POLITIK AKHIRAT



Minggu lepas kita baca di dada akhbar. Seorang Makcik Kemboja dan anaknya ditangkap. Kesalahan mereka menyelar “Melayu Malas”. Mereka ditangkap dan digari. Dah dipertuduh di Mahkamah secepat mungkin. 


Kata2 “Melayu Malas” ini bukan pertama kali kita dengar. Pemimpin Thanos negara sering kali laungkan frasa yang sama. Ramai juga tak boleh terima. 


Cuma sebab beliau bekas PM, takde la orang nak tangkap dan gari. Berbeza dengan Makcik Kemboja. Yang tu memang cari pasal. 


Satu persamaan antara keduanya yang saya nampak. Mereka boleh gelar satu kaum “malas” bila mereka merasa mereka bukan dari kaum yang sama. Mereka rasa mereka above and beyond. 


Jarang kita nak buat labelling, mengecam kaum sendiri, kerana kita akan terpalit sama. Kalau saya kata kaum Melayu Malas, saya pun ada sahamnya. 


Politik zaman Dinosaur, cara mereka, mengherdik dan memaksa. Membenam perkataan negatif, supaya menggesa kita untuk berubah. Tapi kalau banyak kali diucap, orang pun naik menyampah. 


Cara sekarang yang lebih afdal, mungkin boleh kita cari puncanya. Kenapa yang dikatakan Melayu Malas? 


Saya tiada jawapan tepat. Tapi teori saya, kerana kita mengamalkan POLITIK AKHIRAT. 


Ada Ahli politik kita mengajar, dunia ini sementara. Yang perlu dikejar akhirat sana. 


Bila ditanya, kenapa Kelantan kemajuannya di takuk lama? Air pun tiada. Pemimpin kita jawab “Mu nak pembangune ko nak agamo?”


Namun, pemimpin yang sama. Bab dunia mereka tak tinggal. Mercedes dan bonus tinggi jadi dambaan. Ironinya, orang kita terima saja. Feudalistik itu makin menebal. 


Budaya malas tu perlu dibetulkan. Pemimpin politik patut pikul beban. Namun, bukan melalui DUMBDOWN rakyat. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki