Alolo... Pandai dia nak kenen ke DS Anwar kan? Tapi dia tak sedar dia mengata lebai. Nak persoal PMX jadi menteri kewangan, dia tak tahu ke DS Anwar pernah diangkat sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia?
Dia tak cerita lebai yang tak habis belajar diangkat jadi pembesar negeri? Kalau tengok biodata dia, setakat tulis pernah mengikuti kursus sekian sekian di negara sekian. Tak tulis pun secara detail jurusan apa.
Dah la begitu, belajar pun jurusan agama. Ada yang kata jurusan Bahasa Arab. Itu aku tak pasti. Tapi kalau betul, belajar habis pun tak layak tadbir negeri sebab jurusan tak kena. Kalau ikut kata Ratu Naga ni la.
Sebab negeri tu miskin. Tak reti nak cari sumber. Tahu nak minta sumbangan kerajaan pusat je. Dulu dapat duit, dibuat beli Mercedes. Masalah rakyat macam air bersih dan stesen bas pun tak boleh nak selesai.
Hal stadium ni, jangan lupa PSM ada CEO. Jangan nak salahkan pengerusi je. CEO kena ambil tanggungjawab juga. Siapa CEO PSM? Mohd Faidz Sanusi. Ada siapa kenal siapa Mohd Faidz Sanusi ni?
Carian mendapati Faidz ni pernah berkhidmat sebagai SU Akhbar Ahmad Menteri KBS masa Ahmad Faizal Azumu dulu. Tapi tak pastilah lantikan politik ke apa. Cuma yang pasti pernah jadi orang Peja.
Rasanya dalam hal operasi, lebih besar lagi peranan CEO berbanding pengerusi. Tapi biasalah, bila serang pengerusi, boleh serang PMX sekali. Lagipun CEO tu pernah ada kaitan dengan Peja kan. Takkan nak attack pulak. Guane boh?
Raja Gelap II
.