PAWANG SOOD
Melayu yang susah. Yang mengharapkan
kwsp dan tongkat... Salahkan orang ni. Dia nak majukan melayu 24 tahun gagal.
Anak dia dan kroni dia saja yang bejaya dikayakan.
PAWANG SOOD
Melayu yang susah. Yang mengharapkan
kwsp dan tongkat... Salahkan orang ni. Dia nak majukan melayu 24 tahun gagal.
Anak dia dan kroni dia saja yang bejaya dikayakan.
Walau apa jua tanggapan atau cuba dinafikan, hakikat yang jelas dan difahami semua orang kini ialah kepimpinan UMNO pusat hampir sepenuhnya dikuasai oleh pasukan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi.
Daripada tiga Naib Presiden, dua daripadanya – Wan Rosdy Wan Ismail dan Khaled Nordin memang diketuai penyokong kuatnya, manakala Johari Ghani pula bukanlah begitu keras tidak menyokong Zahid Hamidi.
Senang cerita, ketiga-ketiganya adalah bersama Zahid Hamidi.
Daripada 25 Ahli MT pula, hanya seorang dua yang diketahui bukan penyokongnya, manakala selebihnya adalah mereka yang memang dikenali sebagai penyokong kuatnya.
Ini bermakna, kedudukan Zahid Hamidi sekarang ini semakin mencengkam dan mustahil untuk digulingkan melalui undi tidak percaya.
Keadaan ini sekaligus menjadikan kerajaan perpaduan yang UMNO menyumbang 26 kerusi Parlimen daripadanya akan terus stabil dan tidak tergugat lagi sehingga PRU16 akan datang.
Apa juga cubaan mahu merampas kuasa atau menjatuhkan kerajaan di pertengahan jalan sebagaimana berlaku sebelum ini eloklah dilupakan saja.
Dengan kedudukan UMNO yang stabil di bawah cengkaman Zahid Hamidi dan pasti terus bersama kepimpinan Anwar Ibrahim kerana hubungan cikgu dengan murid antara keduanya, lain-lain gabungan dalam kerajaan juga tentunya merasakan sia-sia saja untuk cuba-cuba menoleh kepada pihak lain.
Lebih baik mereka terus bersama kerajaan sedia ada ini sambil memperbaiki pelbagai tuntutan yang dikehendaki daripada Anwar.
Dengan keputusan pemilihan UMNO ini turut memperlihatkan kumpulan penentang Zahid Hamidi yang masih ada dalam parti ibarat sudah kena bungkus ikat mati sekarang ini.
Mereka tidak boleh ke mana-mana lagi, bahkan suara mereka semakin tenggelam dengan sendirinya.
Percubaan untuk mengisi kerusi Naib Presiden dan MT yang gagal ini hanya memberi mereka satu pilihan sekarang ini – kembali akur dengan kepimpinan seorang ketua serta menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi.
Tiada guna jika cuba menampilkan suara yang berbeza kerana dengan cengkaman yang makin kukuh ini tambah membuatkan Zahid Hamidi tidak takut sama sekali untuk memecat atau menggantung keahlian mereka yang berani menentangnya.
Kepada pemimpin yang sudah dipecat atau kena gantung keahlian daripada UMNO sebelum ini, janganlah lagi berharap apa-apa kepada parti itu.
Yang dipecat, bakal selama-lamanyalah akan berada di luar UMNO selagi Zahid Hamidi menjadi Presidennya, manakala yang kena gantung enam tahun pula, bertabahlah kerana nama mereka pasti tidak dicalonkan lagi pada PRU16 nanti.
Makna kata, kedua-dua kelompok itu sudah tiada tempat lagi dalam UMNO dan sudah berakhir riwayat mereka.
Pilihan yang terbaik bagi mereka jika ingin terus berpolitik hanyalah dengan segera mencari wadah atau parti baru untuk meneruskan perjuangan.
Pilihlah apa saja parti yang bersepah-sepah ada sekarang ini – Bersatu, Pas, Pejuang, Putra, Berjasa dan macam-macam lagi yang ada.
Kalau tidak mahu beralih kepada mana-mana parti, konon sayang sangat kepada UMNO, elok bersara sajalah pilihan yang sebaiknya.
Menunggu untuk kembali meneruskan perjuangan bersama UMNO yang entah bila waktunya, tambahan lagi usia masing-masing pun makin menua, ia adalah kerja paling membuang masa dan sia-sia.
Tambahan lagi, UMNO selepas ini lebih mungkin terus kekal sebagai penumpang saja daripada mampu kembali semula sebagai peneraju kuasa.
Tetapi, jika memilih menyertai parti baru, mana tahu tiba-tiba mampu beroleh kuasa?. – ShahbudinHusin 19/03/2023.
Walau apa jua tanggapan atau cuba dinafikan, hakikat yang jelas dan difahami semua orang kini ialah kepimpinan UMNO pusat hampir sepenuhnya dikuasai oleh pasukan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi.
Daripada tiga Naib Presiden, dua daripadanya – Wan Rosdy Wan Ismail dan Khaled Nordin memang diketuai penyokong kuatnya, manakala Johari Ghani pula bukanlah begitu keras tidak menyokong Zahid Hamidi.
Senang cerita, ketiga-ketiganya adalah bersama Zahid Hamidi.
Daripada 25 Ahli MT pula, hanya seorang dua yang diketahui bukan penyokongnya, manakala selebihnya adalah mereka yang memang dikenali sebagai penyokong kuatnya.
Ini bermakna, kedudukan Zahid Hamidi sekarang ini semakin mencengkam dan mustahil untuk digulingkan melalui undi tidak percaya.
Keadaan ini sekaligus menjadikan kerajaan perpaduan yang UMNO menyumbang 26 kerusi Parlimen daripadanya akan terus stabil dan tidak tergugat lagi sehingga PRU16 akan datang.
Apa juga cubaan mahu merampas kuasa atau menjatuhkan kerajaan di pertengahan jalan sebagaimana berlaku sebelum ini eloklah dilupakan saja.
Dengan kedudukan UMNO yang stabil di bawah cengkaman Zahid Hamidi dan pasti terus bersama kepimpinan Anwar Ibrahim kerana hubungan cikgu dengan murid antara keduanya, lain-lain gabungan dalam kerajaan juga tentunya merasakan sia-sia saja untuk cuba-cuba menoleh kepada pihak lain.
Lebih baik mereka terus bersama kerajaan sedia ada ini sambil memperbaiki pelbagai tuntutan yang dikehendaki daripada Anwar.
Dengan keputusan pemilihan UMNO ini turut memperlihatkan kumpulan penentang Zahid Hamidi yang masih ada dalam parti ibarat sudah kena bungkus ikat mati sekarang ini.
Mereka tidak boleh ke mana-mana lagi, bahkan suara mereka semakin tenggelam dengan sendirinya.
Percubaan untuk mengisi kerusi Naib Presiden dan MT yang gagal ini hanya memberi mereka satu pilihan sekarang ini – kembali akur dengan kepimpinan seorang ketua serta menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi.
Tiada guna jika cuba menampilkan suara yang berbeza kerana dengan cengkaman yang makin kukuh ini tambah membuatkan Zahid Hamidi tidak takut sama sekali untuk memecat atau menggantung keahlian mereka yang berani menentangnya.
Kepada pemimpin yang sudah dipecat atau kena gantung keahlian daripada UMNO sebelum ini, janganlah lagi berharap apa-apa kepada parti itu.
Yang dipecat, bakal selama-lamanyalah akan berada di luar UMNO selagi Zahid Hamidi menjadi Presidennya, manakala yang kena gantung enam tahun pula, bertabahlah kerana nama mereka pasti tidak dicalonkan lagi pada PRU16 nanti.
Makna kata, kedua-dua kelompok itu sudah tiada tempat lagi dalam UMNO dan sudah berakhir riwayat mereka.
Pilihan yang terbaik bagi mereka jika ingin terus berpolitik hanyalah dengan segera mencari wadah atau parti baru untuk meneruskan perjuangan.
Pilihlah apa saja parti yang bersepah-sepah ada sekarang ini – Bersatu, Pas, Pejuang, Putra, Berjasa dan macam-macam lagi yang ada.
Kalau tidak mahu beralih kepada mana-mana parti, konon sayang sangat kepada UMNO, elok bersara sajalah pilihan yang sebaiknya.
Menunggu untuk kembali meneruskan perjuangan bersama UMNO yang entah bila waktunya, tambahan lagi usia masing-masing pun makin menua, ia adalah kerja paling membuang masa dan sia-sia.
Tambahan lagi, UMNO selepas ini lebih mungkin terus kekal sebagai penumpang saja daripada mampu kembali semula sebagai peneraju kuasa.
Tetapi, jika memilih menyertai parti baru, mana tahu tiba-tiba mampu beroleh kuasa?. – ShahbudinHusin 19/03/2023.
Apa pendapat GM berkenaan status media sdra Mahathir yg kata dirinya kalah PRU,
tp kerajaan takut kpd dia ekoran program proklamasi yg nak di buatnya asyik
tertunda.
Pertama, kami & kerajaan bukan takut, tp
dah rasa naik kesian dgn umoq 98 masih lg nak berpolitik. Ya, kami silap
langkah dgn harapan nak satukan gergasi yg bergaduh dapat perbaiki hubungan dgn
Anwar dan pd masa sama bulehlah buat kebaikan dan insaf diri dari terbelenggu jauh.
Bila dh berjaya jd kerajaan & di pilih
jadi PM PRU14, dapat ja kuasa auto kenyangkan kroni2. Bangsa Melayu ketika itu,
di perlekehkan dgn pelbagai kosa kata.
Kedua, hal kata dewan2 yg batal tempahan
program proklamasi tu & fitnah kunun Anwar takut dgn beliau tu...kami ada
curiga sedikit. Kami lihat, parti PIS lebai yg buat pelbagai program tu senang
ja nak mengutuk Anwar & kerajaan. Tak pula nak batal mana2 dewan yg di
tempah.
Apakah program proklamasi Melayu itu tidak
dapat sambutan, kemudian nak tutup malu di tudingnya jari ke Anwar &
Kerajaan Malaysia ?
Bangsa Melayu di Langkawi itu pun menolak
Mahathir dlm peti undi hingga kalah teruk. Apakah mungkin di sebabkan Melayu
muak dgn perangai politiknya yg tak habis, program proklamasi yg tak dapat
sambutan hingga terpaksa batalkan dewan sendiri & kilas kegagalan kpd org
lain ?
Cukuplah...sudahlah. Dah 2x jadi PM, mana
mungkin masih gagal nak selamatkan Melayu. Berpuluh tahun dlm umno jadi PM,
kemudian di beri peluang dlm PH di PRU14...masih gagal selamatkan org Melayu
?
Kalau gagal...di mana kesilapannya?
Apa punca gagal ?
Puncanya, nak selamatkan kroni elit. Kroni
elit berbangsa cina di beri projek besar, kroni berbangsa Melayu juga
dapat...bukan tak dapat langsung. Tp ia lebih kpd mempergunakan org Melayu sbg
proksinya saja.
Hat Melayu yg lain, dikatakan lemah...bodoh
& tak pandai. Nak pandai mcm mana, dah itu acuan resamnya di ajar kpd
bangsa Melayu puluhan tahun!
Bg kami, Mahathir itu ada kebaikannya yg di
buat dlm pembangunan negara. Itu mmg kami akui dan tidak nafikan.
Cuma rakyat terutama bangsa Melayu kesian, dh
tua sangat tp masih lg nak berpolitik & mencatur. Pabila diri itu masih
keras kepala nak politik kunun dia segalanya betul...akhirnya rakyat tunjukkan
jalan keluar. Bertanding ahli parlimen Langkawi rakyat tolak, buat proklamasi
di dewan rakyat taknak datang, itu saja caranya nak ajar.
Bukan rakyat benci, tp dh naik rasa kesian
masih lg gagah nak cari harta dunia pd umur hampir 100 tahun.
Media Malaysia tak
bebas? Hanya keluarkan berita puji-pujian kerajaan je?
Mahathir ni bukan apa. Dia teringat apa yang dia
buat masa jadi PM dulu. Masa tu memanglah dia kawal segala jenis media. Siapa
siarkan berita yang tak memihak kepadanya, memang kena la.
Tapi sekarang, aku rasa rakyat boleh lihat
sendiri. Banyak media yang terlajak bebas sampaikan fitnah pembangkang pun
dapat siaran yang besar di muka hadapan akhbar dan portal mereka.
Media seperti Sinar Harian dan Awani, dua media
arus perdana yang ada masa kelihatan seperti lidah rasmi PN, lebih banyak
siarkan berita pembangkang berbanding kerajaan. Tak bebas lagi?
Bahkan fitnah yang Mahathir lontarkan ini pun
dapat siaran Utusan Malaysia. Kalaulah media dikawal, takkanlah Utusan berani
nak siar berita begini. Kan? Macam masa Mahathir jadi PM dulu. Sampai orang
gelar Utusan Malaysia jadi Utusan Meloya
Yang aku pelik, Mahathir kata nak lawan rasuah.
Tapi dia serang DS Anwar yang sedang memerangi rasuah. Sedangkan orang yang
sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah, dia berkepit.
Tak dengar lagi Mahathir kutuk Mahiaddin. Yang ada
berita dia nak masuk PN. Kalau Mahathir betul benci rasuah, takkanlah berita
Mahiaddin curi duit rakyat sampai beratus juta tak beri kesan padanya?
Kan dah jelas, Mahathir cuma nak kuasa. Bukan nak
lawan rasuah sangat. Dan dia juga nak jatuhkan DS Anwar sebab DS Anwar melawan
rasuah. Agaknya dia takut ada rahsianya yang bakal terbongkar.
Rakyat Malaysia dadah cerdik. Maklumat berada di
hujung jari je sekarang ni. Mahathir kena sedar tu. Tolonglah nasihatkan dia.
Ajarlah dia IT sikit-sikit. Biar dia tahu tak mudah nak tipu rakyat sekarang.
Kenyataan begini hanya akan memburukkan lagi
reputasinya. Kalau dia bersara, dia akan mati dengan dikenang sebagai
negarawan. Tapi sebab gila kuasa, dia lebih dikenang sebagai pengkhianat. Guane
boh?
IBRAHIM MAT ISA
Tinggalkan tuduh menuduh. Buat sendiri dan usaha sehingga
berjaya. Lepas itu baru orang kenal kau sebagai terbaik.
Ini tidak, asyik lempar batu sembunyi tangan orang lain semua
salah dia yang betul. Malulah dekat Cina DAP di Penang.
Kalau tidak, sampai ke sudah orang akan cakap lebai hanya pandai
cakap, buat kerja tak reti. Tengok Haji Hadi tu macam mana. Pandai cakap,
dibagi jawatan menteri duta apa dia buat selain makan gaji buta.
Aku cabar walaun lama dah suruh senaraikan apa jasa Hj Hadi kepada negara yang terbesar selain mengumpulkan walaun yang jahil supaya ditanam doktrin benci membenci. Satu ekor walaun pun tak berjaya!
Apabila dia kalah dalam Pilihanraya Umum tahun 1969 di Parlimen
Kota Setar, Kedah, maka doktor muda itu berubah menjadi “ultra-Melayu”. Beliau
menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul
Rahman. Beliau menyerang Tunku selepas Peristiwa 13 Mei 1969.
2. Lima puluh tiga tahun kemudian, apabila dia kalah di Parlimen
Langkawi dalam Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun 2022 sehingga hilang deposit,
pemimpin yang telah lanjut berusia itu dengan pencapaian dua kali jadi Perdana
Menteri Malaysia, kini menyerang pula Perdana Menteri ke-sepuluh Anwar Ibrahim.
3. Pada tahun 2019, apabila sudah sampai masanya sebagai Perdana
Menteri Ketujuh untuk menyerah kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim
seperti yang dijanjikan oleh gabungan Pakatan Harapan, maka tokoh tersebut
berdalih-dalih. Tetapi dalam masa yang sama dia menghimpunkan pemimpin-pemimpin
Melayu dari pelbagai pertubuhan dan NGO ke dalam suatu pertemuan yang diberi
nama Perhimpunan Melayu Bermaruah.
4. Kesan dari perhimpunan itu maka berlakulah episod Langkah
Sheraton. Kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas itu.
5. Sekarang tokoh yang telah lanjut berusia ini terus mengasak,
mengasak dan menyerang Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Apakah dosa Anwar Ibrahim
kepadanya, kita pun tidak mengerti.
6. Seperti modus operandi lama yang digunapakai, maka isu
sentimen Melayu sekali lagi digunakan.Kali ini tokoh tersebut terlibat dalam
usaha mengadakan pertemuan yang dipanggil Perhimpunan Proklamasi Melayu.
7. Setiap kali tokoh ini tersisih dari arus politik negara, dia
akan menggunakan kartu atau kad kaum untuk dia kekal relevan.
8. Nasihat saya kepadanya: Usahlah bermain api; nanti terbakar
negara sendiri. Cukup-cukuplah.
9. Bagi saya, tidak ada salahnya untuk tokoh berusia ini
berbincang dengan penyokong-penyokongnya berkenaan isu nasib orang Melayu
sekarang dan akan datang. Berikan kepadanya dewan untuk perhimpunan itu boleh
diadakan bagi mereka berbincang secara aman dan selesa.
10. Tetapi saya ingin bertanya kepadanya.Dia telah menjadi
Perdana Menteri selama 22 tahun kali pertama. Apa yang dia telah buat untuk
orang Melayu biasa, kecuali kapitalis-kapitalis kroni anak pinak dan para
sahabat sendiri.
11. Sekali lagi pada tahun 2018, dia telah diberi peluang
menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan.Kenapa tidak dibuat segala dasar dan
program untuk membela nasib orang Melayu?
12. Kenapa sekarang hendak bercakap membela nasib orang Melayu.
Sedang peluang telah diberi dengan luas sehingga lebih dua dekad kepadanya
sebagai Perdana Menteri.
13. Anwar Ibrahim baru empat bulan jadi Perdana Menteri. Mana
kepentingan orang Melayu yang telah digadai oleh Anwar? Jawapannya Tiada.
14. Mana hak-hak orang Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan
telah dikompromi oleh Anwar Ibrahim? Juga jawapannya Tiada
15. Kedudukan Bahasa Melayu terjamin. Kedudukan Islam terjamin.
Kedudukan Raja-Raja Melayu terjamin.
16. Anwar Ibrahim menegaskan perkara ini berkali-kali sama ada
di dalam Parlimen dan di luar Parlimen. Telinga ini mendengar. Diri ini menjadi
saksi komitmen Anwar Ibrahim menjaga kepentingan Melayu. Bezanya, sebagai
seorang pemimpin negara berbilang bangsa dan agama, Anwar tetap tegas menjaga
kepentingan dan hak-hak kaum-kaum lain dan agama lain seperti yang dijamin oleh
undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan.
17. Jadi apa salah Anwar Ibrahim sehingga dia hendak
ditumbangkan secara tidak sah sekarang, di luar proses pilihanraya? Ini bukan
demokrasi. Ini suatu tyranny gerombolan politik songsang.
18. Maka, adalah sangat wajar nasihat yang diberikan oleh
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan akan bertindak tegas terhadap
sesiapa jua yang secara tidak bertanggungjawab cuba membakar sentimen kaum dan
agama sehingga menimbulkan ketegangan dan ancaman terhadap ketenteraman awam
serta keselamatan negara.
19. Demi keselamatan Malaysia, saya menyokong ketegasan Perdana
Menteri Anwar Ibrahim itu.
20. Hanya satu, saya berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim
tidak melakukan kesalahan yang sama seperti apa yang telah dilakukan oleh
Perdana Menteri ke-4 Mahathir Mohamad pada tahun 1988 apabila berhadapan dengan
gugatan dan cabaran terhadap kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan
yang dipimpinnya.
21. Mahathir telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) dalam Operasi Lalang pada tahun 1988 itu dengan menahan tanpa bicara
lebih 100 orang pemimpin parti politik, pertubuhan NGO dan aktivis masyarakat.
Satu titik hitam dalam sejarah demokrasi Malaysia.
22. Saya berharap dengan kebijaksanaan Perdana Menteri Anwar
Ibrahim, beliau dapat mencari segala ikhtiar alternatif untuk mententeramkan
suhu sentimen kaum dan agama yang panas sekarang ini.
23. Elakkanlah Kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri
Anwar Ibrahim sekarang ini dari menggunakan akta-akta draconian seperti Akta
SOSMA untuk menangani tantangan dan cabaran dari pihak lawan.
24. Sebagai alternatif, gunakanlah pendekatan yang lebih
berhemah, berdiplomasi, berunding dan berlibat urus dengan pemimpin-pemimpin
parti-parti pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan sivil serta NGO yang kini
menentang secara terbuka terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Gunakan
kaedah perundingan bukannya perang.
Sekian
Ahli Parlimen Pasir Gudang
19 Mac 2023 (Ahad)
Zaman masa sekolah rendah puluh tahun dulu, kasut sekolah
setahun sepasang ja. Kalau nak masuk tahun seterusnya, selagi mana kasut tu
masih elok...tetap guna. Sama juga baju, dari putih baju tu sampai jadi kuning.
Malu dgn kawan, jiran, kawan tu biasa. Rumah tempat tinggal waktu itu, sebesar
saiz kandang lembu.
Hari ini terbaca posting mak2 muda menulis, katanya bila hantar
anak ke sekolah pakai kasut & baju yg sama, rasa malu dgn org lain.
Kemudian kata, "kasi gulingkan je kerajaan bekas banduan ni" sebab
susahkan dia.
Inilah perangai bangsa Melayu yg memalukan kaum ku sendiri.
Kerajaan Malaysia yg hang kata di pimpin oleh bekas banduan tu,
dah beri duit tunai RM150 kepada setiap murid seluruh Malaysia awal tahun ini
tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa anak yg bersekolah.
Duit yg dh beri tu hampa dok buat apa ? Tak cukup belanja RM150,
tambah la dgn duit sendiri. Setidaknya kerajaan sedikit sebanyak serap
kesusahan yg rakyat alami utk anak2 bersekolah.
Takkanlah sampai seluar dalam anak2 hampa pun kerajaan nak
tanggung ? Banyak lemak !!!
Mmg kerajaan Malaysia yg hampa kata di pimpin "bekas
banduan" tu akan buat pendidikan percuma. Hujung tahun lepas baru ja habis
PRU15, naik jadi Perdana Menteri...langkah pertama masuk dewan rakyat umumkan
bantuan RM150 kpd setiap anak yg nak masuk sekolah.
Pabenda mak bapak mcm ni, kerajaan beri RM150 buat anak masuk
sekolah pun tak reti bersyukur.
Kadang2 geram dgn perangai mak bapak muda2 masa kini. Dia ingat,
dia soqang ja yg susah. Tu luar sana, masih ada keluarga & anak kecik kita
yg daif berteduh di pondok toreh getah...hanya mampu hantar anak pergi sekolah
dgn tak seberapa ada.
Tak faham mak bapak muda2 yg tak reti susah sikit nih. GM dulu
nak gi sekolah jalan kaki ikut denai pokok getah jauh 5km jaraknya. Basikal pun
takda, sampai tepi pagar baru sarung kasut. Basah hujan balik sekolah, sampai
rumah gantung baju harapkan panas sumbu pelita nak kering baju.
Mmglah tak banyak RM150 tu, tapi membantu juga ringankan masalah
buat anak2 kita. Ini kangkang ja, tunggu duit jatuh sumbat ke mulut.
Maaf, jika ada yg pedih hati baca di sini. Atau mungkin terasa
mcm di hina.
Yang aku nampak, yang menggila mainkan isu Melayu dan Islam
terancam ni cuma penganut PAS dan PN sahaja. Rakyat terbanyak sudah semakin tak
hiraukan.
Kalau kerajaan terus menumpukan kepada usaha membantu rakyat
termiskin, dan usaha memberi penjelasan terus dibuat, insyaAllah kejahatan ini
akan dapat kita atasi.
Apa yang penting, kita sendiri sebagai penyokong kerajaan,
jangan mudah termakan mainan sentimen mereka. Jika ada berita yang tersebar,
selidik dulu. Jangan lupa, mereka pakar spin. Guane boh?
.
Setelah apa yang berlaku penggal lepas, rakyat mahu pentadbiran baharu lebih
tegas dan agresif menangani usaha tumbangkan kerajaan di tengah jalan.
Kebinasaannya bukan
sedikit. Hingga kini kita masih merasai kesannya….
1. Apabila menerima tawaran untuk menjadi Ketua Pengarah J-KOM,
hasrat saya cuma satu: saya mahu membantu PM membangunkan negara ini.
2. Saya gembira apabila PM mengumumkan wawasannya Malaysia
Madani. Malaysia Madani mengangkat kemampanan, kesejahteraan, masyarakat yang
inovatif, saling menghormati, keyakinan, dan keihsanan. Saya yakin wawasan PM
ini akan mampu membina peradaban bangsa kita yang hebat.
3. Namun, sebulan setengah di sini, saya sedih dengan isu yang
dimainkan pihak oposisi.
4. Saya memandang serius naratif Melayu-Islam terancam ini. Apa
yang terancam pun saya sendiri kabur. Apakah betul-betul terancam atau sengaja
ditimbulkan oleh pihak oposisi untuk menunjukkan PM lemah dan kerajaan ini
lemah?
5. Saya ingat di bawah kerajaan dahulu, PH dilemahkan dengan isu
Adib, gereja, Jawi, ICERD, Statut Rom, kitab Injil dan lainnya. Kini, isu yang
sama muncul lagi. Muncul kembali isu gereja, kerajaan zalim, Kristianisasi,
LGBT, mentega terbang, dan parti oposisi dimandulkan.
6. Saya sedih. Gerak kerja pelaksanaan gagasan Malaysia Madani
terganggu kerana isu-isu ini.
7. J-KOM banyak duit? Bajet 2023, J-KOM diperuntukkan RM18.692
juta sahaja untuk urusan emolumen, pengurusan, dan program.
8. Banyakkah jumlah ini berbanding dengan peruntukan untuk JASA
dan J-KOM sebelum ini? J-KOM ditadbir mengikut semua prosedur kerajaan, baik
itu dalam perbelanjaan, operasi dan perjawatannya.
9. Saya membodek PM? Untuk apa saya bodek? Saya tidak bodek
sesiapa tetapi mempertahankan PM kerana saya faham hasrat PM untuk membawa
reformasi kepada negara yang bertuah ini.
10. Ini yang saya mahu, tetapi bagaimana PM boleh tumpukan
kepada tugasnya jika setiap hari kita bermain dengan sentimen dan emosi
perkauman.
11. Kelmarin, hati saya terubat apabila PM tegas menyatakan
jangan ugut beliau dengan naratif yang boleh menghuru harakan negara. KPN juga
bersuara kelmarin. Dan hari ini pengerusi SKMM memberikan amaran tegas akan
mengambil tindakan kepada posting-posting yang menggugat keharmonian negara.
12. Saya boleh menerima perbezaan pendapat. Tetapi janganlah
sampai ke tahap fitnah, memburukkan peribadi, dan mengancam ketenteraman
negara. Janganlah sampai ke tahap hidup kita tidak harmoni. Islam tidak
mengajar kita begitu.
13. Saya mohon agar berilah kerjasama kepada kerajaan untuk
melaksanakan tugasnya. Berilah juga ruang kepada J-KOM untuk turun ke lapangan
menyantuni rakyat dan menyebarkan wawasan baik tentang Malaysia Madani ini.
14. Ada dakwaan, biarlah sistem kehakiman mengadilinya. Kita
negara undang-undang. Yakinlah kepada institusi negara kita kerana negara kita
perlu ke depan untuk mensejahterakan rakyat.
15. Betulkah Melayu-Islam terancam? Saya tidak melihatnya
begitu. Yang jelasnya, kitalah yang mengancamnya hanya kerana perbezaan
politik.
DATO’ DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF
Ketua Pengarah J-KOM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan
kerajaan akan menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000
bagi setiap jemaah haji golongan B40 pada tahun ini.
Anwar berkata perkara itu merupakan perubahan yang dilakukan
Kerajaan Perpaduan berkaitan pemberian subsidi kepada umat Islam di negara ini
untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
“Kita buat perubahan untuk golongan B40, walaupun tahun lalu
semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini untuk B40 (kos haji) naik RM1,000.
Tahun ini sepatutnya naik RM1,000, saya kira-kira rasanya untuk B40 tak perlu.
“Jadi kenaikan RM1,000 itu akan ditanggung Kementerian Kewangan
supaya orang (B40) boleh pergi (menunaikan ibadah) haji tanpa kenaikan (kos),”
katanya dalam ucapan penggulungan dan penangguhan Kongres Nasional Khas PKR
2023 di sini hari ini.
Bagi golongan M40 pula, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata
kenaikan kos haji adalah sebanyak RM3,000 manakala golongan T20 perlu membayar
kos haji sepenuhnya.
“Jadi ini cara kita melihat yang tidak dilakukan oleh kepimpinan
sebelum ini kerana tahun sebelumnya masih naik (kos haji),” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Tabung Haji
menjangkakan kos bagi menunaikan haji tahun ini akan meningkat lebih RM2,000
kepada RM30,850 bagi seorang.
— BERNAMA
Ini lagi sorang. Bila DS Anwar bersuara, cepat betul dia
berkomentar. Kadir Jasin kata DS Anwar masih dalam lipatan masa dan beban
lampau. Dia suruh DS Anwar move on.
Rasanya Kadir ni marah sebab DS Anwar ungkitkan kejahatan
Mahathir. Paha Mahathir kena cubit, paha Kadir pulak yang terasa sakitnya ye?
Tapi apa salah DS Anwar ungkit? Sebab baru-baru ini Mahathir dah
menyerang pentadbiran DS Anwar. Katanya pentadbiran DS Anwar ini tak utamakan
Melayu.
Sedangkan selama 22 tahun dan 22 bulan Mahathir berkuasa, orang
Melayu tetap ketinggalan. Jika ada pun, hanyalah segelintir yang berjaya.
Itupun dari kalangan kroni Mahathir juga.
Tiba-tiba dah tak ada kuasa, baru nak cakap Melayu ketinggalan.
Masa jadi PM dulu apa yang Mahathir tak kutuk Melayu? Pemalas la. Haprak la.
Banyak lagilah kalau nak dihitung.
DS Anwar dah lama move on. Beliau dah maafkan Mahathir pada
tahun 2018. Punyalah baik hati DS Anwar, siap sokong Mahathir jadi PM interim.
Tapi lepas dapat kuasa, apa yang Mahathir buat? Dan bila hilang
kuasa, DS Anwar dijadikan sebagai sasaran. Sedangkan DS Anwar tak sentuh pun
dia.
Kadir tak perlu nak sensitif sangat. Ucapan itu pun dibuat dalam
kongres parti. DS Anwar berucap pun sebagai presiden parti. Bukan sebagai PM.
Orang luar tak payah nak menyampuk.
Kadir juga sentuh tentang Menteri Dalam Negeri, Saifuddin
Nasution yang berikan pengecualian kepada UMNO dalam soal pemilihan presiden
dan timbalan presiden.
Apa yang Kadir sakit hati? Kata Kadir orang ramai boleh terima
BN kerjasama dengan PH tak tidak dalam soal kedua jawatan itu tak
dipertandingkan.
Siapa orang ramai tu? Kalau bukan ahli UMNO, tak payah nak
sibuk. Ahli UMNO pun terima. Buktinya, kem Zahid menang besar dalam pemilihan
yang sedang berlangsung sekarang.
Zaman dah berubah. Mungkin Kadir dulu cakapnya kedengaran hebat.
Tapi sekarang, dah makin ramai rakyat yang celik politik. Ramai yang lebih
hebat pemikiran mereka berbanding Kadir.
Jadi, adalah lebih baik kalau Kadir diam dan tumpu kepada
kehidupan peribadi. Biar generasi sekarang uruskan politik semasa. Guane boh?
.
ANA TAHU
Sampai sekarang ana tak paham apa yang dimaksudkan dengan kezaliman ni.
Adakah maksudnya sekarang sudah
berubah seperti rasuah jadi sedekah?