ALANGKAH CANTIKNYA JIKA ANWAR DIJEMPUT MERASMIKAN PAU2022 PADA 13 JANUARI INI

 

Dua hari lalu, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli telah ditanya berkenaan kemungkinan PKR dijemput menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2022 pada 13 Januari ini.

Beliau berkata, setakat ini PKR belum menerima sebarang jemputan lagi daripada UMNO.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan diputuskan secara bersama di peringkat parti jika menerima jemputan itu nanti.

“Tak usah terburu-buru. Kalau dapat jemputan, prosesnya ialah akan dibawa ke biro politik dan biro politik akan buat keputusan.

“Saya tunggu kalau perkara itu telah dihantar secara rasmi,” jelasnya.

Secara umumnya, sejak minggu-minggu kebelakangan ini menjelang tibanya PAU2022 bakal dilangsungkan kira-kira dua minggu lagi, perkara itu memang menjadi tajuk perbualan yang agak hangat diperkatakan.

Sebagai tanda kesepakatan dan keharmonian setelah bersetuju bersama-sama membentuk kerajaan perpaduan, UMNO dirasakan perlu menjemput PKR yang menunjangi PH dan kerajaan untuk hadir dalam majlis perasmian PAU2022 itu nanti.

Apatah lagi gandingan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan sendiri dipegang oleh PKR dan UMNO.

Dengan itu, dirasakan bukan sekadar PKR harus dijemput, malah ramai yang menjatuhkan hukum wajib untuk Anwar selaku Perdana Menteri untuk hadir dalam PAU kali ini.

Dalam hal ini, sebenar-benarnya jika Anwar dijemput hadir ke PAU2022, kehadiran beliau sewajibnya ialah sebagai perasmi dan bukan sekadar jemputan khas semata-mata.

Ini kerana beliau hadir sebagai Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan perpaduan di mana UMNO adalah salah satu komponennya.

Amatlah janggal jika Perdana Menteri dijemput hadir, tetapi hanya duduk saja dan tidak memberikan ucapan perasmian dan sekadar mendengar Timbalan Perdana Menteri selaku Presiden UMNO menyampaikan ucapan.

Yang cantiknya, setelah Anwar membuat ucapan perasmian, barulah selepas itu disusuli dengan ucapan dasar oleh Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.

Lagi pula, selama ini pun, sebelum UMNO hilang kuasa, setiap kali PAU diadakan ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri yang juga merangkap Presiden UMNO.

Oleh kerana keadaan sudah berubah, apa salahnya PAU kali ini kembali dirasmikan oleh seorang Perdana Menteri, walaupun beliau bukan merupakan Presiden UMNO?

Yang penting, dengan seorang Perdana Menteri merasmikan PAU2022 kali ini, ia akan menaikkan lagi nilai UMNO di mata rakyat keseluruhannya kerana langkah itu akan memperlihatkan UMNO sebagai parti yang terbuka, progresif serta tidak jumud.

Di mata ahli dan perwakilan UMNO pula, sejak 2019 di mana PAU tidak dirasmikan oleh pemimpin yang bertaraf Perdana Menteri, kali ini tentu ada sedikit rasa bangga jika Anwar yang merupakan Perdana Menteri merasmikannya.

Daripada sudut yang lain, Anwar adalah berbeza dengan Perdana Menteri yang bukan daripada UMNO sebelum ini yang mana mereka didapati ada niat mahu mengharamkan parti tersebut.

Sebagaimana didedahkan oleh Zahid Hamidi beberapa minggu lalu mengenai cubaan mengharamkan parti itu yang dipatahkan oleh seseorang yang beliau tidak sebut namanya, orang yang dimaksudkannya itu adalah merujuk kepada Anwar.

Anwar pernah menyebut bagaimana ketika Tun Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri, beliau dengan segera menemui Mahiaddin Md Yasin, Menteri Dalam Negeri ketika itu sebaik mendengar ada ura-ura mahu UMNO diharamkan.

Anwar dilaporkan memberitahu Mahiaddin yang fail untuk mengharamkan UMNO itu dilaporkan ada padanya ketika itu agar jangan mengambil tindakan demikian dengan hujah parti tersebut banyak berjasa kepada orang Melayu dan keberadaannya dalam politik negara hendaklah dikekalkan.

Dalam hal berkaitan, Zahid Hamidi juga pernah menyebut bagaimana beliau menolak gesaan Tun Mahathir agar membubarkan UMNO dan semua ahlinya menyertai Bersatu.

Berdasarkan rentetan itu, tambahan lagi sejarah politik Anwar sendiri bermula dan berkembang dalam UMNO sehingga memegang jawatan Timbalan Presiden, menjemputnya untuk merasmikan PAU2022 atas kapasiti sebagai Perdana Menteri bukan saja tidak janggal, malah suatu sejarah yang terpuji.

Yang pasti, bila Anwar merasmikan PAU2022 nanti, ramailah yang berdarah mata menyaksikannya, terutama Tun Mahathir yang memecat beliau daripada UMNO pada 1998 dahulu. – ShahbudinHusin 02/01/2023.




PAS - ISLAM MEMIMPIN ATAU DIPIMPIN? BERSATU PERGUNAKAN PAS?



Pas semakin terpesong jauh dari landasannya. Hanya ahli2 Pas boleh memperbetulkan Pas bukannya pemimpin yang telah hanyut dengan keduniaan.


LEPAS LANGKAH SHERATON KES NAIK. KAU LENA KA APA ?





Mamat ni kata, PH jangan ulangi kesilapan tahun 2020, lambat kekang kemasukan pelancong China hingga kes COVID melonjak tinggi.

Kesilapan apa? Ketika PH memerintah tahun 2020 tu, sebelum Mahathir khianat, tidak ada kes baharu direkodkan selama lebih 11 hari.

Hanya apabila Langkah Sheraton yang diilhamkan oleh Hadi berlaku, kes meningkat disebabkan oleh parlimen tergantung waktu itu.

Ketiadaan Menteri Kesihatan pada ketika itu telah menyebabkan tiada hala tuju dapat ditentukan oleh KKM. Akhirnya keadaan jadi tak terkawal..

Puak dia yang jadi punca, dia nak talakan kesalahan kepada PH. Tak sudah nak belitkan fakta. Dia ingat kita mudah nak lupa? Guane boh?

Raja Gelap

 

INI JUGA BOLEH DIKATAKAN SABOTAJ- KERAJAAN PERPADUAN JANGAN JADI BENGONG SANGAT- TAK BOLEH FIKIR KAH ?- JENIS MUKA TAK MALU- DUIT KERAJAAN PUSAT MENGAKU DUIT KERAJAAN NEGERI BERI. MORAL TAK ADA- MENIPU KERJANYA




DS Anwar Ibrahim, Fahmi Fadzil, Rafizi Ramli , sila ambil perhatian. Tolong jangan ulangi kesilapan yang sebegini lagi.

Berlagak gentleman itu bagus dan terpuji tapi bukan dengan puak hipokrit dan dan punya maruah. Kalau begini, siapa yang rugi?

Walaun bukan reti. Dia tak sedar ini pemberian dari kerajaan pusat. Dia anggap macam MP dia bagus sengat.

Lepas tu jaja 30 ringgek. Padahal dorang undi cuma sampah. Kesiannya, penyokong jugak yang kena buat penjelasan.

Akan datang, kalau nak beri bantuan, biar melalui agensi kerajaan pusat. Jangan lagi melalui kerajaan negeri. Sebab mereka tak jujur. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

SALAH SATU CARA BAGAIMANA SABOTAJ DILAKUKAN TERHADAP KERAJAAN. INGAT KALAU KEMENTERIAN PENERANGAN LENA INILAH JADINYA




Ini mungkin kerja penyokong PN. Sebarkan benda ni seluas-luasnya kemudian suruh rakyat tuntut. Lepas tak ditunaikan, dia hasut rakyat benci kerajaan. Kata kerajaan bohong. Sedangkan dia yang buat janji tu.

Jahat sungguh permainan puak tu. Kerjanya tak ada lain selain daripada menyebarkan berita palsu, buat fitnah dan menghasut. Demi politik, lupa agama, lupa adab. Sampai memfitnah dianggap wajar!

Kerajaan kena ambil tindakan kepada puak macam ni. Jangan beri peluang. Kalau tak dihukum, perkara ini akan berlarutan. Bakal ada fitnah baru yang akan disebarkan nanti. Jangan biarkan. Guane boh?

Raja Gelap

INILAH ISI SURAT SAIDINA ALI KEPADA GABENOR MESIR

 

Berikut adalah petikan surat Saidina Ali r.a. kepada Malik Al-Ashtar (Gabenor Mesir) sebagaimana disebut oleh PM10, Anwar Ibrahim dalam Amanat Tahun Baru 2023 di Masjid Putra malam semalam.

“Ketahuilah wahai Malik, sesungguhnya aku mengirimkan kamu ke suatu daerah di mana kerajaan yang adil dan tidak adil telah wujud sebelum kamu. Rakyat akan menilai tindak tanduk kamu seperti mana kamu pada kebiasaannya menilai tindak tanduk pemerintah sebelum kamu.

“Mereka akan berbicara tentang kamu sebagaimana menjadi kebiasaannya kamu membicarakan mengenai pemerintah tersebut. Yang bertakwa di kalangan kamu adalah mereka yang ditentukan oleh Allah SWT sebagaimana yang disampaikan oleh Rasul-rasulNya.

“Jadikanlah apa-apa tindakan kamu sebagai tindakan orang yang soleh. Kawallah nafsu kamu dan kekangilah jiwamu daripada apa yang tidak halal bagimu, kerana menahan jiwa adalah supaya ia berlaku adil sama ada suka ataupun tidak suka.

“Semaikan hati kamu dengan rasa belas kasihan, kasih sayang, baik hati kepada rakyat kamu. Jangan kamu tunjukkan wajah kamu seperti binatang buas dan menganggap mereka mangsa yang mudah dibaham, kerana mereka sebenarnya tergolong dua golongan: sama ada mereka saudara seagama dengan kamu atau mereka adalah makhluk Tuhan seperti kamu juga.

“Kesilapan telah menyebabkan mereka tidak sedar bahawa kelemahan itu telah menguasai diri mereka dengan melakukan perbuatan jahat dengan sengaja atau tidak sengaja.

“Berikanlah mereka keampunan dan kemaafan sebagaimana kamu berharap Tuhan juga akan memaafkan kamu.

“Kamu lebih tinggi daripada mereka, dan yang melantik kamu tinggi daripada kamu, dan Tuhan lebih tinggi daripada orang yang melantik kamu. Tuhan meminta kamu memenuhi keperluan mereka, dan Tuhan menguji kamu melalui mereka.

“Jangan kamu ingkar perintah Tuhan, lantaran kamu tidak mempunyai kuasa terhadap pembalasanNya, juga kamu tidak dapat melaksanakan pengampunan dan kasih sayangNya.

“Jangan berasa kecewa kerana memberi maaf atau bergembira apabila menjatuhkan hukuman, dan jangan terburu-buru (untuk bertindak) mengikut hati kalau kamu ada jalan yang lebih baik.

“Jangan sekali-kali berkata, “Aku diberi kuasa, aku memberi perintah, dan aku mesti dipatuhi,” kerana pastilah itu adalah korupsi hati, melemahkan agama, membawa perubahan nasib seseorang.

“Jika kuasa yang kamu miliki menjadikan kamu angkuh dan bangga, maka bayangkanlah pula akan kehebatan kekuasaan Tuhan ke atas kamu dan kuasaNya ke atas kamu yang tidak kamu mengawalnya.

“Ini akan mengendurkan kedegilan kamu, menahan rasa amarah kamu dan ini akan mengembalikan kewarasan kamu.

“Berwaspadalah daripada menyaingi Tuhan dari segi kehebatanNya dan menyamakan diri engkau dengan Dia dari segi kuasa mutlakNya, kerana Tuhan akan memusnahkan orang yang zalim dan akan memberi malu kepada orang yang sombong.

“Hendaklah kamu, ahli keluarga kamu dan mereka yang kamu senangi, berlaku adil kepada Tuhan dan kepada manusia. Jika kamu tidak berlaku adil, kamu telah melakukan kesalahan.

“Dan bagi mereka yang melakukan kesalahan kepada hamba Allah, dia harus berdepan dengan Allah bukan sahaja berdepan dengan hamba Allah tersebut.

“Allah menjadikan batal dan tidak sah hujah mereka yang menentangNya. Orang itu dianggap musuh Allah sehinggalah dia insaf dan bertaubat.

“Sesungguhnya berlarutan melakukan kesalahan akan menyebabkan terhindarnya rahmat Allah dan bencana daripadaNya disegerakan kerana Allah mendengar doa mereka yang tertindas dan sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan mereka yang melakukan kemungkaran.”

Semoga dengan membaca surat ini dapat menjadi pedoman dan panduan kepada kita semua, terutama kepada para pemimpin, ahli politik, anggota pentadbir dan barisan hadapan perkhidmatan awam dalam kerajaan untuk sama-sama membantu Perdana Menteri menjelmakan sebuah negara Malaysia yang gemilang buat tinggalan generasi masa hadapan. – ShahbudinHusin 01/01/2023.