APA RAKYAT DAN PENYOKONG NAK RISAU...MENTERI PUN RELAX SAJA....KITA BUKAN MAKAN GAJI PUN..KITA KERJA SENDIRI DAN DAPAT SENDIRI. JADI KITA CHILLL DAH LA......

 

Tadi aku baca dalam WhatsApp, ada yang kata kerajaan perpaduan ini cuma akan bertahan selama 6 bulan je. Ada yang lahirkan rasa sedih.

Tadi dalam ruangan komen pun, ada yang tanya tentang ini. Aku kata, kalau ikutkan akta anti lompat parti, benda ni sudah nak terjadi.

Borneo pun dah banyak dapat faedah dari kerajaan pimpinan DS Anwar ni. Aku positif mereka akan kenang budi. Tapi tak tahulah.

Aku tak boleh nafikan dalam hati aku pun ada juga kerisauan. Apa akan terjadi kalau lebai sedekah dan pakar komisen memerintah lagi?

Tapi... Bila aku tengok sebahagian daripada menteri yang ada, aku terfikir. Apa yang aku nak risaukan? Menteri pun boleh relaks je, kita pula nak bimbang.

Cuba tengok Fahmi Fadzil. Media arus perdana dok tembak kerajaan dia tak runsing pun. Sebab dia yakin kerajaan ni sangat kuat.

Menteri KDN Saifuddin Nasution Ismail pun tenang. Banyak kes-kes besar yang belum didakwa pun tak apa. Tak jejaskan keutuhan kerajaan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pun cool. Kalau ibu bapa dan para guru tak nak sokong kerajaan sebab banyak isu masih tak settle pun takkan runtuhkan kerajaan ini.

So biar je orang kementerian selesaikan walau pun dah bertahun orang tu dalam kementerian tapi tak pernah sekali pun selesaikan masalah.

Menteri Agama lagilah. Dia bukan orang politik. Jadi tak payah cakna. Orang buat fatwa sesat pun takpe. Tau la netizen jelaskan nanti.

So relax everybody. Kalau pemegang taruh pun cool je, kita nak gaduh buat apa? Lagipun aura DS Anwar Ibrahim kan kuat. Kita berpaut pada aura beliau je dah cukup dah. So chill je la. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

KECOH CERITA ANAK TOLONG BAPAK....TAK BAYAR GAJI PUN...

 

Kecoh pula cerita Nurul Izzah dilantik jadi Penasihat Ekonomi PM. Macam-macam komen aku baca. Ada yang kata DS Anwar sanggup gadaikan prinsip.

Kalau walaun dan chaibunge aku tak pelik. Mereka ni lantiklah siapa pun, pasti takkan puas hati punya. Tapi ada kalangan penyokong PH sendiri yang buat bising. Itu yang pelik.

Betul, kita memang menentang perbuatan melantik anak beranak ni. Tapi sebab apa? Sebab membazir kan? Kita tak mahu wang rakyat disia-siakan.

Tapi perlantikan Nurul Izzah ni tanpa gaji. Jadi apa yang kita tentang dulu tu ada kena mengena ke? Tak wujud pembaziran pun dalam perlantikan ini.

Ada walaun komen, kalau dia dapat jawatan yang rapat dengan PM, ada akses kepada maklumat dan projek negara, tak bergaji pun tak apa.

Pun betul. Itu kalau dialah. Tapi kalau DS Anwar nak beri akses begitu kepada Nurul Izzah, tak perlu pun lantik jadi penasihat. Bila-bila masa boleh beri.

Kemudian ada yang persoalkan kelayakan Nurul Izzah. Untuk makluman, selain bidang kejuruteraan, Izzah juga mempunyai sarjana dasar awam dari School of Advanced International Studies, Johns Hopkins University, US. Tak cukup layak lagi?

Kalau begitu apa kelayakan Tuan Ibrahim ada masa dilantik sebagai Menteri KASA dulu? Apa kelayakan KJ jadi Menteri Kesihatan? Dan apa kelayakan Peja jadi Penasihat PM masa Mahiaddin memerintah?

Nurul Izzah berkali ganda lebih layak untuk jawatan yang diberikan berbanding majoriti menteri PN dulu. Tak malu ke walaun nak persoalkan?

Nurul Izzah pernah terlibat dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pernah kendalikan isu kemiskinan dan Latihan TVET. Nak apa lagi?

Kemudian ada yang mengungkit, setidaknya Najib tak lantik anak sendiri. Mahiaddin pun sama. Eh betul lagi. Tapi cuba bandingkan anak Najib, anak Mahiaddin dengan Nurul Izzah.

Anak Najib tu apa bidang dia? Aku pun tak berapa tahu pasal dia. Anak Mahiaddin? Si Najwa ke si Moslem Priest? Jadi penasihat hiburan bolehlah.

Akhir sekali, orang persoalkan kenapa lantik anak sendiri? Ada beribu pemegang ijazah dalam negara ini. Sebab tiada bayaran! Siapa nak jawatan tanpa dibayar? Jadi duta khas pun besar bayarannya..

Cuba tengok jawatan menteri. DS Anwar asalnya nak potong 50%. Tapi akhirnya menteri setuju cuma 20%. Nak potong gaji pun payah, apa lagi kalau tak dibayar. Kan?

Lagipun lebih senang nak percaya anak sendiri. Kita pun ramai yang bising menteri kita dikelilingi oleh kaki bodek. Suara kita tak sampai disebabkan oleh kaki bodek ini. Nurul Izzah bukan yang seperti itu.

Masih ingat lagi selepas PRU14 Izzah letak jawatan dalam parti sebab protes ayahnya sendiri? Izzah tak gentar bertindak jika dia yakin dia betul

Lagipun bagi aku langkah ini bagi mempersiapkan Nurul Izzah sebagai pemimpin masa hadapan. Aku sendiri berharap Nurul Izzah dapat jadi PM wanita Malaysia yang pertama nanti.

Kalau Nurul Izzah menang masa PRU tempohari, aku memang berharap dia dilantik sebagai menteri. Sebab dia memang layak. Tapi apakan daya.

Ini sekadar jawatan Penasihat PM. Tanpa gaji pula. Apa yang nak diisukan? Parti Keadilan dan negara ini perlukan pemimpin pelapis yang terlatih. Jadi lantikan ini adalah sesuatu yang sangat perlu.

Kata Nurul Izzah, menjelang pembentangan bajet nanti, DS Anwar mahu dia mendekati rakyat, dengar kehendak dan kebimbangan rakyat.

Nurul Izzah menang rapat dengan rakyat. Banyak terlibat dengan aktiviti rakyat terbanyak. Jadi bukan masalah untuknya selesaikan hal itu.

Jelas perlantikan ini bukanlah satu isu. Nurul Izzah tak seperti mereka yang dilantik oleh pemerintahan yang lepas. Usah termakan hasutan puak meroyan. Guane boh?

Raja Gelap

..

 

Jom jengah Singapura skit...

 

Jom jengah Singapura skit...

1. Aku jarang tulis pasal Spore, sebab aku jangka ramai dah melawat MOE Spore, lawat sekolah dll di sana.

2. Aku sendiri pernah lawat satu sekolah private iaitu Madrasah Aljunied Al-Islamiah Islamic School. atas jemputan mereka. Wow, bangunan yang hebat dan achievement yang juga hebat.

3. Hampir TIADA aktiviti hari Sabtu di sekolah awam. Mereka berfikir sama spt negara maju yang lain.

4. Aktiviti koko hanya pilih 1 saja dan aktiviti yang melibatkan koko ini dikendalikan oleh coach profesional, bukan main tangkap muat cikgu Sains atau Maths.

5. Tiada bengkel teknik menjawab soalan, maka sekolah tak anjurkan apa-apa. Waktu PdP dah memadai utk menyediakan murid menguasai kurikulum. Kelas tuisyen adalah atas inisiatif ibubapa.

6. Tak ada majlis-majlisan yang silih berganti, sehingga mengganggu semua pihak, termasuk murid.

7. Anda pun takkan dengar sana sini kem motivasi dgn pelbagai tujuan termasuk yang stail tangis2an.

8. Juga tiada majlis2 graduasi yang gah termasuk di hotel, wpun banyak je hotel di sana.

9. Paling best, subjek Sains mula Year 3, mereka bagi Year 1 dan Year 2 bermula santai.

10. Maths pula ada 2 tahap iaitu Standard Maths (murid normal) dan Foundation Maths (murid slow) pada Year 5 dan Year 6, dgn tujuan mengurangkan konten bagi Foundation Maths utk memperkukuhkannya supaya murid tidak tercicir jauh. Kumpulan ini bila diuji dalam TIMSS / PISA terus berada dipuncak ranking..

Spore membawa konsep - LESS TEACHING MORE LEARNING !

OT

 

ALAHAI FAIZAL AZUMU- KO PUN DILANTIK PENASIHAT. NURUL LANTIK TAK DAK GAJI- MEMBANTU PAPA ....

 


Faizal yang persoal perlantikan Nurul Izzah, ada tak dia persoal perlantikan dia dulu? Apa kelayakan dia masa tu ek? Padahal jadi MB pun fail. Guane boh?

Raja Gelap

 

GAJI DUTA KHAS / PENASIHAT PM

 

PRO BONO PUBLICO (PRO BONO)

“Melakukan kerja tanpa gaji, secara sukarela demi kebaikan awam”

(Berbeza dengan Duta Khas bertaraf Menteri yg memakan gaji ratusan ribu ringgit setahun tanpa skop kerja yang nyata, dan sampailah Duta Khas bertaraf Menteri tersebut jadi pembangkang pun rakyat masih tidak tahu apa sumbangan Duta Khas bertaraf Menteri tersebut)

 





GAJI DUTA KHAS / PENASIHAT PM

Zaman PN:

Duta Khas bertaraf Menteri dilantik dengan kos gaji keseluruhan RM653 ribu (RM27,227 sebulan)

-> Ini kita buat-buat tidak tahu

Zaman PH:

Penasihat Kewangan dilantik dengan kos gaji keseluruhan RM0 (RM0 sebulan)

-> Ini kita kene kritik kaw-kaw


INI BARU TINDAKAN YANG BERANI. BUKAN ELALAK DEPAN MASJID KUTUK DI SWEDEN SANA...SAPA NAK DENGAR HANGPA...KEH..KEH


 Sebelum ni kerajaan telah memanggil Duta Sweden dan menyampaikan perasaan jijik Malaysia terhadap toleransi perbuatan membakar al-Quran di negara mereka.



#MalaysiaMadani 

#DemiPertiwi

KAJIAN DARI LEBAI YANG TAK CERSIKLA JADI PM TEPI DAH.

 

Nak kobar ke muuuu... Penyokong PH sentiasa coollll baik menang atau kalah ...


😁😁😁



WOIIIII.,.LENA LAGI KA MENTERI ? ATAU AKHBAR DAH TAHUNKERAJAAN NAK TUNGGIN...TAK BOLEH BAIK LETAK JAWATAN LA...

 

Menteri KKD, YB Fahmi Fadzil, tolonglah perhatikan media arus perdana. Nampaknya cara mereka spin berita semakin menjadi-jadi.


Kami ni cytro yang tak berbayar. Kami menulis atas semangat cintakan negara. Tapi kalau kerajaan tak kawal media, kami pun jadi penat.


Sekarang ni kami aktif betulkan fakta. Tapi sebab tak organized, ruang lingkup kami kecil. Tak banyak yang dapat kami capai pun.


Tapi kalau berterusan begini, lama-lama rasa penat juga. Jangan sampai nanti ramai yang gantung HP sebab dah tak larat.


Menteri ada autoriti. Gunakanlah. Bukan nak suruh media buat berita tak adil. Pertingkatkan etika dan integriti pun dah cukup. Guane boh?


 

Raja Gelap 


BENARKAH INI KERAJAAN 6 BULAN?


PESANAN BUAT PARA MENTERI DAN YANG CERDIK PANDAI. SAMPAI SEKARANG , MANA SATU MEDIA PH ? ATAU MEDIA PKR ? MACAM TAK BERMAYA?


Seperti didakwa oleh lawan… kerajaan ini kerajaan 6 bulan. Walaupun sukar kita menerima dakwaan tersebut berdasarkan kekuatan jumlah majoriti yang ada tetapi dalam politik tiada apa yang mustahil. 


Keputusan PRN dijangka Jun ini, ia akn menjadi tanda aras utk masyarakat melihat adakah benar ia sebuah kerajaan pilihan rakyat atau sebaliknya. Ia pernah berlaku kpd kerajaan 22 bulan. 


Selepas PH menjadi kerajaan ia telah disabotaj secara dalaman. Lebih parah lemah unit media serta propaganda apabila Jasa dihapuskan. 


PRK selepas itu, org Melayu mula menolak kerajaan PH.  Mood tersebut di ambil peluang oleh pembangkang ketika itu sehingga jatuhkan 22 bulan PH. Kerajaan skg jgn sesekali ulangi… 


Populariti DS Anwar seorang tidak akn mampu mengubah persepsi rakyat jika 4 perkara utama di bawah ini tidak diambil peduli.


1- Dalam berpolitik tidak boleh terlalu baik. Seperti sekarang bila tindakan terlalu lambat diambil atas dakwaan korup ke atas musuh politik ia sgt bahaya kpd kerajaan Perpaduan ini. Org Melayu akan beranggapan ‘Hoi Hoi Ya Hoi’ hanyalah retorik.


Acapkali saya katakan ‘kelembapan’ SPRM membuka kertas buka kertas siasatan…saban hari akn meningkatkan kepercayaan org Melayu bahawa dakwaan PN rasuah hanyalah fitnah politik. Maka pengundi muda, saban hari ribuan automatik boleh mengundi akn percaya dakwaan tersebut. 


2- Pemimpin PH ramai di kalangan intelektual. Ia bagus dari sudut akademik tetapi ramai antara mereka bekerja bukan seperti ahli politik tulen. Mereka tidak mahu acting sebagai org politik. Kelemahan paling ketara mereka tidak bijak menyantuni org Melayu.


Pemimpin kena kuasai bangsa Melayu utk menjadi pemerintah. Seperti saya tulis sebelum ini utk kuasai bangsa Melayu kamu kena ‘lepak’ kedai kopi walaupun kamu benci melayan gossip di situ. Kamu wajib hadir majlis perkahwinan dan kematian. 


Jika pemimpin PH terutamanya memperlihatkan mereka Malay Urban yg tidak muncul di majlis agama,  tak nampak batang hidung di surau… Bercakap pun Manglish atau English… anda sebenarnya sdg menjarakkan diri dgn pengundi Melayu. Pemimpin UMNO balik kampung atau ‘lepak’ dgn org Melayu, langsung tidak bercakap English atau Manglish.


Saya harap Setpol PM selepas ini, jika ada acara makan2 saban minggu sebelum solat Jumaat sila jemput Ketua2 kampung atau komuniti kawasan tersebut utk bersama dan bukannya Menteri atau pemimpin2 politik duduk semeja dgn PM. Kena faham maksud Zaharin ‘politik kedai kopi’ itu apa.


3. Membiarkan begitu ramai masih memegang jawatan2 besar di dlm kerajaan melalui lantikan politik atau kakitangan kerajaan yg pro kerajaan sebelum ini sgt bahaya kpd kerajaan yg dianggap fragile ini. Ini kerana ia adalah gabungan parti2 dari lawan. Kata rakan saya, silent sabotage telah berlaku tanpa kerajaan skg sedari. Ia silent killer yg sgt bahaya…


Pesan saya sekali lagi tukarkan segera dari jawatan Chairman, CEO, Pengarah dan byk lagi… Dari maklumat diterima kebanyakan mereka tidak ikhlas bekerja utk kerajaan ini atas beberapa faktor…


4. Menyusun struktur jentera Cybertrooper secara sistematik dgn segera. Seperti saya ulaskan sebelum jika kerajaan berjaya menguasai media terutama media sosial… kerajaan boleh bertahan satu penggal dan seterusnya menjadi kerajaan PRU16 nanti. 


PN walaupun menjadi pembangkang tetapi media sosial masih dikuasai mereka. Malah khabarnya selepas menguasai Tik Tok mereka ingin menguasai Twitter pula.


*Fb: Norman Radzuan*


Anwar arah cetak sejuta al-Quran, reaksi tindakan biadab Paludan



ANWAR Ibrahim ketika melawat operasi pencetakan al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya bersempena Festival Seni Al-Quran Restu Global. - UTUSAN/IQBAL ROSLI


Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR


28 Januari 2023, 5:02 pm


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan serta-merta operasi mencetak sejuta al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia sebagai reaksi balas kepada tindakan biadab membakar al-Quran di Sweden, baru-baru ini.

Menurutnya, proses cetakan sejuta al-Quran itu akan dilaksanakan Yayasan Restu di Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14, di sini bermula hari ini.


“Dia (ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan) bakar satu al-Quran, tapi Insya-Allah melalui Yayasan Restu kita akan berusaha secara berperingkat untuk mengeluarkan satu juta al-Quran.


“Saya setuju bahawa cara paling berfaedah untuk menjawab kerja-kerja gila dan biadab ini adalah dengan meneruskan usaha yang sudah dimulakan dan bertekad dalam masa singkat secara berperingkat untuk mencetak dan mengedar satu juta al-Quran ke seluruh dunia.


“Itu jawapan terbaik bagi menghadapi kegilaan orang ini. Insya-Allah, al-Quran ini bukan sahaja diedar untuk bacaan tetapi dijadikan bahan untuk dihayati,” katanya ketika ditemui selepas melawat operasi pencetakan al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran di sini bersempena Festival Seni Al-Quran Restu Global.


Katanya, Malaysia serta kerajaan Islam dan dunia Islam membantah keras kegilaan manusia dan haiwan ini yang sanggup membakar kitab suci.


Anwar berkata, kerajaan sudah pun memanggil duta Sweden di Malaysia bagi menyampaikan suara bantahan rakyat Malaysia terhadap tindakan biadab itu.

Mengulas lanjut mengenai cetakan sejuta al-Quran itu, Anwar berkata, kos percetakan itu akan ditanggung kerajaan dan sumbangan wakaf oleh orang awam.


Menurutnya, kerajaan juga akan menghubungi negara-negara Islam lain bagi menyelaras pengedaran al-Quran itu nanti.


Hari ini, Kementerian Kewangan (MOF) juga menyerahkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kompleks Nasyrul Quran bagi melancarkan operasi pencetakan itu,” katanya.


Terdahulu, Anwar turut melancarkan Festival Seni Al-Quran Restu Global (RGQAF), pameran buku terbesar dunia (Haza Muhammad) dan Lembaran Bersejarah Yayasan Restu yang berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, di sini bermula 20 Januari lalu dan berakhir esok. – UTUSAN