Lari sikit dari politik.


Aku ada baca komen setengah orang mahu Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan hanya khusus untuk perlawanan bolasepak. Ini bagi memastikan keadaan padang sentiasa terbaik.


Cadangan yang logik tapi adakah ianya praktikal?


Kita tahu yang stadium perlu diselenggara. Dan kos selenggara bukannya murah. Kena bayar orang yang jaga rumput, kebersihan serta segala macam fasiliti dan itu semua melibatkan kos.


Macamana nak bayar? Nak bergantung pada kutipan tiket semata-mata macam banyak stadium-stadium besar terutamanya di Eropah?


Di sana, kutipan tiket tak murah. Mahal melantung. Tak betul-betul memang tak mampu. Masalah orang kita, kalau tiket mahal, masing-masing menyumpah. Habis semua minta harga Rahmah.


Jadi macamana nak uruskan kos selenggara? Takkan segala benda nak harapkan bantuan kerajaan sedang duit tersebut lebih baik jika dibelanjakan untuk basmi kemiskinan tegar.


Kalau tak mahu acara selain perlawanan bolasepak diadakan di SNBJ, sanggup tak korang bayar harga tiket berganda? Kalau tak sanggup, maka terpaksa la biar SNBJ cari duit cara lain.


Bagi aku, isunya di sini bukan soal pengajuran konsert tapi kerana perancangan. Kalaulah dua acara ini telah dirancang dengan baik, takkan ada isu.


Konsert Coldplay kan dari tahun lepas dah tahu bila akan diadakan. Sepatutnya masa nak tetapkan tarikh perlawanan akhir Piala Malaysia, tarikh konsert telah diambil kira sekali.


Contoh, kalau rumput perlukan masa sebulan untuk pulih, jadi perlawanan akhir dibuat sebulan selepas konsert. Atau pun tak boleh diadakan apa-apa konsert sebulan sebelum tarikh perlawanan akhir.


Selain itu, mungkin pihak pengurusan stadium boleh cari peralatan tambahan yang boleh digunakan bagi melindungi keadaan padang dan rumput kiranya ada konsert dibuat di stadium tersebut.


Isu ni lebih kepada perancangan je. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Bila sesuatu kejadian yang tak diingini berlaku, tak pernah kerana kesilapan satu pihak saja. Sebaliknya ianya siri kesilapan dari beberapa pihak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.