUN FB KE HACK.- GELABAH TAKUT MASUK PENJARA LA TEWWW...
Terbaru, lebai dah tak kata draft lagi dah.
Dia syak FB dia kena hack. Jadi posting tu orang yang hack la yang buat. Bukan
dia.
Teringat kes lebai like posting porno
homoseks di Twitter tak salah aku. Sama juga. Lebai kata akaun dia kena hack
juga.
Katanya dia dan report polis. Semoga report
polis tu dapat lindungi dia dari penjara sebab hantaran ni memang satu jenayah.
Guane boh?
Raja Gelap
MASA MULA HEBOH DIA PADAM APA YANG DIA TULIS. KEMUDIAN SALAHKAN ADMIN DAN TERKINI KATA AKAUN KENA HACK PULAK.
AHMAD SHAHRIL
Mula-mula padam dan kata
apa yang di post tu hanya draf sahaja...yang terbaru kata akaun kena hack pulak..
ACANER TU....
Post,padam,minta maaf,salahkan
admin,akaun kena hack....
-ADMIN-
ELOK LAH...KALAU RASA KUAT SANGAT NAK GERAK SOLO....TUNGGU JAP...KO BAWA DAN JUMPA ATOK.
Ada seorang pemain bolasepak. Dia
ni perasan namanya hebat. Padahal pemain gantian je. Itu pun masuk dalam 3
minit sebelum tamat perlawanan.
Adalah juga jaringkan gol tapi
itu pun jenis tap in je. Patut orang lain yang jaringkan tapi beri laluan pada
dia sebab kesian dia tak mampu nak jaringkan gol.
Pun begitu, dia tak puas hati
sebab tak dapat jadi pemain utama. Jadi dia pun bisinglah. Buat sidang media
dan kritik strategi pengurus pasukannya.
Bila tak dilayan, dia makin
berang. Akhirnya dia pun umum sedang fikirkan untuk berhijrah ke pasukan lain.
Konon nak ugut la tu. Ingat pengurus tu takut?
Masalahnya pemain ni bukan ada
skill pun. Harap gaya je lebih. Tapi dia sepak bola pun, orang Johor panggil
pelo. Melencong arah perginya bola tu.
Kalau dia pergi, tak terjejas
pun pasukan tu. Malah mungkin lebih senang bagi pengurus nak uruskan pasukannya
sebab tak ada star kaki bangku.
Itu cerita bolasepak. Kalau
diterjemahkan ke dalam politik, pemain itu adalah parti Muda. Parti yang tiada
hasil tapi berasa dirinya terlalu besar.
Hadirnya Muda dalam Kerajaan
Perpaduan tidak mendatangkan apa-apa hasil. Tapi bila Syed Saddiq serang
kerajaan, Muda kini jadi liabiliti pula.
Sebelum PRU dulu, bahkan masa
PRN Johor, aku memang tak setuju kerjasama dengan Muda. Tapi ada yang tegur,
konon Muda ada kekuatan sendiri.
Konon Muda dapat tarik pengundi
muda. Terbukti masa PRU, Muda tak mampu buat satu-satunya tugasannya iaitu
menarik sokongan anak muda.
Sekarang Muda konon pertimbang
untuk bergerak solo. Aku harap sangat jangan pula tak jadi keluar. Selama ni
pun, aku tak percayakan Syed Saddiq tu.
Harapnya komponen Kerajaan
Perpaduan yang lain iringkan paluan kompang masa parti itu melangkah keluar
tinggalkan Kerajaan Perpaduan nanti.
Tolonglah jangan dipujuk rayu.
Dan aku 100% yakin usia Muda takkan melangkaui angka 5 tahun kalau betul parti
itu bergerak secara solo. Guane boh?
Raja Gelap
UMNO JANGAN CEPAT MELOMPAT, TELITI DAN FAHAMI DULU UCAPAN TONY PUA
Jika pemimpin UMNO bersikap teliti dan tidak
semata-mata terkena renjatan letrik dengan ungkapan “gabungan korup”, tiada
apa2 yang pelik sebenarnya dalam ucapan Tony Pua itu….
UMNO JANGAN CEPAT MELOMPAT, TELITI DAN FAHAMI
DULU UCAPAN TONY PUA
Ternampak marah benar pemimpin-pemimpin UMNO
khususnya, dengan ucapan bekas Ahli Parlimen Damansara daripada DAP, Tony Pua
yang melabelkan BN sebagai gabungan korup.
Berdentam-dentum para pemimpinnya bersuara
menghentam pemimpin DAP berkenaan hanya dengan berdasarkan ungkapan gabungan
korup yang digunakannya itu.
Sebenarnya, jika kita teliti dan fahami
ucapan Tony Pua itu, tiada apa-apa yang ganjil dan pelik yang dilakukannya,
malah beliau menunjukkan kejujuran dan keikhlasannya kepada PH.
Antara lain, Tony Pua dalam ucapan di majlis
mengumpul dana bagi DAP itu lebih kepada luahan harapan supaya PH selepas ini
dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa membabitkan UMNO dan BN, sekiranya mereka
menang dalam PRU16 akan datang.
Untuk itu, katanya, Anwar Ibrahim yang
dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat
berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak
korup seperti BN.
“Kena ingat kerajaan perpaduan sekarang ini
mudah retak bila-bila masa. Jadi penting untuk Perdana Menteri dan keseluruhan
kerajaan untuk terus berkhidmat.
“Anwar perlu menggunakan kesempatan ketika
menjadi Perdana Menteri untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia serta kepada
mereka yang tidak percaya dengan gabungan politik berbilang kaum bahawa parti
berbilang kaum itu sebenarnya bersih dan tidak korup.
“Perlu tunjukkan supaya (rakyat tahu) ia jauh
lebih baik jika dibandingkan dengan (parti) berteraskan Melayu, parti
nasionalis Melayu seperti UMNO dan BERSATU.
“Kita sebenarnya boleh lakukan lebih baik
berbanding apa yang dilakukan oleh pakatan korup seperti BN, UMNO serta
BERSATU.
“Itu sebenarnya yang kita nak lakukan bila
kita ada peluang lima tahun lagi bermula sekarang, untuk tunjukkan perbezaan.
“Bila kita berjaya, saya sangat yakin dalam
tempoh empat tahun (akan datang) apabila diadakan PRU, PH akan terima sokongan
besar daripada rakyat Malaysia.
“Kemudian, kita akan boleh tubuhkan kerajaan
sendiri dan laksanakan reformasi dan perubahan yang kita mahukan di bawah PH
demi kebaikan rakyat Malaysia. Itu paling mustahak untuk kita semua,” katanya.
Berita penuh Tony Pua di sini –
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/06/1118223/tony-pua-gelar-bn-pakatan-korup-harap-ph-bentuk-kerajaan-sendiri?fbclid=IwAR12jyjEnsGKedQ609FUvsaLOe81xSeyi6xTmkfvMD8k1WAjdZ6rbjpK22o
Apa dan di mana salahnya ucapan Tony Pua itu?
Memang benar beliau melabel BN sebagai
gabungan yang korup, namun sasaran ucapannya ialah kepada PH sekalian
penyokongnya serra juga kepada Anwar yang kini memegang jawatan Perdana
Menteri.
Labelnya kepada BN sebagai gabungan korup
adalah suatu ingatan kepada PH dan Anwar agar tidak membenarkan amalan rasuah
berlaku dalam kerajaan sebagaimana kita semua tahu kerana skandal rasuahlah
yang menyebabkan BN tumbang pada PRU14 lalu.
Secara tepatnya, Tony Pua hanya mahukan PH
lebih cemerlang di masa depan, mampu berdiri sendiri dan membuktikan politik
berbilang kaum yang diperjuangkan oleh PH selama ini adalah lebih baik untuk
negara ini.
Apakah itu sesuatu yang salah?
Bukankah selama ini pun begitu nada ucapan
semua pemimpin PH iaitu mahu PH mempunyai keupayaan mentadbir negara
berdasarkan keyakinan terhadap perjuangannya sendiri?
Apakah bila sudah bersama dengan kerajaan
perpaduan, pemimpin-pemimpin PH perlu toleransi atau lupa terhadap perjuangan
sendiri yang dibina selama ini?
Dalam konteks DAP dan PH, apa yang diucapkan
Tony Pua bukan saja tidak salah, malah sekadar ingin meletakkan kembali
perjuangan PH di landasan yang betul.
Lagi pula, bukan pelik dan salah bila beliau
melabel BN adalah gabungan yang korup kerana sejarah memang telah membuktikan
begitu.
BN kalah pada PRU14 adalah disebabkan isu
skandal rasuah yang melibatkan Najib Razak dengan 1MDB dan kemudian BN kalah
lebih teruk lagi pada PRU15 lalu, antaranya ialah disebabkan gabungan itu
dipimpin oleh Zahid Hamidi yang masih ada kes perbicaraan rasuah di mahkamah.
Apakah BN mahu menafikan hakikat tersebut?
Tambahan lagi, tidak saja BN yang dilabelnya
korup, malah Bersatu yang disebabkan beberapa pemimpinya ada kes mahkamah turut
juga dilabel korup oleh Tony Pua.
Makna kata, Tony Pua adalah adil adalah
ulasannya dan tidak semata-mata menuduh BN saja sebagai korup.
Sebab itu, dalam mendepani isu ini, para
pemimpin UMNO mestilah bersikap terbuka dan sedar realiti di depan mata.
Teliti dan fahami sepenuhnya ucapan Tony Pua
dan bukan hanya melompat dengan ungkapan gabungan korup yang digunakannya.
Audien yang mendengar ucapannya ialah
penyokong DAP yang barangkali masih ada harapan bahawa PH mampu berdiri sendiri
di masa akan datang tanpa bergantung kepada sesiapa.
Ia barangkali sama saja dengan ucapan di
program UMNO yang mana ada pemimpinnya berucap mahu parti itu kembali berkuasa,
kembali menerajui kerajaan dan tidak lagi menumpang kepada PH yang dianggap
tidak berjiwa Melayu sepenuhnya.
Kalau pun ada salah Tony Pua ialah di sebalik
melabelkan BN sebagai gabungan korup, beliau agaknya terlupa pemimpin DAP Lim
Guan Eng juga masih termasuk dalam kluster mahkamah ketika ini.
Cuma, Anwar masih dikira baik kerana tidak
memberi Guan Eng jawatan dalam kerajaan sepertimana diberikannya kepada Zahid
Hamidi yang mengetuai BN. – ShahbudinHusin 24/06/2023.
https://shahbudindotcom.net/
MEMANG MUDAH NAK JATUHKAN AZMIN DENGAN KES SANDAKAN. TAPI ITU CARA UMNO JATUHKAN MUSUH MEREKA. KERAJAAN INI TAK IKUT CARA ITU. JIKA SALAH POLIS AKAN SIASAT.
Hamdan Taha.
Saya setuju dengan
sahabat saya Shahbudin Husin dalam kes Haziq dan Azmin kenapa senyap sepi dan
penyokong pkr dan umno kena desak buka kes ini semula...
Jika tidak yang di percayai
oleh semua ahli pkr dan umno bahawa dr m dan Hamzah selamatkan Azmin jadi
Fitnah...bukan calang calang isu ini...tapi pelik bila pemimpin pun diam ahli
pun diam....tak kan lah bila dah memerintah hanya rasuah musuh je di cari....kerja
buat tak baik pun jika dah memang ada kena lah bagi jawapan....tapi jangan kita
fitnah jer...
Lokman Adam siap katanya keluar
duit banyak sampai beberapa negara dia pergi dan dia yakin itu betul tapi
sekarang tak dengar pulak dia desak apa apa dalam isu ini....kan pelik