BUKAN SAHAJA PARTI SENDIRI TOLAK DIRI SENDIRI- TETAPI RAKYAT PUN DAH MELUAT DAN IKUT TOLAK....JADI ELOK SEDAR DIRI

 

Keluar GTA bermakna Pejuang tolak saya, kata Dr M


Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan Pejuang keluar daripada
 Gerakan Tanah Air (GTA) seolah-olah ‘menolak’ dirinya yang juga
 pengerusi penaja gabungan itu.

PETALING JAYA: Asas perjuangan Pejuang sudah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya, kata Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, tindakan Pejuang keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) seolah-olah “menolak” dirinya yang juga pengerusi penaja gabungan itu dan ahli Pejuang.

“Pejuang sudah tolak GTA maknanya dia (Pejuang) tolak saya sekali lah. Saya bersama GTA dan Pejuang sejak dahulu (awal penubuhan) lagi.

“Saya melihat aliran Pejuang sudah nampak lain sikit sekarang. Sebab itu saya letak jawatan dan keluar daripada Pejuang,” kata bekas perdana menteri itu menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Mahathir meninggalkan Pejuang yang diterajui anaknya, Mukhriz kerana tidak bersetuju parti itu keluar GTA.

Bekas ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya mengesahkan 13 pemimpin termasuk Mahathir dan dirinya meletak jawatan serta keahlian serta-merta.

Baki 11 pemimpin yang meninggalkan Pejuang adalah Timbalan Presiden Marzuki Yahya, bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan, Afiqah Mohamad, Nurhairi Rahmat, Fyzul Adzwan Mustafa Kamal, Mohamad Jani, Ahamed Basheer, Azman Mohd Hashim, Mohd Jefrie Hussin, Armin Baniaz Pahamin dan Wan Azliana Wan Adnan.

Sementara itu, Mahathir berkata beliau mahu mengukuhkan GTA dan sedia menerima sesiapa sahaja yang bersih serta mempunyai idealogi sama untuk berjuang demi bangsa, negara dan agama.

“(Gabungan lain) kalau nak bekerjasama, kita terima, kita akan terima sesiapa sahaja yang bersih. Setakat ini, kita tidak menerima mana-mana permohonan daripada sesiapa lagi,” katanya ketika ditanya perancangan selepas keluar Pejuang.

Mahathir menubuhkan Pejuang pada 2020 selepas meninggalkan Bersatu, yang diasaskannya pada 2016 selepas keluar Umno.

Ads by Kiosked

Ogos lalu Mahathir mengumumkan penubuhan GTA dianggotai Pejuang, dua parti kecil dan profesional Melayu untuk bertanding dalam PRU15.

Namun semua calonnya kalah dan hilang wang deposit termasuk Mahathir serta Mukhriz yang bertanding di Parlimen Langkawi dan Jerlun.

Pada 16 Dis lalu Mahathir melepaskan jawatan pengerusi Pejuang, tetapi kekal sebagai ahli dan pengerusi GTA.

Presiden Pejuang, Mukhriz pada 14 Jan lalu mengumumkan parti itu menarik diri daripada GTA bagi mengukuhkan kedudukannya.

MASA ZAMAN KOME MEMERINTAH 33 BULAN DULU- TELOR TAK ADA TAK LAK MERUNGUT..BILA DAH ADA BERSEPAH DI MEREKET, KOME KATE MAHEI PULAK....CE CITE..KOME NDAK REGE MURAH YANG AMAT YE- LAIN KALI IKUT APA SARANAN LEBAI TUAN BRAHIM BELA 10 EKOR AYAM SATU UMAH...PENUH TAMAN PERUMAHAN...KEH..KEH...BELE YANG AYAM TELOR YE...

 

Walau kalau nak kutuk kerajaan, tak sudah dengan soalan harga telur mahal, telur tak ada. Masalahnya orang pergi jumpa je.

Tadi aku pergi ke Hero Market Tebrau. Elok je telur banyak. Baru RM13.50 sepapan. Gred A lagi. Dia nak macamana lagi?

Bersyukurlah. Setidaknya dah ada telur dan harga makin stabil. Cuba bandingkan dengan 33 bulan PN dalam kerajaan. Guane boh?

Raja Gelap

.



KATA BODO MARAH- DAH BANYAK KALI DAH CAKAP..NAK JADI CYBERTROOPER NI KENA BANYAK MEMBACA. KALAU CARA WALAUN NI NAMPAK SANGAT TAK FITNAH DIA SONDOL MACAM ANJING SALAK BUKIT. TAK CAYA TANYA HADI PERUMPAMAAN NI.

 




Hentam selagi boleh. Tak payah check fakta walau mungkin tertikam diri sendiri. Itulah walaun.

Punya seronok nak cari kelemahan DS Anwar, bila keluar berita nama Nazri Aziz naik sebagai duta ke Amerika Syarikat, terus lebai dan walaun serang.

Sedangkan faktanya lantikan itu bukan baru-baru ini. Siapa yang ikut isu semasa pasti ingat, seawal Jun tahun lepas lagi desas desus tentang perkara itu dah tersebar.

Dia ingat lantik duta ni macam lantik duta khas? Hari ni mintak jawatan, esok dah boleh lantik. Siap bertaraf menteri lagi. Mana boleh begitu bang.

Lantikan duta perlukan kelulusan daripada negara yang kita nak hantar duta tu. Kalau negara itu tak berkenan, tak jadi. Macam cerita tentang Tajuddin Rahman yang dikatakan ditolak oleh Indonesia.

Ketika desas desus itu keluar, rupanya nama Nazri sudah pun dihantar. Hanya tunggu Amerika untuk luluskan yang memakan masa 6 bulan.

Jadi sebenarnya perlantikan Nazri dibuat ketika PN dalam kerajaan. Maknanya beberapa pemimpin PN yang dilantik jadi menteri dah tahu tentang ini.

Tapi masa tu mereka semua senyap. Hari ini bila perlantikan itu disahkan, baru mula nak heboh. Sedangkan PN sendiri pun terlibat dalam hal ini.

Tapi kenapa tak tukar?

Ingat senang? Nak luluskan nama Nazri pun makan masa sampai 6 bulan. Dah lulus nak tukar pula, nak tunggu berapa lama lagi? Mungkin lebih 6 bulan.

Senang jadi PN. Dia yang buat, bila benda kecoh, dia tala dekat orang lain. Kalau tak puas hati, sila tanya Ismail Sabri. Sebab nama Nazri dihantar masa dia jadi PM. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

ULANGAN : Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah & Karnival Kerj...


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Hadir Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah & Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

JAWAB FITNAH WALAUNTIT TERHADAP ANWAR DAN IZZAH



Pakaian macam ustazah, tapi lebih buruk perangai kalahkan pelacur jalanan

NAK HARAPKAN ORANG KITA TAK ADA LE- ORANG KITA SUKA BUAT TIKTOK FITNAH SAJA....KERJA SENANG..DOSA PAHALA SEBELAH...

 

Kurang pekerja antara faktor masalah bekalan telur ayam.




Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata
 masalah utama pengeluar telur ayam selain kenaikan harga makanan
 adalah kekurangan pekerja.

SEREMBAN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengatasi masalah kekurangan pekerja yang menjadi antara faktor kekurangan bekalan telur ayam menjelang Ramadan.

Menterinya Mohamad Sabu berkata pihaknya bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha menambahkan pekerja dalam sektor pertanian dan sektor lain bagi tujuan itu.

“Kementerian sedang mengatasinya (masalah bekalan telur ayam), memang setiap kali menjelang perayaan, penggunaan telur ayam lebih tinggi, masalah kekurangan telur ini juga dihadapi negara lain.

“Kebimbangan tetap ada, masuk sahaja Ramadan, penggunaan telur dan bahan yang lain akan meningkat, sebab itu kita kena bincang dengan pihak pengusaha supaya melipat gandakan pengeluaran daripada sekarang, itu kita harapkan.

“Kalau mereka tidak cukup pekerja kita cuba (atasi) dengan memberi laluan mudah untuk menambahkan pekerja, masalah utama pengusaha selain kenaikan harga makanan adalah kekurangan pekerja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Palestin Kuala Lumpur (ICPKL) 2023.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media tempatan mengenai keluhan pengusaha kuih raya yang bimbang perniagaan mereka terjejas susulan kekurangan bekalan telur ayam menjelang musim perayaan Aidilfitri nanti.

Sementara itu Mohamad berkata kerajaan Malaysia akan terus menyokong dan bersuara dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Katanya program tentang kesedaran memperjuangkan rakyat Palestin perlu diteruskan dan kini semakin banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara Eropah memberikan sokongan kepada rakyat Palestin.

“Ahli Parlimen di Eropah juga berani mengecam sikap kerajaan mereka yang terus membantu kerajaan Israel yang membunuh rakyat Palestin setiap hari,” katanya.

Dalam pada itu Penasihat ICPKL 2023 Fauziah Mohd Hasan berkata 500 delegasi dari 20 negara turut menyertai program hari ini yang bertemakan “The Caged Eye”, iaitu simbolik solidariti kepada penderitaan tahanan rakyat Palestin dikurung dalam penjara rejim Zionis.

Fauziah berkata 4,450 warga Palestin dipenjara rejim Zionis termasuk 160 kanak-kanak dan 32 wanita.

ADOIIII...AKU TAK TAU NAK KATA APA BAB HILANG PEKERJAAN NI...YANG BUAT NI JPJ...KA MAK BAPA KAU PUNYA SYARIKAT.


Jamzuri Ardani


 Ni sekor lagi walauntit tak malu tunjuk bodoh sendiri kat khalayak ... orang suruh jadi pembangkang ... bukan pembangang 😂😂

AKHIRNYA - DIBUANG DAN DIHINA RAKYAT-DEK KERANA DENGKI DAN TAMAK SERTA ANGKUH- HIDUP KALAU MEMFITNAH DAN MENGANIAYA MEMANG PEMBALASANNYA BERAT SEKALI



IBRAHIM MAT ISA
 

Akhirnya Pejuang sudah tidak berguna lagi.. lompat sana lompat sini cabut lari.. kesian! Ini bahana buat naya dekat ramai orang walaupun pernah satu ketika dijulang sebagai pemimpin hebat..


KESIAN- TAK ADA SIAPA PUN YANG MENGHALANG UNTUK TUBUH DAN BUBAR- ORANG BERI PELUANG ANGKAT KO UNTUK DIJULANG SEBAGAI PEMIMPIN, KAU PILIH MENGKIHIANAT DAN AKHIRNYA DIHINA. ADA DUIT KUASA TAPI HINA DIMATA RAKYAT





Saya berpandangan andaikata jikalau Tun M menyerahkan kuasa kepada Dato Sri Anwar Ibrahim lebih awal semasa PH di tampuk kuasa keadaan negara diyakini tidak akan berlaku huru hara dan masalah ekonomi negara dan kos sara hidup rakyat tidak terbeban seperti yang berlaku hari ini.

Selama 33 bulan rakyat terpaksa menanggung perit akibat menteri kabinet serta ahli politik kerajaan 33 bulan sibuk membida harta masing-masing.

 




TERLIUR KE ?MENGAPA MEREKA DIPILIH MENJADI ALAT PROPAGANDA PAS ?

Mukhlis Eddie


 Katanya mereka² d bawah ni islam, tapi fitnah x lekang dri mulut mereka. PAS sponsor wanita² bertudung litup ini utk sebarkan fitnah dgn alasan boleh minta maaf d kemudian hari & bertaubat.




TAK ADA SESIAPA PUN YANG MENABUR PASIR DALAM BEKAS KAU YE.....SO TERIME LE SEADENYE.....

 





ELEPHANT IN THE ROOM

Let’s just address the elephant in the room.

1. Adakah komen “bau bestlah kat dalam tu” ketika Konsert AR Rahman suatu komen rasis?

Banyaklah saya tengok cytro and keyboard warrior mainkan isu ini. Katanya apa rasisnya? Cakap pasal bau saja.

Don’t kid ourselves la. Kalau konsert Siti Nurhaliza atau Chakri Khan, takdenya orang nak komen pasal bau. Takpun baru ni konsert Artis Taiwan, Jay Chou. Ada ke yang nak komen lagu tu?

Sebab ia konsert AR Rahman, dengan 60,000 penonton, majoriti kaum India. Adik Anisz buat komen diikuti dengan emoji ketawa. Niatnya hanya nak berjenaka. Tapi kita tak boleh la in denial, katanya tak apa2.

2. Adakah komen tu melampau RASIS?

Pada saya, ia rasis. Tapi level rasisnya tidak lah sama dengan ucapan orang politik, yang nak pecah belahkan masyarakat. Ucapan Superman Hew yang kena tangkap tahun lepas, 2000x ganda lebih rasis.

Jauh lebih teruk, kenyataan Hadi Awang yang mengeji orang bukan Bumiputera. Kenyataan Ramasamy yang selalu megutuk orang Melayu. Set2 politikus ultra haluan kanan dan kiri seperti Ronnie Liu dan Tajuddin Rahman. Ucapan mereka jauh lebih parah. Namun mereka ini selepas bercakap benda rasis, lepas bebas saja tiada tindakan. Double standard much bila kena orang kayangan?

3. Hukuman

Ironinya, para politikuslah menyemarakkan isu kaum dan agama dengan ucapan rasis mereka. Rakyat terikut sama.

Tapi bila rakyat komen rasis berbentuk jenaka, kita kenakan tindakan gantung daripada mewakili negara. Orang politik boleh pulak cakap rasis tiada tindakan apa2.

Lepas ni, boleh lah ada Akta Hubungan Kaum, kalau orang politik buat kenyataan rasis, dia tak boleh bertanding pilihanraya sepenggal. Baru ada akal.

*************************************************

Saya tak bersetuju dengan tindakan adik Anisz buat kenyataan rasis. Saya tentang.

Tapi tindakan penggantungan yang diberi tidak kena buat masa ini. Mengakibatkan lebih banyak tension kaum dan agama.

Sewajarnya, Menteri Belia dan Sukan santuni dia. Galakkan dia buat ucapan maaf secara telecast kepada rakan senegara. Buat dia kesal apa yang diucap dan move on from there. Dia pun masih muda. Kesilapan yang boleh dimaafkan juga. Itu pada saya lebih afdal, sambil buat milleage penyatuan bangsa Malaysia. Inikan Kerajaan Perpaduan. Perlulah ada sikap ihsan.

Kita sebagai rakyat biasa, jangan pula termakan hasutan cytro politaik. Mereka akan perah isu ini jadi isu perkauman. Mentang2 Menteri KBS Bukan Melayu. Walhal Jawatan Kuasa yang memutuskan keputusan pergantungan tu semua Melayu. Ini politaik tak boleh pakai.

Saya harap adik Anisz merayu, dan Menteri KBS kita berbesar hati untuk overrule.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

TIKUS TIKUS KANTOR DAN KERITIK PEDAS IWAN FALS!!! IJAZAH PALSU, DPR!!!


Lagu  ini ditujukan khas kepada pekeja sektor awam, yang malas tapi kuat membodek, yang hanya mahu keselesaan tetapi malas bekerja walau umur dan tenaga masih muda. Tidak  punya usaha memajukan sektor pekerjaan sendiri, namun sentiasa merungut.


TUN M KELUAR PARTI UNTUK MUDAHKAN MUKHRIZ BAWA PEJUANG BEKERJASAMA DENGAN ANWAR?

 

PENYELESAIANNYA MUDAH: WALAU PUN MAHATHIR  DAH TUTUP DAN KELUAR PEJUANG YANG MERUPAKAN PARTI YANG DIASASKAN NYA , DAN PEJUANG TAK PERNAH MENANG WALAU SATU PUN KERUSI, BERMAKNA RAKYAT TOLAK MAHATHIR, DAN KESELURUHAN AHLI PARTI ITU.

MEREKA  INI SEBENARNYA  ADALAH PENGKHIANAT KEPADA UMNO BERSATU DAN PEJUANG. BERMAKNA TAK BOLEH LANGSUNG PAKAI MANUSIA SEBEGINI. TAK USAH LAH PEDULI MEREKA INI KERANA MEREKA UMPAMA BANGKAI BERNYAWA.....TIDAK ADA TIDAK MENGURANG ADA PULA TIDAK BERMANFAAT APA APA PUN. JIKA PARTI YANG MEREKA TUBUHKAN SENDIRI PUN MEREKA KHIANAT DAN BUBAR....MAKA ADAKAH ANDA PERCAYA MEREKA INI ???


Dalam satu perkembangan yang agak mengejutkan semalam, Tun Mahathir Mohamad bersama 12 pengikutnya mengumumkan keluar daripada Pejuang, parti yang diasaskannya sendiri yang kini diterajui anaknya, Mukhriz Mahathir.

Antara yang turut keluar parti ialah Timbalan Presiden, Marzuki Yahya dan beberapa ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.

Sebelum ini, Tun Mahathir sudah pun mengumumkan pengundurannya sebagai Pengerusi Pejuang.

Alasan keputusan itu kerana tidak setuju dengan keputusan Pejuang keluar daripada Gerakan Tanah Air.

Daripada satu sudut, tindakan Tun Mahathir ini dengan sendirinya memperlihatkan sikapnya yang sering bermasalah dengan ramai orang sejak dulu lagi.

Daripada PM1 Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj hinggalah kepada PMX, Anwar Ibrahim, semuanya Tun Mahathir bermasalah dengan mereka.

Kini, sehingga dengan parti yang dipimpin oleh anak kesayangannya sendiri pun beliau nampaknya ada masalah juga kesudahannya.

Akhirnya, dengan siapa sebenarnya yang Tun Mahathir benar-benar secocok dan tidak bermasalah?

Daripada maklumat yang diterima, keputusan Tun Mahathir itu adalah disebabkan tidak setuju dengan keinginan anaknya, Mukhriz untuk membawa Pejuang berbaik dan bekerjasama dengan PH.

Sementara PH dan Anwar memang merupakan musuh kepada Tun Mahathir, tetapi selepas PRU15, Mukhriz melihat Anwar dan PH adalah pihak yang paling berpotensi untuk beliau berteduh bagi meneruskan laluan politiknya.

Ia tentunya kerana PH kini adalah kerajaan di perringkat pusat dan Anwar merupakan Perdana Menteri, walaupun pada awal 2022 lalu, Mukhriz pernah menyifatkan masa untuk Anwar sudah berlalu dan tidak sesuai lagi dipertaruhkan sebagai calon Perdana Menteri.

Ketika itu, beliau juga berkata, sudah sampai masanya bagi PH mencari calon Perdana Menteri yang baru.

Namun, dengan Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri dan agar masa depannya tidak terkubur berikutan kalah teruk pada PRU15 baru-baru ini, Mukhriz kini sanggup menelan kembali kata-katanya itu dan ingin membawa Pejuang bekerjasama dengan PH.

Sandaran utama Mukhriz untuk membawa Pejuang bekerjasama dan bernaung di bawah PH ialah kedudukan parti itu yang mempunyai dua Adun di Kedah ketika ini – dirinya sendiri sebagai Adun Jitra dan Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah sebagai Adun Anak Bukit.

Dengan kedudukan itu, melalui kerjasama dan bantuan PH, Pejuang berharap mereka dapat terus bertanding dan lebih berpeluang mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut dalam PRN Kedah tidak lama lagi.

Bertanding bersendirian, sebagaimana dalam PRU15 lalu, Pejuang sedar harapan yang ada hanyalah mencatat rekod hilang deposit sekali lagi.

Disebabkan itulah, Mukhriz lebih ghairah mahu membawa Pejuang bekerjasama dengan PH, walaupun beliau sedar, bapanya tidak sebulu dengan Anwar.

Soalnya, apakah Anwar dan PH sedia bekerjasama dengan Pejuang?

Dalam ini, keputusan Tun Mahathir keluar daripada Pejuang tidak mustahil adalah sebagai pengorbanan untuk memisahkan dirinya daripada parti tersebut supaya Anwar dan PH tiada masalah lagi untuk bekerjasama dengan anaknya itu.

Berbanding jika Tun Mahathir masih ada bersama Pejuang, tentulah sukar untuk Anwar dan PH bekerjasama dengannya.

Sekurang-kurangnya jika Pejuang dapat bekerjasama dengan PH, lebih-lebih lagi jika Mukhriz mampu kekal lagi sebagai Adun Jitra dalam PRN Kedah, hayat politiknya bekas MB Kedah itu tidaklah terkubur begitu saja.

PRU16 akan datang pun beliau boleh bertanding sekali lagi bersama dan bekerjasama dengan PH.

Hakikatnya, nampak macam bapa berbalah dengan anak sendiri, sebenarnya inilah tanda ayah yang ada rasa kasih sejati. – ShahbudinHusin 11/02/2023.




PELEKAT ROAD TAX

 





Anthony Loke Siew Fook

Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat "road tax" tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, saya tahu ramai yang ada pelbagai persoalan. Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya;

1) Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.

2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.

4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan...pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.

6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.

Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.

Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.

Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin

Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.

Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.

Terima kasih!

 

BEZANYA WALAUN DAN WALANON MUDAH- WALAUN =SUKA FITNAH DAN KAPIRKAN ORANG- WALANON MEMBELA DEMOKRASI DAN TIDAK HIPOKRIT.IDUP WALANON., MASUK NURAKA KAKI FITNAH.

 

Walaun vs. Walanon

Pauk-puak tu, kita gelar dia walaun, dia gelar kita walanon pulak. Hahaha... Tapi aku tak kisah pun digelar walanon walaupun aku tak adalah taksub kepada DS Anwar.

Tapi personaliti DS Anwar tu, kalau orang taksub pun masuk akal. Sebab beliau seorang yang bijak, berintegriti, rajin, berjiwa rakyat serta memahami aspirasi rakyat marhaen.

Jauh beza dengan puak sebelah sana. Sudahlah tak bijak, integriti zero, kerja tak buat, datang sidang pun malas. Lebih dari itu, pakar spin dan fitnah.

Bercakap soal fitnah ni, semalam aku tengok ramai juga penyokong PH (baca: walanon) yang berang dengan keputusan DS Anwar terima permohonan maaf daripada Razman.

Teruk juga DS Anwar kena kutuk semalam. Nampak tak beza walaun dengan walanon? DS Anwar buat benda elok pun, tapi tak kena dengan selera dorang, teruk DS Anwar kena.

Kalau sebelah sana, dia cakap menipu tu bagus, rasuah itu sedekah, mengkafirkan orang sesuka hati pun dorang sokong dan pertahankan sepenuh hati. Walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebab tu gelaran walanon tu tak sesuai. Tapi kalau nak kata juga, lantaklah. Setakat gelaran tak jejas apa pun. DS Anwar masih PM juga lagi.

Tapi nanti ada yang cakap, kalau tak wala, kenapa DS Anwar lantik Izzah korang tak tentang?

Kenapa nak tentang? Sedangkan itu memang yang kita mahukan. Memang penyokong PH terutamanya Keadilan dah lama nampak kredibiliti Nurul Izzah sebagai pemimpin.

Kita melihat Nurul Izzah sebagai ahli politik, bukan sebagai anak DS Anwar. Perlantikan itu akan bantu Nurul Izzah tambah baik kualiti kepemimpinan yang sedia ada pada dirinya.

Aku, malah aku percaya majoriti penyokong PH juga berkongsi aspirasi yang sama, ingin melihat Izzah jadi pemimpin nombor satu negara satu hari nanti. Jadi kenapa kami nak tentang perlantikan Izzah?

Kemudian ada yang kata kalau Zahid lantik anaknya pun nak sokong? Masalahnya, anak Zahid bukan ahli politik. Setakat turun berkempen tak jadikan dia ahli politik. Izzah pula pemimpin utama Keadilan.

Bahkan rakyat kenal nama Izzah lama sebelum kenal nama Rafizi. Lama sebelum kenal nama Tuan Ibharim, Razman, Khairil Nizam, Peja, Wan Saiful, Wan Fayhsal dan ramai lagi.

Anak DS Anwar pun bukan Izzah sorang je. Ramai. Tapi kenapa Izzah sorang je yang dilantik? Bukan sebab anak kesayangan tapi sebab Izzah sorang je yang terlibat politik.

Ternyata, yang dipanggil walanon ni bukan pewalak sebenarnya. Sebab tindakan atau sokongan adalah berdasarkan situasi dan logik. Berbeza dengan walaun yang sokong tanpa berfikir.

Tapi nak gelarkan walanon? No problem bro. Gelar walazah sekali pun ok. Sebab mereka orang yang rajin bekerja untuk rakyat, bukan jenis yang ambil gaji tapi kerja tak buat. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

SEMOGA MEREKA DIBERIKAN HIDAYAH- JIKA MEREKA MEMOHON MAAF KEPADA ORANG YANG MEREKA FITNAH , BELUM TENTU MEREKA MASUK SYURGA , KERANA JIKA ADA YANG PERCAYA, NESCAYA KAMU DAN FITNAH KAMU KE NERAKA JAHANAM. BERTAUBATLAH.

IBRAHIM MAT ISA


Tudung labuh atau ketayap masam di kepala bukan lesen kalis saman jika content yang dimuatnaik ke media sosial terutama TikTok penuh dengan fitnah. Berhati-hati jangan sampai polis kutip ye!