PMX - JASA TOKOH LAMA TETAP DIKENANG





PMX berkesempatan mengunjungi rakan lamanya yang juga pernah menjawat jawatan TPM di era Mahathir iaitu Tun Musa Hitam.  Waktu itu kepimpinam Mahathir - Musa dikenali sebagai '2M".  


Seperti biasa, tabiat Mahathir yang tidak mahu ada tokoh yang lebih hebat dari beliau dan tidak mahu ada orang lain yang tidak sehaluan dengannya, maka Tun Musa merasa dirinya tidak lagi diperlukan.  Beliau ditekan hingga terpaksa meletakkan jawatan.  


Musa pernah berkata, " Jika saya melawan cakap2 Mahathir, saya juga akan difitnah meliwat".  Bezanya, Musa cepat mengalah tetapi tidak bagi Anwar Ibrahim.  Lagi ditekan, lagi melawan!!  Kontroversi terbesar di era Musa Hitam yang ketika menjawat jawatan Menteri KDN adalah peristiwa berdarah di Memali.  Musa pernah menyatakan rasa kekesalannya atas peristiwa tersebut di mana berbelas umat Islam mati terbunuh termasuk anggota pasukan keselamatan dek kerana satu "fatwa" sesat Hadi Awang di dalam "Amanat Hadi" tahun 80-an.


PMX di dalam kesibukannya, meskipun 24 jam beliau diserang oleh musuh2 politiknya yang takut tembelang mereka pecah, PMX masih berkesempatan berkunjung menemui mantan TPM, Tun Musa Hitam.  Anwar tahu Tun Musa adalah tokoh negara yang banyak jasanya kepada rakyat, bangsa dan agama di negara ini.  Tentunya PMX mahu mengambil sedikit sebanyak pengalaman anak jati Johor berkenaan 


Semoga kepimpinan PMX terus maju jaya dan diberi pertunjuk oleh Allah SWT.


WFAUZDIN NS