Buah akan jatuh tidak jauh dari dahannya

 

Man Toba.


Buah akan jatuh tidak jauh dari dahannya


Ini perpatah jawa 


Maksudnya boleh dirungkai berbagai cara. Contohnya,  bila PH dah jadi kerajaan, Pegawai2 dalam Yadim masih ramai org2 lebai PAS didalamnya menikmati laba elaun2 dalam masa sama semai dakyah2 Pas .


Boleh juga dirungkai seperti, JKOM yg kerjanya sampaikan maklumat2 kerajaan kepada org ramai, AKAN TETAPI,  maklumat tak sampai,  elaun ambik. Diam2 jadi cytro kepada PN. Ibarat kera disusukan, anak kat rumah mati kelaparan. Hingga hari ini terdengar jelas rungutan rungutan kawan2 cytro yg tertunggu tunggu bila nak panggil bincang dan adakan elaun.  Dah jadi kerajaan, buahnya jatuh ke laman orang.


Begitulah sukarnya kitarang terumbang ambing ditolak ketengah ketepi bila tanya pasal takde ke dana peruntukan khas untuk pengkarya2 di sosmed? Takkan yg payung tu YB KS je? Kesian la dia dok pau duit peribadi dia. Dah tu mana peranan 3 parti utama? Bila pemimpin2 buat statmen bodoh, kami la juga jadi tukang bekapnya. Bukan JKOM pon. Cakna lah sikit bab ni. Bila korang buat kerja2 menteri nak sampaikan info, apa ingat RTM, Bernama, JKOM tu sebar merata ke? Kritikan2 tu semua siapa nak caunter? 


Ya la PMX bagus sampai tahap tolak ambik gaji. AKAN TETAPI jangan lah sampai kitarang pon tak bergaji. Sejak tahun 98 bantu berblog, kat fb, tweet, skrg ada tik tok dok promo. Kurang2 hargailah. Panggil dan kumpul seramai yg ada buat majlis raikan mereka. Raikan lah org2 yg bantu kamu, bukan raikan org2 yg baru muncul selepas kamu jadi menteri. Jadi pengampu. 


Aku ni tulis mewakili keseluruhan blogers2, penulis2 di sosmed, tukang buat grafik, tukang troll, influencer2, para2 yutubers yg kerja naikkan kerajaan PH yg mendesak pimpinan ambik sedikit masa untuk fikirkan jalan bagaimana nak adakan peruntukan2 khas ini. Semoga buah yg masak ranum luruh di laman sendiri, bukan lagi luruh dilaman orang.


Sekian.


#Kerajaansepenggalke?