Jamzuri Ardani
KWSP ini bukan macam akaun simpanan bank. Ianya lebih menyerupai fixed deposit. Fixed deposit ni kalau nak withdraw sebelum tempoh matang kena bayar penalti.
Pengeluaran wang pelaburan sebelum tempoh matang boleh menjejaskan unjuran prestasi pulangan kepada penyimpan. Sebab itu kena bayar penalti.
Begitu juga dengan KWSP. Sekiranya pencarum dibenarkan mengeluarkan wang caruman mereka sebelum tempoh yang sepatutnya, ia boleh menjejaskan dividen ke atas pencarum lain.
Demi keadilan untuk semua pencarum, saya tidak setuju pengeluaran simpanan KWSP sebelum waktu persaraan.