Dari Tabayyun jadi Tibaiyun, oleh Lebaiyun.
Dari Tabayyun jadi Tibaiyun, oleh
Baru je cakap pagi tadi PAS dan Fitnah
berpisah tiada.
Hari ni depa buat lagi. Pi sebar poster
fitnah Teresa Kok jadi Pengerusi Felda.
Ni datang dari pemimpin PAS, ADUN Kubu Gajah
dan pernah jadi Timbalan Speaker DUN Perak.
Kalau level ni la pemimpin yang kita angkat,
buat kena gelak dengan negara luar. Habis la segala rundingan antarabangsa.
Pakat kena tipu belaka.
Dalam Islam seingat saya, kita diajar untuk
Tabayyun, iaitu berlaku adil, semak dulu fakta. Sekali tengok poster pun kita
tahu propaganda. Macam mana la dia boleh percaya?
Dia dah padam posting, tanpa segan silu dah
buat fitnah.
Apa nak buat? Geng pegang kunci syurga ni,
mana pernah salah.
~LM~
PILIH YANG LEBIH BAIK ATAU GABUNGAN YANG LEBIH BAIK. YANG MASIH SOMBONG DAN NAK KEKALKAN BUDAYA LAMA....KETEPIKAN
Ramai tanya saya, kalau taknak undi UMNO,
adakah kita nak kena undi Bersatu?
Jawapan saya, dalam konteks politik negara
kita, tiada suatu parti pun yang boleh claim mereka BERSIH!
Juga, dalam konteks politik negara yang
tengah “fluid”, banyak parti tinggalkan perjuangan mereka untuk buat pakatan
bersama. Jadi garis perjuangan mereka pun sudah blur.
Pada saya, Bersatu itu pun DNA nya UMNO
juga.
Presiden Parti sudah jadi Kluster Mahkamah
Jana Wibawa. Anak beranak pun kaya raya, tak tahu mana datangnya. Siap seorang
anaknya masuk Pandora Paper.
Dikatakan dia Pemimpin Islam sejati, bapanya
ulamak lagi. Tetapi anaknya pula DJ di Kelab Malam sambil guna nama Paderi.
Kalau orang lain yang buat, nescaya pemimpin PAS, dah pakat2 cop liberal/ kafir
harbi. Tapi sebab geng sendiri, mulut mereka pun terkunci.
Geng pelapis Bersatu pun lebih kurang sama.
Pemimpin yang lebih muda, pejuang PTPTN dulunya, duit kontraktor masuk akaun
sendiri. Ada dulu bekas Menteri pun duit sumbangan politik masuk ASB.
Termasuk meresap ke akar umbi. Kontrak dan
habuan mereka cari. Surat sokongan pun selamba minta dan beri.
Budaya rembat dan sakau itu tidak boleh claim
Parti ini berkecuali. DNA mereka sama sahaja. UMNO dan Bersatu tiada
beza.
Saya tak rasa Bersatu makin kuat. Barisan
lapisan kedua yang ada pun lesu belaka: Hamzah, Peja dan Azmin Ali. Semua
terpalit isu integriti. Dulu mungkin kabur2, sekarang dikatakan akan jelas
kembali.
Barisan pemuda juga hambar. Tiada yang boleh
dibangga. Setakat WAF yang terbukti jargon saja. Masa jadi Timb Menteri
Perpaduan pun tiada makna.
Makanya susah nak kata Bersatu akan ganti
UMNO pada hari muka. Mereka pun carca merba.
TBH, saya masih nak lihat UMNO bangkit sekali
lagi. Memperjuangkan bangsa dan ibu pertiwi. Sesungguhnya parti Keramat ini,
ramai di kalangan kita dekat di hati. Ada soft spot lagi.
Isu nya hanya tinggal tuan Presiden, Kluster
Mahkamah yang kita tunggu penghujung kesnya. Kalau dia step down, pemulihan
UMNO boleh berjaya.
Geng warlord yang korup pun sudah lari. Masuk
parti lain. Mereka ini pun toksik yang sudah dicuci.
Kepimpinan UMNO baru seperti Johari Ghani dan
Khaled Nordin, Azalina Othman, kita dah boleh buka mata. Banyak yang tinggal
ini kompeten sebenarnya. Dengar isu rasuah pun minimal saja.
KJ dan Syahril Hamdan pun standby. Mereka
taknak masuk parti lain, tunggu UMNO juga. Tengok lapisan Pemuda UMNO pun saya
teruja, Dr Akmal Saleh tunjukkan UMNO ada future.
Pada saya, Bersatu bukan pengganti UMNO. They
are now going downhill. Dengan duit tiada, kes mahkamah, persengkataan dalaman
dan pemimpin pelapis juga hambar, nasib mereka akan jadi seperti Semangat
46.
UMNO pula, is at rock bottom, mereka tiada
jalan lain selain bangkit semula.
Kita doakan parti Keramat ini mula sedar,
orang Melayu bukan benci mereka. UMNO dihukum kerana mereka lupa amanah kepada
bangsa dan negara.
Tapi kalau mereka tunjuk mereka sudah
berubah, buang budaya korup dan angkat orang wibawa, orang Melayu boleh
percaya. In sya Allah… Boleh beri peluang kedua.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Ucapan Tony Pua yang meremehkan UMNO/BN.
First of all, Tony Pua tidak lagi memegang
apa-apa jawatan dalam DAP. Ini bukan macam kenyataan penjawat awam beban negara
oleh pemimpin dari Gerakan sebelum ini. Kenyataan Tony itu berbentuk peribadi.
Kedua, aku memang dah tak yakin dengan Tony
ni sejak kejatuhan kerajaan 22 bulan lagi. Ada kalanya aku nampak dia macam
berat kepada Mahathir. Tak nampak dia begitu menyokong DS Anwar waktu itu.
Jadi bila aku terbaca kenyataan Tony Pua,
yang aku nampak macam proksi Mahathir yang bercakap. Ia bertujuan melagakan
parti-parti yang bernaung di bawah panji Kerajaan Perpaduan ini.
Kenyataan SUA DAP: http://surl.li/ijtuz
Setiausaha Agung DAP, YB Anthony Loke pun
sudah keluarkan kenyataan rasmi menolak kenyataan itu dan tegas mengingatkan
pemimpin DAP agar tidak keluarkan kenyataan yang bersalahan dengan dasar parti.
Tindakan yang tegas dan pantas. Guane boh?
Raja Gelap
KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG DAP
1. Saya merujuk kepada laporan media
yang memetik ucapan oleh Tony Pua dalam satu majlis yang dianjurkan oleh DAP
Petaling Jaya.
2. Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa
jawatan dalam DAP. Justeru itu, beliau bercakap di atas kapasiti individu dan
tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.
3. Ucapan tersebut yang berunsur serangan
terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya
dikeluarkan (uncalled for).
4. Kepimpinan tertinggi DAP telah
membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi
mencapai kestabilan politik.
5. Sebarang kenyataan provokatif terhadap
rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian
dan hala tuju parti pada masa kini.
6. Saya ingin mengingatkan semua
pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara
parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat
diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.
7. Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh
menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali
untuk berucap dalam pentas DAP.
LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
24 JUN 2023
AMANAT MENGELIRUKAN. NAMUN DIKATAKAN DARI TEAM MEDIA PAS. KDN BOLEH LAH SIASAT KALAU PERKARA INI MEMUDARATKAN
Aku dapat ni dari komen. Aku tak follow
orang yang mengaku ustaz ni. Tapi dengarnya posting ni dah kena delete. Alasan?
Bukan dari dia tapi draft team media PAS Pusat. Maknanya ada niat nak publish
la kan? Tapi kenapa draft pergi ke wall dia pulak?
Posting ini amat berbahaya. Jangankan post,
niat nak post pun dah salah sebab ada unsur keganasan dan kesesatan yang nyata
dalam amanat itu.
Pertama sekali, bab memfitnah dan memutuskan
silaturrahim. Fatwa begini merosakkan imej Islam. Bila masanya Nabi saw pernah
halalkan fitnah?
Bahkan fitnah pernah hampir merosakkan
keluarga Nabi saw. Takkan Nabi saw menghalalkan fitnah? Nabi saw sendiri pun
diutuskan demi kebenaran.
Bahkan salah seorang sahabat Nabi saw,
khalifah keempat Islam yang juga menantu Nabi saw iaitu Ali bin Abi Talib ra
sendiri terbunuh akibat fitnah.
Pandangan bahawa memfitnah, memutuskan tali
silaturrahim demi konon nak memperjuangkan Islam adalah pandangan yang nyata
sesat. Apatah lagi jika perjuangan itu disangsikan kebenarannya.
Ini pula sampai nak menghalalkan pembunuhan?
Ini jenis pemikiran Syiah. Memang kita ketahui Syiah terlalu biasa menghalalkan
banyak perkara batil.
Fatwa menghalalkan pembunuhan ini jelas
punyai unsur keganasan. Bukan sahaja sesat bahkan ia menyalahi undang-undang.
Pihak berkuasa wajib ambil tindakan terhadap orang yang berkata begini.
Ambillah pengajaran dari peristiwa pembunuhan
Ali bin Ali Talib ra di mana fitnah menyebabkan terjadi perpecahan yang membawa
kepada pertumpahan darah.
Orang yang menyeru kepada keganasan tak layak
diangkat jadi ketua. Mereka akan jadikan negara ini kucar-kacir. Mahukah kita?
Makanya jika ada yang menyeru keganasan, tinggalkanlah. Guane boh?
Raja Gelap
.
TAHNIAH
Ahmad Shahril
Ambo pernah mengenali vin diesel ni...nescaya tanah felda akn jdi trek lumba dan sukan lasak.Apapun tahniah la...
Yang menulis-admin.
TUU DIA AIHHHH....BUAT BAGI UMAH PADA YANG KURANG ADA DUIT BANYAK
Peruntukan terbesar RM200 juta membina 1,000
unit PPR di Pulau Pinang - Nga Kor Ming
Berita berkenaan:
https://www.thesundaily.my/cerita/berita/kpkt-peruntuk-rm2114-juta-kepada-p-pinang-bagi-program-sentuhan-kasih-FF11142601
JOM KITA BACA. SEDIH NOH...KAMI DI PENANG DARUL PESTA, AYAQ BUKAN SAJA MELIMPAH..PALING MURA.
Tu dia nohhh...nak berak
pun payah noh..awat lagu tu....pimpinan negeri kami cina DAP campoq Melayu..macamnasi kandaq..banyak lauk campoq campoq.
Lepas makan berak.
Berak pi la berapa kali pun...ayaq ni sampai melimpah ruah.Masa kami kecik
kecik dulu main bola ..dahaga pi ja kat paip ayaq tu...ayaq kami 60an 70an ada
dah..
La ni lagi la....ayaq Sanusi kata ayaq negeri dia. Kami tak peduli pun. Kami mewh ja ayaq. Penang maju..untung kami beranak dan jadi orang Penang. Kebajikan kami terjaga.....so..mudah cerita hangpa rugi noh....kesian hangpa....bye..bye..
KUMAN DEPAN MATA TAK NAMPAK
Ada dua isu di sini.
Pertama, PAS persoal isu air di
Selangor. Tentang paip yang mereput.
Soalan ni valid. Memang rakyat berhak tahu.
Cuma mungkin yang PAS tak perasan, kerja menukar paip ini dah lama berlangsung.
Sebab itu dari masa ke semasa ada gangguan bekalan air di Selangor atas sebab
kerja menukar paip usang.
Yang jadi tak kenanya, PAS melalui
HakarahDaily tak tanya pula kerajaan Kelantan berkenaan isu air yang melanda
negeri itu sejak sekian lama. Kalau di Selangor isunya paip usang, namun
bekalannya air masih lagi stabil dan bersih.
Berbeza dengan Kelantan, negeri yang ditadbir
oleh PAS sendiri. Di sesetengah tempat, buka paip air, yang keluarnya angin. Di
sesetengah tempat lain pula, bekalan airnya berkarat teruk. Sampai ia jadi
bahan lelucon di media sosial.
Kalau bolasepak Liga Perdana Inggeris, umpama
Leicester kutuk Liverpool kena main UEL, tak dapat masuk UCL. Sedangkan
Leicester sendiri pun turun liga. Memang tak kena langsung. Kalau MU yang bahan
Liverpool sesuai la lagi.
Ini yang orang tua-tua kata, kuman seberang
laut nampak, gajah depan mata dia tak nampak. Tapi tak pelik. Sebab PAS
bukannya hiraukan masalah rakyat pun tapi sekadar nak berpolitik. Rakyat tak
dapat bekalan air bukan masalah PAS. Masalah PAS cuma nak menang PRN je.
Isu yang kedua, tentang gambar yang dilampirkan
tu. Mungkin wartawan Harakah ni dah berusaha sehabis mungkin cari gambar paip
usang di seluruh negeri Selangor tapi tak terjumpa, jadi dia surf je internet
dan terjumpa gambar ni.
Masalahnya itu gambar di Jepun. MB Selangor
tak gerago macam MB Kedah suka claim wilayah. Nak rasa maju, claim Jepun pun
wilayah Selangor. Tak.
Ini bukti tiada etika kewartawanan dalam
penyiaran berita oleh HarakahDaily. Tak salah kalau nak guna gambar yang tidak
berkenaan tapi kenalah letak caption 'gambar hiasan' supaya tak disalah faham
oleh pembaca. Tapi itu tak berlaku.
Mungkin juga kesilapan ini disengajakan demi
nak cipta persepsi. Kalau benar begitu, maka memang jauhlah Islam dari amalan
PAS. Islam amat menitik beratkan kejujuran dan kebenaran. Jadi apa yang PAS
bawa sebenarnya? Guane boh?
Raja Gelap
BODO TAHAN SIKIT.BIOL PAYAH KIRA
Pemikiran Walaun Biol memang dah rosak teruk
akibat dari dakyah songsang pimpinan atasan PAS!
Dapat berita palsu pun pemimpin walaung boleh
percaya bulat-bulat & terus sebarkan akibat kebencian kepada kaum lain
tanpa siasat terlebih dahulu.
Takkanlah walaung x boleh nak fikir secara
logik mengenai Felda yang ahlinya hampir semua Melayu boleh dilantik orang Cina
jadi Pengerusi?
Hanya yang mempunyai dendam kesumat &
hati yang kotor sahaja akan mempercayai berita palsu ini!
Patutlah ada yang masih bersubahat dengan
menyokong PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tapi tak mengikut ajaran Islam
yang sebenar!
#PASik
#MemalukanIslam
KESIAN MAK LAMPIR
Nazril Iznil Naim
Harga sebuah Pengkhianatan. Kalau takde duit, kamu lambai-lambai la tepi jalan kat orang ramai mintak sedekah. Tak pun, pi jual mangga asam.
LEBAI SUKA FITNAH
Ibrahim Mat Isa
Semakin dekat PRN semakin banyak lebai
memfitnah. Bukan soal siapa dilantik kerana lantikan di kalangan pemimpin dari
parti dalam kerajaan perpaduan memang wajar kerana itu hak kerajaan
#MalaysiaMadani ..
Tapi tujuan lebai jahat dalam politik ialah
menimbulkan persepsi - sama seperti sebelum PRU yang akhirnya rakyat kurang
fakta jadi mangsa penipuan mereka.
#PemfitnahNasional
BOLEH TAMBAH TABUNG PARTI NAMPAK GAYANYA
Ahmad Shahril
Alamak.....sorg dah kena,biasa nya bila sorg kena mesti semua kena....baru bercita cita nk jdi embee...jeng gini 🤣🤣🤣🤣.