ANAK MUDA, AYUH KITA TOLAK POLITIK KETAKSUBAN



1.  Dua hari lepas saya menulis sedikit catatan tentang PAS, sebuah parti Islam yang dahulunya idola saya tetapi sekarang ini kebimbangan saya.


2.  Menjentik sedikit, reaksinya menakutkan. Saya dimaki berjemaah dengan bahasa yang kotor dan ini tidak menggambarkan nilai dan akhlak Islam. Malu saya apabila saudara saya hilang adab dalam berpolitik.


3.  Munculnya cemuhan dan makian sebegini adalah ketaksuban pemimpin dan penyokongnya. Ketaksuban ini bahaya, perlu ditolak dan pemimpinnya tidak boleh diangkat menerajui negara ini. Anak muda harus fahami ini. Anak muda harus jauhi parti sebegini.


4.  Atas nama Islam, mereka kata mereka memperjuangkan umat sejagat, sedangkan realitinya setiap hari mereka meratib DAP, meratib kebangsaan mutlak. Mereka tidak faham realiti hidup dalam negara majmuk. 


5.  Saya perhatikan komen kumpulan ini penuh dengan emosi dan kebencian. Jika dibahas kita dikatakan anti Islam, pendokong liberalisme, dan LGBT. Inilah ratib mereka. Jika berbeza pendapat, mereka menjadi penghukum yang kental.


6.  Tidak cukup dengan itu, akan muncullah penulis mereka yang membunuh karekter kita, memperlekehkan kita. Saya alami itu, tetapi Alhamdulillah saya boleh menghadapinya. 


7.  Anak muda. Saya sudah lama berdamping dengan PAS. Saya gembira PAS menjadikan agama sebagai produk politiknya, dan Quran dan hadis sebagai landasan perjuangannya.


8.  Namun, saya sedih apabila PAS menjadikan kebencian sebagai senjata untuk menakutkan mereka yang berseberangan dengannya, merasuah penyokongnya dengan syurga, dan penentangnya dengan neraka. 


9.  Anak muda, sebab itu saya kongsi pengalaman ini dengan harapan kita menjauhi politik sebegini. Saya yakin anak muda mampu menilai dengan bijak, rasional dan adil. Dan yang paling penting, dapat memainkan peranan sebagai agen perubahan. Sejarah membuktikan, kuasa anak muda adalah penyumbang utama kepada jatuh bangunnya sesebuah tamadun.


10.  Anak muda, atas asas ini, marilah bersama saya. Kita sama-sama suburkan keharmonian dan hayati Madani. Madani itu hidup berperadaban yang tidak memperlekehkan orang, hidup yang penuh kasih sayang, saling menghormati dan menolak politik ketaksuban.


TERUKNYA KERAJAAN NEGERI KELANTAN.



Teruknya kerajaan negeri dia, nak supply air pun kena guna duit sendiri…



ANWAR HADIR JAMUAN RAYA DI SABAH




Anwar berada di jamuan Hari Raya di Sabah pula hari ini.  Mesti walaun kata Sabah pun ada PRN, PMX mahu berkempen la tu.  Biasa la walaun, bersangka buruk sokmo..



WALAUN NI TAK SEKOLAH TINGGI. CAKAP TAK SELIDIK DULU.

 Gila ke apa mamat ni..??

Isu air diKelantan dah berpuluh tahun dan beratus ratus juta bantuan telah disalurkan oleh Kjaan Persekutuan tapi PAS tetap mendakwa dianak tirikan..



Isu Lebuhraya, kenapa nak salahkan Kjaan Persekutuan..?? Lebuh rakyat yang sepatutnya telah siap pada 2017 terus terbengkalai sehingga 2023 dan Kjaan PAS Kelantan mahu serahkan projek pada Kjaan persekutuan dan tanggung hutang RM60 juta sekali..


Meme PAS tak pernah salah, yang salah PH/BN..



ISU SKANDAL SEKS EXCO MELAKA MESTI DISELESAI MELALUI PROSES UNDANG-UNDANG


Sudah hampir seminggu berlalu sejak isu skandal seks seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka terdedah kepada umum, malangnya sehingga ini masih tidak ternampak proses undang-undang mahu di ditegak dan didaulatkan.


Sementara Exco terbabit sekadar membuat penafian, tetapi enggan membuat laporan polis, Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh pula hanya mengkategorikan semua pendedahan itu sebagai fitnah di era media sosial yang semakin berkembang.


Tindakan sedemikian sebenarnya masih jauh daripada memadai kerana yang dituduh adalah seorang Exco yang bermakna ini adalah melibatkan maruah kerajaan negeri.


Menafikan dan mengatakan ia sebagai fitnah tidak membersihkan nama Exco terbabit dan kerajaan negeri selagi tiada siasatan melalui proses undang-undang dijalankan.


Hanya setelah siasatan dilakukan, Exco terbabit dan wanita berkenaan diambil keterangan dan pihak yang menularkan video serta tangkap layar perbualan juga disiasat sama, barulah selepas itu boleh ditentukan sama ada kesalahan atau perlanggaran undang-undang telah berlaku atau sebaliknya.


Jika didapati tiada apa-apa kesalahan boleh dibuktikan, maka dengan sendirinya imej kerajaan negeri Melaka dapat digambarkan sebagai bersih dan tidak terpalit lagi dengan sebarang kekotoran yang memalukan.


Apatah lagi, dalam skandal seks itu, ia bukan saja melibatkan perlunya siasatan di bawah bidang kuasa pihak polis, tetapi juga SPRM dan majlis agama.


Ini kerana, berdasarkan video dan tangkap layar perbualan yang didedahkan, semacam ada kesalahan jenayah, rasuah dalam bentuk seks, hubungan seks haram, malah juga menyebarkan fitnah.


Dalam hal ini, meskipun Exco terbabit dilaporkan enggan membuat laporan polis, Ab Rauf selaku ketua kerajaan negeri sepatutnya mengambil langkah murni untuk membersihkan imej pentadbirannya.


Beliau bukan saja harus memastikan siasatan oleh pelbagai agensi penguatkuasa dilakukan dalam kadar segera, malah sepatutnya juga mengarahkan Exco berkenaan bercuti sementara proses siasatan dijalankan.


Kes ini tidak boleh disembunyikan atau disapu di bawah karpet kerana akhirnya yang akan tercalar dan memikul beban ialah Ab Rauf sendiri selaku Ketua Menteri yang baru saja menerajui Melaka.


Selagi proses siasatan mengikut undang-undang tidak dilakukan, Ab Rauf akan dilihat oleh rakyat sebagai sama tidak bersih dan seolah-olah cuba melindungi kesalahan Exconya sendiri.


Sebelum pihak-pihak luar tampil membuat lebih banyak laporan, baik kepada polis, SPRM dan pejabat agama sehingga akhirnya pihak berkuasa terbabit tiada pilihan lain selain membuka kertas siasatan, Ab Rauf mesti mengambil peluang ini untuk lebih dahulu menunjukkan sikap pro aktif dengan beliau sendiri mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan demi imej kerajaan negeri yang sedang dipimpinnya.


Ayuh Ab Rauf, jangan berlengah lagi menunjukkan nilai-nilai kepimpinan murni yang boleh dibanggakan oleh rakyat Melaka.


Belajar daripada pengalaman sebelum ini di mana ada seorang bekas Ketua Menteri Melaka terpalit dengan skandal seks, kini adalah peluang Ab Rauf untuk memperlihatkan dirinya bukan pelindung kepada skandal seks. – ShahbudinHusin 30/04/2023.


https://shahbudindotcom.net/



RUMAH TERBUKA SABTU.HIMPUNAN MADÀNI SABTU. RUMAH TERBUKA JUMAAT.

 



Himpunan Madani bukan rumah terbuka. Dorang ni confuse atau sengaja buat tak faham? Rumah terbuka hari Sabtu. Himpunan Madani hari Jumaat.


Himpunan Madani Kedah tu dianjurkan oleh PH Kedah, menggunakan dana PH Kedah sepenuhnya. Ia memang majlis politik. Apa masalahnya?


Macam biasa, pemimpin PN memang tak reti nak buat homework dulu sebelum bercakap. Nasib baik Hattan tak dengar. Cap ayam sungguh. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



JANGAN NAFIKAN KEHADIRAN RAMAI. TAK PAYAH NAK NAFIKAN PUN

 


Sambutan untuk rumah terbuka Madani dikatakan melebihi sasaran 25,000 pengunjung. Aku baca komen, ramai walaun yang sakit hati. Ada yang kata jumlah itu dibesarkan oleh akhbar terbabit 


Tak kurang yang kata hadirin sekadar nak makan dan pelbagai alasan lain. Apa pun alasan diberikan, ia sekadar untuk sedapkan hati sendiri saj. Sebab kenapa orang ramai hadir, mereka sendiri tahu.


Cuma, kalau nak kata sebab nak makan je, tentu tak nampak ramai. Sebab lepas makan, tentu terus nak balik. Buat apa lagi nak melepak? Duduk situ pun akan nampak wajah yang dibenci. Nak buat apa?


Hakikatnya, DS Anwar dikerumuni. Hakikatnya, ada ramai yang nak bergambar dengan beliau. Jadi kalau nak kata orang ramai datang setakat untuk makan, mungkin tak berapa tepat rasanya.


Kehadiran di rumah terbuka itu bukan gambaran prestasi PH dalam PRN akan datang. PH tak boleh berpuas hati. Tapi PH perlu gunakan momentum dari majlis ini untuk tarik lebih banyak sokongan rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


SENI POLITIK.



Eh eh eh! Besarnya gelak? Lupa ke sebelum ni kata yang bukan-bukan pada DS Anwar? Gelak gelak gak tapi kes mahkamah jangan lupa ye?


Mungkin juga Sanusi bersikap macam baby yang menangis sebab nakkan perhatian. Bila dah kena angkat, biasa kan bang senyap. Siap gelak lagi. 


Dia meroyan pasal PM sebab nak perhatian je. Hari ni dah dapat perhatian, tu gelak besar. Kira Sanusi ni macam baby la ek? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



PAS SUKA CLAIM APA YANG ORANG LAIN BUAT.


RAJA SHAHRIMM


 Yang buat plan menyelamatkan TH adalah Muhajid Rawa dan mantan CEO TH Nik Hasyudeen tapi  yang claim kredit PAS..

😆😆😆



AKIBAT MENERIMA CABARAN WALAUN - WAN MAHUSSIN HADIR TERUS JUMPA SUDIN COPONG DI JAMUAN RAYA.

 




WAN MAHUSSIN WAN ZAIN 


ni aku baru follow atas saranan seseorang. Lepas tengok beberapa postnya, aku terus follow sebab aku rasa berbaloi.


Wan Mahussin kerap mengkritik (bukan kecam) kerajaan Kelantan. Semua berfakta. Kemudian ada walaun yang cabar dia datang ke Majlis Rumah Terbuka PAS.


Cabaran disambut. Dia pergi ke sana dan berjumpa dengan pemimpin yang digelar singa PAS. Sekali singa jadi tikus. Hahaha... Aku salute. Aku galakkan korang follow. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



PMX - JASA TOKOH LAMA TETAP DIKENANG





PMX berkesempatan mengunjungi rakan lamanya yang juga pernah menjawat jawatan TPM di era Mahathir iaitu Tun Musa Hitam.  Waktu itu kepimpinam Mahathir - Musa dikenali sebagai '2M".  


Seperti biasa, tabiat Mahathir yang tidak mahu ada tokoh yang lebih hebat dari beliau dan tidak mahu ada orang lain yang tidak sehaluan dengannya, maka Tun Musa merasa dirinya tidak lagi diperlukan.  Beliau ditekan hingga terpaksa meletakkan jawatan.  


Musa pernah berkata, " Jika saya melawan cakap2 Mahathir, saya juga akan difitnah meliwat".  Bezanya, Musa cepat mengalah tetapi tidak bagi Anwar Ibrahim.  Lagi ditekan, lagi melawan!!  Kontroversi terbesar di era Musa Hitam yang ketika menjawat jawatan Menteri KDN adalah peristiwa berdarah di Memali.  Musa pernah menyatakan rasa kekesalannya atas peristiwa tersebut di mana berbelas umat Islam mati terbunuh termasuk anggota pasukan keselamatan dek kerana satu "fatwa" sesat Hadi Awang di dalam "Amanat Hadi" tahun 80-an.


PMX di dalam kesibukannya, meskipun 24 jam beliau diserang oleh musuh2 politiknya yang takut tembelang mereka pecah, PMX masih berkesempatan berkunjung menemui mantan TPM, Tun Musa Hitam.  Anwar tahu Tun Musa adalah tokoh negara yang banyak jasanya kepada rakyat, bangsa dan agama di negara ini.  Tentunya PMX mahu mengambil sedikit sebanyak pengalaman anak jati Johor berkenaan 


Semoga kepimpinan PMX terus maju jaya dan diberi pertunjuk oleh Allah SWT.


WFAUZDIN NS



CHEGU BARD YANG KECEWA DAN KOYAK






Tentu ramai tertanya-tanya mengapa semenjak dua menjak ni Chegu Bard seperti orang gila talak, meroyan macam hantu raya yang dibuang oleh tuannya?


Sebelum ini, dia ada beri amaran kepada PMX.  Waktu itu, dia amat marah apabila abah cow diseret ke mahkamah.  Maklumlah, sebelum ini dok kempen kononnya partinya itu suci bersih.  Tiba-tiba kantoi.  Chegu Bard meroyan depan mahkamah, dia beri amaran kepada Anwar bahawa Anwar boleh jatuh sewaktu undian bajet di Parlimen.  Akhirnya apa yang berlaku di parlimen? Usahkan mahu lihat Anwar jatuh, yang kita dapat lihat pemimpin kepujaan Chegu Bard itu ponteng parlimen.  Chegu Bard telah malu sendiri.


Dia komen program bersama PMX di Kedah semalam.  Dia kata, tidak ramai yang hadir.  Dia juga kata PMX dimalukan.  Aku nak bagitahu Chegu ayam ini, kamu sebutlah berapa sekalipun jumlah yang hadir, program tersebut disiarkan secara live di banyak medium sosial.  Dari petang ada live sehingga tamat program.  Tidak perlu disembunyikan berapa jumlah kehadiran, tetapi mata yang menyaksikan sendiri secara live dapat melihat rakyat Kedah terutamanya anak-anak muda tetap turun meredah hujan untuk bertemu PMX.  Kehadiran PMX di sebuah kedai makan sebelum itu juga padat disambut oleh anak2 muda.  Di sebelah malamnya juga, kita dapat saksikan sambutan meriah sehingga selesai program.  


Kita faham, tidak mudah untuk terima kehilangan kuasa.  Kita amat mengerti tekanan yang Chegu Bard rasai setelah hilang nikmat berada di kerusi empuk di pejabat Mara.  Jika dulu mungkin Jemin semburit (iaitu orang yang dia pernah tuduh melakukan rasuah dalam isu pintu gerbang dan kubah masjid di Selangor) boleh suapkan dia makan.  Dulu, mungkin mak lampir boleh kasi makan.  Kini, ibarat hantu raya yang dibuang oleh tuannya.  Meracau-racau dan merapu siang malam.  Jelas sangat tekanan yang dia hadapi.  Mungkin dia jadi begini kerana dosa dia yang sanggup khianat kepada perjuangan untuk kepentingan diri. Orang seperti ini tidak hairan kalau dia  sanggup tinggalkan anak bini hanya kerana kepentingan diri.


Aku harap dan merayu agar Chegu Bard buat laporan terhadap program semalam sekiranya beliau yakin dan ada bukti berlakunya salahguna kuasa atau rasuah.  Tentu Chegu Bard boleh buat laporan sepertimana dia pernah buat laporan terhadap Azmin semburit dulu. Tapi biarlah serius, jangan senyap bila dapat habuan ok.


Tahniah kepada rakyat Kedah yang tidak mudah diperbodohkan oleh Sanusi. Semakin kuat meroyannya puak-puak PN, itu memberi maksud betapa takutnya mereka kehilangan kuasa di Kedah dalam PRN nanti.  Buat Chegu Bard, jangan berputus asa, carilah rezeki halal yang lain.  Kamu boleh ternak ayam seperti dahulu atau jual.power bank semula.  Buatlah kerja apa pun asalkan tidak makan hasil bini.


WFAUZDIN NS



BERUNTUNG KEDAH






Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga program Hari Raya bersama PMX di Kedah.  Ramai yang datang, kecuali yang termakan hasutan agar jangan datang ke program yang Sanusi kata membazir itu.


Membazir itu haram di sisi Islam.  Program yang Sanusi kata membazir itu tentulah menjadi program yang haram di sisi Islam.  Peliknya, Sanusi pun datang ke program haram tersebut.  Tidak berdosakah Sanusi?


Kesihan rakyat Kedah.  Sudahlah mereka sedang hadapi masalah air, mereka tidak dapat hadir jamuan hari raya bersama rakyat yang lain.  Melepas anak2 mereka dari mendapat duit raya dan menikmati jamuan yang disediakan  kerana yakin akan kata2 itu program membazir.  Haram terlibat dalam program membazir.


Siapa yang untung? Sanusi lah yang untung kerana dapat mentekedarah sehingga buncit perut.  Rakyat duduk di rumah sambil memulas kepala paip agar keluar air.  Sanusi tersengeh2 macam kerang busuk bergambar bersama PMX.  Sanusi boleh, kamu semua  tidak boleh.


Siapa bodoh ?


WFAUZDIN NS



WALAUN BERFIKIRAN TERKEBELAKANGAN.



 1 liter Ron 92 petrol berharga 283 rupees ~ RM 4.45 di Pakistan. 


Di Malaysia kita bayar 1 liter - RM2.05


Itu pun un dan untit bising mahu RM1.50? Ahaks.