Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh imam Al Bukhori dan Muslim, dari Abi Hurairah, Rasulullah saw bersabda:
مطل الغنى ظلم
(Melambat lambatkan bayar hutang oleh seorang yang mampu adalah satu kezaliman)
Syeikh Ibn Uthaimin ketika mentafsirkan hadis dalam kitab Al Riyadus Solihin ini berkata;
"Keenganan (sengaja tak mahu) seorang insan untuk segera membayar hutangnya, sedangkan dia mampu melakukannya adalah satu kezaliman kerana dia telah sengaja menghalang perkara wajib.
Adalah wajib ke atas setiap insan segera melunaskan hutangnya jika dia mampu, tidak boleh dia tangguh tangguhkan kerana menangguh nangguh atau melewatkan bayar hutang adalah satu kezaliman"
Ulama sepakat mengatakan apabila suatu hadis itu disepakati oleh Imam Bukhori dan Muslim, maka ianya adalah hujah atau dalil terkuat selepas Al Quran.
Sejauh manakah Pas yang mendakwa berjuang Islam berpegang kepada hadis ini??
Hussin Jan
"