Mahathir yang masih terperangkap dalam minda semalam...
Zaman dia dulu memang la MP boleh lompat parti sesuka hati.
Sebab tu masa dia jadi PM 22 bulan, ramai MP UMNO yang jadi katak lompat ke
Bersatu.
Tapi sekarang dah berbeza. Pertama ada akta anti lompat parti.
Siapa lompat, hilang kerusi. Dan yang kedua, ada MoU antara parti dalam
Kerajaan.
Mana-mana ahli parlimen yang mengundi berlawan dengan arahan
parti, yang mana pengundian itu beri kesan kepada keabsahan kerajaan, akan
dikira telah mengosongkan kerusi mereka.
Adakah Mahathir masih pakai Nokia 3310 hingga tak dikemaskini
dengan perkembangan semasa?
Nampaknya Mahathir dalam ketakutan sekarang ini. Sebolehnya dia
hendak jatuhkan DS Anwar, buatkan aku yakin ada rahsianya yang bakal
terbongkar.
Kita tunggu sajalah. Rasanya dah tak lama sangat sebelum rahsia
itu terbongkar. Sebab tu meroyan dia teruk sangat sekarang ni. Guane boh?