BILA DEDAK DAH HABIS

 W.FAUDZIN

Lihat kebodohan chegu Bard. Anwar nak saman pendang sbb tuduhan dia bkn pasal PM paling teruk, tetapi tuduhan pendang yg kata Anwar lebih zalim dan pendendam dgn Mahathir. Perkataan teruk tak sama dgn zalim dan pendendam. Patut pun berhenti awal jadi chegu sbb terlalu bodoh dek makan dedak kuat sgt.

Yg gelar Mahathir dulu sbg mahazalim, mahafiraun tu dtg nya dari para penyokong Anwar waktu reformasi. Hang gelar mahathir pun lagi teruk. Kenapa Mahathir tak saman? Mmg Mahathir tak mahu saman sbb dia tahu mmg dia mahazalim pun. Paham chegu dedak?






 

PERUNTUKAN UNTUK MELAWAN SCAMMER

 

Steven Sim Chee Keong 沈志 

odresSotpn242ml03tuamll92liclh861i5f5fft12lhm457u1ictm7i506l  · 

 



Peruntukan RM10 juta untuk lawan scam Description: 💪🏻

Sejak saya diamanahkan berkhidmat di MOF, antara isu yang saya perjuangkan ialah melawan scam.

Kenapa? Sebab ini melibatkan berbilion ringgit duit hasil keringat rakyat.

Kita ada pusat respon scam kebangsaan (NSRC) dengan talian 997. Tapi malangnya tak cukup kakitangan dan sumber sebelum ini.

Ada 200-300 panggilan aduan setiap hari, hanya ada 7 orang penganalisa kes yang akan merumuskan kes sebelum dihantar ke PDRM.

Bila saya melawat mereka, ada mereka yang kata, "sibuk sehingga tak ada masa nak cuti sakit". Saya terharu sebab mereka bukan saja tidak mengeluh malah bangga berkata bahawa ini bakti kepada negaraDescription: 💪🏻.

Selama ini, ada mangsa yang call saya suruh saya bantu pulangkan duit mereka. Saya tau mereka amat-amat berharap. Justeru, lebih penting bagi saya ialah memastikan dasar dan sistem kewangan yang lebih baik serta menjamin keselamatan wang rakyat.

Dalam tempoh beberapa minggu ini, saya buat kajian, siapkan laporan dan berbincang dengan PMX tentang pengukuhan sistem, beliau terus bersetuju. PMX pandang serius perkara ini kerana melibatkan rakyat.

Syukur hari ini PMX mengumumkan beberapa inisiatif baru bagi melawan scam:

Description: ✅RM10 juta akan disalurkan kepada Pusat Respon Scam Kebangsaan bagi memperkasakan lagi operasi lawan scam.

Operator telefon akan ditambah daripada 10 kepada 20 orang. Waktu operasi juga akan dipanjangkan tempohnya.

Penganalisa kes akan ditambah daripada 7 kepada 20 orang, manakala PDRM akan menambahkan bilangan anggota di NRSC daripada 2 orang kepada 70 orang.

Selain itu, saya juga akan berusaha untuk memperjuangkan penambahbaikan dasar serta perundangan lain bagi memastikan agensi penguatkuasa akan dapat menumpaskan sindiket scam dengan lebih berkesan serta proses pemulangan duit kepada mangsa menjadi lebih lancar.

Saya tahu ini hanya permulaan. Malah saya bagitau pegawai-pegawai yang terlibat, jangan kita leka. Setiap upgrade yang kita buat, scammer akan upgrade lagi taktik dan teknologi mereka. Kita harus sentiasa alert untuk melawan scam dan melindungi wang rakyat!

 

Belanjawan 2023 baharu tak mampu selesai tekanan kos sara hidup penjawat awam, kata Cuepacs


Kesatuan pekerja perkhidmatan awam kecewa tiada komitmen untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam.

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 baharu dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi penjawat awam ketika ini, kata Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), yang kecewa dengan pembentangan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang tadi.

Presiden Adnan Mat berkata pentadbiran Anwar tidak memberikan sebarang komitmen untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam, melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam.

Ini supaya ia lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup, tambahnya.

“Faktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak pada ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup yang naik dengan begitu mendadak terutama melibatkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan, dan perumahan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kerajaan perlu memperhalusi semula permintaan penjawat awam yang berkaitan permasalahan kos sara hidup seperti mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan yang sehingga kini tiada sebarang perkembangan daripada kerajaan.

“Pengurangan cukai pendapatan golongan M40 sebenarnya tidak memberi impak besar kepada pendapatan boleh guna khususnya di kalangan penjawat awam. Ia tidak mampu menggambarkan situasi sebenar rakyat di luar sana.

“Penjawat awam ketika ini mengharapkan sebuah sistem saraan yang baharu memandangkan sistem yang digunapakai selama ini sudah lama tidak dikaji sejak November 2002, yang dikatakan tidak bersesuaian dengan persekitaran ekonomi semasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan kekecewaan mengenai hal-hal berkaitan pemilikan rumah di kalangan penjawat awam yang juga tidak diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023.

Katanya, kerajaan wajar memperkenalkan semula program perumahan mampu milik bagi penjawat awam sebagaimana yang dilaksanakan sebelum itu.

“Konsep rumah mampu milik seperti Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang dikhususkan kepada anggota ATM perlu diperluaskan kepada semua penjawat awam.

“Penjawat awam tidak meminta perumahan percuma kerana kami sanggup membelinya. Akan tetapi, harga yang ditawarkan oleh pemaju ketika ini sangat tidak masuk akal dengan kadar gaji semasa penjawat awam,” katanya.

Hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM700, ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Menteri kewangan berkata, pesara kerajaan pula menerima bantuan sebanyak RM350 yang akan dibayar pada April ini.

Susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, kerajaan berhasrat meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50% iaitu maksimum 90 hari, bagi membantu penjawat awam yang memerlukan.

Menurutnya, penjawat awam yang mempunyai isi rumah dengan pendapatan RM7,000 dan ke bawah, turut akan mendapat subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan.

REFORMIS SEJATI TIDAK PERNAH MENGAKU KALAH- MALUNYA…SIANG-SIANG LAGI PH KELANTAN SUDAH MENGAKU KALAH!!

 

Semua parti yang masuk bertanding dalam pilihan raya adalah dengan hasrat untuk menang dan menubuhkan kerajaan.

Tidak kira siapa pun lawan yang akan dihadapi, keyakinan untuk menang mesti sentiasa ada.

Lagi pula, selagi keputusan belum diumumkan, macam-macam perkara di luar jangka boleh berlaku tanpa disangka-sangka.

Kadang-kadang yang dijangka menang tiba-tiba kecundang, manakala yang diramalkan kalah pula boleh beroleh kemenangan.

Itulah hukum dan adat dalam pertandingan, yang penting usaha mesti diteruskan sedaya yang mungkin, disertai kemudiannya dengan bertawakal kepada Tuhan.

Tetapi, lain benar dengan PH Kelantan dalam menghadapi PRN negeri itu tidak lama lagi.

Belum apa-apa lagi, PH Kelantan yang dipimpin oleh Nik Nazmi Nik Ahmad sudah menetapkan pendirian tidak mahu kepada kemenangan, sebaliknya sekadar ingin menjadi pembangkang yang kuat saja.

“Bagi saya tumpuan kita ialah untuk jadi pembangkang yang kuat. Sebab kita tahu kita bukan pilihan utama, di Kelantan ini kerana Perikatan Nasional (PN) khususnya PAS adalah pilihan utama.

“Jadi tumpuan kita adalah untuk jadi pembangkang yang kuat, bukan untuk menggantikan kerajaan sedia ada,” kata Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR serta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagaimana disiar di media beberapa hari lalu.

Adoiii…kenapa jadi macam ini?

Keinginan menjadi pembangkang yang kuat dan berwibawa sepatutnya hanya dilafazkan selepas keputusan pilihan raya diketahui, bukan sebelum bertanding lagi.

Bila masuk bertanding, mesti dengan keinginan untuk menang serta melakukan usaha sedaya yang mungkin.

Kalau awal-awal lagi sekadar mahu jadi pembangkang dan tidak mahu menang, sudah tentu mustahil rakyat mahu memberi sokongan.

Rakyat mengundi kerana berharap parti pilihan mereka mampu menjadi kerajaan, bukan mengundi untuk jadi pembangkang.

Lagi pun PH ketika ini, selain merupakan kerajaan di peringkat pusat, mereka juga sudah bersama dengan UMNO dan BN yang pernah menang di Kelantan sebelum ini.

Kenapa masih tiada keyakinan untuk menang juga?

Daripada awal-awal sudah mengaku kalah dan hanya ingin jadi pembangkang, lebih baik PH tak payah bertanding langsung – tentu dengan percuma saja terus dapat jadi pembangkang.

Malunya ada pemimpin macam ni…(ShahbudinHusin 24/02/2023)



KEH..KEH



 betul la org kata seorang ayah mampu jaga 7 org anak, tp 7 org anak belum tentu mampu jaga seorang ayah. contohnya mcm pakcik ni.


harap 7 org anak pakcik ni tengok tengokkan la sikit bapak diorang. anak ramai2 pun tak boleh nk masakkan utk ayah. setiap hari kena makan kat kedai🥲



Jamzuri Ardani.


Dok cerita cerita merata ada anak 7 orang ... pastu mengeluh belanja makan menu rahmah tinggi. 


Hang nie betul-betul bikin malu golongan bapak laaa.  Harapnya tak ada anak hang yang mewarisi bebal hang tu.



NEGERI SENDIRI PUN TAK LEH CERAMAH

 Mukhlis Eddie


Nak ceramah di Selangor kena ada tauliah.

Negeri depa pun dia x d benarkan ceramah... Takkan lah Selangor nak bagi puak² tonggang agama ni ceramah kot ...




BAHASA PUAK PENUNGGANG NI BUKAN BOLEH KIRA. SEKOLAH DAN KETURUNAN BERKAIT RAPAT. SEKOLAH TAK TIMGGI, MUNGKIN JUGA DIRUMAH MASA KANAK KANAK JUGA KENA MAKI HAMUN..



Elok betul bahasa puak yang kata memperjuangkan Islam dan Melayu ni. Asal tak sesuai dengan jiwa, digelarkan anjing. Sedangkan ada masa anjing lebih suci sebab anjing tak buat fitnah.


Kalau lantikan politik dalam agensi nak dianggap anjing, atau agensi yang jalankan agenda politik nak digelar anjing, berapa banyak anjing wujud ketika eras pentadbiran PN dulu? Cuba kira.


Rakyat kena jauhi pemikiran politik begini. Mereka tiada agenda rakyat dalam hati. Cuma ada agenda peribadi. Sebab itu mereka biarkan kalau ada pengikut mereka berperangai sebegini. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



HENTI SEBARKAN FITNAH TENTANG J-KOM



1. Ada yang mengkritik pelantikan staf di pejabat J-Kom. Dan mereka masih menganggap J-Kom adalah alat parti tempat bersarangnya pegawai yang tidak layak. 


2. Pengkritik mengaitkan staf J-Kom sebagai tempat pelantikan politik oleh PM DSAI. Dua yang menjadi serangan pengkritik ini adalah Siti Aishah Syeikh Ismail dan juga Sham Ghaz.


3. Siti Aisyah didakwa telah dilantik sebagai Pengarah J-Kom Zon Utara dengan syarat yang tidak mencukupi, dan Syam Ghaz didakwa dilantik sebagai pegawai J-Kom dengan gaji RM50k sebulan.


4. Saya tegaskan pelantikan pegawai J-Kom atas apa juga jawatan adalah cadangan saya. Ini adalah barisan kepimpinan J-Kom yang saya pilih setelah yakin mereka boleh bekerjasama dalam menjayakan fungsi J-Kom untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dan menghubungkan rakyat dengan kerajaan.


5. Fungsi J-Kom ada tiga yang utama: membudayakan ilmu, mendigitalisasikan masyarakat, dan meningkatkan patriotisme rakyat.


6. Saya yakin mereka berdua boleh melaksanakan fungsi ini dengan baik, jika dilantik.


7. Pertanyaannya, betulkan Siti Aisyah dilantik sebagai pengarah zon utara? Saya mengesahkan Siti Aisyah bukanlah pengarah zon utara. Beliau masih belum mempunyai sebarang jawatan di J-Kom.


8. Begitupun, In Shaa Allah, di masa akan datang, jika ada keperluan, saya akan melantik Siti Aisyah di kedudukan yang sesuai untuk membantu saya—tentunya mengikut peraturan yang betul.


9. Bagi saya, pengalaman Aisyah sebagai aktivis sosial dan senator boleh memainkan peranan untuk mendekatkan J-Kom dengan rakyat.


10. Syam Ghaz adalah timbalan saya. Gaji dan elaunnya tidak sampaipun satu pertiga daripada jumlah RM50k yang disebutkan.


11. Saya melantik beliau kerana saya yakin beliau boleh memberikan komitmen penuh untuk membantu saya mengatur program dengan rakyat, dan melaksanakan fungsi J-Kom. 


12. Beliau seorang anak muda yang aktif, bertenaga, mempunyai kesungguhan, dan komited dalam menjalankan tugasnya. Saya menemu bual beliau, dan setelah itu, saya yakin dalam dirinya mengalir nadi rakyat. 


13. Setelah pelantikan telah dibuat, yang tentunya mengikut semua peraturan yang dibenarkan, janganlah lagi kita menyebarkan fitnah. Saya telah membentuk pasukan yang baik untuk J-Kom dan telah pun menggariskan dasar dan visi J-Kom yang jelas.


14. J-Kom bukan alat parti politik, tetapi J-Kom adalah alat kerajaan untuk menyampaikan wawasan Malaysia Madani yang digagaskan oleh PM.


15. Jika J-Kom alat parti, tengoklah apa yang kami buat di J-Kom. Tengok fb J-Kom dan media sosialnya yang lain. Ada kami berpolitik? 


16. Kami hanya menyampaikan dasar-dasar kerajaan sehingga ada yang pro pada parti-parti tertentu menuduh kami sebagai lembab dan tidak berfungsi. Kami jelaskan kami bukan parti politik untuk berfungsi sebagai alat parti.


17. Kelmarin J-Kom telah mengiklankan kekosongan jawatan di fbnya. Kepada sesiapa yang berminat, mohonlah. Kami akan memproses semua permohonan mengikut garis panduan yang ditetapkan SPA.


18. Saya memohon maaf jika kami di J-Kom ada kelemahan. Kami sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Pejabat kami tidak hanya terbuka kepada satu parti politik sahaja, tetapi kepada semua parti. 


19. Datangi J-Kom jika ada program untuk rakyat yang kita boleh lakukan bersama. J-Kom akan turun padang dalam waktu yang terdekat untuk memasarkan program Malaysia Madani. Dalam bulan puasa ini, kami akan mengadakan program Ramadan. Sesiapa sahaja dijemput untuk mengadakan program ini bersama.


20. Dan kepada yang terus menyebar fitnah tentang J-Kom, jangan biarkan kami bertindak. Kita jadilah rakyat Malaysia yang saling menghormati dengan mengelakkan diri dari menimbulkan fitnah yang kesannya menyakitkan.


DATO DR’ MOHAMMAD AGUS YUSOFF

Ketua Pengarah

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)



Terpilih atau tidak, menteri tiris perlu diburu


Jangan terpedaya dengan teriak tangis melalak mereka bahawa ini satu perburuan. Jangan tertipu dengan wajah jambu dan senyum yang mencairkan.

Ketirisan adalah satu bentuk penyelewengan dan korupsi. Tidak ada cara lain untuk mengajar haiwan-haiwan politik yang kita pilih untuk mengurusi hal negara tetapi kemudiannya membaham harta awam. Caranya ialah kita tangkap dan dakwa mereka. Biarlah mereka melalak apa pun tatkala mencari jalan meneriakkan slogan politik yang konon bersih.

Berkait harta awam, terdapat banyak dana kerajaan yang disalurkan untuk rakyat, bagi membantu kita yang sedang dalam kesusahan. Ramai dalam kalangan kita terjejas dek bencana alam seperti banjir, atau terkesan oleh musibah pandemik berkebelakangan yang lalu. Akan tetapi dana kerajaan ini – yang asal niatnya baik untuk membantu rakyat – telah diselewengkan, lantas berlaku ketirisan.

Hal sedemikian sering berlaku ketika proses pelaksanaan atau pemberian dana ini. Sebagai misalan ini terlihat dalam pendanaan untuk membantu mangsa banjir. Untuk mengesahkan nasib malang mangsa tersebut, selalunya kita memerlukan laporan polis, pendaftaran syarikat dan lain-lain pembuktian. Akan tetapi bayangkan, laporan polis itu lekas diremehkan dengan alasan ia karenah birokrasi (kononnya mangsa banjir sudah dalam kesusahan bahkan lagi disusahkan), sebaliknya diganti dengan hanya surat jaminan seorang ketua bahagian parti tertentu. Maka di sinilah boleh berlaku ketirisan berleluasa dan haiwan-haiwan politik ini bermaharajalela.

Tangkap sahaja ketua bahagian itu, jika mereka kacak dan meleleh seksi maka lebih patut ditangkap dan didakwa. Jika mereka buruk dan buncit pun wajar dihukum. Jangan beri muka.

Rentetan seruan Madani oleh perdana menteri hari ini, iaitu ingin membanteras ketirisan agar wang negara dalam keadaan selamat; maka kita juga perlu memberi perhatian kepada kelakuan tiris dalam kalangan haiwan politik ini. Ketirisan mengakibatkan kerugian di pihak kerajaan. Apabila berlaku ketirisan, ia menjejaskan operasi perkhidmatan awam di mana penguatkuasaan, pembinaan sekolah atau hospital, jaminan pekerjaan untuk doktor kontrak, pembaikan jalan raya, dan menaik taraf pengangkutan awam akan tergendala.

Oleh sebab itu saya berpendapat, kita jangan beri muka sepicing pun kepada mana-mana haiwan politik baik beliau itu seorang menteri atau bekas menteri; jika terbukti mereka itu membiarkan lantas memboloskan poket kerajaan sehingga berlakunya ketirisan.

Ketirisan adalah bahagian dari penyelewengan dan korupsi. Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan ketirisan kerana ia bukan nilai yang Islami. Kita membaca banyak sejarah dan biografi para pemerintah Islam yang luhur, misalnya yang memadamkan pelita di kediaman rasminya kerana dikhuatiri minyak bakar itu menggunakan wang negara. Kita juga membaca banyak sejarah dan riwayat para pemerintah yang berintegriti, bagaimana wang perbendaharaan dijimatkan dan jangan sampai dijoli sesuka hati memandangkan pada tiap keping wang itu terdapat haknya orang fakir, anak yatim, rakyat terbanyak dan minoriti yang mengharap.

Salah satu resipi kejayaan negara maju seperti Jerman dan Jepun ialah kecekapan mengatur defisit negara supaya mengecil. Untuk itu kerajaan bijak berbelanja dan berhemah sembari cekap dalam menghasilkan pulangan tertinggi. Semua itu diupayakan dengan kadar ketirisan sifar. Dengan demikian negara-negara ini meskipun berdepan badai bencana dan gugatan kewangan tetap mampu mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik.

Menjelang belanjawan yang bakal diketengahkan, kita mesti akur Malaysia sedang berdepan kelayuan defisit tidak sudah, ketegangan defisit tahun demi tahun dan perlu mencari makjun kuat penjanaan hasil yang berkesan. Kita juga perlu bertahan kerana keberkesanan pengurangan defisit memerlukan masa.

Sementelah beban besar mana-mana kerajaan pun yang memerintah Malaysia adalah pada ekonominya, kerana negara kita terlalu memberi subsidi. Di sinilah datangnya perang melawan ketirisan untuk membantu menyelamatkan wang dan masa depan negara sangat diperlukan.

Inilah sebabnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diupayakan, dan dibenarkan menangkap dan mendakwa baik jerung mahupun bilis. Asalkan tiris, ia perlu dibendung dan dikekang. Kita boleh memahami mengapa misalnya SPRM memberi tumpuan kepada proses pemberian dana yang lemah. Yang mana telah saya sebutkan di atas, iaitu pengabaian atau ketidaktelitian semakan terhadap ketulenan maklumat yang dikemukakan pemohon (individu, syarikat, pertubuhan) dalam usaha mereka beroleh dana kerajaan.

Bila dikorek-korek oleh SPRM akan terserlah misalnya ada beberapa syarikat yang dimiliki orang sama dalam membuat tuntutan. Tidak pasal-pasal mereka kaya raya dengan dana awam. Biarlah kalau pemilik syarikat itu kacak tampan sekalipun, tangkap dan dakwa mereka.

Penyelewengan dan ketirisan dana dan bantuan adalah bahagian dari korupsi yang tidak harus diremehkan. Oleh kerana itu saya fikir, kenyataan Ahmad Khusairi Yahaya selaku timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM baru-baru ini mesti dipandang berat. Menurut beliau kerjasama antara SPRM dan agensi serta kementerian tertentu menerusi pelbagai operasi khas sepanjang 2022 membolehkan seramai 133 individu terdiri daripada pemilik dan pengarah syarikat yang mengambil kesempatan dari kebolosan dan kelemahan sistem dan proses ditangkap. Juga lebih dari 100 syarikat disiasat khusus kerana terlibat dalam penyelewengan dana yang dianggarkan berjumlah RM194 juta. Seramai 34 pemilik atau pengarah syarikat pula didakwa di mahkamah atas kesalahan mengemukakan tuntutan palsu.

Bayangkan berapa banyak sekolah dan hospital dapat didanai dengan jumlah tersebut? Jangan terpedaya dengan teriak tangis melalak mereka bahawa ini satu perburuan. Jangan tertipu dengan wajah jambu dan senyum yang mencairkan.

Itulah sebabnya pendakwaan baik ia terpilih atau tidak terpilih mestilah dilakukan. Jika ada mana-mana menteri atau bekas menteri; kalau-kalau terbukti mereka itu membiarkan dan memboloskan poket kerajaan sehingga berlakunya ketirisan, jangan dilepaskan.

Usaha SPRM untuk menangkap dan mendakwa mana-mana individu yang mengakibatkan ketirisan dan penyelewengan dana termasuk dalam sektor sumber manusia, kebajikan, automotif, pendidikan, pengajian tinggi, penternakan, pertanian serta perladangan mestilah disokong masyarakat.

Tanggungan peningkatan hutang negara yang sudah melesat sehingga hampir RM1.2 trilion antara lain berlaku disebabkan banyaknya ketirisan pada zaman Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN). Ia antara lain membabitkan 1MDB, perbelanjaan Jana Wibawa, dan tebatan banjir.

Dalam hal membasmi ketirisan ini; kita jangan beri muka kepada mana-mana menteri atau bekas menteri. Siapa pun yang tiris dan cirit kita kejar dan buru mereka. Hukum dan azabkan.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


ADAKAH INI SECARA KEBETULAN-SIAPA DISEBALIK CINA DAN SYARIKAT NYA ?

 


ADRIAN LIM CHEE ANN



TEO WEE CHENG

Secara kebetulan, dia berketurunan Cina.

Secara kebetulan, dia terkait dalam kes rasuah Jana Wibawa yang dikhususkan untuk memperkasakan kontraktor Bumiputera.

Secara kebetulan, dia merupakan Pengarah Urusan dan pemegang saham kedua terbesar syarikat SHH Resources Holdings Bhd.

Secara kebetulan, Abang Muhyiddin Yassin, iaitu Allahyarham Abdul Aziz Yassin merupakan bekas Pengerusi SHH Resources Holdings Berhad.

Secara kebetulan, dia punya company terletak di Pagoh.

Secara kebetulan, Ahli Parlimen Pagoh ialah Muhyiddin Yassin.

Ini semua kebetulan je.

PN masih komited membela nasib orang Melayu Description: 👍🏻

 

Teori Konspirasi HAARP Amerika dengan Gempa Bumi di Turkiye | Dato' Dr. ...



Teori konspirasi telah muncul mengaitkan gempa bumi yang membawa maut di Turki dengan teknologi Amerika Syarikat yang dipanggil Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP). Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, teknologi HAARP digunakan untuk "membakar langit." HAARP sendiri dibina di Alaska. Lokasinya adalah kira-kira 4 jam dari ibu negeri terbesar di Amerika Syarikat. Antena gergasi terbentuk daripada kira-kira 180 menara perak setinggi 22 meter, tersusun rapi dan disambungkan dengan rangkaian kabel yang rumit. Antena gergasi itu digunakan untuk menghantar tenaga radio dengan magnitud 2.1 MW ke lapisan atmosfera yang dipanggil ionosfera, 100 km di atas permukaan Bumi. Pelepasan radio daripada HAARP berfungsi untuk "membakar" elektron dalam ionosfera menjadi gas ionik (yang dirujuk sebagai plasma). Plasma yang memenuhi atmosfera boleh mengganggu dan memperlahankan aliran isyarat komunikasi dan navigasi dari satelit ke Bumi. Tanpa disedari, kehidupan manusia sangat bergantung kepada gelombang radio. Radio digunakan oleh peranti yang digunakan setiap hari, seperti penghala WiFi, set televisyen, telefon bimbit dan kereta. Oleh sebab itu, keadaan ionosfera boleh memberi kesan kepada kehidupan harian manusia kerana pada masa ini hampir semua aktiviti kita disokong oleh pelepasan frekuensi elektromagnet. Gelombang radio digunakan untuk menghantar suara, imej dan teks - yang dan kini semuanya boleh dihantar secara digital melalui internet. Tentera AS sedang bereksperimen dengan menggunakan HAARP untuk mencari cara untuk memanipulasi plasma dalam ionosfera, menghapuskan dan menyebabkan gangguan pada komunikasi satelit dan radar. Baca: Potret marah warga Turki kepada Erdogan: "Anda patut malu" Walau bagaimanapun, sejak ia mula aktif pada tahun 1999, HAARP sering digunakan sebagai mangsa untuk banyak kejadian semula jadi. Iran pernah menyalahkan HAARP atas bencana banjir. Hugo Chavez kemudian menuduh HAARP sebagai punca gempa bumi di Haiti. Kini, HAARP menjadi sasaran sebagai punca gempa bumi yang membawa maut melanda Turki. Kini, HAARP tidak lagi dikawal oleh angkatan tentera AS. Eksperimen yang tidak pernah memberi hasil membuatkan tentera menyerah kalah. Untuk memanipulasi ionosfera, HAARP mesti ditala untuk menghantar isyarat yang betul seperti garpu tala boleh digunakan untuk memecahkan kaca. Selama belasan tahun, Tentera AS gagal mencari frekuensi plasma yang betul. Tidak mahu kemudahan berjuta-juta dolar itu menjadi sia-sia, saintis di Institut Geofizik Fairbanks di Universiti Alaska memutuskan untuk mengambil alih pengurusannya. Secara rasmi, menurut Scientific America, tentera udara AS menyerahkan HAARP kepada Universiti Alaska pada 2015.



SEJAK BILA BUMIPUTERA BERNAMA LIAN TAN CHUAN?


“Program khusus pembangunan kontraktor Bumiputera Tulen di mana ahli Lembaga Pengarahnya, pemegang saham dan sebagainya adalah 100 peratus Bumiputera. “Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 dan bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan, ia juga sebahagian usaha mencapai matlamat memperkukuh Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC).”



RENTASAN 1317 | GEMPAR!! KINI PEMIMPIN PAS 'KOYAK' PEMIMPIN BERSATU DIDA...



MENARIK DALAM RENTASAN 1317 1. INI BUKAN PENDAKWAAN TERPILIH: SPRM 2. SILAP MATA DI JANA WIBAWA 3. TIDAK PATUT TUDUH ANWAR BERDENDAM DAN ZALIM


‘Kerajaan perpaduan’ Malaysia berdepan cabaran keras - BAHAGIAN 1


By

 Prema Devaraj




Anwar Ibrahim with other coalition leaders in government - AFIQ HAMBALI/PRIME MINISTER'S OFFICE

“Kerajaan perpaduan” Malaysia mengadakan sidang parlimen pertamanya pada 13 Februari, tiga bulan selepas ditubuhkan.

Kerajaan yang muncul daripada pilihan raya umum tahun lepas mungkin tidak disenangi semua pihak, tetapi inilah yang negara ada buat masa ini. Tak semuanya sempurna namun kabinet serta wakil rakyat yang ada sekarang mesti melakukan apa yang perlu untuk memajukan negara.

Pembaharuan undang-undang

Sesuatu yang sudah lama patut berlaku, namun akhirnya kabinet bersetuju bagi meminda peraturan berkaitan kerakyatan di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi wanita Malaysia untuk mempunyai hak dalam memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka, walaupun mereka dilahirkan di luar negara kepada bapa berwarganegara asing.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Institusi Azalina Othman Said dalam satu kenyataan bersama berkata cadangan pindaan itu dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat parlimen semasa.

Kita perlu melihat apa yang akan berlaku kemudiannya. Namun, ini merupakan sebuah langkah ke hadapan di dalam memastikan kesaksamaan jantina dan hak kanak-kanak dijamin.

Pada awal tahun ini, sebuah sesi penglibatan melibatkan pelbagai pemegang taruh bagi cadangan pindaan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 telah diadakan.

Pejabat Azalina berkata dalam satu kenyataan bahawa “pindaan kepada Akta yang berkaitan adalah penting untuk memastikan keberkesanan sistem keadilan jenayah dalam mengendalikan kes kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak”.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Pihak pemegang taruh membincangkan pelbagai kebimbangan, termasuklah cabaran yang dihadapi semasa proses penyiasatan, pendakwaan, perbicaraan dan pasca perbicaraan bagi kes jenayah yang melibatkan mangsa dan saksi kanak-kanak.

Undang-undang yang berkesan sudah pasti diperlukan bagi melindungi mangsa jenayah seksual serta untuk mendakwa pelakunya. Sama pentingnya juga ialah penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang ini, termasuklah garis panduan tentang cara mengendalikan mangsa jenayah seksual.

Ketika dialog melibatkan badan kehakiman negara pada Oktober lalu mengenai cara untuk menambah baik proses mahkamah yang melibatkan mangsa jenayah seksual kanak-kanak, yang dianjurkan oleh Women’s Centre for Change Penang, WCC membentangkan data daripada kajian kecil tentang isu dan cabaran yang dihadapi mangsa kanak-kanak dalam sistem keadilan jenayah.

WCC memberi tumpuan kepada 35 kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak terutamanya di mahkamah Pulau Pinang di antara 2018 dan Ogos 2022, di mana WCC telah menyediakan sokongan untuk mangsa dan keluarga mereka.

Data mendedahkan bahawa:

• Dalam 77% kes, mangsa kanak-kanak hanya menerima taklimat pra-perbicaraan hanya pada hari perbicaraan

• Dalam 86% kes, tiada permohonan telah dibuat untuk penggunaan pautan langsung video di mahkamah; walau bagaimanapun, skrin (penghalang fizikal antara tertuduh dan mangsa) digunakan dalam 74% kes

READ MORE:  Federal Court's landmark Sungai Ara judgment provides a firm foundation to build on environmental law

 

• Dalam 26% daripada kes ini, kanak-kanak itu atau keluarga kanak-kanak itu menyebut berlakunya ugutan semasa proses keadilan jenayah; daripada jumlah ini, satu pertiga telah keluar atau menarik balik aduan mereka

• Dalam 77% kes di mana kanak-kanak memberi keterangan, kanak-kanak itu sendirian di mahkamah, tanpa adanya wakil sokongan.

Perundangan dan garis panduan memang wujud bagi melindungi dan menyokong mangsa dalam semua keadaan yang berlaku di atas.

Realiti sebenar bagi ramai mangsa, bagaimanapun, menceritakan kisah yang berbeza. Jika mangsa berasa takut atau gentar, mereka tidak akan dapat memberikan keterangan secara penuh. Lebih teruk lagi, mereka mungkin terkeluar daripada sistem keadilan jenayah, dan ini pastinya menjejaskan hasil kes.

Mangsa dan saksi akan memberikan keterangan yang lebih baik apabila mereka berasa selamat, tidak takut, bersedia dan disokong semasa proses mahkamah.

Menggubal atau memperhalusi undang-undang bagi memastikan keberkesanan sistem keadilan jenayah dalam mengendalikan kes-kes kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak adalah kritikal.

Namun, penekanan dan pelaburan yang sama mesti diberikan kepada penginstitusian sokongan dan latihan patut diberikan kepada penyedia perkhidmatan dan pihak berkepentingan dalam sistem keadilan jenayah.

Pelaksanaan undang-undang dan garis panduan juga harus sentiasa dipantau. Ini akan memastikan sokongan yang lebih baik bagi mangsa yang melalui sistem keadilan jenayah.




‘Kerajaan perpaduan’ Malaysia berdepan cabaran keras- BAHAGIAN 2



Lutut yang terdedah

Pada bulan Januari lalu, seorang wanita dilaporkan tidak dibenarkan memasuki balai polis di Kajang, Selangor kerana memakai seluar pendek – yang katanya bertentangan dengan etika berpakaian di balai itu.

Baru-baru ini pula, seorang pegawai perubatan di Hospital Kampar dilaporkan menolak untuk memberi rawatan untuk seorang wanita yang berseluar pendek. Apa pula seterusnya?

Pada tahun 2015 theSun ada menyiarkan artikel berjudul “Kod berpakaian di agensi kerajaan hanya untuk penjawat awam“.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Azalina Othman Said, dilaporkan berkata tidak ada peraturan pakaian khusus yang ditetapkan untuk dipatuhi orang ramai ketika melawat mana-mana agensi kerajaan. Hanya penjawat awam yang terikat dengan etika berpakaian di tempat kerja mereka, yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Pejabat kerajaan tetap akan melayan orang ramai walaupun mereka tidak berpakaian sesuai di pejabat, katanya.

Pandangan yang sama turut dipegang oleh menteri undang-undang ketika itu, Nancy Shukri, yang dilaporkan berkata bahawa orang ramai sepatutnya boleh memakai apa sahaja yang mereka mahu, asalkan bukan tidak senonoh.

Sehingga hari ini, Nancy Shukri, yang kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tetap mengekalkan pendiriannya: “Adalah tidak wajar untuk menafikan akses kepada mana-mana individu ke balai polis tanpa mengira cara mereka berpakaian.”

Penguatkuasaan mana-mana kod berpakaian sewenang-wenangnya ke atas orang awam, terutamanya mereka yang memerlukan perkhidmatan dan bantuan kerajaan, adalah tidak boleh diterima.

Lebih buruk lagi, ia merupakan diskriminasi dan satu bentuk kawalan ke atas kebebasan orang ramai memilih pakaian, terutamanya bagi para wanita.

Menafikan perkhidmatan berdasarkan pakaian merupakan sebuah pembulian terhadap cara seseorang berpakaian.

Penyedia perkhidmatan dalam sektor kerajaan sepatutnya menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai. Tumpuan harus diberikan kepada penyampaian perkhidmatan yang cepat dan berkesan dengan penuh belas kasihan dan akal yang sihat.

Sama ada lutut atau paha seseorang kelihatan atau kedua-duanya bagi yang memerlukan perkhidmatan bukanlah isunya. Pandangan subjektif mengenai soal kesopanan juga bukanlah isunya di sini.

Semoga pentadbiran baharu ini berani untuk menghapuskan etika berpakaian untuk orang ramai di pejabat kerajaan.

Kemiskinan akan datang

Senarai isu yang dihadapi kerajaan kini cukup panjang. Perkara utama yang diperlukan adalah untuk kerajaan berusaha ke arah menyediakan jaringan keselamatan sosial untuk semua lapisan masyarakat, ketika rakyat bergelut dengan inflasi dan peningkatan kos sara hidup.

Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa pandemik Covid telah mengurangkan simpanan persaraan para ahli. Mengikut data KWSP, 51.5% atau 6.7 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan di bawah RM10,000 pada akhir 2022. Daripada jumlah ini, 3.2 juta ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000.

Bagaimanakah mereka ini akan bertahan menuju tahun persaraan mereka nanti? Pada kadar semasa ini, mereka akan bersara dalam kemiskinan.

Parti Sosialis Malaysia (PSM), dalam kempen memulihkan negara iaitu #RakyatMintaLima, telah mencadangkan pencen bulanan untuk warga emas yang tidak mempunyai sebarang bentuk pencen, di bawah tonggak untuk memperkasakan keselamatan sosial.

Ini adalah sesuatu yang kerajaan sekarang harus pertimbangkan sambil meneruskan pemberian wang tunai kepada kumpulan yang mudah terjejas.

Sementara itu, pelaksanaan penuh gaji minimum RM1,500 masih menjadi perjuangan walaupun perintah gaji minimum berkuat kuasa sejak 1 Mei 2022. Pekerja di tempat kerja yang mempunyai kurang daripada lima pekerja perlu menunggu sehingga Julai 2023 untuk menerima gaji sebanyak RM1,500.

Bank Negara pada 2018 mencadangkan gaji sara hidup RM2,600 untuk seorang warga dewasa bujang di Kuala Lumpur. Jadi tidakkah anda tertanya-tanya bagaimana orang dapat bertahan dengan hanya RM1,500 sebulan, terutamanya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat? Pada pendapat anda, berapa banyak yang boleh mereka sumbangkan kepada simpanan persaraan mereka? Apakah masa depan mereka?

Kehancuran alam sekitar

Kerajaan baharu kita berdepan pelbagai isu alam sekitar untuk ditangani: banjirtanah runtuh, perlombongan pasir haram, penebangan hutan serta pembangunan berlebihan, terutamanya di lereng bukit.

Satu artikel baru-baru ini membongkar rancangan untuk “menebang dan menanam semula hutan” di hutan simpan Kledang Saiong di Perak.

Jabatan Alam Sekitar ada mengeluarkan draf laporan penilaian impak alam sekitar pada Disember 2022 untuk cadangan penanaman hutan di 4,280 hektar (kira-kira 6,000 padang bola) dalam hutan simpan untuk maklum balas orang ramai.

Matlamat utama projek itu nampaknya adalah “untuk memastikan bekalan kayu yang mencukupi dan berterusan bagi industri berasaskan kayu tempatan dan luar negara”.

Projek gergasi ini menimbulkan pelbagai kebimbangan: hakisan tanah, kelodak di sungai berhampiran, risiko banjir di kampung berhampiran, kesan ke atas Orang Asli di kawasan itu (di Bukit Chermin) serta kehilangan biodiversiti secara besar-besaran di kawasan itu.

Ketika berlakunya krisis iklim ini serta apa yang kita sudah saksikan dengan pembersihan tanah yang berskala besar ini, apakah ini yang perlu dilakukan oleh negara? Siapa sebenarnya yang mendapat manfaat daripada projek seperti ini?

Kerajaan dibebani dengan pelbagai tugas. Setiap langkahnya akan diperhatikan penuh teliti. Semoga slogan “Malaysia Madani” (Madani merupakan akronim untuk kelestarian, penjagaan dan belas kasihan, hormat-menghormati, inovasi, kemakmuran dan amanah) tidak hanya menjadi slogan kosong.

Sementara itu, kita sebagai rakyat harus sedar peranan yang boleh dimainkan oleh setiap daripada kita untuk membawa pembaharuan yang diperlukan oleh negara.

Mari juga kita sama-sama mengingati mereka yang terjejas oleh gempa bumi Turki-Syria, yang telah menyebabkan 46,000 orang maut dan ia semakin bertambah. Penderitaan dan kemusnahan yang terjadi tidak dapat dibayangkan. Syukur kerajaan Malaysia juga ada menghantar sokongan kepada kedua-dua negara. Jika anda mampu, sila derma kepada tabung bantuan kecemasan gempa Mercy Malaysia Türkiye 2023 melalui: MERCY Humanitarian Fund, MBB 5621 7950 4126, Swift code: MBBEMYKL.

Beberapa hari sudah berlalu, dan kita melihat tangan manusia, daripada kerajaan serta pasukan penyelamat yang berbeza dari seluruh dunia, terus menghulurkan bantuan bagi menyokong, menyelamat dan memenangkan mangsa.

Dalam mengutamakan soal kemanusiaan inilah, kita dapat mencari jalan ke hadapan.

Prema Devaraj
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Februari 2023

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.