DIA NAK TERUJA MACAMANA. BAGI 900 JUTA PUN DIA TAK TAU BUAT APA

 


ARMAN HIDAYAT

Astaghfirullah. Sifat orang2 bongkak dan sombong. Saya mohon kepada Perdana Menteri Malaysia ke 10 Dato Sri Anwar Ibrahim agar menyalurkan Dana tersebut kepada negeri Sarawak kerana negeri kami cuma mendapat Rm600 juta sahaja walaupun negeri kami ini sebenarnya adalah 3 wilayah yang membentuk MA63. Mohon Dato Sri mempertimbangkan permintaan saya sebagai rakyat Sarawak. 🇲🇾🙏





Dulu Pas tolak assabiyah, sekarang agama bermula dengan kaum?




Perjuangan Pas telah jauh menyeleweng dengan pelbagai pendapat baharu direka bagi membenarkan ijtihad politik yang pada suatu ketika dianggap kurang iman apabila dilakukan oleh parti musuh.



Menurut Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, ketika beliau berjuang di dalam Pas dahulu parti berkenaan amat konsisten menolak politik asabiyah, perjuangan berasaskan kaum, nasionalisme atau sebagainya.



Namun kini, pendapat terbaharu Presiden Pas, Hj Hadi Awang setelah menandatangani proklamasi Melayu bersama Tun Mahathir berputar 180 darjah membenarkan pula agama diperjuangkan secara perkauman.



"Sekarang lain pulak. Bila pi jumpa Dr Mahathir dia kata 'perjuangan Islam bermula daripada kaum'. Ayat lain pulak keluar



"(Dulu perjuangan Pas) menegakkan akidah, bukan berdasarkan kaum. Nabi sendiri melawan bapa saudaranya satu kaum, menegakkan kebenaran, kerana Islam itu bukan ditegakkan atas kaum.



"Sekarang Presiden Pas kata kita bermula daripada kaum. Jangan bimbang orang ini (mudah) berubah. Dua tahun lagi (dia mungkin kata) 'DAP sahabat kite'



"Jadi Presiden Pas ini kita tak tahu esok dia nak kata apa. Tetapi pengikut dia fanatik. Kalaulah dia kata sekarang hujan (sedangkan tidak hujan), pengikut dia akan kata hujan. Tok Guru nampak, kita tak nampak. Begitulah sikap yang ditanam," sinis Mat Sabu dalam Ceramah Jelajah Madani Kedah 2023, peringkat DUN N.33 Merbau Pulas, malam tadi.



Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi, selama puluhan tahun dalam Pas beliau telah mengikut 'buta' fatwa yang menyifatkan Umno sebagai golongan lemah iman atau bukan penganut Islam sebenar.



Namun selepas puluhan tahun itu, katanya, pemimpin Pas pula tidak segan silu berkawan dengan Umno pada 2020 - 2022 lalu dalam Muafakat Nasional.



"Kami diasuh dalam bentuk akidah, lawan Umno itu akidah. Kami diminta hafal ayat ayat Quran, Umno bukan daripada Islam. Sampai peringkat itu.



"Bukan golongan Nabi yang berjuang atas semangat assabiayah, nasionalisme dan sebagainya.



"Bagaimanapun, kami berterima kasih kepada Pas kerana satu ketika dulu mereka bersama (berkawan) Umno atas MN. Mursyidul Am Pas pula kata Pas bersama Umno adalah anugerah Allah.



"Ertinya selama ini ustaz ni membohong kita. Rupanya lawan Umno ini bukan akidah tetapi politik," kata Mat Sabu lagi.



 

KINI MUHYIDDIN KLUSTER MAHKAMAH- AKAN ADA LAGI PENDAKWAAN BERIKUTNYA

 

Muhyiddin mohon kes salah guna kuasa pindah ke Mahkamah Tinggi

Kes itu wajar dibicarakan di Mahkamah Tinggi memandangkan isu undang-undang dan fakta yang rumit akan dibangkitkan, menurut pasukan guamannya.

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin didakwa melakukan empat kesalahan salah guna kuasa di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 8 Feb dan 20 Ogos 2021.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mahu tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram terhadapnya berkait program Jana Wibawa didengar di Mahkamah Tinggi.

Rosli Dahlan, anggota pasukan guaman Muhyiddin berkata, permohonan difailkan pada 27 April untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen kerana ia melibatkan beberapa isu perlembagaan.

Katanya, pihak pembelaan berhasrat mencabar keperlembagaan pelbagai peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 semasa prosiding.

“Memandangkan isu undang-undang dan fakta yang rumit akan dibangkitkan, lebih wajar kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Azizah Jaafar.

Rosli berkata, permohonan untuk memindahkan kes itu dibuat oleh pihak pembelaan memandangkan pihak pendakwaan tidak memulakannya sendiri.

“Dalam semua kes rasuah bekas perdana menteri Najib Razak, pihak pendakwaan memfailkan perakuan untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi (untuk) perbicaraan,” katanya.

Pada 10 Mac, Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional, didakwa melakukan empat kesalahan salah guna kuasa di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 8 Feb dan 20 Ogos 2021.

Sebagai perdana menteri, beliau didakwa menerima RM232.5 juta dan mengubah RM200 juta secara haram, kesalahan yang menjadi subjek tiga tuduhan.

Rosli berkata, Nur Azizah memberikan pihak pendakwaan masa hingga 29 Mei untuk memfailkan afidavit sebagai jawapan kepada permohonan pemindahan kes oleh pihak Muhyiddin.

Pengurusan kes akan diadakan pada 31 Mei.

Program Jana Wibawa diperkenalkan pada November 2020 oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin sebagai inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.

Kontroversi tercetus selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kos beberapa projek terlalu tinggi dan ia dianugerahkan tanpa melalui proses tender.

Pada 19 April, Muhyiddin turut memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan salah guna kuasa atas alasan tuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM itu tidak menunjukkan berlaku sebarang kesalahan.

Beliau mahu semua prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan itu.

Pada sidang pengurusan kes hari ini, Timbalan Pendaftar Nur Shafini Mustafha memberi pihak pendakwaan masa hingga 22 Mei untuk memfailkan afidavit sebagai jawapan.

Beliau juga menetapkan pengurusan kes pada 12 Jun.

Hisyam Teh Poh Teik, K Kumaraendran, Chetan Jethwani, Amer Hamzah Arshad dan Kee Wei Lon mewakili Muhyiddin selaku peguam dalam kedua-dua pengurusan kes.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Noralis Mat dan Nor Asma Ahmad tampil bagi pihak pendakwaan.

TUUU DIIIAAAA....

 

Mukhlis Eddie


Depa puja habis si buntal yang tak bayar saman mahfuz ni, dia cedok lauk pun depa teruja 🤭




KENA SAMAN BAKAL HILANG KERUSI



Saja la nak bagitau... Kalau MP kena saman banyak ni, bakal hilang kerusi. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


KERJA LEBAI MENYALAHKAN ORANG LAIN

 



Suatu ketika dahulu...


Tapi sekarang Kelantan dah kaya raya. Maka sebab itu dah takde hal kalau nak baik dengan Mahathir dah.


Bak kata Menteri Nikah Kahwin Musang Berjanggut, itu undang-undang saya yang bikin. Saya boleh tukar. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



MAJLIS MESYUARAT RUNDINGAN PERPADUA N






Anwar Ibrahim.


Semalam mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi.


Saya nyatakan bahawa persiapan antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diputuskan dalam tempoh terdekat.


Ia juga termasuk rundingan pembahagian kerusi, calon dan strategi kempen.


Bagi negeri yang dikuasai gabungan tertentu seperti Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang, rundingan mengenai pengagihan kerusi harus dimulakan oleh kepimpinan negeri sebelum hasil rundingan itu dikemukakan kepada pusat. 


Mesyuarat semalam juga turut membincangkan penganjuran Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada Ahad ini.


Konvensyen ini adalah langkah gabungan parti di bawah Kerajaan Perpaduan untuk terus mewujudkan semangat kemuafakatan dalam kalangan kaum dan wilayah di negara ini. 


#MalaysiaMADANI



SEBUAH SAJAK BUAT TUN.

 WAHAI TUN M RANCANGLAH ! 


BERPAKATLAH UNTUK JATUHKAN ANWAR  SEBAGAI PM ! TETAPI SEBENARNYA ANDA SUDAH TIGA KALI TEWAS DITANGAN ANWAR.  


KALAU 2018 ANDA DATANG MENYEMBAH ANWAR DI MAHKAMAH UNTUK JATUHKAN NAJIB, SEDANGKAN ANWAR BANDUAN DSEBABKAN ANDA, NAMUN ANDA DENGAN MUKA TEBAL MERAYU PADA BANDUAN UNTUK MENJATUHKAN NAJIB. 


AKHIRNYA ANDA TERPAKSA GUNAKAN LAMBANG MATA LEBAM PKR KEADILAN UNTUK BERSAMA RAKYAT MENUMBANGKAN NAJIB.  


ANDA JUGA TEWAS DI TANGAN ANWAR BILA TERPAKSA MOHON KUASA AGUNG UNTUK PENGAMPUNAN ANWAR YANG ANDA SENDIRI SUMBAT BELIAU KE PENJARA.


ANDA LETAK JAWATAN UNTUK HALANG ANWAR JADI PM SELEPAS 22 TAHUN 22 BULAN ANDA JADI PM ! NAMUN PERANCANGAN ALLAH DI LUAR PENGETAHUAN MANUSIA.  


AKHIRNYA ANDA TERSUNGKUR MENYEMBAH RAKYAT DI LANGKAWI BILA HILANG DEPOSIT PRU 15. 


WALAUPUN DENGAN GABUNGAN PENGKHIANAT PKR KEADILAN PH TIDAK MENANG MUTLAK DI PRU 15, NAMUN DENGAN KERUSI TERBANYAK , ALLAH TURUN KUASA AGUNG UNTUK MELANTIK ANWAR MENJADI PM DENGAN SOKONGAN MUSUHNYA YANG ANDA CIPTA SEJAK 1998.


KINI MEREKA DUDUK DALAM SATU BUMBUNG YANG DULU ANDA PISAH-PISAHKAN. 


HATI YANG IKHLAS DAN BAIK ALLAH AKAN TOLONG.  CEPAT ATAU LAMBAT DOA YANG BAIK ITU ALLAH AKAN MAKBULKAN. 


CUKUPLAH JADI MANUSIA HASAT DENGKI SAMPAI KEHUJUNG NYAWA.  ANDA DAN KITA SEMUA AKAN DIHISAB DI HADAPAN  ALLAH.  


BERKATA BENAR DAN BAIKLAH WALAUPUN IANYA PAHIT UNTUK DITELAN. SEMOGA KITA SEMUA SALING INGAT MENGINGATI ( WAL'ASR ) WALAUPUN DENGAN SEBARIS AYAT.


_*muhamadZainal ahmad*_


MAJLIS RAYA YANG KEDEKUT PAHIT



 Rumah terbuka yang sangat kedekut. Sate cuma 18,000 cucuk. Kalau kita purata sorang makan 5 cucuk, dapatlah 3,600 orang merasa..


Kambing golek pula cuma 15 ekor. Di platform aku ni, tiap minggu memang ada hidang kambing bakar. Sekor biasanya 100 orang pun tak cukup.


Tapi kita kira la sekor tu 200 orang makan. Mungkin sorang ambil sepotong kecil. Jadi dengan 15 ekor, dapatlah dalam 3,000 orang makan.


Tapi PAS claim kehadiran 50,000 orang. Bermakna 46,400 orang tak dapat makan sate. Manakala lagi 47,000 pula cuma nampak tulang kambing.


Tapi katanya ada 3,000 juadah lain katanya. Juadah apa kita tak pastilah. Tapi kalau kambing pun cuma 15 ekor, rasa 3,000 tu banyak kuih raya kot.


Aku tak persoal 50,000 yang hadir. Mungkin betul. Cuma kesian sebab PAS kedekut sangat. Makanan tak cukup. Buat macam tak ikhlas je.


Terbayang berpuluh ribu datang tapi terkulat-kulat je tengok bekas makanan. Makanannya dah habis licin lincau sebab jumlah yang sedikit.


Lain kali, kalau tak cukup bajet, tak payahlah buat. Kalau nak buat, biarlah sesuai jumlah hidangannya.


Tapi nasib baiklah walaun jenis seluang. Dapat isap tulang kambing atau jilat batang sate pun dia dah bersyukur sangat. Jadi takde hal la. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

Kerajaan Perpaduan akan kekal hingga habis penggal


PN IBARAT ‘SCAMMER’ SKIM

 CEPAT KAYA





Normàn Radzuan

Buat rakyat Malaysia, buat ahli parti, buat penyokong kerajaan dan pemimpin kerajaan perpaduan… percayalah kata2 PMX, Insyallah kerajaan Perpaduan ini akan kekal habis penggal dan tiada apa yg perlu digundahkan.


Seperti kenyataan saya dahulu pemimpin PN ibarat ‘scammer’ skim cepat kaya. Menjanjikan pulangan lumayan dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan agar dpt menipu pelabur utk terus setia dan melabur dgn skim cepat kaya tersebut.


3 bulan sahaja, sebelum puasa, sebelum raya, selepas raya dan terbaru 15hb… ia sekadar kata2 politik atas beberapa faktor yg wajar difikirkan secara intelektual. Ia sebenarnya hanya sebagai ‘HARAPAN’ utk mengelakkan hilang kepercayaan dan seterusnya sokongan.


Kenapa PN berterusan berkempen PN akan akn jadi kerajaan…?


1) Psikologi kpd penyokong dan pengundi agar terus bersemangat kononnya perjuangan mereka hanya sedikit lagi utk mencapai kejayaan. Ia adalah psikologi scammer peniagaan dan scammer yg berlaku seluruh dunia.


2) Pembangkang seolah mahu kestabilan politik tidak berlaku agar pelabur2 tidak hadir. Kononnya kerajaan ini akar bertukar sedikit masa lagi. Apabila pelabur tidak hadir mereka akn mengatakan kerajaan ini gagal.


3) Tidak mahu melenturkan semangat penyokong di mana dlm tempoh 60 hari lagi PRN akan berlaku. Perang psikologi membina keyakinan kononnya kerajaan ini akan runtuh kerana green wave. Apabila berjaya scam dan keputusan peratusan undi Melayu kpd PN, mereka akn berkempen kononnya kerajaan Perpaduan ini ditolak org Melayu.


4) Divert issues yg sebenar di mana pemimpin2 PN yg akan dihadapkan ke mahkamah satu persatu pada bulan Mei. Ia isu yg sgt menakutkan kpd individu terbabit dan ia isu yg sgt menakutkan buat PN kerana bimbang ia akn membuatkan penyokong2 mereka tahu tembelang mereka akn diketahui ketika kes mahkamah berjalan nanti.


Lihat gambar … bagi penyokong kerajaan ia biasa2 sahaja tetapi bagi Muhyiddin and the gang mereka melihat sebagai ‘HARAPAN’ telah musnah. Mereka tahu mereka menuju jalan mati.


Istana telah memberi amaran tidak akn melayan dan menasihatkan jgn menyusahkan rakyat. Pemimpin BN dan GPS pula berdiri teguh di belakang PM serta parti2 kecil yg lain. Kini DS Anwar yg dahulu menjadi ketua pembangkang kini menjadi Ketua Kerajaan harapan seperti menuju jalan buntu.


PN hanya ada PAS sebagai parti dominan dan Bersatu tiada kekuatan akar umbi. Manakala Gerakan tak ubah dilihat seperti parti Pejuang di dlm PN yg langsung tidak mempunyai pengaruh. Mereka hanya kekuatan Melayu sahaja sdgkan PH/BN ada kekuatan Melayu dan semua kaum di seluruh negara.


Kekuatan PN yg ada dahulu kewangan dan kuasa tetapi kini mereka sudah tidak mempunyai kuasa eksekutif itu lagi. BERSATU tahu jika dlm tempoh 2-3 tahun ini kerajaan Perpaduan gagal dijatuhkan… keberangkalian PAS meninggalkan mereka sgt tinggi selain pemimpin mereka berisiko akn menjadi kartel mahkamah.


Jadi sepatutnya pemimpin2 dan penyokong kerajaan Perpaduan serang bukan bertahan. An attack is the best defense dan itu semua org tahu hal itu dlm startegi peperangan atau perang saraf politik …sepatut pemimpin dan penyokong menyerang mengatakan PN menipu rakyat.


Politik di Malaysia ini hanya perang psikologi utk lahirkan persepsi sahaja tak perlu dibuktikan dgn kuasa ekonomi sgt. Saya bimbang samada PH dan BN terlalu bergantung kpd figura PMX yg ke sana sini dgn baju Melayu dan program2 agama.


PH dan BN kena bekerjasama dgn lebih baik. Kedua parti ini di dlm kerajaan… seperti kata Pandikar Amin, “If you have power, you are powerful…if you don’t use your power, you are bloody fool.”



JANGAN TERTIPU MAINAN PN YANG HILANG MODAL POLITIK

 


Tersebar cerita kononnya PN dah dapat 126 kerusi. Dah cukup jumlah nak bentuk kerajaan. Agaknya dorang ni anggap bentuk kerajaan macam main pondok-pondok. Boleh ikut suka je.


Sebenarnya setakat cukup SD belum boleh jatuhkan PM yang ada. Cara yang boleh cuma dengan buat undi tak percaya di parlimen. Bukan dapat SD, bawa jumpa YDP Agong terus dilantik jadi PM.


Dan kedua, sekarang ada akta anti lompat parti. Jadi tak boleh sesuka hati nak tukar sokongan. Dan ada MoU yang mana kalau undi selain dari yang dipersetujui parti akan sebabkan hilang kerusi.


Jadi perlu ada PRK di parlimen tersebut. Sokongan mereka terhadap Mahiaddin takkan beri apa makna hinggalah mereka berjaya menang semula di kerusi mereka itu. Itu pun kalau boleh bertanding.


Jadi jalan ceritanya rumit. Bukan semudah berita yang tersebar. Boleh tak berlaku? Memang boleh. Tapi mudah ke nak berlaku? Tidak. Sangat sangat sukar. Ada ke MP yang sanggup hilang kerusi demi nak angkat Mahiaddin jadi PM? MP BN pulak tu.


Jadi aku lebih percaya berita ini sengaja disebarkan hanya sebagai maajun buat penyokong PN yang kini semakin hilang semangat. PN semakin hilang taring ditambah lagi dengan akaun yang disita oleh SPRM, langkah mereka semakin longlai.


Sedangkan PRN sudah semakin hampir. Kalaulah masalah semangat penyokong PN yang semakin pudar ini tak diatasi, PN akan masuk ke PRN dalam keadaan paling lemah.


Sebab itu disebarkan cerita ini. Kononnya selepas PRN akan ada kerajaan baru. Kenapa lepas PRN? Kenapa bukan sekarang? Sebab mereka perlu jana tenaga penyokong untuk ditunggang ketika PRN.


Dengan reka cerita begini, penyokong mereka nanti seolah diberi steroid untuk berusaha keras, dengan keyakinan mereka akan bentuk kerajaan selepas PRN nanti. Sedangkan ianya tidak begitu.


Untungnya PN ni, penyokong mereka jarang sangat guna otak untuk berfikir. Jadi perkara yang di luar logik akal pun mereka akan telan bulat-bulat. Sebab itu berita selonggar begini pun mereka hirup.


Apa pun, PH tetap kena berhati-hati. Dan aku juga tak fikir DS Anwar duduk diam di atas sana. Takkan la berita begini tak sampai kepada beliau. Takkan la beliau dah tahu cerita begini nak duduk diam je?


Dan kalau beliau ada rencana pun, takkanlah beliau nak umumkan. Itu tentulah jadi rahsia DS Anwar dan orang yang hampir kepada beliau. Usaha nak jatuhkan Zahid pun pasti dah ada mitigasinya.


Jadi kita penyokong PH tak perlu tekan sangat isu ini. Apa yang penting, kita teruskan beri penjelasan kepada rakyat agar mereka tahu kerajaan yang ada ini memang prihatin rakyat dan bukan kaki sakau macam masa PN dalam kerajaan. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

KECUT SELEPAS DICABAR ANWAR, BERSATU AKHIRNYA MENGAKU ANGKA 126


Bersatu akhirnya angkat tangan mengaku kalah serta sedar daripada mimpi tentang ketidakmampuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris berkata, kerajaan pimpinan Anwar cukup kukuh kedudukannya kerana mempunyai 148 sokongan Ahli Parlimen.


“Sangat sukar untuk pihak pembangkang mengatasi jumlah itu, ia bukanlah satu perkara mudah,” ujar beliau.


Begitu pun, untuk menutup malu atas ketidakmampuan yang digembar-gemburkan sejak minggu-minggu kebelakangan ini, beliau menyalahkan Anwar kerana memberi respon terhadap perkara tersebut yang kemudian mencabar blok pembangkang agar mengemukakan undi tidak percaya di Parlimen jika benar mereka sudah mempunyai angka.


“Kenapa Anwar perlu memikirkan khabar angin atau gossip kecil di luar gelanggang?


“Sepatutnya beliau tidak perlu fikir berapa angka yang pihak pembangkang ada sebab kerajaan pimpinannya sudah cukup kukuh iaitu mempunyai 148 kerusi,” tambah Razali lagi.


Ehh…ehh…tetiba nak salahkan Anwar pula?


Kepada Ketua Penerangan Bersatu yang baru memegang jawatan tersebut, ingin ditanya – apakah isu menjatuhkan kerajaan hanya sekadar gossip kecil di luar gelanggang, sedangkan yang menghebohkan angka 126 sebelum ini adalah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sendiri?


Tidak cukup dengan itu, seorang Naib Presiden Bersatu pula dilihat begitu galak menulis pelbagai persepsi mengenai kejatuhan Perdana Menteri di media sosialnya sejak seminggu yang lalu.


Isu kecil di kuar gelanggangkah jika pimpinan kanan Bersatu sendiri turut jadi stim untuk menukar kerajaan?


Dengan itu, ia sebenarnya bukanlah gossip kecil di luar gelanggang, tetapi secara sedar memang dicetuskan oleh Bersatu.


Makanya, tindakan Anwar memberi respon adalah wajar dan munasabah, malah memperlihatkan beliau seorang Perdana Menteri yang peka, berani serta proaktif, tidak seperti PM8 yang “sejuk” dalam banyak perkara ketika memegang jawatan Perdana Menteri sebelum ini.


Mujur jugalah Anwar pantas mencabar agar bertempur di Parlimen jika ingin menumbangkannya, maka rakyat seluruh negara dengan cepat akhirnya mengetahui angka 126 dan gembar-gembur akan berlaku pertukaran kerajaan itu hanyalah palsu dan auta belaka.


Kalau tidak dicabar Anwar, agaknya berminggu dan berbulan lagi angka 126 itu terus dijaja sebagai modal untuk mencetuskan ketidakstabilan, seterusnya sebagai modal bagi sesetengah pimpinan parti itu berangan-angan dan bermimpi kembali menjadi kerajaan dan dapat kembali jadi menteri semula.


Apabila dicabar Anwar dan sedar angka itu hanya sekadar auta, terkedu dan kecutlah mereka sekarang ini.


Lagi pun, kalau ikut logiknya, daripada 74 Ahli Parlimen yang ada bersama bersama PN ketika ini, entahlah dalam mimpi apa mereka boleh dapat angka 126 itu.


Dengan jumlah 126 yang dihebohkan, ia bermakna berlaku pertambahan seramai 52 iaitu seramai 52 Ahli Parlimen yang menyokong Anwar dan kerajaan perpaduan sekarang beralih menyokong PN yang sedia memiliki 74 Ahli Parlimen.


Daripada parti mana dalam blok kerajaan merekq nak dapat angka 52 itu?


Mudah kata, ini sebenarnya bukan lagi bermimpi di siang hari, tetapi mengigau kerana jiwa kacau, lalu meracau angka yang entah apa-apa.


Kalau sudah tahu sokongan kerajaan ada 148 Ahli Parlimen dan tiada kemampuan untuk PN berbuat sesuatu yang luar biasa mengubah angka yang mereka miliki, lebih baik duduk sajalah diam-diam dan buat kerja lain yang lebih berfaedah.


Kan sekarang dah malu sendiri? – ShahbudinHusin 08/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



HAMBAR WALAU SANUSI HADIR


Raja Mohd Shahrim


 Program Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Selangor gagal dapat sambutan walaupun tetamu undangan Sanusi MB kedah hadir..

😆😆😆😆


WOOOIIII LAIN KALI TAK CUKUP BUDGET JANGAN DOK BUAT LA. MAKAN PUN TAK CUKUP.


 

Rumah terbuka yang sangat kedekut. Sate cuma 18,000 cucuk. Kalau kita purata sorang makan 5 cucuk, dapatlah 3,600 orang merasa..


Kambing golek pula cuma 15 ekor. Di platform aku ni, tiap minggu memang ada hidang kambing bakar. Sekor biasanya 100 orang pun tak cukup.


Tapi kita kira la sekor tu 200 orang makan. Mungkin sorang ambil sepotong kecil. Jadi dengan 15 ekor, dapatlah dalam 3,000 orang makan.


Tapi PAS claim kehadiran 50,000 orang. Bermakna 46,400 orang tak dapat makan sate. Manakala lagi 47,000 pula cuma nampak tulang kambing.


Tapi katanya ada 3,000 juadah lain katanya. Juadah apa kita tak pastilah. Tapi kalau kambing pun cuma 15 ekor, rasa 3,000 tu banyak kuih raya kot.


Aku tak persoal 50,000 yang hadir. Mungkin betul. Cuma kesian sebab PAS kedekut sangat. Makanan tak cukup. Buat macam tak ikhlas je.


Terbayang berpuluh ribu datang tapi terkulat-kulat je tengok bekas makanan. Makanannya dah habis licin lincau sebab jumlah yang sedikit.


Lain kali, kalau tak cukup bajet, tak payahlah buat. Kalau nak buat, biarlah sesuai jumlah hidangannya.


Tapi nasib baiklah walaun jenis seluang. Dapat isap tulang kambing atau jilat batang sate pun dia dah bersyukur sangat. Jadi takde hal la. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


DULU DIA NI MENIPU BAWA LORI TANPA KUNCI.




 Siapa yang menipu? Jabatan Bomba atau Zailah? Aku tak kenal Pengarah Jabatan Bomba Kelantan tu tapi kalau Zailah ni, pernah tersebar gambar dia memandu lori tanpa kunci. Nilaikan sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


MENIPU PUN PATUT PATUT LA...


Azman Shah Mokhar

 apa lagi lah puak2 ni nk bangga dengan mencuri air dari pili bomba.. edarkan pula pada orang² kampung..sekampung dapat "saham" mencuri.. 

nasib² dapat mp tahap macam ni... takdir!!!!!



Guna pili: Siti Zailah kata dapat kebenaran, pengarah Bomba Kelantan nafi


Pengarah Bomba Kelantan: "Pihak kami tidak terima sebarang permohonan daripada YB untuk ambil air daripada pili bomba. Terus terang saya cakap. Tak ada surat, tak ada satu perkataan untuk minta kebenaran kepada kami.


"Saya juga hubungi Pengerusi Besar AKSB (Nazmi Ghazali Azmin dan beliau maklumkan pihaknya juga tiada terima permohonan daripada YB,” katanya.


Berita berkenaan:

https://m.malaysiakini.com/news/664289