PENJELASAN WISMA PUTRA- ARAB SAUDI SAHKAN PERTEMUAN ANWAR DENGAN PUTERA MAHKOTA.

 


Wisma Putra hari ini tampil menjelaskan mengenai lawatan rasmi perdana menteri ke Arab Saudi, sambil berkata ia sudah menerima nota diplomatik yang mengesahkan lawatan Anwar Ibrahim serta pertemuan dengan Raja Salman Abdulaziz dan pemerintah “de facto”, Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Wisma Putera dalam satu kenyataan yang memperincikan lawatan Anwar dari 22 hingga 24 Mac, berkata pihaknya menerima nota diplomatik bertarikh 21 Mac daripada kedutaan Arab Saudi, mengesahkan tarikh perjalanan Anwar ke kerajaan itu.

“Nota diplomatik yang serupa turut diterima pada tarikh yang sama oleh Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya.

“Kedua-dua nota diplomatik tersebut merujuk kepada Lawatan Rasmi Perdana Menteri pada 22 – 25 Mac 2023 termasuk program kunjungan hormat dengan Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Yang Amat Mulia Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, putera mahkota dan perdana menteri Arab Saudi.

“Kedua-dua nota diplomatik tersebut jelas menyatakan kerajaan Arab Saudi mengalu-alukan lawatan tersebut termasuk pelaksanaan ibadah Umrah di Makkah dan ziarah di Madinah.”

Wisma Putra sebelum ini berkata lawatan itu adalah atas jemputan Mohammed.

Bagaimanapun persoalan dibangkitkan oleh pembangkang selepas lawatan Anwar ke negara itu berakhir tanpa pertemuan dengan Mohammed atau Raja Salman.

Laporan Bernama berkata pertemuan itu tidak dapat berlangsung kerana putera mahkota mempunyai perubahan rancangan menjelang bulan Ramadan. 

Anwar melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat bertemu Mohammed, tetapi beliau dikatakan menolak permintaan pegawai Arab Saudi untuk melanjutkan tempoh lawatannya supaya pertemuan dengan putera mahkota dapat dilakukan. 

Wisma Putra hari ini berkata pihaknya telah membuat semua persiapan awal dan secara profesional, mengikut SOP bagi perjalanan rasmi pemimpin ke luar negara.

“Berdasarkan perjalanan dan hasil lawatan, lawatan rasmi perdana menteri ke Arab Saudi menggambarkan kepentingan hubungan diplomatik dan kerjasama di antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi,” menurut kenyataan itu.

“Malaysia sentiasa menganggap kerajaan Arab Saudi sebagai rakan strategik. Dalam konteks ini, Kementerian Luar Negara (KLN) menegaskan bahawa polemik-polemik serta tanggapan-tanggapan tidak berasas oleh sesetengah pihak di Malaysia atas kepentingan politik sempit tidak akan membantu dalam usahanya memartabatkan diplomasi Malaysia ke arah pengukuhan hubungan dan kerjasama dengan negara-negara sahabat di seluruh dunia baik di peringkat dua hala, serantau dan antarabangsa.”

Wisma Putra berkata isu itu dipandang negatif oleh kumpulan tertentu, sambil menambah bahawa ini adalah tidak adil kepada kedua-dua kementerian dan kerajaan, serta Kementerian Luar Negara dan kerajaan Arab Saudi. 

Ia berkata persiapannya untuk lawatan itu melibatkan beberapa siri perbincangan dengan kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, termasuk pertemuan dengan duta kerajaan sebelum tarikh yang dicadangkan ditetapkan. 

Mereka berkata, menteri luar itu juga telah bercakap dengan rakan sejawatannya dari Arab Saudi semasa lawatannya ke Riyadh pada Februari.

Perbincangan itu menyentuh secara spesifik tentang lawatan perdana menteri dan kesesuaian tarikh-tarikh serta perancangan hasil-hasil lawatan. 

Wisma Putra juga menepis kritikan mengenai waktu lawatan pada awal bulan puasa, mengatakan ini bukan isu di pihak Arab Saudi.

“KLN turut dimaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengambil sikap terbuka dan pernah menerima lawatan pemimpin-pemimpin asing dalam bulan Ramadan.”

Ia menambah Anwar dan delegasinya diberikan taraf tetamu negara, termasuk penyediaan kenderaan, penginapan dan perlindungan keselamatan oleh pengawal Diraja Arab Saudi dan pegawai protokol dari mahkamah diraja. 

Mengambil maklum pertemuan yang diadakan Anwar, termasuk dengan presiden Bank Pembangunan Islam, Wisma Putra berkata lawatan perdana menteri itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih kukuh dan menyeluruh.

Sumber – https://www.malaysianow.com








SABOR LE...BULAN PUASA NI KAN....


Mohd Shah Rim


 Tuan Ibrahim dah janji, masalah air di Kelantan selesai 2023..ke 31 Disember 2023..??





KALI NI UNDI SUARA

 



Belanjawan diluluskan dengan undi suara. Tiada undi belah bahagi. Pembangkang pun tak lawan. Aku rasa sebab masanya tak sesuai.


Mungkin pengundian dibuat masa pembangkang tengah sibuk beli juadah berbuka. Atau kalau tak pun, masing-masing tengah tahan gastrik.


Nak mengundi macamana? Tengah tak larat boh. Guane boh?


 

Raja Gelap 


PULAK ...ORANG KEDAH KATA KALAU LETAK SANUSI TU BIASA BIASA SAJA..



 Aik? Hari tu kata dah ada calon. Ni belum tentu pula dari PAS atau Bersatu. Sekali tengok MB Selangor dari Gerakan pulak. Bukan boleh percaya puak ni.


Dorang ni takde wasap group ke? Bincang la dulu kalau nak keluar statement. Ini main sembang ikut dan je. Sian walaun pening nak percaya yang mana.


Tapi aku tak pelik pun. PAS dan Bersatu, dua-dua tu tamak. Siapa nak beralah. Bersatu dah lepaskan 3 negeri ke PAS. Mesti yang ini dia nak.


Tapi PAS nak beri ke? Negeri kaya tu woi! Perintah negeri miskin pun boleh pakai kereta mewah. Apa lagi dapat negeri kaya. Boleh pakai jet peribadi woo.


Perbalahan akan berterusan. Tapi mungkin Bersatu akan dapat sebab Hadi akan tunduk patuh kepada Mahiaddin. Cuma lebai Selangor tak puas hati. Kita tengoklah apa terjadi nanti. Hahaha... Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


KEH..KEH..KETUA KO MONTENG MEMANJANG TAK KOMEN KA....


 Tak sudah tunjuk bodoh. Kesian kat MP PN. Nak sindir DS Anwar konon, tak pandai urus masa. DS Anwar baru balik luar negara pun sempat masuk dewan. Walaupun beliau Number 1, tetap berlari nak kejar masa. Tak berlagak boss.


Ko sepatutnya malu dengan perangai ketua ko yang mengaku ulama, tapi kerjanya ponteng je. Lari dari tanggungjawab. Jadi duta khas tapi memerap dekat kampung sendiri. Sudahlah begitu, sidang parlimen pun jarang-jarang nampak bayang 


Tapi ada bagusnya dia buat posting begini. Orang atas pagar boleh nampak dan makin meluat dengan perangai jelik PAS. Alhamdulillah. Dia musnahkan partinya sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


Anak Mahathir Beli Syarikat Bernilai RM248 Juta Diusia 33 Tahun



Mykmu.net


Anak Mahathir Beli Syarikat Bernilai RM248 Juta Diusia 33 Tahun


Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kembali membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa anak-anaknya tidak pernah menjalankan perniagaan sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.


Najib melalui laman Facebook sebentar tadi berkata pada tahun 1992 ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, anaknya Datuk Seri Mirzan Mahathir telah membeli sebuah syarikat milik kerajaan dengan harga sebanyak RM248 juta.


“Pada tahun 1992, Mirzan cuma berusia 33 tahun. Dia beli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad dengan harga RM248 juta iaitu antara syarikat perkapalan terbesar dalam negara (pada) masa itu.


“Perbadanan Nasional merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia (dan) pemegang saham utama Perbadanan Nasional ketika itu adalah Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Bank Bumiputera Malaysia.


Mahathir Bapa Curi Ayam Negara, Kata Isham Jalil

Permintaan Mahathir Nak Jadi PM Sekali Lagi Mencurigakan – Anwar

Dr Mahathir Hantar Gopal Ram Jumpa Saya, Sudah Atur Rancangan Kenakan Najib – Bekas AG

“Mirzan umur 33 tahun beli PNSL Bhd dari syarikat milik penuh kerajaan dengan harga RM248 juta itu maksudnya tak niaga dalam Malaysia dan tak berurusan dengan kerajaan masa dia PM ke?


“Syarikat perkapalan utama milik kerajaan pun bertukar menjadi syarikat milik anak PM pada masa dia masih PM,” ujar Najib.


Najib kemudiannya berkata syarikat tersebut kemudiannya dijual pula (bail out) kepada sebuah syarikat milik kerajaan ketika negara mengalami krisis mata wang.


“Dari mana dia dapat atau dari siapa dia pinjam RM248 juta untuk beli masa dia umur 33 tahun?


“Lepas itu dijual pulak kepada MISC dengan harga US$220 juta pada tahun 1998 (melebihi RM1 bilion selepas matawang kita menjunam teruk ketika itu).


“MISC Berhad itu milik Petronas. Petronas milik siapa? Itupun dikatakan lagi anak PM7 tak niaga dalam Malaysia dan tak berurusan dengan kerajaan masa dia PM ke? soal Najib lagi.


Mahathir sebelum ini berulang kali menegaskan anak-anaknya tidak pernah berniaga atau mendapat sebarang projek dari kerajaan.


Menurut Mahathir anak-anaknya hanya memulakan perniagaan setelah dirinya meletakan semua jawatan di dalam kerajaan.


Bagaimanapun menurut Najib, kesemua jawapan yang diberikan beliau itu telah dipadamkan oleh pengendali laman Facebook Mahathir.


“Tohmahan apa? Hari itu, PM7 sendiri yang kata dia tak pernah membenarkan anak-anak dia berniaga dalam Malaysia semasa dia PM.


“Lalu dia suruh saya beri bukti bahawa anak-anak dia pernah berurusan dengan kerajaan semasa dia PM.


“Saya pun beri bukti tetapi page FB PM4/7 asyik padam jawapan saya dan ribuan komen netizens yang bertanya,” jelasnya lagi.


Sehingga kini Mahathir masih berdiam diri berhubung pendedahan yang dibuat oleh Najib itu.


MELAYU PEMALAS- SIAPA KATA ? MAHATHIR YANG KATA- YANG TU KENA BUAT KAJIAN DI KAWASAN FELDA.

 

AKU LAH JUARA MELAYU- AKU CAKAP MELAYU AKAN MUDAH LUPA. 





Aku masih ingat, masa 22 bulan tu, ada seorang tua tu cakap orang Melayu pemalas. Kenyataan yang timbulkan polemik.

DS Anwar tenangkan keadaan kata orang Melayu tak pemalas. Malah orang Melayu perlu dibantu.

Hari ini seorang tua yang kata Melayu pemalas tu kata dia nak bela orang Melayu dan DS Anwar tak pentingkan orang Melayu.

Dia begitu jelas menipu. Malangnya ada segelintir Melayu yang rela ditipu. Masih nak makan ayat yang dia hamburkan.

Kita makhluk yang pandai berfikir, pasti akan kenal siapa yang jujur dan siapa yang cuma nak mainkan sentimen. Guane boh?

Raja Gelap

 

KAJIAN PARA WARTAWAN MEMANG SAH MEREKA INI JENIS PENAKUT BERDEPAN




Tepat sekali tajuk berita BHOnline ni. Tapi bagusnya dibuang perkataan 'mungkinkah' dan tanda soal tu. Tulis je tajuknya PEMIMPIN PEMBANGKANG TAK DATANG PARLIMEN KERANA TAKUT.

Sebab memang dorang takut pun. Semuanya jenis berani cerita luar dewan je. Bersuara dalam dewan pun bila DS Anwar tak ada je. Kalau DS Anwar ada, bayang dorang pun hilang.

Selalunya pemimpin kerajaan yang takut kepada pembangkang. Sebagaimana Mahiaddin dulu takut sampai isytihar darurat sebab tak berani berjumpa pembangkang dalam dewan.

Ingatkan masa jadi kerajaan je penakut. Rupanya dah jadi pembangkang pun penakut juga. Nak jadi apa? Malang nasib walaun bila Bersatu dan PAS diketuai oleh dua orang pengecut!

Kelakar politik Malaysia. Pihak yang nak ditanya tak takut apa pun. Tapi yang diharap tanya soalan pula yang lari mencicit tak cukup tanah. Cakap dekat luar kemain berdegar. Emang dasarrr! Guane boh?

Raja Gelap

 

MAHATHIR MASIH TERPERANGKAP DENGAN DUNIA LAMANYA- PADA HAL BELIAU TAK LAKU SEDUIT PUN MASA INI.




Mahathir yang masih terperangkap dalam minda semalam...

Zaman dia dulu memang la MP boleh lompat parti sesuka hati. Sebab tu masa dia jadi PM 22 bulan, ramai MP UMNO yang jadi katak lompat ke Bersatu.

Tapi sekarang dah berbeza. Pertama ada akta anti lompat parti. Siapa lompat, hilang kerusi. Dan yang kedua, ada MoU antara parti dalam Kerajaan.

Mana-mana ahli parlimen yang mengundi berlawan dengan arahan parti, yang mana pengundian itu beri kesan kepada keabsahan kerajaan, akan dikira telah mengosongkan kerusi mereka.

Adakah Mahathir masih pakai Nokia 3310 hingga tak dikemaskini dengan perkembangan semasa?

Nampaknya Mahathir dalam ketakutan sekarang ini. Sebolehnya dia hendak jatuhkan DS Anwar, buatkan aku yakin ada rahsianya yang bakal terbongkar.

Kita tunggu sajalah. Rasanya dah tak lama sangat sebelum rahsia itu terbongkar. Sebab tu meroyan dia teruk sangat sekarang ni. Guane boh?

Raja Gelap

 

KENAPA HARGA MAKANAN MAHAL

 

GINO MARVELA


Hal Mahathir saman Anwar tu kita isukan kemudian. Hari ini nak berbual kenapa harga barangan mahal, jualan bazar mahal. Apakah tiada tindakan dr kerajaan ? Dan kesusahan rakyat yg berniaga tepi jalan.

Kami mmg kerap di lapangan, banyak negeri di kunjungi. Dan mmg akan lihat masalah di bawah. Sambil lihat bawah, ya...dh tentu kami juga perlu cari makan,perlu ada sumber kewangan juga.

Kadangkala harga barangan jualan, tidaklah terlalu mahal berbanding dgn keadaan Muhyiddin Yasin jadi PM. Harga minyak masak ketika itu cecah RM55 utk 5liter minyak masak. Harga ayam cecah RM13.80/kg. Kini harga ayam terkawal pd bawah RM9.8/kg dan minyak masak puratanya antara RM25-28/5 liter.

Tapi kenapa bulan Ramadhan ni harga mahal ?

Pertamanya harga tapak itu yg mahal. Paling murah RM5000, dan paling mahal RM28,000/khemah.

Keduanya, peniaga ikut tren letak harga...dahulu RM1 dapat 3 ketul kuih, kemudian RM2 dapat 5ketul. Naik RM3 tapi dapat 4 ketul kuih.

Ketiga, perangai org yg tak pernah berniaga...tapi bila Ramadan saja mcm dialah dh berniaga puluh tahun. Dapatlah murtabak spesial RM20 dan murtabak cheese RM25. Karipap intinya angin, roti john harga RM10 tp hitam rentung, ayam goreng 3 hari di gorengnya kembali & jual.

Hingga kain tuala lap meja pun di gorengnya sekali!

Permainan harga mewah bagi khemah bazar & sikap peniaga yg gila nak untung besar itu yg jadi punca harga makanan bazar terlalu mahal. Harga barang basah, tidaklah terlalu mahal sgt seperti yg di perkatakan. Kita masih lg dpt kawalan harga ayam, tepung, gula, minyak.

Masaalahnya, nak serapkan harga khemah terlalu mahal...rakyat B40 yg berniaga terpaksa letak harga T20 utk di jual ke warga B40 balik. Ini yg meresahkan!

Ayam mentah yg di jual di pasar kadangkala harga RM11.50/kg jauh dr pasaran. Kalau jualan di kampung2, ada yg naik RM12.5/kg. Bila di tanya kenapa mahal, bekalan ayam mentah dapat mahal...jadi tak buleh letak ikut harga siling kerajaan tetapkan. Di sinilah masalah itu berlaku.

Ada peniaga resah katanya barang basah daging dia mahal, maka perlu jual satay daging RM1.30-1.50/cucuk & tiada sambutan. Mengeluh mcm rumah nak runtuh.

Bila di siasat, rupanya dia pi guna satay batang pinang. Dan daging segar di pasar pun mahal. Jadi kena jual mahal. Kemudian daging yg di cucuk kecil2 ada 4 ruas. Macam mana pelanggan nak beli, satay pun kecil...harga yahadi betul!

Gunalah daging kotak, murah sikit. Di tolak mentah2 idea guna daging kotak, katanya tiada kualiti, banyak lemak & keras.

Kami sendiri yg beri idea, geleng kepala Description: 🥴. Inilah dia yg berniaga setahun sekali. Tak tahu teknik, hati berkobar nak niaga. Macam mana nk org beli, harga satay mahal...guna gred bahan yg mahal... kemudian kata semua harga barang tinggi & kerajaan tak pantau.

Nak jual satay tp harga murah, guna ja daging kotak. Kalian ni berniaga tepi jalan bawah payung, bukan standard T20 tp jual B40. Potong besar sikit, perapkan daging yg dh siap cucuk dgn gula & bahan2 lain. Lemak tu jgn di buang, cucukkan sekali pd satay. Jadi satu cucuk tu nampak banyak & besar. Bila bakar, lemak yg di cucuk itu keluar minyak dan aroma. Harga jgn T20 sangat, ini jualan utk rakyat bawah. Teknik perap tak betul & salah, dh tentu daging tu liat.

Bagi yg tak suka makan lemak tu, dia buleh buang ja...tak jadi masalah pun. Tarikan ramai, tengok cucuk satay tu banyak dan harga bawah RM1.

 

KENAPA HARGA MASIH MAHAL

 

GINO MARVELA

Tadi kita cakap pasal satay. Bagaimana pula dgn kuih yg guna tepung. Tepung tu tidaklah terlalu mahal sgt. Nak guna tepung pun, ambik gred biasa yg murah ja. Dek kerana terlampau kedekut tapi nak memaksimakan jualan, akhirnya kuih tak habis.

Kami pernah berbual dgn penebar roti canai. Katanya, kos bersih hasil sekeping roti canai yg di jual RM1 itu...bersihnya 40-50sen bg roti kosong. Katanya, roti canai ini menu dia 95% hanya tepung ja. Kalau naik RM1.30 sekeping pun campur telur sebiji masih lg murah. Tapi katanya usahlah beli tepung gred mahal, ada tepung yg murah juga dan di cadangkan beli pukal.

Katanya lg, kalau nk naikkan harga biarlah berpada. Harga makanan ini kalau di jual tak kiralah kuih apapun masih untung. Mana ada jual makanan tp rugi, cuma katanya ramai penjual naikkan harga bukan di sebabkan barang basah tp perlu serapkan harga tapak khemah yg mahal.

Kejujuran peniaga itu juga sering jadi masaalah. Masakan tidak, murtabak hangus yg di gorengnya pun di jual dgn cara bungkus terlebih dahulu. Roti john jual RM10, tapi daging yg kuantiti terlalu sikit.

Buat makluman, kita akan hadapi lambakan telur ayam sedikit masa nanti. Permainan player reban ayam yg sorok telur utk teknik naikkan harga. Kenapa ada lambakan ? Kerna kita tampung kekurangan telur tempatan dgn import dr luar.

Bukan masalah panas, bukan masalah ayam x makan sebab panas. Tp masalah dr permainan player industri. Apatah lg setiap ekor ayam yg di jual oleh industri penternakan besar, 20 sen/ekor di bayar oleh kerajaan (subsidi). Subsidi depa ambik, harga tetap di naikkan. Utk jadi tidak terkawal, kerajaan letakkan harga kawalan siling/lantai.

Kami pernah makan di Melaka, org kanan GM bawa. Kedai depan Melaka Central, bawah pokok tepi jambatan. Lupa nama tempat tu. Tahu apa yg GM ambik ?

Ayam 1 ketul, ikan keli goreng, sayur goreng, tempe + tea ais. Tahu berapa harga di pinggan ? RM 5. Makan 4 orang, bayar tak sampai pun RM20.

Murah, dan jauh sebelum menu rahmah lg. Rupanya ada teknik, nasi guna beras yg paling murah. Kobis dan sayur ambik terus dr ladang. Ikan keli, pelihara kolam sendiri. Nasi yg tak habis atau lebihan makanan pelanggan tak habis, di basuh dan beri ayam ikan makan balik.

Apa masalah Malaysia sekarang!

Malaysia beralih dari pertanian - pembangunan - perdagangan - pengswastaan. Kesan yg kita alami kini ialah terlampau orientasikan kpd pengswastaan dan pengswastaan itu hanya berkumpul kpd kroni2 tertentu dan lahirlah industri rasuah yg kritikal sekarang.

Apabila tahap pengeluaraan makanan kita merosot, kini Malaysia terpaksa ambil inisiatif wujudkan lebih banyak lapangan pertanian & makanan.

Inisiatif sdra Rafizi wujudkan guna semula tanah kerajaan, bantuan infra dan guna tenaga dgn penyertaan rakyat bawahan, mesen vending rahmah, jualan kananan rahmah di perluas dll.

Pendekatan ini nak jaga perut rakyat dan beri lebihan pendapatan buat rakyat. Pengeluaran makanan Malaysia bertambah, rakyat juga kembali kpd perniagaan bg mengurangkan miskin tegar. Ini yg sedang berlaku.

GM ni bukan nak backup kerajaan. Penelitian ini kami berada di bawah sana. Betul ada kesan pro & kontra. Sebagaimana rakyat terdahulu alami kesan peralihan zaman pertanian ke industri, kini rakyat zaman baru alami kesan pengswastaan yg harga tinggi beralih semula ke pertanian mencukupkan sektor makanan negara.

Inisiatif pendapatan rakyat dan dasar2 kita bincangkan nanti

Bersambung...

 

Anwar Ibrahim: 100 Hari | Buletin FM Eksklusif


Tempoh 100 hari adalah detik pemerhatian yang lazim ditetapkan orang. Kini genap 100 hari pemerintahan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Oleh itu, kami bawakan ada Dokumentari Khas Anwar Ibrahim: 100 Hari eksklusif di Buletin FM!





RENTASAN 1340 | GEMPAR!! AKHIRNYA MAHIADDIN YASIN BERDEPAN TINDAKAN UNDA...


MENARIK DALAM RENTASAN 1340
1. SIAKAP, SENOHONG, GELAMA IKAN DURI 2. ANDA SEBENARNYA NAK JADI PEMBANGKANG ATAU PEMBANGANG? 3. APABILA YANG BERHORMAT MENJADI YANG BERKHIDMAT