Ada yng PM aku tunjuk posting group Walabot. Konon PapaGomo begitu yakin kerajaan dah tumbang cuma DS Anwar saja yang belum tahu. Mereka begitu yakin dah dapat beli pemimpin GPS dan GRS. Dengarnya sampai €150 juta akan dibelanjakan.
Tapi dengan GPS tanpa UMNO pun masih tak boleh nak jatuhkan PMX. Mereka yakin dapat beli Zahid ke? Entahlah. Tapi aku pasti ada sesuatu yang mereka buat di sebalik tabir. Mungkin bukan kerja tebuk atap tapi kerja lain. Isu ini cuma diversion.
Kena ingat, PapaGomo bukan walaun. Dia ni suruhan Mahathir. Level dia lain sikit dari walaun lain. Jadi dia bertindak atas arahan Mahathir. Tindakan dia bukan untuk naikkan PN tapi untuk singkirkan DS Anwar. Dia bukan nak Mahiaddin tapi Mahathir.
Dan aku tengok dia jadi semakin galak semenjak kes Menara Ilham milik Daim disita SPRM. Semacam ada bibit-bibit gelabah di situ. Mungkin juga dimainkan isu ini untuk tutup cerita Menara Ilham disita. Supaya penyokong PH tak highlight isu tu.
Lagipun, kalau betul nak buat khianat, dia takkan nak cerita openly. Dia buat diam-diam macam Langkah Sheraton dulu. Tau tau je Mahathir letak jawatan. Tak ada angin tak ada ribut pun. Tu baru cara nak khianat. Bukan belum apa-apa dah heboh.
Rasanya matlamat dia cuma nak buat penyokong PH resah. Kemudian mula tembak menembak sesama sendiri antara parti dalam kerajaan sebab wujud rasa sangsi dan tak percaya antara satu sama lain. Dan itu diharap akan buat Perpaduan terbubar.
Aku percaya gerakan untuk jatuhkan PMX memang sedang giat dijalankan. Tapi aku tak yakin ia akan berjaya. Kalau kita tahu cerita ni, takkan la DS Anwar dan menteri kabinet lain tak tahu? Takkan la Zahid pun tak tahu? Mereka mesti lebih arif. Pasti kerajaan pun dah buat persediaan mereka.
Walaun bayangkan tebuk atap ni macam nak masuk rumah kosong. Silap la! Langkah Sheraton dulu boleh la sebab Mahathir letak jawatan. Masa tu kerajaan dah jadi macam rumah tinggal. Tapi sekarang sitausi dah lain. Rumah ni berpenghuni.
Bukan setakat tu, bumbung pun dah upgrade konkrit dah. Siap pasang pagar elektrik lagi. Guard pun ramai siap dengan watch dog sekali. Selamat mencuba la ye. Semoga gagal. Guane boh?
Raja Gelap II
.