DISAMBUNG KONTRAK DAN CABARAN TUGAS MENANTI. IKUT GILIRAN UNTUK DIDAKWA.

 Apa maksudnya ?



I. Adakah kes² yang melibatkan Tun , Mahiadin , Hamzah [ COMMING SOON ]  betul² ingin diselesaikan dalam tempoh SATU [ 1 ] tahun ini ?


II. Perlanjutan KONTRAK KP SPRM untuk 1 tahun membawa maksud 3 kes besar ini & termasuk yang lain² adalah keutamaan.


Semoga Tun , Mahiadin , Hamzah dan lain² tabah melalui tempoh sukar 1 tahun akan datang

BAWA DULU SIKIT UNTUK RAKYAT

 


Tegas dan padu. Tak ada lagi berselindung. Tak ada lagi nak sinis-sinis. Jelas DS Anwar sebut Mahathir dan Daim.


Betul apa yang DS Anwar katakan. Mereka ini masa dalam kerajaan dulu, bukan sikit yang mereka kaut untuk diri dan keluarga mereka. Masa tu tak ingat pun orang Melayu.


Dah menganggur ni la baru teringat Melayu. Dulu dia siap kutuk Melayu malas. Dia jugalah yang buat dasar penswastaan yang susahkan rakyat terutama orang Melayu. Tapi kroni dia jadi jutawan belaka.


Sekarang cerita nak bela Melayu? Kalau nak tolong sangat, bagi la setengah kekayaan hasil sakau dulu. Bukan banyak pun. Setengah je. Bukan semua. Itu baru betul nak tolong.


Selain itu, aku lihat kenyataan DS Anwar ini sebagai gendang perang. Jadi para pemimpin PH terutama menteri, sambutlah gendang perang tu. Usah nak tangguh-tangguh lagi.


Gabung tenaga. Kerah segala jentera yang ada. Tak payah nak acah gentleman lagi. Kami dah lama nak tengok tindakan yang lebih agresif. Kini masa yang paling sesuai. Apa tunggu lagi? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


NAK PERUNTUKAN DATANG LA BINCANG.,.SOMBONG BANGAT....

 



Gaji  nak tapi kerja taknak. Inilah contohnya. Panggil untuk bincang kalau nak peruntukan. Apanya yang sudah sangat? Cuma cerita bagaimana peruntukan tu nak dibelanjakan. Itu pun tak mahu?


Mungkin sebab dia tak bermaksud nak guna duit peruntukan tu untuk rakyat. Tak pastilah sama ada dia nak guna untuk sendiri atau untuk parti. Mana tahu nak guna untuk berkempen.


Tapi kalau betul nak guna untuk kepentingan rakyat, apa masalah kalau setakat kena berbincang. Tak payah nak berbasa-basi atau madah berhelah. Ini asyik beralasan je. Ada hal lain ke? Guane boh?


 

Raja Gelap 

...

DULU LAIN SEKARANG SAYANG ATOK.

 


Cuba tengok...dulu bukan main walaun ni..mahathir maha firaunla..mahathir kacau hak orang melayula..last jilat balik ap yg dikata..






PMX HEBAT BERLAKON ? HABIS LEBAI SUCI KAH ATAU BAGAIMANA ?

 

INI SATU CONTOH SAHAJA. BANYAK SANGAT CONTOH LEBAI BERLAKON NI




Walaun ada yang tuduh PMX paling hebat berlakon. Masa jadi pembangkang, cakap lain. Bila dah jadi kerajaan, cakap lain.

Kalau gitu, pakcik ni pun sama juga. Cuba baca apa dia kata dulu masa jadi kerajaan. At least DS Anwar tak marah rakyat desak. Tapi pakcik ni cakap apa?

So, apa saja tuduhan yang walaun berikan pada DS Anwar, akan juga pergi kepada lebai-lebai mereka. Walaun tak takut masuk melaka ke? Guane boh?

Raja Gelap

 

SEHINGGA KINI BELUM ADA PIMPINAN UMNO YANG DISUCIKAN OLEH KERAJAAN NI

 


Selama beberapa bulan PH bekerjasama dengan BN membentuk kerajaan perpaduan, aku masih tak nampak pemimpin BN disucikan.

Begitu juga dengan penyokong BN. Masih ada rasa skeptikal terhadap PH terutama DAP. Ini tak pelik sebab dah lama bermusuhan.

Kerajaan ini dibentuk atas nasihat YDP Agong. Jadi masa diperlukan untuk buangkan terus sengketa lama. Tak semudah itu berlaku.

Dan itu satu indikasi bahawa penyokong PH dan BN tetap pada paksi masing-masing. Walau terpaksa berkorban rasa, tapi rela demi masa hadapan yang lebih baik.

Berbeza dengan lebai dan walaun. Mereka ni cepat betul berubah pendirian. Yang dibenci tiba-tiba jadi suci bila jalin kerjasama.

Contoh dulu bermusuh dengan DAP. Tapi bila kena bekerjasama, tiba-tiba puja DAP. Siap keluar fatwa wajib sokong DAP pula.

Kemudian bila bergaduh balik dengan DAP, serta merta DAP jadi musuh Islam. Hilang semua fatwa yang pernah dipakai dulu.

Lepas DAP, dengan UMNO pula. Sebelum ini tuduh UMNO kafir. Bila berbaik, guna alasan perpaduan. Fatwa pula wajib sokong perpaduan.

Kemudian bila UMNO dah tak mampu beri nafkah, benci pula UMNO. Dendang irama sakau. Bersatu sakau juga, dia diam pulak.

Sekarang dengan Mahathir. Tiba-tiba walaun jelma jadi walatun pula. Tak pasal-pasal Mahathir jadi wira padahal dulu punya benci Mahathir.

Serta merta lupa dia pernah tuduh Mahathir halang peruntukan untuk Kelantan. Dia jadi lupa Mahathir pernah kata PAS parti kafir.

Baik dengan MCA, lupa MCA pernah lukis Hj. Hadi berupa monyet. Baik dengan Gerakan, lupa parti itu pernah bawa isu hudud ke mahkamah.

Baik dengan Mahiaddin, lupa orang itu pernah kata PAS Parti Ajaran Sesat. Pendek kata, semudah ABC PAS lupakan segalanya.

Jelas politik PAS cuma politik sampah. Tiada garis perjuangan yang jelas. Asal boleh dapat duit dan kuasa, PAS sedia menempel.

Dari lebai sampai walaun, sama saja. Paling kesian walaun. Tidak tidak pun, lebai dapat juga rasa hidup mewah. Walaun dapat apa?

Sebab itu kalau ada yang gelar PAS pelacur politik, memang susah nak sanggah. Sebab perbuatan PAS menampakkan ia sebegitu. Guane boh?

Raja Gelap

.

PESAING, PEMBENCI ANWAR JUGA PATUT BUAT FILEM ‘UNTOLD STORY’ MASING-MASING


Filem Anwar – The Untold Story yang mengisahkan liku-liku perjuangan Presiden PKR itu dalam politik negara yang tayangan perdananya diadakan dua hari lalu, secara umumnya mengundang dua respon terbuka di media sosial.

Filem itu dibikin sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri lagi dan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 18 Mei ini.

Bagi penyokong dan mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi sejak 1998, terbitnya filem itu tentunya suatu kebanggaan dan dokumentasi kejayaan yang amat mengharukan.

Ditambah dengan tayangannya setelah Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri, semacam sudah terbayar segala derita selama ini.

Anwar sendiri menyebut filem tersebut adalah kenangan pahit yang sebenarnya ingin dilupakannya kerana sebahagian detiknya melukakan jiwa dan keluarganya, lalu beliau tidak mampu mengulas panjang mengenainya.

Selain Anwar pasti sebak ketika menontonnya, rata-rata penyokong, pendokong dan mereka yang terlibat dengan gerakan reformasi juga tentu sedemkian perasaan yang datang menerpa.

Bagi yang tidak menyokong, malah membenci Anwar, respon mereka jelas terlihat penuh dengan cercaan dan sindiran yang seolah-olah filem itu tidak bernilai sama sekali.

Pelbagai elemen sindiran, kecaman dan kutukan diolah untuk memburukkan filem itu, walaupun mereka belum lagi menontonnya.

Sebagaimana Anwar bukanlah manusia sempurna, menggarap sebuah filem daripada liku-liku perjuangan beliau yang lamanya lebih 20 tahun pasti juga jauh daripada kesempurnaan.

Memendekkkan beribu detik perjuangan dalam tempoh lebih 20 tahun kepada sebuah filem yang hanya selama 90 minit bukanlah suatu kerja yang mudah.

Melakukan penyelidikan, memikir dan memilih detik-detik yang harus djadikan babak filem saja boleh mengundang serabut serta pening kepala.

Tetapi, yang tidak dinafikan ialah Anwar memang seorang tokoh politik yang ada daya tarikan untuk kisahnya difilemnya, terutama dari segi semangat, kekuatan jiwa dan kentalnya mempertahankan perjuangan yang diyakininya.

Seperti kuatnya semangat beliau mahu terus hidup setelah dipukul setengah mati dan dibiar tanpa rawatan beberapa hari dalam lokap polis ketika awal penahanannya dahulu, begitulah juga kuat semangatnya untuk memastikan PKR dan perjuangan reformasi tidak mati, di sebalik banyak cabaran, dikhianati dan ditinggalkan kawan sepanjang meniti jalan perjuangan.

Pemimpin lain, meskipun ada liku perjuangan masing-masing yang berbeza, tiada yang melalui cabaran dan dugaan sehebat Anwar.

Paling menarik sekali, di sebalik semua cabaran, tentangan dan pengkhianatan yang dihadapinya, beliau akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri.

Pemimpin lain, sementara ramai yang kecundang dalam mengejar cita-cita, yang berjaya jadi Perdana Menteri pula ada di antaranya seperti tidak melalui apa-apa perjuangan yang bukan saja tidak pernah keluar darah, malah peluh pun semacam tidak menitik.

Maka itu, menjadikan filem daripada kisah perjuangan Anwar adalah sesuatu yang tepat sebagai teladan dan untuk rangsangan kepada generasi mendatang.

Boleh saja untuk sesiapa mencerca, mengutuk dan melontarkan sindiran, tetapi jangan lupa, Anwar memang subjek yang menarik dan ada isi untuk difilemkan.

Begitu pun, sebagai jalan sihat dalam persaingan dan mengambil kira kisah perjuangan Anwar yang difilemkan ketika beliau masih lagi hidup, pemimpin-pemimpin lain yang sedang bersaing, berlawan dan membenci Pengerusi PH itu seharusnya juga ada keinginan untuk memfilemkan kisah perjuangan mereka bagi tontotan penyokong dan rakyat seluruhnya.

Kalau tidak ada produksi yang sanggup keluar modal, mereka sendiri pun atas kekayaan peribadi atau melalui kutipan derma daripada penyokong pasti berupaya membiayai kosnya.

Kemudian, sebagai perbandingan dengan filem Anwar – The Untold Story – cuba lihat pula bagaimana bentuk ceritanya dan apa pula agaknya respon rakyat atau netizen – sekadar membayangkan – andainya kisah ‘untold story’ Tun Mahathir Mohamad, Mahiaddin Md Yasin atau Hadi Awang dijadikan filem? – ShahbudinHusin 10/05/2023.

https://shahbudindotcom.net/

 

MMMMM- SAJA BUAT AKAI- DAH KALAU TAK BAGI TRY LE BUKA DEAN NANTI.

 




0rang cerdik politik mcm tu lah. Awal Agung tawar Kerajaan Malaysia PH + PN . TOLAK. Pasai apa tolak? Sebab ada DAP? hahaha. Sebab Mahaiddin tak boleh jadi PM dan Hadi tak boleh jadi TPM. Kedua, sebab yakin ada SD. Bila derhaka pada Agung mula bawa cerita baru, pelbagai cerita, ramai yang tahu. Kemudian kerajaan GAGAL, ZALIM sebab tak benar lagi keluarkan kwsp dan sebagainya termasuk peruntukan untuk pembangkang. Ditawarkan mari bincang kata PM, masing2 kepala masuk dalam .. malu. Hanya melalak kat luar cari simpati penyokong. PM tak payah bagilah. Bagi 2019 dulu, beli mercedes. Sebelum ini dan sekarang pun asyik serang PM dengan pelbagai gelaran. Tak perlu layan pun puak ni SEBAB tak tahu hormat orang dan tak berterima kasih .

 

KISAH SEDIH SIASATAN DIRAJA MATA LEBAM ANWAR




Photo yang wajib diletakkan dalam Sejarah Negara


ANWAR BERTANYA ADAKAH ANAK-ANAK NYA SUDAH PULANG


Kata Lokman Adam, beliau mengalirkan air mata ketika melihat scene akhir filem Anwar Untold Story iaitu wajah mata lebam Anwar Ibrahim yang mencentus kebangkitan gelombang reformasi. Ia kerana dirinya berada di barisan anak-anak muda yang memperjuangkan Anwar ketika itu.

Hanya 10 saat sahaja masa yang ada untuk Anwar mengalihkan wajahnya untuk tatapan jurugambar media dari jarak jauh telah mendatangkan hasil. Gambar itu benar2 mencetuskan fenomena yang luar biasa.


Stiker wajah mata lebam itu saya lekatkan di cermin kereta. Malah logo Parti Keadilan Rakyat adalah simbolik daripada mata lebam Ds Anwar Ibrahim.


——————————————————————————-


Mata lebam itu melahirkan simpati tetapi jika rakyat tahu apa yang berlaku kepada Anwar ketika itu, ia jauh membuat kalian merasa sedih, marah dan terbayang bagaimana Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh melalui detik2 cemas itu.


Dibawah saya muatkan serba sedikit skrip Siasatan DiRaja ketika kejadian itu berlaku yg akhirnya membawa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor dipenjarakan selama 2 bulan dan didenda RM 2 ribu.


Dlm skrip Siasatan DiRaja yg membuat saya benar2 rasa sayu apabila Ketua Polis Daerah Brickfield ketika itu, Koh Hong San memberitahu, Anwar bertanya kepadanya dua soalan iaitu ''Adakah nombor kad pengenalan saya betul?'' dan ''Sudahkah anak anak saya balik?''.


Lalu saya terfikir adakah ketika pertukaran van dan matanya terus diikat Anwar tidak mengetahui apa yg berlaku kpd anak2nya yg turut mengiringinya ketika dibawa rombongan polis? Jika benar ia sgt menyedihkan.


Dlm siasatan itu ada disebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Yaacob Mohd. Amin menjerit dengan nada agak tinggi, “Layan dia macam penjenayah biasa, kenapa tak gari dia?'' 


Kata Anwar, beliau telah dibawa dengan tangan bergari dan mata tertutup menuju ke bilik dan telah ditelanjangkan sebelum diberi baju T dan seluar pendek berwarna biru.


Katanya, beliau pada mulanya membantah diperlakukan begitu tetapi anggota polis yang ada bersamanya memberitahu mereka diarah berbuat demikian.


Tambah beliau, bilik kurungan itu tidak mempunyai aliran udara, tidak dimasuki cahaya matahari kecuali lampu yang terpasang 24 jam dan tidak sesuai ''walaupun bagi orang yang sihat''.


Pengerusi panel siasatan, Anuar kemudian bertanya, “Adakah ini menjadikan kecederaan kamu bertambah buruk?''


Anwar menjawab, keadaannya menjadi bertambah buruk kerana dengan matanya tertutup dan tangan yang digari, beliau terpaksa menaiki tangga empat tingkat untuk ke bilik siasatan itu.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mendengar bunyi orang berdehem sebelum lebih daripada seorang pegawai polis masuk ke dalam bilik lokapnya dan memukul beliau sehingga mengakibatkan kecederaan di tujuh bahagian badannya.


Katanya, beliau sedang duduk di atas pangkin dalam bilik lokapnya dengan mata diikat dan tangan bergari ketika mendengar bunyi tapak kasut serta bunyi orang sedang memberi tabik hormat.


Anwar berkata, beliau menganggap orang yang berada di luar bilik lokap itu adalah pegawai atasan polis berdasarkan bunyi orang sedang memberi tabik hormat.


Beliau kemudian terdengar bunyi tapak kasut seseorang masuk ke dalam bilik lokapnya diikuti dengan satu lagi bunyi tapak kasut. Anwar memberitahu, beliau kemudian bangun kerana yakin ada orang masuk ke dalam bilik lokapnya.


Katanya, dalam masa beberapa saat sahaja beliau merasa tumbukan yang kuat di bahagian atas mata kirinya dan di bahagian kiri dahinya.


''Saya tumbang ke belakang dan seseorang telah menyambar bahagian atas tangan saya bagi menarik saya bangun menyebabkan saya berdiri semula.


''Kemudian saya merasa satu pukulan kuat di sebelah kanan kepala saya, kemudian sebelah kiri dan pukulan ala karate di bahagian kiri tengkuk,'' katanya sambil menunjukkan setiap bahagian yang berkenaan.


Anwar berkata, beliau juga merasa satu pukulan di bahagian atas tangan kanannya dan satu tamparan di bahagian kiri muka iaitu berhampiran telinga sehingga ke bahagian berdekatan dengan mulut.


Katanya, pukulan itu berhenti secara tiba-tiba dan beliau terdengar bunyi 'aahh' seolah-olah ada orang sedang ditolak atau ditarik oleh seorang lain.


Menurut Anwar, semasa jatuh selepas ditumbuk beliau mengaduh dengan berkata 'Adoi', 'Allah' dan 'Jangan pukul saya'.


Katanya, selepas dipukul bertubi-tubi beliau jatuh dan merasa begitu lemah tetapi beliau masih berada dalam keadaan sedar.


Beliau berkata, beliau ditinggalkan seorang diri dan kemudian tiga orang anggota polis, dua daripadanya beruniform manakala seorang lagi berpakaian preman masuk ke bilik lokap itu dan membuka ikatan mata serta gari di tangannya.


Kata Anwar, salah seorang anggota polis beruniform mengelap darah yang keluar dari hidungnya dan di atas bibir dengan menggunakan sapu tangan yang sebelum itu digunakan sebagai pengikat matanya.


Peristiwa sebenar yg berlaku jauh lebih menyedihkan dari apa yg difilemkan. Tidak dpt dibayangkan bagaimana DS Anwar boleh bertahan malah apabila keluar dari penjara dia terus bangkit memperjuangkan nasib rakyat.


Tugas kita sebagai rakyat yg mahu menyelamatkan negara ini selepas berjaya mengangkat DS Anwar sebagai Perdana Menteri adalah berjuang bersamanya melawan rasuah. Ingat musuh kita bukan lagi komunis tetapi perasuah. 


Era 2023, melawan Cina komunis adalah mitos bagi menghalalkan kebobrokan pemimpin yg korup. True story ialah harta kita berpuluh billion telah dirompak oleh pemimpin2 yg korup.



TU PUN JANGAN. KEMPEN KONDEM NEGERI ORANG KEMAIN. MACAM NEGERI DIA METROPOLIS.

 


W.Faudzin


Dapat peruntukan baiki masalah air RM900 juta tahun 2020, janji mnjelang 2023 siap, terpaksa lewat juga.  Nak bayar duit bantuan raya utk Imam Bilal pun terpaksa lewat juga sampai habis dah hari raya.  Apa yang cepat hang buat Nusi wey???

APA AKAN BERLAKU BILA HADI JADI PM 11 ?

 

Ahmad Shukri Munir


Katakan lah... Tup Tap Tup Tap, Tuan Haji Abdul Hadi Berjaya menjadi PM11 bulan depan sebab dah cukup Jumlah...


Apa akan terjadi?


1. Pelaburan dari Timur Tengah khususnya Arab Saudi dan UAE tidak akan meneruskan pelaburan ke Malaysia kerana TG Hadi ni di Banned di Timur Tengah. President Erdogan pun malas nak layan Hadi ini sebab tak abis abis bertonyeh sama DSAI sahabat baik President Turkey ini. 

2. Xi Chinping Dari China "tak jadi" nak melabur 170billion Ringgit. Sebab Haji Hadi tak suka Komunis. Dan selalu menakut nakutkan Orang Melayu DAP parti Komunis. Mungkin Haji Hadi suka bersekutu dengan US Amerika. Tapi dorang pun tak nak Haji Hadi yg macam Pemerintah Taliban. 

3. European Union tak mungkin akan melayan Orang Macam Hadi. Yg Cuma tahu Bab Agama dan Kasi Fatwa ikut suka hati dia. Siapa tak undi Pas masuk neraka. Dan ramai orang akan undi sebab takut Berdosa. Mudah sekali. 

4. Menteri semua dari golongan PAS yg tak sekolah bahagian "duniawi" cuma Bahagian Agama saja yg mudah untuk Control pemikiran Orang Orang Ramai yg tak tahu dan tak mahu berfikir. Dan diantara Ustad Ustad ini, ada yg nanti akan berperang dan bergaduh dalam TikTok pasal Wahabi dan ASWJ dan Shiah. semakin haru biru. Semua kata dorang berhak Masuk Syorga. 

5. Dan Mahathir akan terus bermaharajalela dan senyum gembira kerana terlepas dari dipenjara atas sebab salah-laku dan rasuah anak anak. 

6. Dan PN dan Kluster mahkamah dan Penjenayah Taraf Menteri yg lepas akan terus menjadi pemerintah sekali lagi. 

7. Negara akan jadi FAILED State macam SRI Langka. 

8. Kesian Dia Kesian Kita semua.

Nauzubillah..



CLAIM CREDIT PANDAI JA PUAK PUAK NI


Najib Bakar.


 Bab claim kredit ni serah kat depa. Video Mekyunn sambut raya di surau tu benda jadi kat KL depa claim jadi kat Kelantan.


🤷‍♂️





WOOII PEJA. KAU DAN MAHATHIR TAK ISTIHAR LAGI. TAKUT KA CAMANA ?




 Peja dan Mahathir ni sama-sama pelupa. Sebelum PRU15 lagi DS Anwar dah isytihar harta. Yang tak berani isytihar pemimpin PN dan Mahathir sendiri... Ada pula ulama PN yang kata isytihar harta agenda komunis. Sekarang ni nak tengok Peja dan Mahathir pula yang isytihar harta. Berani? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.