Walaun vs. Walanon
Pauk-puak tu, kita gelar dia walaun, dia gelar kita walanon
pulak. Hahaha... Tapi aku tak kisah pun digelar walanon walaupun aku tak adalah
taksub kepada DS Anwar.
Tapi personaliti DS Anwar tu, kalau orang taksub pun masuk akal.
Sebab beliau seorang yang bijak, berintegriti, rajin, berjiwa rakyat serta
memahami aspirasi rakyat marhaen.
Jauh beza dengan puak sebelah sana. Sudahlah tak bijak,
integriti zero, kerja tak buat, datang sidang pun malas. Lebih dari itu, pakar
spin dan fitnah.
Bercakap soal fitnah ni, semalam aku tengok ramai juga penyokong
PH (baca: walanon) yang berang dengan keputusan DS Anwar terima permohonan maaf
daripada Razman.
Teruk juga DS Anwar kena kutuk semalam. Nampak tak beza walaun
dengan walanon? DS Anwar buat benda elok pun, tapi tak kena dengan selera
dorang, teruk DS Anwar kena.
Kalau sebelah sana, dia cakap menipu tu bagus, rasuah itu
sedekah, mengkafirkan orang sesuka hati pun dorang sokong dan pertahankan
sepenuh hati. Walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
Sebab tu gelaran walanon tu tak sesuai. Tapi kalau nak kata juga,
lantaklah. Setakat gelaran tak jejas apa pun. DS Anwar masih PM juga lagi.
Tapi nanti ada yang cakap, kalau tak wala, kenapa DS Anwar
lantik Izzah korang tak tentang?
Kenapa nak tentang? Sedangkan itu memang yang kita mahukan.
Memang penyokong PH terutamanya Keadilan dah lama nampak kredibiliti Nurul
Izzah sebagai pemimpin.
Kita melihat Nurul Izzah sebagai ahli politik, bukan sebagai
anak DS Anwar. Perlantikan itu akan bantu Nurul Izzah tambah baik kualiti
kepemimpinan yang sedia ada pada dirinya.
Aku, malah aku percaya majoriti penyokong PH juga berkongsi
aspirasi yang sama, ingin melihat Izzah jadi pemimpin nombor satu negara satu
hari nanti. Jadi kenapa kami nak tentang perlantikan Izzah?
Kemudian ada yang kata kalau Zahid lantik anaknya pun nak
sokong? Masalahnya, anak Zahid bukan ahli politik. Setakat turun berkempen tak
jadikan dia ahli politik. Izzah pula pemimpin utama Keadilan.
Bahkan rakyat kenal nama Izzah lama sebelum kenal nama Rafizi.
Lama sebelum kenal nama Tuan Ibharim, Razman, Khairil Nizam, Peja, Wan Saiful,
Wan Fayhsal dan ramai lagi.
Anak DS Anwar pun bukan Izzah sorang je. Ramai. Tapi kenapa
Izzah sorang je yang dilantik? Bukan sebab anak kesayangan tapi sebab Izzah
sorang je yang terlibat politik.
Ternyata, yang dipanggil walanon ni bukan pewalak sebenarnya.
Sebab tindakan atau sokongan adalah berdasarkan situasi dan logik. Berbeza
dengan walaun yang sokong tanpa berfikir.
Tapi nak gelarkan walanon? No problem bro. Gelar walazah sekali
pun ok. Sebab mereka orang yang rajin bekerja untuk rakyat, bukan jenis yang
ambil gaji tapi kerja tak buat. Guane boh?
.