SIAPA PEMILIK SAHAM PUSPAKOM DAN KETAHUI APA DIA KRONI DAN MONOPOLI
GINO MARVELA
Sedikit maklumat buat kalian nak tahu apa itu kroni, apa
maksudnya monopoli. Kalau dia tak jadi PM, maka org Melayu katanya jd miskin.
Tapi lupa, dia hanya jaga kroni Melayu bawah tangan dia ja.
Hat rakyat Melayu bawahan yg lain di perguna palu gendang utk
kekalkan survival politiknya ja.
Puspakom 100% milik DRB-Hicom.
55.9% DRB-Hicom milik Etika Abadi Sdn Bhd.
90% Etika Abadi Sdn Bhd milik Syed Mokhtar Albukhrary.
Sykt2 bawah DRB-Hicom
1. PROTON Holdings Berhad - Major shareholder of Proton
2. DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd - defence vehicles
3. Automotive Corporation Malaysia Sdn Bhd (ACM) - Authorised
dealer for Isuzu Malaysia Sdn Bhd
4. USF-HICOM (Malaysia) Sdn Bhd - Distributor for Mahindra and
Can-AM
5. DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd
6. HICOM Diecastings Sdn Bhd- Casting & Machining
7. Scott & English Malaysia Sdn Bhd
8. POS Malaysia
9. DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (dahulu dikenali
sebagai International College of Automotive Malaysia) (ICAM) - Kolej Automotif
10. DRB-HICOM Environmental Services Sdn Bhd
11. Glenmarie Cove Development Sdn Bhd
12. Comtrac Sdn Bhd
13. Bank Muamalat Malaysia
14. Proton Edar Sdn Bhd - wholly owned subsidiary of PROTON
Holdings Bhd
15. Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) equity of 81%
- Motorcycle Manufacture and related components
16. Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS)- Distribution of MODENAS
motorcycle
Edaran Otomobil Nasional Bhd- equity of 79.05%
17. EON Automart Sdn Bhd - Authorised dealer for Mitsubishi
Motors Malaysia Sdn Bhd
18. Euromobil Sdn Bhd - wholly owned subsidiary of EON Bhd -
importer and distributor of Audi
19. HICOM AUTO Sdn Bhd - Direct subsidiary of EON Bhd - Authorised
dealer for Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd
20. Honda (Malaysia) Sdn Bhd - equity of 34%
21. Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd - equity of 48%, EON Bhd
22. Isuzu HICOM Malaysia - Assembly of lights/heavy duty trucks,
bus and passenger cars - equity of 49%
23. Isuzu Malaysia Sdn Bhd - equity of 49%
24. Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd - equity of 40%
25. Suzuki Motorcycle Malaysia Sdn Bhd - Motorcycle Engines
& Components
26. HICOM-HONDA Manufacturing Malaysia Sdn Bhd - equity of 48% -
27. HICOM-TECK SEE Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd - equity of
51% - Manufacturer of automotive plastics components
28. HICOM-YAMAHA Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd - equity of
48% - Manufacturer of YAMAHA motorcycle engines and components, incorporated
1983
29. HICOM-Potenza Sport Cars Sdn Bhd - direct subsidiary of
PROTON
30. Oriental Summit Industries Sdn Bhd - equity 70% - Metal
Stamping
31. PHN Industry Sdn Bhd - Metal Stamping
32. Uniasia General Insurance - Strategic partnership with
United Overseas Bank Group
33. Alam Flora Sdn Bhd - 97.37%
34. Konsortium Logistik Berhad - Logistics, Warehousing,
Distribution, Automotive, Freight Forwarding & Haulage Services - 61.6%
35. Pos Aviation (Inflight Catering, Cargo & Logistic
service (Fomerly knows as KL Airport Service SDN.BHD)
36. HICOM-Chevrolet Sdn Bhd - ekuiti 49%
37. Puspakom Sdn Bhd - Vehicle inspection center
38. Bernas
//////////
* Baru tahu Malaysia ni ada 1 melayu bumiputera yang sangat
pandai berniaga.
* Pabila Mahathir tak jadi PM, maka org Melayu tiba2 automatik
miskin.
ATOK PERLU DITENTANG HABIS HABISAN
ZAINUDDIN OMAR
Atok perlu ditentang habis-habisan kerana ingin menjatuhkan
Kerajaan Perpaduan pilihan YDPA dan rakyat.
No Holds Barred.
Penatlah kita rakyat asyik nak tukar Kerajaan.
Bila ekonomi nak berkembang dan rakyat jadi sejahtera kalau
asyik tukar PM dan Kerajaan?
Ba gero betul.
**********************
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata adalah menjadi
hak sekiranya ahli-ahli Parlimen kerajaan mahu menjatuhkan kerajaan Perdana
Menteri Anwar Ibrahim seperti yang pernah berlaku kepada Muhyiddin Yassin,
sekiranya dia tidak mentadbir dengan baik.
“Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan
baik, ahli partinya sepatutnya jatuhkan kerajaan itu dan pilih yang lain.
“(Ini) seperti mana yang berlaku di waktu Muhyiddin Yassin jadi
perdana menteri,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada
kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu bertahan
sehingga habis penggal atau tidak.
“Pada masa itu, Umno tidak puas hati. Umno tarik sokongan dan
Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang Umno.
“Jadi, hak bagi wakil rakyat memang ada untuk menukar kerajaan
dan ini tidak melanggar undang-undang,” katanya.
Kerajaan Muhyiddin tumbang selepas dia kehilangan sokongan
majoriti ahli parlimen pada Ogos 2021 dan dia digantikan oleh Ismail Sabri
Yaakob.
Pada sidang media yang sama, Mahathir berkata, kerajaan pimpinan
Anwar dilihat hanya banyak bercakap dan menabur janji tetapi tidak melaksanakan
apa yang dikatakan.
Sebagai contoh, katanya, keadaan ekonomi dan kos sara hidup
rakyat juga masih teruk.
"Keadaan politik pun tak stabil. Setiap hari sebut benda
yang dia nak buat tapi tak nampak apa pun," katanya.
Mengulas lanjut, Mahathir juga meluahkan rasa kurang yakinnya
terhadap kerajaan untuk membela nasib orang Melayu khususnya mereka yang
terperangkap dalam kemiskinan.
“Saya tak yakin sama sekali, kerana dia (kerajaan hari ini)
berpendapat bahawa dia tidak ada masalah khusus untuk orang Melayu sahaja.
“Semua masalah bersama sebagai sebuah negara berbilang kaum,”
katanya.
Bagaimanapun, Mahathir berkata sebuah negara berbilang kaum ini
bukanlah yang terdapat dalam Perlembagan negara.
“Perlembagan kita menyebut bahawa tanah Melayu ini adalah milik
orang Melayu dan Melayu ini adalah orang asli kepada negara ini tetapi sekarang
ini orang Melayu tak boleh dakwa negara ini milik orang Melayu
“Sebaliknya ia negara semua kaum dan sesiapa yang bercakap
berkenaan orang Melayu itu merupakan satu hasutan dan anti-kaum,” tambahnya.
Mungkinkah pemimpin pembangkang tak datang Parlimen kerana takut? Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - Mac 28, 2023 @ 12:09pm
KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) sekali lagi didakwa gagal memanfaatkan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) selepas tidak hadir di Dewan Rakyat ketika sesi terbabit berlangsung pagi ini.
Perkara itu dikongsikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitter selepas memuat naik gambar memaparkan tempat duduk kosong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang).
"Ketua Pembangkang (Yang Berhormat Larut), Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Marang sekali lagi tidak muncul dan tidak bertanya soalan bagi PMQ.
"Yang Amat Berhormat Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hadir," ciapnya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyindir tiga pemimpin berkenaan kerana tidak memanfaatkan sesi berkenaan untuk berdebat dan bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.
Sikap Presiden BERSATU, Presiden PAS dan Setiausaha Agung BERSATU itu, katanya, menggambarkan mereka bertiga cuma berlagak menjadi 'hero' di luar Parlimen.
"Tempat berdebat dalam Parlimen tetapi kamu tidak sanggup berdepan dan bertarung sebagai anak jantan.
"Belum pernah dalam sejarah Parlimen, Perdana Menteri berdepan (wakil rakyat) pada Selasa selama 30 minit, kita panggil PMQ, ...Ahli Parlimen boleh tanya apa saja soalan, Perdana Menteri akan jawab," katanya..
ANWAR JANGAN MENGALAH, LEBIH CANTIK KALAU BERANI ULANG LAGI TUDUHAN YANG SAMA TERHADAP TUN MAHATHIR
Tun Mahathir Mohamad memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menarik balik dakwaan bahawa beliau mengayakan diri dan ahli keluarganya semasa berkuasa dahulu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar membuat dakwaan tersebut semasa berucap di Kongres Khas PKR baru-baru ini.
“Kalau dalam tujuh hari (Anwar tidak tarik balik dakwaan itu) saya akan ambil tindakan undang-undang,” kata Tun Mahathir dalam sidang medianya pagi ini.
Tambah beliau, surat tuntutan untuk berbuat demikian sudah pun dihantar semalam ke pejabat Anwar di Putrajaya.
Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang membuatkan Tun Mahathir mahu menyaman Anwar itu:-
Perlukah Anwar menarik balik dakwaan tersebut sebagaimana dituntut oleh Tun Mahathir?
Soal kekayaan Tun Mahathir dan keluarga beliau sebenarnya bukan kali pertama Anwar bercakap mengenainya Kongres Khas PKR itu.
Sejak dipecat daripada kerajaan pada 1998, rasanya sudah hampir ratusan kali Anwar bercakap mengenainya dalam ceramah, pentas politik, ucapan terbuka dan sebagainya.
Ia bukanlah tuduhan yang asing bagi Anwar, tambahan lagi sebagai bekas Menteri Kewangan ketika era Tun Mahathir dan kini kembali semula sebagai Menteri Kewangan bersama jawatan Perdana Menteri yang diidam-idamkan sejak dulu, bukti dan fakta tentu tidak sukar untuk beliau mengumpulkannya.
Maka, berhadapan ancaman saman ini, jangan sesekali Anwar tunduk atau mengalah dengan tuntutan Tun Mahathir itu.
Anwar bukan saja mesti sedia dan berani berdepan Tun Mahathir di mahkamah untuk membuktikan dakwaannya itu, malah lagi cantik kalau dalam sehari dua ini tampil mengulang-ulang lagi tuduhan yang sama itu.
Ia sebagai tanda beliau benar-benar serius dan ada bukti atas tuduhannya terhadap Tun Mahathir itu.
Dalam waktu yang sama, melalui proses mahkamah nanti, ia juga merupakan peluang untuk Tun Mahathir membuktikan kekayaan beliau dan anak-anaknya tiada kaitan sama sekali dengan kuasa sebagai Perdana Menteri yang pernah dimilikinya.
Lawan tetap kawan…sebagaimana berani menyaman, Anwar wajib lebih berani untuk kena saman dan membuktikan kebenaran. – ShahbudinHusin 28/03/2023.
Usul bincang dakwaan kegagalan lawatan PM ke Arab Saudi ditolak
ZAMBRY PERLU JAWAB DAN BERTANGGUNGJAWAB ISU LAWATAN ANWAR KE ARAB SAUDI
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu lawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang mencetuskan masalah, malah dianggap banyak pihak telah memalukan beliau selaku ketua kerajaan?
Semalam, di sebalik Anwar telah menjelaskan kegagalannya bertemu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud atau anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi adalah disebabkan pimpinan kerajaan negara itu menukar jadual mereka menjelang Ramadan, saya turut menggesa agar Pejabat Perdana Menteri atau Wisma Putra segera tampil dengan jawapan yang jujur dan sebenar mengenai perkara itu.
Ini kerana penjelasan Anwar itu dilihat tidak begitu meyakinkan, malah terlihat amat kabur.
Begitu pun, disebabkan ia berupa lawatan rasmi seorang Perdana Menteri ke luar negara dan diuruskan oleh Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra dikira lebih wajar tampil ke depan berbanding PMO.
Malangnya, sehingga ini Wisma Putra masih senyap sunyi seribu bahasa dan Menteri Luar Negeri, Zambry Abdul Kadir langsung tidak berkata apa-apa.
Selaku Menteri Luar Negeri yang mengetuai Wisma Putra, Zambry tidak boleh berdiam diri dalam hal sepenting ini yang turut memberi kesan kepada imej seorang Perdana Menteri.
Tetapi, kenapa Zambry dan Wisma Putra masih berdiam diri?
Bukankah mereka sepatutnya tampil paling ke depan menjelaskan perkara sebenar serta mempertahankan Anwar yang dilanyak teruk dalam isu lawatan tersebut?
Perkara paling penting untuk dijelaskan ialah sama ada pertemuan Anwar dengan Raja Salman atau anaknya, Putera Mahkota Mohammed bin Salman memang dianjak di saat-saat akhir atau ia sudah dimaklumkan kepada Wisma Putra sebelum rombongan berlepas ke Arab Saudi?
Sejak negara merdeka, kita belum pernah mendengar berlaku perkara seperti ini dalam hubungan diplomatik Malaysia dengan mana-mana negara.
Lebih-lebih lagi dalam hubungan antara Malaysia dengan Arab Saudi yang merupakan negara Islam terpenting serta sahabat kepada kita.
Lebih daripada itu, dengan dua kota suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah berada dalam kawalannya, hubungan Malaysia dengan Arab Saudi jauh lebih penting lagi.
Dalam setiap lawatan ketua kerajaan ke negara, ia biasanya akan dimuktamadkan terlebih dahulu oleh Wisma Putra agar semua aturcara berjalan lancar dan tiada masalah timbul di saat-saat akhir, terutama melibatkan pertemuan sesama rakan sejawat.
Sebab itu, penjelasan dan tampilnya Zambry dalam isu ini adalah amat mustahak sekali.
Yang nyata, apa yang berlaku dalam lawatan Anwar ke Arab Saudi baru-baru ini adalah satu perkara yang tidak harus dipandang ringan dan Zambry selaku Menteri Luar Negeri harus menjawab serta bertanggungjawab terhadapnya.
Di mata umum, aturan hubungan diplomatik oleh Wisma Putra di bawah kendalian Zambry selaku Menteri Luar Negeri adalah tidak kemas dan ada kelemahan atau kesilapan yang ketara. – ShahbudinHusin 27/03/2023
KERJA PN SEBAGAI PEMBANGKANG NAK SURUH LETAK JAWATAN DAN JAWAB SOKLAN BODO HANGPA- BAGI LA IDEA BAIK UNTUK DILAKSANAKAN..
Kecoh juga cerita Timbalan Menteri Pendidikan ni yang dikatakan
tak mampu jawab soalan. Bagi aku, aku setuju dengan Marzuk ni. Memang tak patut
la Timbalan Menteri tak bersedia.
Tapi bila dia kata membazir duit kerajaan bayar gaji Timbalan
Menteri yang hadir setakat nak 'penuhkan kerusi sebelah sana' tu, bukan tak
setuju tapi buat aku teringat beberapa perkara.
Rasanya membazir juga dibayar gaji ahli parlimen yang tak datang
sidang, malah buat alasan sidang dewan bukan sekolah. Begitu juga bayar gaji
duta khas yang hanya duduk di rumah.
Marzuk desak Timbalan Menteri yang tak bersedia jawab soalan
letak jawatan, aku tak bantah. Tapi dia patut desak juga ahli parlimen,
terutama pemimpin utama parti, yang ponteng sidang tanpa alasan yang munasabah.
Berani tak dia?
Sebelum ini, beberapa tahun dahulu, ada PM yang sanggup isytihar
darurat untuk elak dewan daripada bersidang. Waktu itu tak kedengaran pun
sesiapa kata membazir duit kerajaan bayar gaji MP.
Boleh tonton videonya di sini https://bit.ly/3z8xza8. Apa pun, teguran ini valid. Tak
sepatutnya Timbalan Menteri begitu. PM perlu ambil tindakan. Paling tak pun,
panggil dan beri nasihat/amaran.
Cuma, bab membazir gaji tu je. Sebagaimana aku setuju membazir
bayar gaji timbalan menteri yang tak perform, Marzuk juga perlu bersetuju
membazir bayar gaji ahli parlimen yang ponteng. Guane boh?
SEKALI LOKMAN ADAM BANTAI MAT JARGON
Adoi. Sekali Mat Jargon kena bahasa dengan bro Lokman Adam da...
Ameko...
Siap nak suruh buat usul tergempar pasal lawatan PMX ke Saudi.
Teruk sangat dah kenapa? Setakat nak buat bahan macam netizen orang ok lagi.
Kalau sampai usul tergempar, nampak lawak sangat.
Otai dalam PN tu tolonglah nasihatkan Mat Jargon tu. Dia ingat
dia boleh dapat nama dengan buat peel begitu tapi sebenarnya memalukan diri sendiri
je. Sudahlah PN tu sendiri memalukan. Guane boh?
JANGAN KATA TAK NASIHAT- DAH NASIHAT
IBRAHIM MAT ISA
Bukannya tak ada orang yang nasihat, tapi begitu aturan Allah untuk menjadikan cerita Atuk Saka sebagai iktibar kepada semua warga. Gambaran ini seolah-olah mirip cerita Firaun (bukan mahafiraun) sampai ke hujung nyawa memerangi kebenaran akhirnya mati sia-sia di Laut Merah.
[LANGSUNG] Konvoi Bakul Rahmah ke Tambun | 28 Mac 2023
ALA ATOK TERASA SAMPAI TULANG HITAM KE ? AIKKK Mahathir beri tempoh tujuh hari kepada Anwar
PM UCAP TERIMA KASIH KEPADA PM KAMPUCHEA
PM Anwar Ibrahim
ucap terima kasih kepada PM Kemboja Hun Sen kerana bantu selesaikan isu
penipuan pekerjaan melibatkan 287 mangsa
PM Anwar Ibrahim
menggalakkan syarikat beras Malaysia mempertimbangkan pilihan untuk mengimport
beras dan kacang gajus dari Kemboja
GAMBAR GAMBAR -Penyertai majlis iftar khas yang dihoskan oleh
Perdana Menteri Hun Sen bersama-sama golongan ilmuwan dan
kira-kira 6,000 masyarakat Islam di Kemboja dalam suasana penuh harmoni.
Dalam ucapan, saya sempat titipkan penghargaan kepada Hun Sen
atas kepedulian beliau yang menghargai dan menghormati umat Islam Kemboja
dengan penganjuran majlis iftar khas ini.
Selain delegasi kerajaan Malaysia dan komuniti
masyarakat Islam di Kemboja, majlis iftar khas tersebut turut
disertai mantan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dalam ruang lingkup
bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa.
Sebanyak 1,500 naskhah terjemahan al-Quran dalam Bahasa Khmer
dan Bahasa Inggeris turut disampaikan dari kerajaan Malaysia kepada masyarakat
Islam di Kemboja.
Usai berbuka puasa, saya sempat menziarahi Masjid Al-Serkal dan
menunaikan tarawih bersama-sama kira-kira 300 umat Islam di situ selain
menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk penambahbaikan masjid.
Sampai jumpa lagi Kemboja.
BERITA GEMBIRA SEMPENA PUASA HARI KELIMA, ZAHID HAMIDI AKHIRNYA DAPAT SEMULA PASSPORT ANTARABNGSA
Ahmad Zahid Hamidi dibenar mendapatkan semula passportnya bagi membolehkan beliau melakukan perjalanan antarabangsa untuk menghadiri sebarang majlis rasmi.
Panel tiga orang hakim yang dipengerusikan oleh Hanipah Farikullah sebulat suara membenarkan permohonan baru yang dibuat Timbalan Perdana Menteri itu.
Dua lagi hakim yang bersidang untuk mendengar permohonan tersebut ialah Ahmad Zaidi Ibrahim dan Lim Chong Fong.
Keputusan memberi kebenaran itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob berkata dia diarahkan untuk tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan dibuat Ahmad Zahid itu.
Memperolehi semua passport untuk ke luar negara bagi Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes mahkamah sebagaimana diputuskan mahkamah hari ini bolehlah dianggap sebagai berita gembira baginya sempena hari kelima umat Islam berpuasa berpuasa.
Kalau tertemu pula Malam Lailatul Qadar selepas ini, pastilah berganda-ganda lagi kegembiraan yang bakal dinikmatinya.
Aminnnnn…
Cuma, satu persoalan yang timbul di sini, siapa yang memberi arahan kepada Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob agar tidak mengemukakan bantahan?
Adakah arahan datang daripada Peguam Negara?
Dan jika arahan datang daripada Peguam Negara, siapa pula yang memberi arahan kepada Peguam Negara?
Sebelum ini pada 3 Februari lalu, permohonan Zahid Hamidi untuk mendapatkan passport peribadi secara kekal bagi kemudahan menjalankan tugas telah ditolak oleh mahkamah.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan dokumen peribadi Presiden UMNO itu dikeluarkan sementara bagi membolehkan beliau membuat permohonan untuk mendapatkan pasport diplomatik.
Collin Lawrence memberitahu, keputusan itu adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh di mahkamah.
“Prosiding mahkamah adalah sama bagi semua tertuduh, tidak kira apa status mereka.
“Maka dengan ini mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan tertuduh untuk mendapatkan pasport peribadi secara kekal,” kata beliau.
Berikutan itu, Zahid Hamidi telah mengemukakan rayuan yang keputusannya diumumkan hari ini.
Pasport Ahmad Zahid sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai sebahagian daripada syarat jaminan RM2 jutanya dalam perbicaraan kes rasuah Yayasan Akalbudi yang sedang berjalan. – ShahbudinHusin 27/03/2023.
Berita penuh Zahid Hamidi dapat semua passporti di sini –
JANGAN GUNA AGAMA UNTUK POPULAR, TITAH SULTAN SELANGOR KEPADA PEMIMPIN POLITIK
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi peringatan kepada semua pemimpin politik – tanpa mengira kaum – supaya tidak menjadikan agama untuk menjadikan diri mereka popular.
Titah Sultan Sharafuddin, larangan itu dibuat atas kapasiti baginda sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Selangor bersama Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
“Hanya saya sebagai ketua agama Islam di Selangor dan Mais pihak berkuasa agama di negeri ini.
“Ahli politik boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu tetapi mereka tidak mempunyai kata putus atau kuasa,” titah baginda dalam temu bual eksklusif dengan The Star.
Sultan Sharafuddin juga dilaporkan menggesa ahli politik untuk “membaca dan membuat rujukan” sebelum mengulas kenyataan Mais baru-baru ini bahawa haram bagi orang Islam mengunjungi rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja dan gurdwara untuk mengenali agama lain.
Sambil menyifatkan pandangan Mais sebagai betul dan jelas, baginda bertitah adalah baik untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham kerana terdapat undang-undang yang menghalang penyebaran agama lain kepada umat Islam.
Pada masa sama, Sultan Sharafuddin bertitah tiada apa yang menghalang umat Islam daripada mengunjungi tempat ibadat lain tanpa mengambil bahagian dalam sebarang upacara atau amalan agama berkenaan.
“Tidak salah untuk menghadiri majlis perkahwinan atau berada di gereja misalnya, tetapi umat Islam hanya perlu memerhati.
“Begitu juga, penganut Kristian, saya percaya, tidak akan menyertai sembahyang atau ritual di kuil Tao,” titahnya kepada The Star.
Kenyataan Mais merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik baru-baru ini berkenaan program Projek Artikel 11 Jom Ziarah anjuran Impact Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Penganjur program tersebut menjemput belia di Malaysia yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelbagai agama berlainan termasuk acara di gereja.
Pada masa sama baginda turut mengimbau kisah silamnya sewaktu almarhum datuknya, Sultan Alam Shah, menghadiri pertabalan Ratu Elizabeth II pada 1953 di gereja Westminster Abbey di London.
“Baginda baru pulang dari Mekah, kemudian berunding dengan mufti negeri jika berkenan untuk menghadiri pertabalan.
“Mufti berkata tidak ada salahnya asalkan beliau tidak mengambil bahagian dalam mana-mana ibadah,” titahnya.
Begitu juga, Sultan Sharafuddin bertitah ayahanda baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diberitahu oleh mufti bahawa dibenarkan memakai pingat dan lencana pada pakaian seragam baginda, termasuk yang menyerupai salib kerana itu bukan barangan keagamaan.
Pada 13 Mac, pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin mendakwa Impact Malaysia serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menggunakan program Jom Ziarah sebagai sebahagian daripada unsur Kristian evangelis.
Bagaimanapun, Impact Malaysia telah menafikan dakwaan itu dan Yeoh kemudiannya mengumumkan bahawa program itu telah diserahkan kepada Kementerian Perpaduan Negara.