Kritikan Dr. Anuar Ahmad tentang YB Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan. Artikel penuh boleh dibaca di: https://bit.ly/3xbQOyx. Bagi aku kritikan ini biarpun pedas
namun semuanya berpaksikan realiti.
Untuk seorang marhaen yang tidak terlibat secara langsung dalam
bidang pendidikan, aku melihat kelemahan menteri dari segi mengambil input dari
bawah. Kelihatan menteri begitu berharap kepada pegawai kementerian.
Kalau aku boleh beri cadangan, aku nak cadangkan dibentuk satu
jawatankuasa khas pendidikan yang anggotanya adalah pengkritik-pengkritik tetap
kementerian ini.
Sebagai contoh, Dr. Anuar Ahmad, Dr. Othman Talib dan Cikgu
Fadli Salleh mesti ada dalam JK tersebut diikuti wakil guru dan pejabat
pendidikan dari setiap negeri atau daerah. Wakil guru ini boleh datangnya dari
persatuan guru, NUTP misalnya.
Kemudian masukkan sekali wakil ibu bapa, juga dari setiap
negeri/daerah - daripada PIBG. Akhir sekali, jemput tokoh-tokoh akademik dari
universiti tempatan mahupun luar negara. To top it off, ajak Dr. Maszlee
sekali.
Dari JK ini, kumpulkan segala isu, dari pihak ibu bapa, guru dan
pejabat pendidikan, dibincangkan bersama dan dibahagikan mengikut isu lokal dan
isu nasional sebelum diselesaikan secara tuntas.
Kehadiran tokoh dan pakar boleh membantu dalam menjana jalan
penyelesaian. Kemudian bentangkan perolehan dari JK untuk tindakan dari pihak
menteri dan kementerian. InsyaAllah banyak masalah boleh diselesaikan.
Sekarang ini, menteri lebih banyak berziarah ke sekolah.
Kemudian tabur peruntukan. Sedangkan isu pokok yang jadi topik hangat di bawah
ini belum lagi terusik. Sebab itulah kementerian ini dilihat perlahan walaupun
menteri rajin berjalan.
Walaupun aku tak terlibat dalam bidang pendidikan, tetapi ini
satu kementerian yang aku sangat cakna kerana aku sedar, inilah kementerian
yang bakal bentuk masa depan negara.
Dan aku jadi penyokong DS Anwar semenjak zaman beliau jadi
Menteri Pendidikan lagi kerana sebagai pelajar, aku rasa sangat terkesan dengan
setiap cara dan tindakan beliau.
Aku amat berharap agar Menteri dapat ubah cara kerja secepat
yang mungkin. Jangan sampai rakyat mula muak dan mual dengan kementeri ini.
Please. Guane boh?
.