CUBAAN WALAUN TAK BERJAYA





 Cubaan tebuk atap melalui tiupan api perkauman dan agama oleh walaun digagalkan apabila sejarah membuktikan sekolah kebangsaan NAN HWA memang mengeluarkan dua versi surat 😅


Walaun serta walauntit boleh mencuba kaedah lain bagi merosakkan keharmonian kaum dan agama dalam malaysia 🤫

PM Anwar arah Jemaah Menteri ambil serius teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021


Bernama
Januari 18, 2023 07:26 MYT
PM Anwar arah Jemaah Menteri ambil serius teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021
Anwar berkata mesyuarat Kabinet hari ini telah meneliti laporan tersebut namun memilih tidak mengumumkannya untuk memberi ruang kepada badan-badan di bawah kementerian untuk menjawab.- Fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jemaah Menteri untuk mengambil serius dan meneliti setiap teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021 tentang soal perbelanjaan, ketirisan yang tidak menepati syarat serta peraturan.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini, Anwar berkata mesyuarat Kabinet hari ini telah meneliti laporan tersebut namun memilih tidak mengumumkannya untuk memberi ruang kepada badan-badan di bawah kementerian untuk menjawab.
Untuk kali ini, saya minta supaya Jemaah Menteri melihat secara serius teguran-teguran ini supaya tidak berulang kerana laporan Ketua Audit Negara memberikan syor-syor tetapi kesilapan atau keterlanjuran yang sama itu diteruskan tahun demi tahun," katanya.
Anwar berkata Jabatan Audit Negara akan mengumumkan laporan itu pada waktu yang sesuai dan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
Beliau berkata laporan sedemikian penting kerana mengesan kesilapan yang sama seperti kurang pengawasan, membiarkan ketirisan dan menyerahkan kepada syarikat-syarikat yang tidak mengikut peraturan.
Ketirisan | PM arah menteri teliti teguran laporan Ketua Audit Negara
Anwar berkata laporan audit itu merujuk kepada beberapa kejadian dan masalah tertentu tetapi tidak semestinya berkaitan rasuah kerana ia bukan dalam bidang kecekapan pihak audit sebaliknya lebih kepada tujuan untuk mengenal pasti masalah.
Beliau berkata menjadi tanggungjawab kementerian untuk meneliti laporan audit dan memanggil agensi terbabit untuk mendapatkan penjelasan serta menentukan sama ada tindakan atau laporan lanjut perlu dibuat.
"Setiap kementerian mesti mengambil tanggungjawab untuk meneliti kritikan terhadap kementerian, walaupun ini berlaku pada masa lalu, namun ia bagi mengingatkan kepada penjawat awam mengenai tanggungjawab mereka untuk mengekalkan integriti dan kecekapan di tempat kerja," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata penjawat awam boleh membuat teguran kepada menteri atau pegawai atasan melalui saluran yang betul dan secara bersemuka dan bukan menerusi kenyataan media.
"Nak tegur kita ada mekanisme, pertemuan-pertemuan saban hari ada. Ada mesyuarat post-cab, dia boleh kemukakan pandangan dan kalau dia rasa agak menyinggung mungkin boleh jumpa secara berasingan," katanya.
Memberikan contoh, Anwar berkata beliau mengingatkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk memberi nasihat kepadanya sekiranya arahan beliau tidak mengikut peraturan.
"Ini barulah kita kerja secara berpasukan. Jadi, dia juga harus terima kenyataan bahawa keterlanjuran mereka kita juga harus tegur, jika tidak budaya rasa takut maknanya bila ada pelanggaran dia diam," katanya.
-- BERNAMA




Buah akan jatuh tidak jauh dari dahannya

 

Man Toba.


Buah akan jatuh tidak jauh dari dahannya


Ini perpatah jawa 


Maksudnya boleh dirungkai berbagai cara. Contohnya,  bila PH dah jadi kerajaan, Pegawai2 dalam Yadim masih ramai org2 lebai PAS didalamnya menikmati laba elaun2 dalam masa sama semai dakyah2 Pas .


Boleh juga dirungkai seperti, JKOM yg kerjanya sampaikan maklumat2 kerajaan kepada org ramai, AKAN TETAPI,  maklumat tak sampai,  elaun ambik. Diam2 jadi cytro kepada PN. Ibarat kera disusukan, anak kat rumah mati kelaparan. Hingga hari ini terdengar jelas rungutan rungutan kawan2 cytro yg tertunggu tunggu bila nak panggil bincang dan adakan elaun.  Dah jadi kerajaan, buahnya jatuh ke laman orang.


Begitulah sukarnya kitarang terumbang ambing ditolak ketengah ketepi bila tanya pasal takde ke dana peruntukan khas untuk pengkarya2 di sosmed? Takkan yg payung tu YB KS je? Kesian la dia dok pau duit peribadi dia. Dah tu mana peranan 3 parti utama? Bila pemimpin2 buat statmen bodoh, kami la juga jadi tukang bekapnya. Bukan JKOM pon. Cakna lah sikit bab ni. Bila korang buat kerja2 menteri nak sampaikan info, apa ingat RTM, Bernama, JKOM tu sebar merata ke? Kritikan2 tu semua siapa nak caunter? 


Ya la PMX bagus sampai tahap tolak ambik gaji. AKAN TETAPI jangan lah sampai kitarang pon tak bergaji. Sejak tahun 98 bantu berblog, kat fb, tweet, skrg ada tik tok dok promo. Kurang2 hargailah. Panggil dan kumpul seramai yg ada buat majlis raikan mereka. Raikan lah org2 yg bantu kamu, bukan raikan org2 yg baru muncul selepas kamu jadi menteri. Jadi pengampu. 


Aku ni tulis mewakili keseluruhan blogers2, penulis2 di sosmed, tukang buat grafik, tukang troll, influencer2, para2 yutubers yg kerja naikkan kerajaan PH yg mendesak pimpinan ambik sedikit masa untuk fikirkan jalan bagaimana nak adakan peruntukan2 khas ini. Semoga buah yg masak ranum luruh di laman sendiri, bukan lagi luruh dilaman orang.


Sekian.


#Kerajaansepenggalke?




HIDUP KALAU INGAT KUASA DAN RETA DUNIA ....BUAT MALU SAJA LAH...








Encik Hadi masih tak boleh nak move on tak dapat jadi kerajaan. Ni kalau orang bercinta, ibarat awek dia dah menikah, dah dapat anak 3, dia masih nak kata perempuan tu awek dia. Parah ni.

Parah sebab aku ada kawan yang merana hidupnya sampai jadi penagih dadah atau kaki botol sebab terlalu kecewa. Jadi bohjan pun ada. Sebab tu aku risau tengok keadaan Encik Hadi hari ni. Tolonglah sesiapa tenangkan dia.

Bila baca apa yang dia takrifkan tentang kerajaan perpaduan ni, aku rasa ada dia mungkin menyesal tolak pelawaan YDP Agong untuk ikut sama dalam kerajaan yang hendak dibentuk dulu.

Iyalah. Masa tu dia fikir pakai SD masih boleh tubuh kerajaan. Lepas dah tolak secara angkuh, baru tahu yang sekarang ni penubuhan kerajaan berdasarkan sokongan parti, tak boleh lagi sokongan MP secara bersendirian melalui SD.

Sebab itu banyak kali dia sebut kerajaan perpaduan mesti tak ada pembangkang. Sebab nak ingatkan yang dia masih lagi pembangkang. Rasanya kalau DS Anwar tawarkan PAS ikut sama dalam kerajaan ini dia senyap tak? Cuba test.

Tapi tak payahlah. Kalau PAS join kerajaan pusat, nanti terpaksa kerjasama dengan PAS dalam PRN. Itu tak patut berlaku. Sebab kita perlu selamatkan rakyat Kelantan. Sebab selagi PAS perintah, selagi itu masalah rakyat takkan selesai.

Encik Hadi kata kalau pembangkang sangat besar, jadilah kerajaan itu besar kepala. Tapi mana logik. Dah kalau pembangkang tu sangat besar, kerajaan nak besar kepala macamana? Kerajaan boleh besar kepala cuma bila pembangkang sikit.

Kalaulah pembangkang sangat besar bilangannya, pembangkanglah yang boleh besar kepala. Iyalah, bangkang secara bangang. Semua benda pun nak dikutuk. Sampaikan masalah yang timbul masa dia memerintah pun dia bising, tak ingat dialah punca masalah itu.

Main isu sampah, isu perkauman, tunggang agama, buat fitnah sesuka hati dan banyak lagilah. Semua itu menunjukkan pembangkang yang besar kepala. Nampaknya Encik Hadi tersilap fakta ni. Boleh tak sesiapa betulkan dia? Guane boh?

Raja Gelap

 

MERENDAH DIRI TAK MENJATUHKAN DARJAT ATAU MARUAH PUN. TETAPI ADA SEKOQ TU MENYOMBONG TAPI NAMA PARTI ISLAM .....PIANG BETOI..




Kehebatan DS Anwar yang jarang ditemui pada diri pemimpin lain. Bahkan marhaen sendiri pun susah nak ada sifat begitu, termasuk juga aku, iaitu sifat pemaaf yang tak bertebing.

Beliau dihina, dicaci, dicerca bahkan diremehkan imannya, tapi beliau tak mendendami mereka yang memusuhi beliau. Hatinya sentiasa terbuka untuk merapatkan silaturrahim.

Bahkan setelah diberi kuasa, beliau tidak angkuh malah tidak menggunakan kuasanya secara salah untuk menyusahkan mereka yang memusuhi beliau dahulu. Beliau lebih suka membalas tuba dengan madu.

Tak ramai boleh bersifat begitu. Aku sendiri pun, tak suka balas dendam tapi jangan harap aku nak baik lagi dengan orang yang cari pasal dengan aku. Nak salam pun tidak. Apa lagi nak peluk.

Tak macam seorang lagi pemimpin tu. Padahal DS Anwar tak cari pasal pun dengan dia. Malah karier politiknya terselamat kerana PH terima partinya yang baru ditubuhkan. Tapi dia pula yang khianat PH sebab gilakan kuasa.

Dah khianat, masa kempen PRU dia terjerit-jerit hina DS Anwar. Diejeknya DS Anwar. Kononnya dia dah pernah jadi PM, bukan macam DS Anwar yang PM tepi. Tapi akhirnya, dia yang jadi PM tepi sekarang. Dah tu, meroyan tak sudah.

DS Anwar seorang yang penyabar dan pemaaf. DS Anwar tak perlu pun nak balas dendam. Kini semua yang pernah hina beliau sekarang ini terhina dengan sendirinya. Guane boh?

Raja Gelap

 

KISAH WALAUN CUBA MENIUP APIPERKAUMAN MENGENAI FILEM.

 

Walaun cuba meniup api perkauman lagi

Untuk dilihat jadi batu api perkauman kita layak dilabel sebagai walaun.





 

FITNAH DULU BARU MOHON MAAF

 




NORMAN RADZUAN


Bukan pertama golongan ini dalam pelbagai isu memfitnah kemudian memohon maaf. Ya sebagai orang Islam kita maafkan tetapi berapa ramai umat Islam terpengaruh, tertipu dan sudah mempercayai kata-kata tersebut.

Tidak mereka ini merasa malu dan takut pada Allah. Bukankah dosa memfitnah itu lebih berat dari membunuh? Oh ya mereka kata minta ampun pada Allah akn diampunkan… dalil tetap ada.

Tapi ingat jika memfitnah individu demi kesenangan nikmat dunia tidak akn diampunkan walaupun saya berpendidikan sekolah Anglo Chinese School.

 

ANWAR CONTOH TERBAIK MEMAHAMI APA ITU MALAYSIA MADANI

 

Konsep Malaysia Madani akan diperkenalkan bagi menggantikan slogan Keluarga Malaysia yang digunapakai Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Diberitakan lagi, selain Malaysia Madani menjadi tema Dialog Belanjawan 2023 yang bermula semalam, dipercayai Memadanikan Malaysia akan turut menjadi sasaran serta intipati Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan pada 24 Februari depan.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang dipetik berkata, pelbagai program akan diadakan di seluruh negara untuk mempromosikan konsep masyarakat madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri itu.

Berikutan Malaysia Madani telah menjadi perbualan yang semakin mengkhalayak di merata ruang perbicaraan bermula semalam, maka ramai yang bertanya – apa itu madani?

Saya sendiri sejak semalam banyak ditanya, sama ada secara langsung atau melalui Grup Whatsapp tentang maksud madani itu.

Secara mudah dan paling ringkas, Madani ialah bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Madani diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud kota atau peradaban yang dikaitkan dengan salah satu kota suci umat Islam iaitu Madinah.

Madani sebenarnya telah diterima sebagai salah satu istilah Melayu, malah Anwar sejak puluhan tahun lalu selalu mengungkapkan perkataan tersebut dalam pelbagai ucapannya.

Maknanya, ia bukanlah istilah yang baru muncul dua tiga hari lepas, cuma tidak ramai yang terbiasa mengucapkannya.

Setelah memahami maksud madani, barangkali tentu ramai juga yang melontarkan soalan susulan – bagaimana sebetulnya bentuk masyarakat madani itu?

Lagi sekali, contoh paling mudah untuk menjadi seorang yang madani ialah dengan mencontohi Anwar sebagai teladannya.

Beliau adalah seorang individu yang maju dari segi pemikiran dan kerohanian lantaran kegemarannya banyak membaca pelbagai jenis buku, terutama karya pemikir agung dan di waktu yang sama, tidak lupa memupuk nilai kerohanian dengan selalu mendekati tokoh-tokoh agama tersohor daripada seluruh dunia, di samping sentiasa mengadakan majlis ilmu di rumahnya sejak dahulu lagi.

Maka, jika kita sebagai rakyat atau ahli masyarakat ingin menjadi madani, kita juga perlu rajin membaca buku sekurang-kurangnya sebuah buku dalam sebulan dan selalu menghadiri pelbagai majlis ilmu di masjid, forum di universiti dan seumpamanya.

Dengan menjadikan dua perkara itu sebagai keutamaan serta terus gigih berusaha dalam kerjaya dan karier masing-masing, setiap orang akan menuju madani dengan sendirinya.

Apabila ramai yang madani, masyarakat akan jadi madani dan seterusnya Malaysia akan menjadi madani.

Sebab itu, meskipun sudah menjadi Perdana Menteri, Anwar dilihat terus mengadakan majlis ilmu di kediaman rasminya di Seri Perdana dengan menjemput pelbagai tokoh agama daripada pelbagai negara untuk memberi syarahannya.

Meneliti beliau berucap atau berhujah pula, dengan sendirinya kita tahu beliau seorang yang mempunyai pemikiran yang sangat luas disebabkan tabiat membacanya yang tegar itu.

Anwar bukan saja mampu melontarkan pelbagai idea, terkadang yang luar biasa, bahkan tidak kekok untuk memetik ungkapan kata pelbagai cetusan pemiikiran tokoh-tokoh agung dunia – dahulu dan masa kini – untuk diteladani oleh mereka mendengar ucapannya.

Sudah tentu kemampuan Anwar memetik ungkapan-ungkapan tersebut adalah disebabkan beliau bukan saja banyak membaca, tetapi memahami apa yang dibacanya itu.

Sebab itu, boleh diyakini beliau adalah Perdana Menteri yang berbeza berikutan kemadanian itu telah lama terpupuk dan terbentuk dalam dirinya.

Kini sebagai Perdana Menteri, dengan memperkenalkan konsep Malaysia Madani itu, ertinya beliau mahu membawa kita semua menjadi maju daripada segi pemikiran, kerohanian dan juga kebendaan.

Mari mulakan dengan ke kedai buku hari initak madani lagi jika sekadar banyak membaca Whatsapp saja!! – ShahbudinHusin 18/01/2023.




‘KALAU PM SEKALIPUN LANGGAR PERATURAN, MAKLUMKAN’


JANGAN TERLALU YAKIN PRETASI PH – BN DI N SEMBILAN


APA HAL LAK WALAUN NIH...

 





Walaun serta jentera dan arahan dari chip walaun cuba meniupkan api perkauman untuk mengkucar-kacirkan keharmonian yang sekian lama dibina !

Halo-halo wahai walaun serta walauntit sila tengok alamat sekolah di kepala surat ?

Walaun dan walauntit nak suruh sekolah menengah kebangaaan Nan Hwa tulis dalam bahasa arab ?