KECOH CERITA ANAK TOLONG BAPAK....TAK BAYAR GAJI PUN...

 

Kecoh pula cerita Nurul Izzah dilantik jadi Penasihat Ekonomi PM. Macam-macam komen aku baca. Ada yang kata DS Anwar sanggup gadaikan prinsip.

Kalau walaun dan chaibunge aku tak pelik. Mereka ni lantiklah siapa pun, pasti takkan puas hati punya. Tapi ada kalangan penyokong PH sendiri yang buat bising. Itu yang pelik.

Betul, kita memang menentang perbuatan melantik anak beranak ni. Tapi sebab apa? Sebab membazir kan? Kita tak mahu wang rakyat disia-siakan.

Tapi perlantikan Nurul Izzah ni tanpa gaji. Jadi apa yang kita tentang dulu tu ada kena mengena ke? Tak wujud pembaziran pun dalam perlantikan ini.

Ada walaun komen, kalau dia dapat jawatan yang rapat dengan PM, ada akses kepada maklumat dan projek negara, tak bergaji pun tak apa.

Pun betul. Itu kalau dialah. Tapi kalau DS Anwar nak beri akses begitu kepada Nurul Izzah, tak perlu pun lantik jadi penasihat. Bila-bila masa boleh beri.

Kemudian ada yang persoalkan kelayakan Nurul Izzah. Untuk makluman, selain bidang kejuruteraan, Izzah juga mempunyai sarjana dasar awam dari School of Advanced International Studies, Johns Hopkins University, US. Tak cukup layak lagi?

Kalau begitu apa kelayakan Tuan Ibrahim ada masa dilantik sebagai Menteri KASA dulu? Apa kelayakan KJ jadi Menteri Kesihatan? Dan apa kelayakan Peja jadi Penasihat PM masa Mahiaddin memerintah?

Nurul Izzah berkali ganda lebih layak untuk jawatan yang diberikan berbanding majoriti menteri PN dulu. Tak malu ke walaun nak persoalkan?

Nurul Izzah pernah terlibat dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pernah kendalikan isu kemiskinan dan Latihan TVET. Nak apa lagi?

Kemudian ada yang mengungkit, setidaknya Najib tak lantik anak sendiri. Mahiaddin pun sama. Eh betul lagi. Tapi cuba bandingkan anak Najib, anak Mahiaddin dengan Nurul Izzah.

Anak Najib tu apa bidang dia? Aku pun tak berapa tahu pasal dia. Anak Mahiaddin? Si Najwa ke si Moslem Priest? Jadi penasihat hiburan bolehlah.

Akhir sekali, orang persoalkan kenapa lantik anak sendiri? Ada beribu pemegang ijazah dalam negara ini. Sebab tiada bayaran! Siapa nak jawatan tanpa dibayar? Jadi duta khas pun besar bayarannya..

Cuba tengok jawatan menteri. DS Anwar asalnya nak potong 50%. Tapi akhirnya menteri setuju cuma 20%. Nak potong gaji pun payah, apa lagi kalau tak dibayar. Kan?

Lagipun lebih senang nak percaya anak sendiri. Kita pun ramai yang bising menteri kita dikelilingi oleh kaki bodek. Suara kita tak sampai disebabkan oleh kaki bodek ini. Nurul Izzah bukan yang seperti itu.

Masih ingat lagi selepas PRU14 Izzah letak jawatan dalam parti sebab protes ayahnya sendiri? Izzah tak gentar bertindak jika dia yakin dia betul

Lagipun bagi aku langkah ini bagi mempersiapkan Nurul Izzah sebagai pemimpin masa hadapan. Aku sendiri berharap Nurul Izzah dapat jadi PM wanita Malaysia yang pertama nanti.

Kalau Nurul Izzah menang masa PRU tempohari, aku memang berharap dia dilantik sebagai menteri. Sebab dia memang layak. Tapi apakan daya.

Ini sekadar jawatan Penasihat PM. Tanpa gaji pula. Apa yang nak diisukan? Parti Keadilan dan negara ini perlukan pemimpin pelapis yang terlatih. Jadi lantikan ini adalah sesuatu yang sangat perlu.

Kata Nurul Izzah, menjelang pembentangan bajet nanti, DS Anwar mahu dia mendekati rakyat, dengar kehendak dan kebimbangan rakyat.

Nurul Izzah menang rapat dengan rakyat. Banyak terlibat dengan aktiviti rakyat terbanyak. Jadi bukan masalah untuknya selesaikan hal itu.

Jelas perlantikan ini bukanlah satu isu. Nurul Izzah tak seperti mereka yang dilantik oleh pemerintahan yang lepas. Usah termakan hasutan puak meroyan. Guane boh?

Raja Gelap

..