Norman Radzuan
Ketika di negeri yg terkenal dgn jolokan Serambi Mekah saya dapat berborak dgn warga Kelantan sendiri. Saya teruja berborak dgn mereka kerana mereka tinggal di sana dan pastinya mengenali isi hati org Kelantan.
Sambil mengopi saya bertanya kpd mereka apakah kali ini ada perubahan rakyat Kelantan utk mengubah nasib mereka. Ada jawapan yg pelbagai tetapi jawapan spontan yg buat saya tersenyum…
“ Di Kelantan ini nak jadi wakil rakyat syaratnya mudah. Tak perlu belajar pandai2 sebab syaratnya kena pandai baca doa, boleh jadi imam, ziarah orang sakit, ziarah orang kematian serta pandai baca doa sekali dan hadir majlis perkahwinan.”
“ Cukup syarat ni pakailah kereta Mercedes, pakailah bermewah mewah tak ada masalah. Mereka ini biarlah air keruh, biar mundur, biar pemimpin hidup senang lenang asal Melayu Islam.
Jadi kalau nak lawan kena beri mereka pilihan. Kita kalau serang macam tu je tak jadi. Kerajaan Perpaduan kena beri pilihan iaitu dgn menampilkan tokoh2 agama juga, “ ceritanya.
Saya bersetuju kita kena tampilkan tokoh2 Ulama. Ini kerana jiwa Islamik orang Kelantan lebih mendalam sesuai dgn gelaran negeri Serambi Mekah.
Selain itu mereka berkata anak perantau Kelantan ‘zalim’ kpd mereka yg tinggal di negeri itu kerana faktor pengundi luar antara faktor membuatkan kerajaan ini tidak berubah.
Benar saya bersetuju dgn pandangan itu. Selain itu isu DAP adalah kempen ampuh pembangkang utk ‘menghasut’ org2 Melayu yg akhirnya melahirkan Islam feudal.
Pemimpin bermewah mewah rakyat seolah olah menjadi hamba. Ini bukan ciri2 Islam yg kita dgr dan baca mengenai Umar Al Khatab atau Umar Abdul Aziz.
DAP DAP DAP… DAP ini seperti hantu buat masyarakat Melayu. 90% org Melayu tidak pernah nampak hantu tetapi sgt takut dgn hantu. Begitulah mereka ditakutkan DAP tetapi mereka sendiri tidak pernah mahu mengenali DAP.
Mereka hanya mendengar cerita2 yg menakutkan mengenai hantu sejak kecil oleh kawan2, pakcik makcik atau di kaca TV. Malah ibu bapa kita dahulu gunakan nama ‘hantu’ utk menakutkan anak mereka.
Begitulah dgn DAP mereka dimomokkan DAP itu ekstrim, DAP itu rasis dan DAP itu komunis. DAP itu dan ini hingga ketakutan ini sukar dipulihkan kerana mainan orang politik.
Ikut lojik akal atau bicara dlm konteks akademik jika benar DAP itu komunis dan ekstrimis sudah lama parti ini diharamkan tetapi ia tidak berlaku kerana parti itu tidak melanggar undang2 atau perlembagaan.
Tak kenal maka tak cinta ibarat org Melayu anti dgn Tabligh. Jamaah tinggal anak dan bini… benarkah ia begitu? Bila mereka berjinak dgn jamaah ini barulah mereka faham dan mengakui ia jauh sekali dgn fitnah tersebut.
AKAL… senjata ampuh yg Allah berikan tapi sayang org Melayu tidak mahu menggunakannya. Islam menitik berat kita menggunakan akal.
Dlm Al Quran terdapat 13 tempat di mana Allah bertanya 'Afalaa Ta'qiluun' yg bermaksud 'tidakkah kamu menggunakan akal kamu?' Akhirnya kita mudah ditipu oleh manusia.
Kita mudah ditipu dgn mata dan seterusnya pendengaran. Lihat berpakaian jubah dan kopiah kita sudah katakan org itu baik. Bila mindset sudah tanamkan org itu baik maka apa sahaja yg dikata akn diterima bulat2.
Berbalik kpd isu DAP… tidak perlu 100% menyalahkan lawan dan kena lihat kelemahan sendiri. Bagi saya tiada kesungguhan penerangan yg mampan utk menjelaskan kpd rakyat bahawa parti ini bukan parti perkauman kerana antara DAP dan MCA…. DAP adalah parti multiracial berbanding MCA parti satu kaum.
Tapi sayang DAP sendiri tidak berusaha memberi penerangan yg baik. DAP mengharapkan Amanah, PKR, PAS dan terbaru UMNO menerangkan kpd org Melayu bahawa DAP ini bukan rasis atau komunis.
Saya tidak nampak kesungguhan DAP ‘mensucikan’ diri mereka sendiri dari tohmahan. Mungkin parti ini selesa kerana mereka hanya bertanding di kawasan bukan Melayu atau kawasan bandar.
Bagaimanapun yg menanggung beban adalah parti2 komponen. Moralnya dlm strategi memenangi hati org Melayu Kelantan dgn menampilkan tokoh2 agama selain good governance di pusat…
DAP sendiri kena membuktikan kpd org2 Melayu mereka bukan ‘HANTU’ … mereka adalah manusia biasa sahaja. Walaupun hakikatnya DAP berjaya menguruskan PP dgn baik.
Di akhir zaman ini pelik bukan Islam urus negeri (Pulau Pinang) seolah hidup cara zuhud tetapi di negeri Islam hidup cara bermewah mewah walaupun rakyatnya miskin.