PM YAKIN PARTI KERAJAAN BERPELUANG CERAH MENANG PRN


PERKENAL TEKNOLOGI MESIN KOMPOS HASIL BAJA DARI SISA MAKANAN


ADUAN SURI BERJAYA SELESAI 95 PERATUS ADUAN


BERSAMA PAS LEBIH BANYAK KONFLIK BERBANDING BERSAMA UMNO BN


PROGRAM BANTUAN GANTI KELUAR KWSP, TUNGGU BELANWAJAN 2023


TAK DUDUK LAGI DI MALAYSIA- DIA PANDAI KOMEN

 

















Hannah Yeoh 

  · 

(1) Saya sudah semak dengan Majlis Sukan Negara Malaysia dan Badminton Association of Malaysia - BAM, beliau bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 (9 tahun yang lalu) dan kini tidak menetap di Malaysia.

(2) Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf.

(3) Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia.

(4) Saya ulangi pendirian - sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing.

Hannah Yeoh

13 Februari 2023

 

DARIPADA SHAHRIZAT, SERIBU KALI LEBIH BAIK AZALINA


 Entah kenapa, tiba-tiba saja nama Shahruzat Jalil ditonjolkan semula untuk memimpin Wanita UMNO bagi menggantikan ketua sedia ada, Noraini Ahmad.

Sementara ramai yang bersedia melihatnya bertanding semula sebagai laluan memimpin pergerakan itu, tidak kurang pula yang mendesak agar Noraini mengundurkan diri.

Maksudnya, mereka mahu Shahrizat menang percuma saja.

Ehh..ehh…banyak cantik?

Kenapa Shahrizat cuba ditonjolkan semula, apakah ini menunjukkan Wanita UMNO tiada pemimpin lain yang berkelayakan?

Tidak sedarkan Wanita UMNO bahawa Shahrizat yang berundur sebaik UMNO hilang kuasa pada 2018 lalu bukanlah pemimpin yang bagus sangat, malah terbeban dengan isu lembu NFC yang menjadi salah satu sebab UMNO jadi kebencian ramai ketika itu?

Kenapalah pemimpin sebegitu mahu diangkat semula?

Lagi pula, membawa kembali Shahrizat yang sudah berundur untuk memimpin semula Wanita UMNO adalah langkah ke belakang yang tidak langsung menunjukkan suatu pembaharuan.

Tidak bolehkah ditonjolkan daripada kalangan barisan kepimpinan Wanita UMNO sendiri jika benar Noraini tidak begitu berdaya dan mahu ditukar?

Mengapa mesti dikorek daripada tong kitar semula?

Setakat ini pemimpin kitar semula yang tidak dipertikai dan diterima ramai hanyalah Tun Mahathir Mohamad ketika beliau dinamakan semula sebagai calon Perdana Menteri bagi tujuan menyingkirkan Najib Razak pada 2018 dahulu.

Adakah Wanita UMNO berasakan Shahrizat setanding dengan kehebatan dan keupayaan Tun Mahathir?

Dalam hal ini, jika pun dalam barisan kepimpinan Wanita UMNO tiada yang dirasakan cukup menonjol untuk diangkat bagi berlawan dengan Noraini bagi memimpin pergerakan itu, kenapa tidak ditonjolkan saja Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekarang ini?

Beliau bukan saja hebat sebagai menteri dalam kemampuan berhujah dengan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan di Parlimen pada Disember lalu, malah pernah cemerlang ketika mengetuai Pergerakan Puteri UMNO sebelum ini.

Daripada Shahrizat, seribu kali Azalina lebih baik lagi.

Noraini bukan lagi menteri dan Shahrizat pula menteri pencen, setidak-tidaknya dengan Azalina yang masih berjawatan menteri, Wanita UMNO lebih mudah untuk diperkasakan jika berada di bawah kepimpinannya. – ShahbudinHusin 13/02/2023.



PAS HILANG NILAI ISLAM



“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengeluarkan secara tidak terrizab dan untuk menarik balik semua fitnah dan tuduhan yang dilemparkan ke atas YAB dan menyatakan kekesalan dan permohonan maaf saya yang tidak terhingga ke atas ungkapan tersebut. “Saya juga berjanji tidak akan mengulangi ungkapan di atas dalam apa jua bentuk, cara atau sebagainya pada masa hadapan.


Agong harap Anwar PM terakhir sebelum berangkat 'pulang ke Pahang'



Al-Sultan Abdullah bertitah terpahat dalam sejarah negara bahawa baginda merupakan satu-satunya Agong diberi keafiatan memerintah negara dengan empat orang Perdana Menteri bersama empat Jemaah Menteri berlainan.

BARU 100 HARI DIA DIKRITIK HEBAT- SISTEM IDME YANG DIBANGUNKAN OLEH MENTERI LEPAS MEMANG PERANGKAP BESAR BUAT BELIAU.




Kritikan Dr. Anuar Ahmad tentang YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan. Artikel penuh boleh dibaca di: https://bit.ly/3xbQOyx. Bagi aku kritikan ini biarpun pedas namun semuanya berpaksikan realiti.

Untuk seorang marhaen yang tidak terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, aku melihat kelemahan menteri dari segi mengambil input dari bawah. Kelihatan menteri begitu berharap kepada pegawai kementerian.

Kalau aku boleh beri cadangan, aku nak cadangkan dibentuk satu jawatankuasa khas pendidikan yang anggotanya adalah pengkritik-pengkritik tetap kementerian ini.

Sebagai contoh, Dr. Anuar Ahmad, Dr. Othman Talib dan Cikgu Fadli Salleh mesti ada dalam JK tersebut diikuti wakil guru dan pejabat pendidikan dari setiap negeri atau daerah. Wakil guru ini boleh datangnya dari persatuan guru, NUTP misalnya.

Kemudian masukkan sekali wakil ibu bapa, juga dari setiap negeri/daerah - daripada PIBG. Akhir sekali, jemput tokoh-tokoh akademik dari universiti tempatan mahupun luar negara. To top it off, ajak Dr. Maszlee sekali.

Dari JK ini, kumpulkan segala isu, dari pihak ibu bapa, guru dan pejabat pendidikan, dibincangkan bersama dan dibahagikan mengikut isu lokal dan isu nasional sebelum diselesaikan secara tuntas.

Kehadiran tokoh dan pakar boleh membantu dalam menjana jalan penyelesaian. Kemudian bentangkan perolehan dari JK untuk tindakan dari pihak menteri dan kementerian. InsyaAllah banyak masalah boleh diselesaikan.

Sekarang ini, menteri lebih banyak berziarah ke sekolah. Kemudian tabur peruntukan. Sedangkan isu pokok yang jadi topik hangat di bawah ini belum lagi terusik. Sebab itulah kementerian ini dilihat perlahan walaupun menteri rajin berjalan.

Walaupun aku tak terlibat dalam bidang pendidikan, tetapi ini satu kementerian yang aku sangat cakna kerana aku sedar, inilah kementerian yang bakal bentuk masa depan negara.

Dan aku jadi penyokong DS Anwar semenjak zaman beliau jadi Menteri Pendidikan lagi kerana sebagai pelajar, aku rasa sangat terkesan dengan setiap cara dan tindakan beliau.

Aku amat berharap agar Menteri dapat ubah cara kerja secepat yang mungkin. Jangan sampai rakyat mula muak dan mual dengan kementeri ini. Please. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

KEH..KEH..KERJA WALAUN MEMANG MAKI JE- SEBAB LEPAS TU BARU FIKIR. NAK HARAP MELAYU , TAK ADA..CINA JADI TAUKE, INDIA BAWA LORI, KENA LA CARI BANGLA BUAT KERJA.......KENA CARI






Sinar Harian siarkan berita ini, kekurangan pekerja punca bekalan telur terganggu. Menjengah ke ruangan komen, aku lihat berkenduri walaun maki hamun Abg. Mad.

Kata mereka, apa kena mengena pekerja dengan telur ayam? Aku pun tak faham, kenapa benda yang simple begini pun walaun tak boleh fikir.

Memanglah kerja ayam bertelur je. Tapi ayam-ayam ni perlu diberi makan, kandangnya perlu dibersihkan dan perlu ada penyelenggaraan. Bukan boleh biar begitu saja.

Katakan sebuah ladang ada 20 reban. Ia perlukan 5 orang pekerja untuk siapkan kerja penyelenggaraan. Tapi pada masa sekarang, ladang itu hanya ada tiga orang pekerja saja.

Nak buat macamana? Dengan jumlah pekerja yang ada, hanya 12 daripada jumlah reban itu yang boleh digunakan.

Boleh kalau nak pakai kapasiti penuh tapi akibatnya pekerja kena kerja lebih masa. Itupun paling tidak 5 reban akan tidak terselenggara. Akibatnya, mungkin ayam tak cukup makan hingga jadi tak produktif atau lebih teruk, mati.

Ladang akan kerugian. Jadi, suka tak suka terpaksa tutup 5 reban. Atas sebab itu jumlah pengeluaran pun berkurangan. Siapa kata kekurangan pekerja tak berkaitan dengan pengeluaran telur?

Nak bisnes ni, bukan boleh main belasah je. Kena ada kira-kira. Kena tengok jumlah pekerja, bajet, masa dan banyak lagi. Kena tengok segala sudut.

Walaun ni kalau bisnes, memang tak sampai enam bulan dah bengkrap. Tak reti nak plan langsung. Tahunya cuma nak kondem orang je. Cuba buat kira-kira sikit.

Apa pun, isu ini dan sampai ke menteri dan menteri pun dah kata akan ambil tindakan segera. Semoga dapat diselesaikan secepat mungkin. Guane boh?

Raja Gelap

 

MAK AIIII...15 BILLION BUKAN KECIK ANAK WOIII

 

Johor intai pelaburan bernilai RM15 bilion dari Singapura.



Menteri besar Johor Onn Hafiz Ghazi bertemu wakil daripada beberapa syarikat antarabangsa, termasuk gergasi industri AirTrunk dan Wilhelmsen, di Singapura. (Gambar Facebook)

SINGAPURA: Johor berpotensi menerima pelaburan bernilai antara RM10 hingga RM15 bilion daripada beberapa syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Singapura, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, ini berikutan pertemuannya dengan wakil beberapa syarikat antarabangsa antaranya AirTrunk, sebuah syarikat pusat data berskala besar terbesar di Asia Pasifik dan Jepun, dan juga syarikat Wilhelmsen, salah satu kumpulan maritim terkemuka di peringkat global.

“Semua ini menunjukkan Johor terus kekal menjadi destinasi pilihan utama bagi pemain industri bertaraf global,” katanya lagi.

Menurut beliau, kerajaan negeri dengan bantuan Persekutuan komited untuk menjadi pemudahcara dari segi penyediaan utiliti dan infrastruktur, sehinggalah kepada insentif cukai bagi menghasilkan suasana perniagaan yang lebih mesra pelabur dari serata dunia.

Pertemuan itu dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han; Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Mohammed Ridha Abd Kadir; dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Badrul Hisham Kassim.

Selain itu, hadir sama Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Singapura, Vinothan Tulisinathzan; Ketua Eksekutif Invest Johor, Zarina Abdul Kadir; Ketua Pegawai Eksekutif Johor Economic, Tourism and Cultural Office Singapore (Jetco), Saifuddin Abdul Rahim dan Pengurus Invest Johor, Sarkawi Zainal Abidin.

SAMA ADA KAKITANGAN TAK CUKUP ATAU YDP TAK CEKAP

 

Nga Kor Ming
Selaku Menteri ,saya berasa amat kecewa & terkejut dgn prestasi lemah YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan yg jelas gagal menangani masalah pengurusan sampah sekian lama sehingga menimbulkan kemarahan org ramai.Saya telah mengarahkan KP JKT utk ambil tindakan tegas dgn segera.