PATUT LAH JADI NEGERI TAK MAJU. AIR KARAT SENDIRIAN BERHAD BAGI BONUS SEDANGKAN TIADA AIR BERSIH PUN.

 


Boleh lihat perbezaan antara orang yang memang ikut cara Islam dengan yang cuma sembang konon ikut cara Islam.


DS Anwar anggap mengambil gaji menteri kerana berasa malu rakyat sedang negara ketika ini sedang hidup tertekan.


Note cuma ada satu gaji walaupun beliau jawat 2 jawatan menteri. Jadi DS Anwar cuma dapat elaun sebagai MP sahaja.


Bandingkan dengan penjawat dalam kerajaan yang ditadbir oleh lebai yang heboh konon hanya mereka yang bawa Islam.


Ahli Lembaga Pengarah diberikan bonus Aidilfitri sebanyak RM10,000 seorang ketika staff lain diberi hanya RM200.


Alasan lebai, ALP ni telah memerah minda dalam memberikan pandangan dan membuat keputusan. Tak kelakar ke?


Pandangan apa yang diberi? Keputusan apa yang dibuat? Kenapa sampai hari ini masalah air negeri itu belum selesai?


Bukan soal ikut prosedur atau tidak. Ini soal maruah diri. Dengan kegagalan AKSB menguruskan bekalan air, tak berasa malukah untuk ambil imbuhan?


Beginikah cara Islam versi lebai? Ini bukan soal gaji. Kalau gaji tu tak kisah lagi. Tapi ini bonus tau. Extra dari gaji biasa.


Pemberian tu tak salah. Tapi sepatutnya buat rakyat buka mata menilai siapakah yang sebenarnya yang amalkan Islam sebenar.


Garis perbezaan antara kedua itu begitu jelas tapi hanya yang terbuka mindanya akan dapat melihat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


DEDAHKAN SUPAYA KERAGUAN DISANGGAH. MALAYSIA NI MUDAH JA..JADI PM SOH GERAK NAIK MOTO KA BASIKAL JIMAT. RASANYA DENGAN LAWATAN DAN PELABURAN YANG DIBAWA BALIK IANYA BERBALOI.


ENGGAN DEDAH KOS PENERBANGAN ANWAR SEJAK JADI PM BUKAN SIKAP YANG BETUL DALAM MEWAJAHKAN ERTI SEBENAR SEBUAH KERAJAAN MADANI 


Dalam jawapan bertulis di Parlimen, kerajaan secara terang-terangan enggan mendedahkan jumlah kos penerbangan yang telah dibelanjakan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk lawatan ke luar negara sejak memegang jawatan itu.


Armizan Mohd Ali – menteri yang menjaga hal ehwal Sabah, Sarawak dan tugas-tugas khas memaklumkan bahawa penggunaan jet peribadi atau pesawat eksekutif kerajaan adalah keistimewaan yang dinikmati oleh setiap Perdana Menteri selaku ketua kerajaan.


Katanya, Anwar telah ke luar negara menggunakan jet eksekutif kerajaan jenis Airbus (ACJ-320) yang di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri sebanyak sembilan kali sejak mengangkat sumpah pada 24 November 2022.


Untuk penerbangan domestik pula, ujar beliau, Anwar telah 17 kali menggunakan pesawat jenis Global Express dan Falcon di bawah seliaan Tentera Udara Diraja Malaysia.


“Semua pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan rasmi atau khas oleh Perdana Menteri.


“Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah dalam anggaran yang bersesuaian dengan perkhidmatan dan pengurusan pesawat berkenaan,” kata Armizan lagi.


Berita penuh kenyataan Armizan di sini - https://m.malaysiakini.com/news/666104


Aikk…kenapa tidak didedahkan jumlah kosnya?


Apa yang dimaksudkan kosnya dalam anggaran yang bersesuaian?


Bukankah yang ditanya oleh Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden ialah agar kerajaan mendedahkan jumlah kos perbelanjaan penggunaan pesawat itu kepada Parlimen dan bagi pengetahuan umum?


Bersikap terbuka dan berani mendedahkan jumlah kos penerbangan untuk Anwar sejak memegang jawatan Perdana Menteri bukan saja menunjukkan ketelusan dan keterbukaan, malah memperlihatkan kerajaan madani ini benar-benar berjiwa rakyat serta tidak menyembunyikan apa-apa di bawah karpet.


Kenapa takut untuk mendedahkannya jika semua urusan penerbangan Anwar itu adalah atas urusan rasmi sebagai ketua kerajaan?


Lagi pun, dengan Armizan sendiri mengatakan penggunaan jet itu adalah keistimewaan yang memang berhak dinikmati oleh seorang Perdana Menteri, bermakna tiada sebab untuk tidak mendedahkan jumlah kosnya bagi pengetahuan umum.


Bukankah yang dinamakan keistimewaan itu bererti tiada had minimum penggunaannya dan ia tidak perlu sama sekali untuk disembunyikan?


Malah dengan enggan mendedahkan jumlah kos itu lebih memberi gambaran atau tanggapan kepada sesetengah pihak seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam jumlah yang telah dibelanjakan selama ini.


Dedahkan sajalah, apa nak sembunyi-sembunyi pula?


Kerajaan melalui jawapan bertulis yang enggan mendedahkan jumlah perbelanjaan itu secara sedar telah menunjukkan sikap yang tidak betul dan bertentangan dengan perjuangan PH dan PKR selama ini serta makna sebenar kerajaan madani yang sedang dijaja.


Tambahan lagi, pertanyaan mengenai kos penerbangan itu adalah yang pertama kali ditanyakan terhadap Perdana Menteri.


Kalau soalan pertama pun gagal dijawab dengan telus dan terbuka, bagaimana dengan perkara-perkara lain?


Dalam pada itu jika kita imbas kembali, terutama ketika era pemerintahan Najib Razak, isu kos penerbangan bagi Perdana Menteri adalah perkara yang kerap ditanya oleh Ahli Parlimen PH di dalam Parlimen.


Pada tahun 2013 ketika kerajaan mendedahkan kos perbelanjaan penerbangan yang digunakan oleh Najib ialah berjumlah lebih RM100 juta bagi tempoh tiga tahun, PH melalui Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming ketika itu telah mecadangkan agar Perdana Menteri menggunakan penerbangan komersial MAS untuk lawatan ke luar negara dan tidak lagi jet eksekutif bagi tujuan menjimatkan kos.


Pada 2015 pula, ketika kerajaan enggan mendedahkan kos perbelanjaan jet eksekutif kerajaan, PH melalui Rafizi Ramli bukan saja menyelar pendirian itu, malah membuat kiraan sendiri anggaran perbelanjaan yang digunakan.


Berikutan itu, beliau membuat anggaran pesawat itu telah menelan belanja sebanyak RM40.8 juta antara April hingga September 2015 melalui 42 penerbangan yang menerbangkan Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atas pelbagai urusan.


Sekarang bila sudah jadi kerajaan, kenapa kita juga bersikap rahsia tentang kos penerbangan Perdana Menteri?


Madani apa ini? – ShahbudinHusin 23/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



Santai Petang & Dialog bersama YAB Perdana Menteri*

 

*Santai Petang & Dialog bersama YAB Perdana Menteri*


Tarikh : Rabu, 24 Mei 2023

Masa : 3.30 petang

Tempat : Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi


Semua dijemput hadir

DAP IBARAT SEPERTI HANTU


Norman Radzuan




Ketika di negeri yg terkenal dgn jolokan Serambi Mekah saya dapat berborak dgn warga Kelantan sendiri. Saya teruja berborak dgn mereka kerana mereka tinggal di sana dan pastinya mengenali isi hati org Kelantan.


Sambil mengopi saya bertanya kpd mereka apakah kali ini ada perubahan rakyat Kelantan utk mengubah nasib mereka. Ada jawapan yg pelbagai tetapi jawapan spontan yg buat saya tersenyum…


“ Di Kelantan ini nak jadi wakil rakyat syaratnya mudah. Tak perlu belajar pandai2 sebab syaratnya kena pandai baca doa, boleh jadi imam, ziarah orang sakit, ziarah orang kematian serta pandai baca doa sekali dan hadir majlis perkahwinan.”


“ Cukup syarat ni pakailah kereta Mercedes, pakailah bermewah mewah tak ada masalah. Mereka ini biarlah air keruh, biar mundur, biar pemimpin hidup senang lenang asal Melayu Islam.


Jadi kalau nak lawan kena beri mereka pilihan. Kita kalau serang macam tu je tak jadi. Kerajaan Perpaduan kena beri pilihan iaitu dgn menampilkan tokoh2 agama juga, “ ceritanya.


Saya bersetuju kita kena tampilkan tokoh2 Ulama. Ini kerana jiwa Islamik orang Kelantan lebih mendalam sesuai dgn gelaran negeri Serambi Mekah. 


Selain itu mereka berkata anak perantau Kelantan ‘zalim’ kpd mereka yg tinggal di negeri itu kerana faktor pengundi luar antara faktor membuatkan kerajaan ini tidak berubah.


Benar saya bersetuju dgn pandangan itu. Selain itu isu DAP adalah kempen ampuh pembangkang utk ‘menghasut’ org2 Melayu yg akhirnya melahirkan Islam feudal. 


Pemimpin bermewah mewah rakyat seolah olah menjadi hamba. Ini bukan ciri2 Islam yg kita dgr dan baca mengenai Umar Al Khatab atau Umar Abdul Aziz.


DAP DAP DAP… DAP ini seperti hantu buat masyarakat Melayu. 90% org Melayu tidak pernah nampak hantu tetapi sgt takut dgn hantu. Begitulah mereka ditakutkan DAP tetapi mereka sendiri tidak pernah mahu mengenali DAP.


Mereka hanya mendengar cerita2 yg menakutkan mengenai hantu sejak kecil oleh kawan2, pakcik makcik atau di kaca TV. Malah ibu bapa kita dahulu gunakan nama ‘hantu’ utk menakutkan anak mereka.


Begitulah dgn DAP mereka dimomokkan DAP itu ekstrim, DAP itu rasis dan DAP itu komunis. DAP itu dan ini hingga ketakutan ini sukar dipulihkan kerana mainan orang politik.


Ikut lojik akal atau bicara dlm konteks akademik jika benar DAP itu komunis dan ekstrimis sudah lama parti ini diharamkan tetapi ia tidak berlaku kerana parti itu tidak melanggar undang2 atau perlembagaan.


Tak kenal maka tak cinta ibarat org Melayu anti dgn Tabligh. Jamaah tinggal anak dan bini… benarkah ia begitu? Bila mereka berjinak dgn jamaah ini barulah mereka faham dan mengakui ia jauh sekali dgn fitnah tersebut.


AKAL… senjata ampuh yg Allah berikan tapi sayang org Melayu tidak mahu menggunakannya. Islam menitik berat kita menggunakan akal.


Dlm  Al Quran terdapat 13 tempat di mana Allah bertanya 'Afalaa Ta'qiluun' yg bermaksud 'tidakkah kamu menggunakan akal kamu?' Akhirnya kita mudah ditipu oleh manusia.


Kita mudah ditipu dgn mata dan seterusnya pendengaran. Lihat berpakaian jubah dan kopiah kita sudah katakan org itu baik. Bila mindset sudah tanamkan org itu baik maka apa sahaja yg dikata akn diterima bulat2.


Berbalik kpd isu DAP… tidak perlu 100% menyalahkan lawan dan kena lihat kelemahan sendiri. Bagi saya tiada kesungguhan penerangan yg mampan utk menjelaskan kpd rakyat bahawa parti ini bukan parti perkauman kerana antara DAP dan MCA…. DAP adalah parti multiracial berbanding MCA parti satu kaum.


Tapi sayang DAP sendiri tidak berusaha memberi penerangan yg baik. DAP mengharapkan Amanah, PKR, PAS dan terbaru UMNO menerangkan kpd org Melayu bahawa DAP ini bukan rasis atau komunis.


Saya tidak nampak kesungguhan DAP ‘mensucikan’ diri mereka sendiri dari tohmahan. Mungkin parti ini selesa kerana mereka hanya bertanding di kawasan bukan Melayu atau kawasan bandar. 


Bagaimanapun yg menanggung beban adalah parti2 komponen. Moralnya dlm strategi memenangi hati org Melayu Kelantan dgn menampilkan tokoh2 agama selain good governance di pusat… 


DAP sendiri kena membuktikan kpd org2 Melayu mereka bukan ‘HANTU’ … mereka adalah manusia biasa sahaja. Walaupun hakikatnya DAP berjaya menguruskan PP dgn baik. 


Di akhir zaman ini pelik bukan Islam urus negeri (Pulau Pinang) seolah hidup cara zuhud tetapi di negeri Islam hidup cara bermewah mewah walaupun rakyatnya miskin.



HANG BODO KA HANG NAK BODEK. AKAI MANA ?

 


Biasa pula dah, kira lebai dapat saguhati 50 kali ganda pekerja bawahan itu biasa? Atau air Cappuccino keluar dari kepala paip juga turut biasa? 


Mu nok bonus ko nok Isley?



WALAUN KENA TANGKAP. PADAN MUKA

 



Walaun  guna nama chearstudi ditahan polis kerana menghina PM dan badan kehakiman..


Tahniah PDRM.


Adakah Ini CONTOH langau - LALAT HIJAU ..... ?







"PAS Perak siap sedia TERAJUi Perak sejahtera" - Razman Zakaria.


I. Kata Salahudin - langau cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan tidak berani USUL undi tidak percaya @Parlimen


II. Di Perak , Kata Ketua Pembangkang ada ADUN Kerajaan jumpa dengan nya


III. ADUN Gunung Rapat cabar senarai kan ADUN berkenaan


IV. PKR Perak sebut 'PSY WAR' menjelang PRN 


Sifat langau/LALAT HIJAU ni cuma hingga sekejap² terutama nya OBJEK Kotor seperti tahi.


Hadi Awang kata SELUANG makan TAHI.



KALAU UMNO TAK UNDI DAP, DAP TAK RUGI TAPI DAP TAK UNDI UMNO, UMNO BANYAK RUGI



Secara umumnya, UMNO dan DAP bertanding di kawasan yang berbeza serta tidak bertembung di tempat yang sama.


UMNO bertanding di kawasan luar bandar dan bermajoriti penduduk Melayu, manakala DAP bertanding di kawasan bandar serta bermajoriti penduduk kaum Cina.


Dalam erti kata lain, mereka bukan ancaman kepada satu sama lain.


Dengan itu, kenapa selama ini mereka perlu bermusuhan?


Sekarang ini pula, mengapa perlu ada yang sentap bila timbul gesaan agar ahli UMNO perlu mengundi calon DAP setelah kedua-dua parti bersama-sama berada dalam kerajaan?


Kalau ketika bermusuh dahulu mereka tidak bertembung atau berlaga untuk memenangi kawasan pilihan raya yang sama, setelah berkawan ini pun, mereka sebenarnya tidak perlu menyokong atau mengundi antara satu sama lain.


Berdasarkan PRU15 lalu, DAP bertanding hampir 50 kerusi Parlimen di kawasan bandar di seluruh negara.


Di semua kawasan yang ditandingi DAP itu, tanpa sokongan pengundi UMNO pun, DAP tetap akan menang kerana penyokong mereka ialah kaum Cina.


Contohnya Bukit Bintang, Kepong, Cheras, Segambut, Seremban, Kota Melaka dan kawasan bandar yang lain, andai kata jika semua pengundi Melayu tidak keluar pengundi pun, DAP tetap akan menang.


Mereka mampu menang kerana disokong oleh majoriti kaum Cina, sementara pesaingnya seperti MCA dan Gerakan sudah terketepi daripada jiwa pengundi Cina sendiri.


Setelah PH sekarang ini bekerjasama dengan BN, UMNO dan DAP sudah dikira bersahabat dan musuh yang bakal dihadapi bersama ialah Gerakan yang kini bersama daripada PN.


Ikut kebiasaan dan berdasarkan rekod yang lepas, DAP tiada masalah untuk menang sekurang-kurangnya 40 kerusi daripada hampir 50 kerusi yang mereka tandingi.


Disebabkan pengundi Melayu atau penyokong UMNO terlalu kecil di kawasan bandar dan parti pencabarnya pula terlalu lemah, sementara DAP sentiasa menjadi pujaan hati pengundi Cina, kemenangan tetap menjadi milik mereka.


Keadaan ini berbeza dengan UMNO, selain pencabarnya iaitu gabungan Bersatu dan Pas adalah sama-sama kuat, kerusi yang ditandingi UMNO juga lebih banyak.


Dalam PRU15 lalu, daripada 178 kerusi Parlimen yang ditandingi BN, hampir 100 daripadanya ditandingi oleh calon UMNO.


Daripada semua kawasan yang ditandingi UMNO itu, sementara majoritinya adalah kawasan Melayu, terdapat sebahagian kecil daripadanya adalah kawasan campuran di mana terdapat juga pengundi Cina di kawasan tersebut.


Contoh kawasan tersebut ialah pinggir bandar, bandar kecil atau kawasan bandar-bandar baru.


Berbeza dengan DAP yang bertanding di kawasan bandar dan pencabarnya ialah parti yang tidak kuat dan tidak diterima oleh pengundi Cina, UMNO sebaliknya bertanding di kawasan luar bandar dan campuran yang mana musuhnya iaitu Bersatu dan Pas adalah sama-sama kuat, malah lebih kuat daripada UMNO terutama di Pantai TImur dan Utara.


Selain untuk menang di kawasan Melayu memang sudah sedia mencabar buat UMNO kerana berdepan dengan sentimen agama yang dijuarai Pas, untuk menang di kawasan campuran pula tidak kurang cabaran yang perlu dihadapi.


Begitu pun, jika pengundi Cina atau penyokong DAP di kawasan campuran yang ditandingi UMNO sedia memberikan undi mereka kepada calon UMNO, ia adalah suatu kelebihan buat BN untuk beroleh kemenangan dalam berhadapan dengan Pas dan Bersatu daripada PN.


Undi Cina atau DAP sebanyak 10 atau 15 peratus yang diberikan kepada calon UMNO itu mampu memungkinkan kemenangan dapat diperolehi.


Dalam erti kata lain, undi DAP yang diberi kepada UMNO boleh membawa keuntungan kepada calon UMNO berbanding undi UMNO yang tidak membawa banyak untung kepada DAP.


Oleh itu, bila timbul gesaan agar ahli UMNO mengundi calon DAP, maksud tersirat yang lebih besar ialah agar pengundi DAP juga memberi undi mereka kepada calon-calon UMNO di kawasan campuran agar BN mampu menang lebih banyak kerusi dalam PRN dan PRU16 akan datang.


Pemimpin, ahli dan penyokong UMNO dalam hal ini janganlah terlalu jumud, tertutup dan eksyen sangat dengan awal-awal lagi telah menunjukkan sikap keras dan menolak tidak mahu langsung menyokong dan memberi undi kepada calon DAP.


Tunjukkan sikap baik hati dan mahu berkawan dengan DAP sebagaimana UMNO berkawan dengan MCA dan Gerakan sebelum ini.


Sedarlah hakikat bahawa UMNO, BN sudah kalah dua kali PRU iaitu PRU14 serta PRU15 dan dapat jadi kerajaan pun, pertama selepas PRU14 lalu seperti kata Hadi Awang ialah melalui tebuk atap, manakala selepas PRU15 baru-baru ini, ikut tafsiran Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO pula, hanya sekadar menumpang kasih saja.


Maka itu, berubahlah sebagaimana banyak perkara sudah berubah di dunia ini atau UMNO memang nak kalah lagi buat kali ketiga pada PRU16 nanti? – ShahbudinHusin 23/05/2023.



Akhir nya Selepas 6 bulan Mahiadin iktiraf PMX ........

 Akhir nya Selepas 6 bulan Mahiadin iktiraf PMX ........


Perpatah menyebut 'Hanya jauhari yang kenal manikam'

JIKA Mahiadin bersuara mesti ada 'POLITICAL MILLEAGE' disitu.


Makna nya....

UMNO dan DAP bakal menjadi 1GERAKAN yang besar , PRU² yang akan datang ....


I. PH menerusi PRU15 menguasai +/- 100% [ 98% ] undi kaum Cina , khususnya melalui DAP. Ini membentuk +/-25% jumlah kerusi @Parlimen khusus di kawasan bandar & Separa bandar


II. Mahiadin percaya , UMNO , bersama AMANAH & PKR , boleh kembali kuasai undi Melayu @Luar bandar dalam masa terdekat , kalau pun tidak PRN 


III. Mahiadin tahu , dengan Putrajaya ditangan PMX  , dibantu 'DATA BASE' UMNO , 'DATA ANALYSIS' INVOKE , STRONG DAP BASE  dikira mampu menekan PN khususnya PAS , apatah lagi BERSATU 


Mahiadin tahu kekuatan DSAI....

I. PAS & DAP 17tahun boleh duduk bersama dalam BA & PR

II. UMNO & DAP juga boleh serasi hingga ke akar umbi untuk dekad² mendatang. 

III. MCA MIC GERAKAN pupus , UMNO merudum 

IV. PAS tukar ISLAM kepada MELAYU 6 bulan sahaja



AIR KARAT SDN BHD.


 Pengarah dapat 10k sorang… Kakitangan dapat 200 sorang… Air Karat Sdn Bhd…


ELOK SANGAT.....LAIN KALI JANGAN KHIANAT

 



Elok laa nak bersara pun..hang pun bukan laku dah oghang tak mau meluat dah tengok muka hang


KEH..KEH..KEH.,..WOW.,..BONUS....AIR KARAT SDN BHD


 Maksud BONUS - Dibayar sebagai ganjaran untuk tingkatkan prestasi atau produktiviti


Maksud SAGUHATI - Sumbangan untuk mengenang jasa 


Contoh :  AKSB memberi SAGUHATI RM 10,000 pada Ahli Lembaga Pengarah sebagai mengenang jasa mereka  kerana rakyat Kelantan terpaksa guna air pili bomba disebabkan masalah air.


Ha.. apa lagi.. tepuk..!!! 

👏👏👏👏👏


56

KENAPA MENTERI MENANGIS



Norman Radzuan


Ramai yang PM ( personal message ) kerana tahu keberadaan saya ketika YBM Fadhlina hadir ke rumah Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bertanya…kenapa Menteri menangis?


YBM Fadhlina menangis apabila diperkenalkan dua adik Tuan Guru Nik Aziz  iaitu Ustaz Nik Dim dan Ustaz Nik Nasin berada di hadapannya. Fadhlina terharu dan terus terkenang Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.


Bermakna dlm pertemuan itu ada tiga generasi Tuan Guru Nik Aziz iaitu adik, anak dan cucu. Anda tentu faham arwah Tuan Guru Nik Aziz dan arwah Dr Sidek Fadhil ( bapa Menteri ) adalah antara sahabat Datuk Seri Anwar Ibrahim.




ADA LAGI TAMPARAN BUAT PEMBANGKANG




 TERKINI. Lagi satu tamparan mengejut kepada pembangkang!

"TUAN GURU" ANNUAR MUSA




KAMSIAH HEIDER


 Maka tidak mustahil dalam tempoh sedekad - atau kurang - akan ada menggelar Annuar sebagai "Tuan Guru" juga.

Dan ketika itu malaikat mungkin akan bertakbir di langit sekali lagi menyambut lelehan air mata orang ramai.



MENERIMA KUNJUNGAN PUTERA MAHKOTA ABU DHABI.

 







Petang tadi menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi, yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Parlimen.


Turut bersama saya Menteri Luar Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.


Kami membincangkan pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama antaranya merangkumi hubungan dua hala, serantau dan antarabangsa.


Semoga hubungan baik antara kedua-dua negara akan terus diperkasa, InsyaAllah.


#MalaysiaMADANI



HADI DI MANA.




 Aku masih tercari cari sebab kenapa Presiden PAS tidak hadir ke Majlis Rumah Terbuka PN di Shah Alam, walaupun hari sebelum itu dia berada di Serdang kerana hadir kerumah terbuka anak perantau Terengganu yang juga dibuat di Selangor..


Jika alasan Hadi Awang uzur, tak logik sebab dia hadir rumah terbuka di Serdang.. siap pegang microfon nyanyi lagu..


Kali terakhir  Mahiaddin dan Hadi dilihat bersama pada April, selepas tu tidak ada lagi  malah ucapan Selamat Hari Raya dari mereka berdua juga tidak ada..


Ni sesautu yang janggal dan merungsingkan kerana kempen PRN akan bermula,  dan Hadi dan Mahiaddin akan mengelak untuk bersama disatu pentas yang sama..