SPRM tak dapat bertindak kalau tiada bukti.



Ingat sebelum PRU15 dulu, SPRM 'serang' pejabat Invoke untuk cari alasan nak dakwa Rafizi? Berapa kali geledah tapi tak jumpa apa pun. Padahal waktu itu PH masih pembangkang.


Sampailah ke PRU, senyap terus. Sampai PH dah jadi kerajaan, masih tak mampu nak dakwa. Kenapa agaknya? Sebab tak ada apa-apa yang meragukan. Nak dakwa macamana?


Tapi kes Jana Wibawa ni, bila SPRM siasat, terlalu banyak perkara tak betul yang dijumpai. Sebab itu dakwaan boleh dilakukan. Kalau tak ada bukti, kes ini juga akan senyap seperti kes Invoke.


Masa Invoke kena 'serang' dulu, pembangkang tak pula kata SPRM jadi alat pemerintah. Walau jelas tindakan SPRM geledah pejabat Invoke seperti nak menakutkan Rafizi yang berterusan serang kerajaan waktu itu. Mereka cuma kata, kalau tak salah, tak perlu takut.


Tapi hari ini, bila SPRM dakwa pemimpin mereka, dengan sekian banyak bukti, sesuka hati dia tuduh SPRM jadi alat kerajaan. Waktu orang kena, dia kata padan muka. Bila dia kena, dia kata orang dengki.


Memang dasar lebai senget sebelah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


AIKKK KENAPA NAK SAMAKAN PULAK

 Hish... Tak faham aku cara fikir lebai.


Dia bandingkan isu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tak dipertandingkan dengan kes Jana Wibawa. Mana datang samanya?


Katanya ada perbezaan layanan menteri dalam dua hal ini.


Isu UMNO adalah isu dalaman parti. Isu tu tak beri kesan kepada rakyat pun. Nak kata jejaskan ahli UMNO pun rasanya tidak.


Kalau tengok, yang meroyan pasal isu ni semuanya orang luar atau pemimpin yang telah dipecat atau digantung. Ahli UMNO tak bising pun.


Bahkan usul itu telah mendapat restu perwakilan bila 90% daripada mereka bangun menyokong dan tiada yang menentang dalam PAU yang lepas.


Kes Jana Wibawa pula membabitkan wang rakyat dalam jumlah yang amat besar. Di mana projek diberikan kepada kontraktor yang tak berkelayakan termasuklah yang bukan bumiputera.


Sedangkan Mahiaddin dakwa Jana Wibawa untuk membantu kontraktor bumiputera. Lebih daripada itu, Bersatu didakwa mendapat komisen daripada setiap projek yang diluluskan.


Ada nampak tak perbezaannya? Kes Jana Wibawa disiasat oleh SPRM manakala isu UMNO diuruskan oleh ROS. Menteri memang ada kuasa khas dalam isu UMNO tapi tiada kuasa dalam kes Bersatu.


Bahkan kalau nak dibandingkan, kes Zahid pun tak libatkan dana awam. Kes Zahid sekitar Yayasan Akal Budi miliknya sendiri.


Manakala kes Mahiaddin dan pemimpin Bersatu yang lain melibatkan dana awam. Duit negara. Duit rakyat. Yang mana lebih besar kesannya?


Lebai-lebai semua bawa bertenanglah. Mahiaddin baru didakwa. Kalau Mahiaddin tu betul suci, pasti mahkamah akan lepaskannya nanti.


Atau lebai sendiri tak yakin Mahiaddin boleh lepas? Lebai pun percaya Mahiaddin ada seleweng ke? Sebab tengok cara menggelupur, macam lebai pun yakin Mahiaddin memang tak jujur.


SPRM, AG, KPN dan Ketua Hakim Negara semua lantikan Mahiaddin. Malah PAS dulu pun alu-alukan lantikan Azam Baki. Sekarang PAS sendiri tak yakin dengan Azam Baki? Apa sudah jadi?


Bagus lebai buat solat hajat untuk tenangkan hati. Sebab nampak gundah sangat tu. Tak pasti kalau lebai risau terpalit sama. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


JANGAN BERTINDAK TIDAK ADIL UNTUK PENCARUM LAIN.BEGITU JUGA FELDA.


Jamzuri Ardani


 KWSP ini bukan macam akaun simpanan bank.  Ianya lebih menyerupai fixed deposit.  Fixed deposit ni kalau nak withdraw sebelum tempoh matang kena bayar penalti. 


Pengeluaran wang pelaburan sebelum tempoh matang boleh menjejaskan unjuran prestasi pulangan kepada penyimpan. Sebab itu kena bayar penalti. 


Begitu juga dengan KWSP.  Sekiranya pencarum dibenarkan mengeluarkan wang caruman mereka sebelum tempoh yang sepatutnya, ia boleh menjejaskan dividen ke atas pencarum lain.


Demi keadilan untuk semua pencarum, saya tidak setuju pengeluaran simpanan KWSP sebelum waktu persaraan.


JAGA JAGA TUAN BRAHIM TUAN MAN- SEBAB KAU LAH YANG DAH LULUSKAN- SURAT DAN KELULUSAN ADA PADA KEMENTERIAN KEWANGAN.

 

PROJEK DAH DILULUSKAN- TAK SEMPAT DILAKSANAKAN KELULUSAN TENDER TERUS.KITA TAHAN DAN RUNDING SEMULA DAN DAPAT JIMATKAN.BATAL RUNDINGAN TERUS KITA LULUSKAN RUNDINGAN TERHAD.


TAK TERIMA KASIH TAK PA- JANGAN MAKI SAYA SUDAH-

TAK RASA PEDIH KA KENA HENTAM LAGU TU.....




JANGAN TERPENGARUH JIKA PH MENANG ADA CUKAI BAHARU


BANTUAN BANJIR RAKYAT TIDAK DIPOTONG – ANWAR


BOLEH BERI PERUNTUKAN MP PEMBANGKANG TAPI RUNDING DULU


KPDN LANCAR PROGRAM FOOD BANK WAKAF RAHMAH


KASIHAN LEBAI NI CEPAT LUPA.

 

Masa ko jadi kerajaan ramainya yg angkat bendera putih bai,... Statistik bunuh diri pun melonjak naik... Ko tahu sangaat ke.. Tahap kesialan PAS kini menjadi jadi...



MAU TAK MARAH..TAK SEMPAT NAK MAKAN RASUAH.

 



Hahaha... Marah sangat budak ni. Siap panggil DS Anwar bekas banduan. Saja nak buat provokasi la tu. Dia ingat dia boleh buat DS Anwar marah.


It's ok bro kalau bekas banduan pun. Setidaknya DS Anwar sekarang PM. Dan hasil kerja beliau mula dinikmati oleh rakyat. Bila rakyat semakin selesa, title bekas banduan tu tak beri sebarang makna.


Tapi ada baiknya Wan Saiful renung dirinya sendiri dulu. Jangan sedap kata DS Anwar bekas banduan sebab dia sendiri bakal banduan. Lebih baik dia prepare untuk perbicaraan daripada meroyan tak tentu hala begini. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


JANGAN JADIKAN DAKWAAN RASUAH SEBAGAI MODAL POLITIK PERKAUMAN


1. Esok TSMY akan didakwa atas pertuduhan rasuah berkaitan dengan dana Jana Wibawa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

 

2. Apa itu Jana Wibawa? Jana Wibawa adalah Program Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa yang diluluskan oleh kerajaan pada 12 November 2020 semasa TSMY menjadi PM. 


3. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan. 


4. Terdapat 56 projek di bawah program Jana Wibawa bernilai RM6.3 bilion, dan dilaporkan Bersatu menerima sumbangan lebih RM300 juta daripada kontraktor bagi projek ini. Susulan itu, SPRM bertindak membekukan akaun Bersatu. 


5. Dahulunya, semasa Dato Seri Najib bergelumang dengan kes 1MDB dan salah guna kuasa, TSMY menjadi jaguh mendesak DSN didakwa untuk membersihkan negara ini.


6. Peliknya, setelah disiasat hari ini, TSMY bukan mengambil kesempatan untuk membersihkan parti dan dirinya, tetapi mendakwa tuduhan ke atasnya adalah pendakwaan politik terpilih.


7. Tadi pagi, semasa TSMY ke Ibu Pejabat SPRM untuk disiasat, penyokongnya menjerit Lawan Kezaliman, Tolak Kezaliman, Tolak BN, Tolak Anwar, Anwar Pendendam, Hidup Abah, Hancur Anwar, Hancur PH, Bangkit Melayu, dan Bangkit Islam.


8. Apa yang zalimya kerajaan perpaduan dan DSAI apabila TSMY didakwa? Sejak awal lagi, PM telah menyatakan tidak akan campur tangan dalam kes sebegini dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mendakwa. 


9. Saya hairan apabila ada yang menyatakan dakwaan ini tidak adil. Apa yang tidak adilnya apabila semua yang terlibat dalam penyiasatan dan pendakwaan ini—KP SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara adalah dilantik sebelum DS Anwar Ibrahim menjadi PM lagi?


10. Saya risau dengan sentimen untuk meletakkan kesalahan pendakwaan itu ke atas bahu PM. Lebih risau lagi apabila kumpulan penyokong TSMY dan PN ini menggunakan isu agama dan kaum untuk menarik simpati orang Melayu. 


11. Kenyataan seperti dakwaan terhadap TSMY bersifat dendam, PH-BN takut pada sokongan orang Melayu, dakwaan terpilih untuk mengalih perhatian bagi menutup isu ROS, dan menyeru orang Islam bermunajat malam ini untuk menolak kezaliman ke atas TSMY adalah bahaya.


12. Bahayanya adalah kerana TSMY dan PN akan terus menggunakan sentimen agama dan perkauman untuk menarik sokongan orang Melayu. Bahayanya kerana sentimen ini boleh mencetuskan rasa tidak selesa rakyat, huru hara, menakutkan pelabur, dan menjejaskan ketenteraman awam.


13. Kepada penyokong TSMY dan PN, nasihat saya sederhana. Hadapi dakwaan. DS Anwar dan DSN dahulu menghadapi tuduhan tanpa mengaitkan dakwaan ke atas mereka dengan Melayu dan agama.


14. Selepas itu, tunggu keputusan mahkamah. Mahkamah adalah badan bebas yang berhak menentukan keputusan seadilnya. Tambahan pula, pendakwaan terhadap TSMY adalah oleh SPRM yang menyiasat penyalahgunaan wang rakyat tanpa mengira sempadan politik.


15. TSMY hanya didakwa dan beliau belumpun didapati bersalah sehingga mahkamah memutuskan beliau bersalah. Jadi, apa yang perlu kecohnya? Yang perlu kita lakukan sekarang ialah mendokong kerajaan untuk menyelamatkan negara dari rasuah. 


16. Rasuah salah. Kita patut tangkap perasuah. Jika pemimpin menghadapi tuduhan rasuah, kita bicarakan mereka dengan adil. Jangan jadikan rasuah sebagai modal politik perkauman untuk menganggu kestabilan politik negara.


DATO' DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF

Ketua Pengarah J-KOM