SEHINGGA KINI BELUM ADA PIMPINAN UMNO YANG DISUCIKAN OLEH KERAJAAN NI

 


Selama beberapa bulan PH bekerjasama dengan BN membentuk kerajaan perpaduan, aku masih tak nampak pemimpin BN disucikan.

Begitu juga dengan penyokong BN. Masih ada rasa skeptikal terhadap PH terutama DAP. Ini tak pelik sebab dah lama bermusuhan.

Kerajaan ini dibentuk atas nasihat YDP Agong. Jadi masa diperlukan untuk buangkan terus sengketa lama. Tak semudah itu berlaku.

Dan itu satu indikasi bahawa penyokong PH dan BN tetap pada paksi masing-masing. Walau terpaksa berkorban rasa, tapi rela demi masa hadapan yang lebih baik.

Berbeza dengan lebai dan walaun. Mereka ni cepat betul berubah pendirian. Yang dibenci tiba-tiba jadi suci bila jalin kerjasama.

Contoh dulu bermusuh dengan DAP. Tapi bila kena bekerjasama, tiba-tiba puja DAP. Siap keluar fatwa wajib sokong DAP pula.

Kemudian bila bergaduh balik dengan DAP, serta merta DAP jadi musuh Islam. Hilang semua fatwa yang pernah dipakai dulu.

Lepas DAP, dengan UMNO pula. Sebelum ini tuduh UMNO kafir. Bila berbaik, guna alasan perpaduan. Fatwa pula wajib sokong perpaduan.

Kemudian bila UMNO dah tak mampu beri nafkah, benci pula UMNO. Dendang irama sakau. Bersatu sakau juga, dia diam pulak.

Sekarang dengan Mahathir. Tiba-tiba walaun jelma jadi walatun pula. Tak pasal-pasal Mahathir jadi wira padahal dulu punya benci Mahathir.

Serta merta lupa dia pernah tuduh Mahathir halang peruntukan untuk Kelantan. Dia jadi lupa Mahathir pernah kata PAS parti kafir.

Baik dengan MCA, lupa MCA pernah lukis Hj. Hadi berupa monyet. Baik dengan Gerakan, lupa parti itu pernah bawa isu hudud ke mahkamah.

Baik dengan Mahiaddin, lupa orang itu pernah kata PAS Parti Ajaran Sesat. Pendek kata, semudah ABC PAS lupakan segalanya.

Jelas politik PAS cuma politik sampah. Tiada garis perjuangan yang jelas. Asal boleh dapat duit dan kuasa, PAS sedia menempel.

Dari lebai sampai walaun, sama saja. Paling kesian walaun. Tidak tidak pun, lebai dapat juga rasa hidup mewah. Walaun dapat apa?

Sebab itu kalau ada yang gelar PAS pelacur politik, memang susah nak sanggah. Sebab perbuatan PAS menampakkan ia sebegitu. Guane boh?

Raja Gelap

.