WALAUN KALAU TAK BUAT LAWAK BODO BUKAN DIA LA. ID DIGITAL TU TANAM HANG LAM KUBOQ WALAUN OIIIK..KAH...KAH...KAH



 Kecoh jugalah isu ID Digital ni. Ada yang minta aku tulis. Tapi 2 hari ni aku sibuk atas jalan. Tak sempat nak tengok pun apa sebenarnya ID Digital ni.


Nak jelaskan secara terperinci, aku sendiri pun tak pakai lagi. Jadi susah juga nak memandai-mandai. Tapi setakat nak ulas komen walaun tu, InsyaAllah.


Kelakar bila ada walaun kata Digital ID ni akan buat tubuh kita ditanam dengan chip. Entah macamana boleh terfikir benda mengarut macam ni agaknya.


Nak tanam chip ni kena pergi hospital. Bukan boleh buat online. Kena serah diri macam nak vaksin dulu baru baru boleh tanam chip dalam tubuh. Macam mana nak tanam kalau setakat daftar online je?


Kalau betul tanam chip pun, apa yang ditakutkan? Takut kita diawasi? Tak payah tanam chip la walaun oi. Telefon kita tu dah cukup untuk awasi kita.


Korang tak perasan, korang berbual pasal kereta, tiba-tiba buka feed, penuh . Kenapa? Tak pulak rasa bimbang guna telefon bimbit tu, kan?


Takut apa lagi? Takut pemikiran dikawal? Ini kesan banyak sangat tonton filem Hollywood. Macamana otak boleh dikawal hanya dengan penanaman chip?


Kita manusia, bukan mesin. Yang kawal tubuh kita ni otak. Otak kita bukan diprogram macam CPU. Kalau boleh kawal otak dengan chip, dah lama dah Zionis buat dekat rakyat Palestin. Tapi tak boleh.


Setakat yang aku faham, ID Digital ni lebih kepada single sign on (SSO). Tempat kerja aku dah lama guna. Sign in masa on laptop je. Lepas tu nak buka aplikasi atau website dah tak payah log in lagi dah.


Bagusnya ID Digital ni, kita boleh kenal pasti identiti seseorang ni. Maksudnya, lebih dipercayai. Kurang sikit kes penipuan atas talian sebab identiti palsu.


Jadi ini boleh mengurangkan kegiatan scammer. Mungkin itu yang walaun tak suka. Sebab majoriti walaun kan guna akaun palsu. Takut la tu.


Dengarnya, idea nak bangunkan ID Digital ni dari pemerintahan PN dulu lagi. Siap nak ambil data biometrik lagi. Maknanya PN dah rancang awal.


Tapi ID Digital yang akan dibuat ni takkan kutip data biometrik seperti cap jadi dan gambar iris macam yang PN rancang dulu. Kalau betul ID Digital jahat, maknanya rancangan PN yang jahat.


Rasanya walaun dan lebai tak bodoh. Mereka pun tahu ID Digital ni bukan ancaman. Tapi sengaja nak reka persepsi untuk menakutkan rakyat.


Tujuannya nak buat rakyat benci kerajaan. Itu saja. Walaupun perkara itu berfaedah, mereka tetap akan hasut kerana mereka bukan tak fikirkan kebajikan rakyat sebaliknya mereka hanya nak kuasa. Supaya dapat sambung menyakau. Itu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.